Sabtu, 9 Ogos 2025

JADIKAN ISU KEMATIAN ZARA AGENDA PRN SABAH


JADIKAN ISU

KEMATIAN ZARA

AGENDA KEMPEN 

PRN SABAH


BERUNDURLAH YB FADHLINA SIDEK 


Minta maaf aku sebut, dia ni adalah Menteri paling tak kompeten dalam kabinet....

Ibu bapa masing-masing luahkan kebimbangan keselamatan anak-anak diasrama, selepas lambakan isu bul1 dan kemat1an adik Zara. 

Boleh plak dia respon ibu bapa tak perlu risau, asrama masih SELAMAT. 

Eh air liur kau takde nilai lah pada ibu bapa.....

Ibu bapa nak tengok apa tindakan KPM untuk elakkan apa yang berlaku kepada adik Zara berulang kembali.

Bukan satu dua kes bul1 diasrama. Sehingga arini kita dok dengar macam-macam kes bul1 dok berlaku. 

Kau sebagai Menteri kena bentangkanlah apa SOP baru yang telah dilaksana oleh KPM, apa tindakan telah diambil oleh KPM, apa prosedur baru yang diperkenalkan KPM untuk elakkan benda sama berlaku. 

Ceritalah pada ibu bapa supaya kami boleh yakin dengan perkataan SELAMAT yang Menteri guna.

Tapi kalau Menteri kata takda apa pun SOP atau prosedur atau sistem baru diperkenalkan, tapi keadaan masih selamat.

Maka, we have a serious problem here. Aku sangat bimbang.  

Sebenarnya dia harap parents yakin dengan air liur dia je ker?

Dah lah YB Fadhlina Sidek, berundurlah. Clearly, you are not competent. Cacamarba dah Kementerian bawah awak. Dalam Parlimen pun dah beberapa kali awak too emotional.

Kalau bukan kerana dah abis penggal sebagai Senator, aku dah lama cadangkan  Dr Asyraf Wajdi Dasuki sebagai Menteri Pendidikan baru gantikan YB Fadhlina Sidek.

Dia buat kerja dalam MARA jauh lagi mantap dari Menteri Pendidikan sorang ni. Gagal terok. 

Setuju tak kawan-kawan?

Salam Hormat,
Ir. Ts. Nurul Islam Mohamed Yusoff 
Pengarah Jabatan Kajian dan Polisi
Lajnah Penerangan PAS Pusat

#JusticeforZara
#UndurFadhlina

BETUL KAH INI ?



BETUL KAH INI?

ATAU HANYA

AJI NO MOTO

AMIN

SAKSI DALAM BAHAYA!!!


SAKSI 

DALAM BAHAYA!!!

AMIN

UKRAINE - RUNDINGAN DAMAI


Trump sahkan Putin akan ke AS untuk pertemuan penting


WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengesahkan beliau akan bertemu dengan Presiden Russia, Vladimir Putin, di Alaska minggu depan.


Perkara itu dimaklumkan Trump menerusi platform media sosialnya, Truth Social, di mana beliau memaklumkan pertemuan berkenaan akan berlangsung Jumaat depan.


"Pertemuan yang dinanti-nantikan antara saya, selaku Presiden AS dan Presiden Vladimir Putin dari Russia, akan berlangsung Jumaat depan, pada 15 Ogos 2025, di Alaska.


"Keterangan lanjut akan dimaklumkan kemudian. Terima kasih atas perhatian anda terhadap perkara ini!," tulisnya.


Semalam, Trump memberitahu media mengenai usahanya untuk menamatkan perang antara Ukraine dan Russia, dengan menyatakan bahawa beliau akan memulakan langkah itu dengan bertemu Putin.


Presiden itu mengesahkan bahawa beberapa rundingan berkaitan wilayah di Ukraine perlu diadakan untuk menamatkan perang yang berlarutan selama tiga setengah tahun.


"Ia rumit, tiada yang mudah. Sangat rumit, tetapi kita akan dapatkan sebahagiannya kembali dan sebahagiannya akan ditukar," katanya.


Trump berkata tumpuannya adalah untuk menamatkan perang dan menyelamatkan nyawa.


"Saya rasa jika kita tidak masuk campur, Ukraine dan Russia akhirnya akan terjerumus ke dalam Perang Dunia dan saya akan menghentikannya," katanya.


Sidang kemuncak itu akan menjadi pertemuan empat mata yang pertama antara pemimpin Russia dan AS sejak 2021.


Russia menyerang Ukraine pada 2022 selepas pertemuan dengan bekas Presiden AS, Joe Biden, yang enggan bertemu lagi dengan Putin selepas pencerobohan itu.


Pertemuan yang bakal diadakan ini juga menandakan kali pertama Putin atau mana-mana pemimpin Russia melawat AS sejak 2015, sejak beliau bertemu Presiden AS, Barack Obama di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNGA) di New York pada 28 September 2015.


Kenyataan Trump itu juga menyusul laporan daripada beberapa media AS yang menyatakan bahawa sebarang pertemuan bergantung kepada kesediaan pemimpin Russia untuk berunding secara langsung dengan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky.


Namun, ketika diminta penjelasan berhubung perkara itu, Presiden AS itu menegaskan bahawa pertemuan antara Putin dan Zelensky bukanlah prasyarat bagi rundingan AS-Russia untuk diteruskan.


Trump terus berusaha mencari penyelesaian diplomatik bagi menamatkan perang di Ukraine, dengan mengeluarkan ancaman sekatan ekonomi sekiranya Putin terus mengabaikan Zelensky.


Sekiranya terlepas tarikh akhir rundingan damai itu, AS dijangka mengenakan tarif sekunder terhadap sekutu utama Russia, iaitu India dan China.


India malam tadi mengumumkan bahawa ia menggantung pesanan minyak dari Russia. - REUTERS

BERITA BAIK

BERUNDING

CARI JALAN

DAMAI

AMIN

CARA AMAT 

MUDAH

AMIN

AMERIKA HENTI

HANTAR SENJATA

ESOK PERANG

PASTI TAMAT

KHALAS

SATU JEMPUTAN


SELASA INI

TUKAR KERAJAAN

 



UNTUK KITA 

SEMUA SELAMAT

 TUKAR KERAJAAN

 AMIN

Unknown commented on

 "KES MATI KATAK"


Apa saja bagi kamu orang akan rosak, ini hakikatnya, rosak rosak rosak curi rompak rasuah saja kerja mereka setiap masa kah kah kah