Selasa, 14 April 2026
DULU AUTA KELING SEKARANG AUTA TERAM
TERAM CAKAP
BANYAK
AKSI TAK ADA
KAH KAH KAH
DULU AUTA KELING
SEKARANG
AUTA TERAM
KAH KAH KAH
IRAN TAK TAKUT
DAH LAMA TUNGGU
KHALAS
Trump ikrar tenggelamkan bot Iran yang cabar sekatan
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memberi amaran mana-mana bot serangan Iran yang menghampiri sekatan laut tentera AS di sekitar pelabuhan Iran akan dimusnahkan, walaupun terdapat seruan antarabangsa supaya gencatan senjata dihormati dan rundingan disambung semula.
Tentera AS berkata, sekatan itu yang berkuat kuasa pada jam 1400 GMT, dikenakan ke atas semua kapal yang keluar atau cuba berlabuh di pelabuhan Iran.
Dalam satu hantaran di media sosial, Trump berkata, sebahagian besar angkatan laut Iran telah dimusnahkan semasa perang, namun jika mana-mana daripada beberapa "kapal serangan pantas" Iran yang masih tinggal menghampiri sekatan itu, "mereka akan segera DIHAPUSKAN."
Beliau turut berkata 34 kapal telah melalui Selat Hormuz pada Ahad, jumlah tertinggi sejak perang bermula, namun angka itu tidak dapat disahkan segera.
Trump mengumumkan sekatan itu pada Ahad selepas delegasi yang diketuai Naib Presiden, JD Vance pulang dari pertemuan dengan pegawai Iran di Pakistan tanpa mencapai perjanjian untuk menamatkan perang yang bermula pada 28 Februari susulan serangan AS dan Israel ke atas Tehran.
"Saya benar-benar rasa bola sekarang berada di gelanggang Iran, kerana kami telah meletakkan banyak perkara di atas meja.
"Kami juga menjelaskan dengan sangat jelas garis merah kami," kata Vance kepada Fox News pada semalam.
Beliau berkata, Washington mesti mengawal uranium diperkaya Iran, dan mesti ada mekanisme pengesahan untuk memastikan Tehran tidak membangunkan senjata nuklear pada masa depan.
Rabu lalu, AS dan Iran bersetuju dengan gencatan senjata dua minggu bagi membolehkan rundingan berlangsung, dan Pakistan selaku pengantara serta negara Teluk, Qatar masih menyeru pada Isnin supaya ia dihormati ketika usaha diplomatik diteruskan.
"Gencatan senjata masih bertahan dan ketika saya bercakap, usaha sepenuhnya sedang dijalankan untuk menyelesaikan isu-isu yang masih belum selesai," kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif dalam mesyuarat Kabinet.
Bercakap di Rumah Putih, Trump berkata, wakil Iran telah menghubungi untuk mencari jalan mencapai perjanjian selepas rundingan di Islamabad gagal, namun beliau tidak menyatakan pegawai mana yang menghubungi.
Sementara itu, Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi menyalahkan AS atas kebuntuan rundingan semasa panggilan telefon dengan rakan sejawatnya dari Arab Saudi, Putera Faisal Farhan.
"Malangnya, kami menyaksikan tuntutan berlebihan yang berterusan daripada pihak Amerika dalam rundingan, yang menyebabkan kegagalan mencapai keputusan," katanya seperti dipetik kementeriannya.
Menteri Luar dan Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Al Thani menggesa kedua-dua pihak menjamin kebebasan pelayaran dan tidak menggunakan laluan maritim "sebagai alat tekanan", sambil menggalakkan Tehran dan Washington terus berhubung dengan pengantara.
Iran sebelum ini telah menutup selat itu kepada kapal yang dianggap musuh, hanya membenarkan kapal yang berkhidmat untuk negara yang dianggap mesra — seperti China — untuk melintasinya.
Penganalisis menyatakan Trump mungkin cuba menyekat sumber kewangan Iran serta memberi tekanan kepada Beijing, pembeli terbesar minyak Iran, supaya mendesak Tehran membuka semula Hormuz.
Beijing mengkritik sekatan itu, dengan jurucakap Kementerian Luar, Guo Jiakun menekankan kepentingan selat tersebut kepada perdagangan dan berkata bahawa "mengekalkan keselamatan, kestabilan dan kelancaran laluannya adalah kepentingan bersama komuniti antarabangsa."
