Selasa, 30 September 2025

PROJEK MEMANDULKAN PERJUANGAN PALESTIN



Apa 20 perkara Pelan Damai Trump untuk Gaza

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, semalam mengemukakan satu pelan damai untuk Gaza — ia kelihatan sebagai versi baharu daripada cadangan-cadangan sedia ada untuk menamatkan konflik berkenaan.

Pelan ini telah ditulis semula oleh penasihat utama, Steve Witkoff, dan menantu Trump, Jared Kushner (bekas utusan khas Presiden ke Timur Tengah), agar lebih dapat diterima oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Pelan ini menyamai Pelan Biden Februari 2024 dan banyak unsur dalam pelan Perancis-Arab Saudi yang telah disokong di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) awal bulan ini.

Ia mengutamakan penamatan segera perang dan pembebasan penuh semua tebusan Israel, sebaik sahaja Israel dan Hamas menerima perjanjian berkenaan.

Berikut Pelan Cadangan Keamanan 20 Perkara Trump:

Play


1. Gaza akan menjadi zon bebas keganasan dan bebas daripada ancaman keganasan, serta tidak akan menjadi ancaman kepada negara-negara jiran.

2. Gaza akan dibangunkan semula untuk manfaat rakyat Gaza, yang telah menderita terlalu lama. Jika kedua-dua pihak bersetuju dengan cadangan ini, perang akan dihentikan serta-merta.

3. Tentera Israel akan berundur ke garisan yang dipersetujui sebagai persediaan untuk pembebasan tebusan. Sepanjang tempoh ini, semua operasi ketenteraan termasuk serangan udara dan artileri akan dihentikan dan barisan pertempuran akan dibekukan sehingga syarat-syarat untuk pengunduran berperingkat sepenuhnya dipenuhi.

4. Dalam tempoh 72 jam selepas Israel menerima perjanjian ini secara rasmi, semua tebusan, sama ada yang masih hidup atau telah meninggal dunia akan dikembalikan.

5. Setelah semua tebusan dibebaskan, Israel akan membebaskan 250 banduan yang dijatuhi hukuman seumur hidup serta 1,700 rakyat Gaza yang ditahan selepas 7 Oktober 2023, termasuk semua wanita dan kanak-kanak yang ditahan dalam konteks tersebut. Bagi setiap mayat tebusan Israel yang dikembalikan, Israel akan membebaskan 15 mayat rakyat Gaza.

6. Setelah semua tebusan dikembalikan, anggota Hamas yang komited kepada keamanan dan bersetuju untuk melucutkan senjata akan diberikan pengampunan. Anggota Hamas yang ingin meninggalkan Gaza akan diberikan laluan selamat ke negara-negara penerima.

7. Sebaik sahaja perjanjian diterima, bantuan kemanusiaan penuh akan dihantar serta-merta ke Semenanjung Gaza. Jumlah bantuan minimum akan sama seperti dipersetujui dalam perjanjian pada 19 Januari 2025, termasuk pemulihan infrastruktur (air, elektrik, kumbahan), pemulihan hospital dan kedai roti serta kemasukan peralatan penting untuk membersihkan runtuhan dan membuka jalan.

8. Pengagihan dan kemasukan bantuan ke Gaza akan dijalankan tanpa gangguan oleh kedua-dua pihak melalui PBB dan agensinya, Palang Merah, serta institusi antarabangsa lain yang tidak terlibat dengan mana-mana pihak. Pembukaan lintasan Rafah dua hala akan menggunakan mekanisme yang sama seperti dalam perjanjian 19 Januari 2025.

9. Gaza akan ditadbir oleh jawatankuasa peralihan sementara yang teknokratik dan apolitik, yang bertanggungjawab terhadap perkhidmatan awam harian dan pengurusan perbandaran. Jawatankuasa ini akan dianggotai oleh rakyat Palestin yang berkelayakan dan pakar antarabangsa, dengan penyeliaan oleh satu badan antarabangsa baru, "Lembaga Keamanan," yang akan dipengerusikan oleh Presiden Donald J. Trump, bersama ahli lain termasuk bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair. Badan ini akan menyelia pembangunan semula Gaza sehingga Pihak Berkuasa Palestin menyelesaikan program reformasinya.