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres turut menyeru supaya kebebasan pelayaran dihormati dan menekankan nasib pelaut yang terperangkap di Teluk.
"Kita perlu ingat bahawa kira-kira 20,000 pelaut telah terperangkap dalam konflik ini dan kini terkandas di atas kapal, menghadapi kesukaran yang semakin meningkat setiap hari," kata jurucakapnya Stephane Dujarric.
Pemerintah Pusat AS (CENTCOM) berkata sekatan itu melibatkan "kapal dari semua negara yang masuk atau keluar dari pelabuhan dan kawasan pesisir Iran, termasuk semua pelabuhan Iran di Teluk Arab dan Teluk Oman."
Namun, tentera AS tidak akan menghalang kapal yang melalui selat itu untuk ke atau dari pelabuhan bukan Iran, tambahnya.
Pusat komando tentera Iran mengeluarkan kenyataan menyifatkan sekatan itu sebagai tindakan lanun dan memberi amaran bahawa jika keselamatan pelabuhannya "terancam, tiada pelabuhan di Teluk Parsi dan Laut Arab akan selamat."
Presiden Perancis Emmanuel Macron berkata Perancis dan Britain akan menganjurkan persidangan dengan negara-negara yang bersedia menyertai "misi multinasional secara aman" untuk mengamankan selat itu, namun ia akan "bersifat pertahanan sepenuhnya" dan hanya akan beroperasi apabila keadaan mengizinkan.
Speaker Parlimen Iran Mohammad Bagher Ghalibaf, yang mengetuai delegasi Tehran di Pakistan, berkata Iran "tidak akan tunduk kepada sebarang ancaman," manakala ketua tentera laut, Shahram Irani menyifatkan sekatan Trump sebagai "tidak masuk akal."
Selat Hormuz bukan satu-satunya punca ketegangan yang menghalang usaha menamatkan perang.
Delegasi AS di Islamabad — diketuai Vance, utusan khas Steve Witkoff dan menantu Trump, Jared Kushner — dilaporkan kecewa dengan keengganan Iran melepaskan apa yang ditegaskan sebagai program nuklear awam.
Russia pula menawarkan untuk menyimpan uranium diperkaya Iran dengan selamat sebagai sebahagian daripada sebarang perjanjian.
"Tawaran itu masih ada, tetapi belum dilaksanakan," kata jurucakap Kremlin Dmitry Peskov kepada pemberita. - AFP
RUSIA BUAT DUIT JUAL MINYAK
AMERIKA KAYA
JUAL MINYAK
AMIN
RUSIA JUGA KAYA
JUAL MINYAK
AMIN
YANG PARAH
CHINA JEPUN
KOREA & INDIA
KHALAS
Unknown commented on
"PKR JADI
PARTI KELING RAMANAN
SATU FITNAH ?"
Pentas disediakan, pengarah mengikut skrip, harga minyak melonjak naik, akhirnya siapa akan untung? Amerika Syarikat dan Venezuela? Tidak lama dahulu Amerika telah menakluki Venezuela? Kenapa? Ini bukan sekadar wayang pentas?
Ini strategi mengkaya diri kah kah kah, kalau makan nasi pagi tengahari malam jadi lembab jadi lemah jadi lemau pemikiran minda cetek kemudian tambah agenda agama bangsa jadi terpaling bodoh kah kah kah,
orang bijak semua lari ke luar negara, tinggal lah mamat mak cik Kiah yang tahap kampung, nak buat macam mana? Orang politik memang senang bela golongan begitu? Jangan sekadar melihat isu secara luaran tetapi fikir guna otak sedikit, lagi satu kenapa orang-orang Keling jadi sasaran?
Apa agenda apa motif apa hal? Kah kah kah kah serang yang paling sedikit paling lemah paling kurang mendapat keuntungan politik? Kah kah kah macam sengaja dicatur tak? Kah kah kah cuba fikir sejenak
TERIMA KASEH BERI INGATAN !
TERIMA KASIH
BERI INGATAN
AMIN
SAYA AKAN CUBA
BELAJAR LAGI
KHALAS
Unknown commented on
"SENIMAN BANGUN MELAWAN"
Wei bodoh kan awak yang cakap? Kalau pilihanraya boleh mengubah apa-apa dah lama pilihanraya akan diharamkan? Masalah orang macam awak ini tidak bijak, kurang pengetahuan dunia kemudian ulang ulang tayang cerita sama, atau engkau kerja dengan sesiapa?