10. Satu rancangan pembangunan ekonomi Gaza oleh Trump akan diwujudkan, dengan panel pakar yang pernah terlibat dalam pembangunan bandar moden di Timur Tengah. Pelbagai cadangan pelaburan dan idea pembangunan antarabangsa akan disatukan untuk menjana peluang pekerjaan dan masa depan yang cerah untuk Gaza.

11. Zon Ekonomi Khas akan ditubuhkan dengan kadar tarif dan akses istimewa yang akan dirunding dengan negara-negara peserta.

12. Tiada sesiapa akan dipaksa keluar dari Gaza dan mereka yang ingin keluar bebas berbuat demikian serta bebas untuk kembali. Penduduk akan digalakkan untuk kekal dan diberi peluang untuk membina Gaza yang lebih baik.

13. Hamas dan puak-puak lain bersetuju untuk tidak terlibat dalam pentadbiran Gaza dalam apa jua bentuk. Segala infrastruktur ketenteraan, termasuk terowong dan kilang senjata akan dimusnahkan dan tidak akan dibina semula. Gaza akan dilucutkan senjata secara berperingkat dengan pengawasan pemantau bebas dan program pembelian senjata serta pemulihan yang dibiayai antarabangsa.

14. Jaminan keselamatan akan diberikan oleh rakan serantau untuk memastikan Hamas dan puak-puak lain mematuhi perjanjian dan Gaza Baru tidak menjadi ancaman kepada jiran atau rakyatnya sendiri.

15. Amerika Syarikat akan bekerjasama dengan negara Arab dan antarabangsa untuk membentuk Pasukan Penstabilan Antarabangsa (ISF) yang akan dikerahkan segera ke Gaza. ISF akan melatih dan menyokong pasukan polis Palestin yang telah ditapis dengan kerjasama Jordan dan Mesir. ISF juga akan bekerjasama dengan Israel dan Mesir untuk menjaga sempadan dan mencegah penyeludupan senjata.

16. Israel tidak akan menduduki atau merampas Gaza. Apabila ISF menguasai keselamatan dan kestabilan, IDF (Tentera Pertahanan Israel) akan berundur berdasarkan penanda aras yang dipersetujui bersama ISF, Amerika Syarikat dan penjamin lain. IDF akan menyerahkan kawasan kepada ISF secara berperingkat sehingga mereka berundur sepenuhnya, kecuali satu perimeter keselamatan yang akan kekal sehingga Gaza benar-benar selamat daripada ancaman keganasan.

17. Jika Hamas menolak atau melengahkan pelaksanaan cadangan ini, semua langkah di atas, termasuk bantuan berskala besar, akan diteruskan di kawasan Gaza yang telah dibebaskan dan diserahkan daripada IDF kepada ISF.

18. Satu proses dialog antara agama akan diwujudkan, berasaskan nilai toleransi dan keamanan bersama, untuk mengubah pemikiran dan naratif rakyat Palestin dan Israel demi menunjukkan manfaat daripada perdamaian.

19. Apabila pembangunan semula Gaza berjalan dan reformasi PA dilaksanakan dengan jujur, maka wujud syarat-syarat untuk mewujudkan laluan yang sah ke arah penentuan nasib sendiri rakyat Palestin dan penubuhan negara, yang diakui sebagai aspirasi rakyat Palestin.

20. Amerika Syarikat akan memulakan dialog antara Israel dan Palestin untuk mencapai satu hala tuju politik bagi kewujudan bersama yang aman dan makmur. - Agensi



INI PROJEK

UNTUK 

MEMANDULKAN

PERJUANGAN

ANTI PENJAJAH

AMIN

UNTUK 

MEMASTIKAN

PALESTIN TANPA

SENJATA

KHALAS

MINYAK TURUN 6 SEN BUKAN 60 SEN - JANGAN SILAP


MINYAK TURUN

6 SEN BUKAN

60 SEN

AMIN

JIKA

 TURUN BANYAK

AKAN BEBANKAN

RAKYAT

KHALAS

Unknown commented on 
"PUDIN POKKA TETAP
 SETIA JALANKAN TUGAS"

janji hari menang esok minyak toron...
umum september minyak toron 30 september baru boleh isi
janji turun 1.50.. sekali toron 0.06 sen
madapfaka cakap 1 pun tak leh percaya
toron anwar toron...

kah kah kah

GARIS KIRI - BARISAN BERSATU


GARIS KIRI

KENALI & LAWAN
 MUSUH UTAMA

JATUHKAN MAHATHIR
JATUHKAN NAJIB

SAPA SAJA UNTUK
JATUHKAN ANWAR

BUAT KERJA YANG SERONOK
ASAH MINDA ASAH BAKAT

JIKA LU ADA HUBUNGAN
DENGAN ANAK MAHATHIR
SILA URUSKAN
AMIN

Unknown commented on

 "JUMAAT DEMO ANTI TRUMP"

Orang macam TT nak hiburkan diri sebab tak ada awek tak ada pasangan tak ada lubang jadi cari aktiviti sampingan dengan menghasut orang lain kah kah kah awal zaman dia juga yang sokong Anwar Ibrahim melawan Mahathir Mohamad tetapi sekarang menjadi lalang mungkin sudah dapat bayaran royalti dari anak beranak Mahathir Mohamad woit jangan percaya sangat agenda orang Sakai kah kah kah



Unknown commented on 
"JUMAAT DEMO ANTI TRUMP"

TT ini memang spesis yang tidak berguna, asyik dengan sikap pelampau penghasut tegar,. walaupun hidup dengan dua ekor anjing masih tidak sedar diri, akhirnya di kubur bangsa Cina sekutunya tetap setiap masa, mungkin lama sangat di kubur sudah kena tempias budaya Cina kah kah kah bergurau tidak serius kena fikirkan sedikit amin

NETANYAHU BERI UCAPAN KEPADA KERUSI


NETANYAHU BERI

UCAPAN

 PADA KERUSI

KHALAS

BERSIKAP BAIK DENGAN HAIWAN & MANUSIA


JIKA

SIKAP BERBAIK

DENGAN HAIWAN

PASTI BERSIKAP

BAIK DENGAN

UMAT MANUSIA

KHALAS

Unknown commented on
 "PAGI INI"

Maksud mu kawan dengan anjing kucing lebih mulia daripada berkawan dengan manusia? Adakah begitu? Manusia ada kepentingan masing-masing, binatang tiada cuma mengharapkan belas kesian dan sesuap makanan, kasih sayang terjalin, tapi peliknya manusia kita tidak pernah bersyukur tidak pernah cukup tidak pernah puas dengan segala kemewahan yang ada, Amin. 

Sudah 68 tahun merdeka tetapi masih tidak mencapai hasrat masih tidak mencapai sasaran walaupun segala diberikan secara percuma, bantuan subsidi kontrak projek semuanya kepada orang tertentu termasuk kelas atasan, tetapi masih tidak yakin masih tidak mencapai tahap, masih mahu terus dibagi tongkat sakti, manakala pemimpin terus merakus tamak kuasa haloba semakin menjadi-jadi sekarang kah kah kah, 

rakyat terus diberi gula-gula, jaya menghasilkan kencing manis darah tinggi woit apapun Malaysia tetap terbaik tetap adil saksama tetap menjadi idaman ramai warga walaupun tidak dilayan sama rata tidak diberi peluang tidak diberi pengiktirafan amin syukur alhamdulillah selalunya kah kah kah

SABTU INI TURUN BERDEMO


SABTU INI

BERDEMO LAGI

AMIN

Unknown commented on 
"4 OKTOBER BANTAHAN
 URA DI JALAN"
Ketimbang Usof Rawther Anwar (URA)