Tak ada pemikiran baik selama ini pun? Asyik cerita sama berulang kali macam dramatik sangat kah kah kah, kah kah kah memang nasib orang-orang cerdik dah blah tinggal tahap ketua kampung dengan cerita pocong kah kah kah
PAGI INI
PAGI INI
PAGI INI
SELASA 14 APRIL 2026
RAYA HARI KE 24
PERANG HARI KE 46
GENCATAN SENJATA GAGAL
AUTA TERAM
KAH KAH KAH
DULU KITA SELALU DENGAR AUTA KELING
SEKARANG KITA DENGAR AUTA TERAM
KAH KAH KAH
TERAM klim dia macam NABI ISA – lebih hebat dari POPE - kah kah kah.
TERAM cakap banyak – nak tembak ini nak bom itu NAK TUTUP SELAT HORMUZ – tapi KAPAL INDUK LARI 2000 batu berlabuh di Lautan Hindi – takut kena serangan drone IRAN.
Dunia nak lihat perang besar – nak rasa minyak naik satu tong 200 dolar – baru molek – baru dunia kapitalis huru hara.
BILA HURU HARA kita boleh TURUN TURUN TURUN KE JALAN RAYA .
TAK TURUN KE JALAN RAYA TAK AKAN MENANG PILIHAN RAYA.
DEMOKRASI BUKTINYA DEMONSTRASI – Amin.
SUBSIDI MINYAK
Ini satu masalah besar – berbilion ringgit di belanja untuk subsidi – berapa lama boleh bertahan ? Jeng jeng jeng.
Subsidi ini di beri untuk Anwar bin Ibrahim jadi popular – nak bagi pengundi suka hati – PADAN MUKA - berapa lama boleh bertahan ?
Gua harap perang berterusan – kacau ekonomi kapitalis – hingga runtuh dan KITA BOLEH BERUPAYA MENDIRIKAN NEW WORLD ORDER – LAHIRKAN SATU DUNIA BARU.
Seperti Perang Dunia Ke Dua dulu – Nasionalisma Melayu kuat tapi di sabotaj oleh Inggeris dengan memberi kuasa kepada United Malays National Organisation.
Kali ini KESEDARAN MELAYU ISLAM MAKIN MELONJAK – IRAN JADIKAN CONTOH. Amin
HOKKIEN
Pagi ini sejuk segar basah. Kemarin hujan petang. Matahari dah keluar tapi cahaya lemah. KL & KL Sentral berkabus nipis.
Hokkien kosong – Hanya sebuah kereta di tepi jalan. Nampaknya Kenduri Sembahyang Kubur makin reda.
Keluarga Siti pun tak kelihatan. Makanan yang gua bawa pulang dan masuk ke dalam peti sejuk.
Berjalan pulang gua singgah dan berbual dengan KELUARGA CHIA - tiga beradik dari Kepung melawat Makam Datuk. Makam ini makam pertama di tepi Pintu Masuk.
Wow - Datuk mereka dah meninggal 70 dulu. Bila gua tanya mana Ibu dan Ayah mereka ‘....dah meninggal dan di kebumikan di Kepong.. hanya Datuk disini..’
Gua lihat banyak makanan – ada babi panggang – nasi ayam – buah – ini hantaran untuk mengingati Datuk yang telah 70 tahun pergi. Untuk gua mereka ini adalah contoh CUCU YANG BAIK. Gua tabik hormat. Amin
Ketika gua menulis matahari dah keluar. Suara How Wow jauh di dengar dari belakang dapur.
Jika petang hujan – malam sejuk santai – Gua nak ke warung Tom Yam malam ini – gua ada Udang – ikan dan sotong – Amin
BRO
SENYUM
SENYUM
DI PAGI HARI SELASA
BRO
Sosok bodoh yang gigih belajar akan mengatasi orang bijak yang malas.
BRO
Lu buat silap – ini guru – dia sedang mengajar lu dengan sabar.
BRO
Bodoh itu bukan penamat - bodoh permulaan untuk belajar. Amin
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA
Isnin, 13 April 2026
Langgan:
Catatan (Atom)





