Rabu, 1 Julai 2026
PAGI INI
PAGI INI
PAGI INI
RABU 1 JULAI 2026
PERANG HARI KE 118
RUNDING HARI KE 12 ?
JADI KE DI DOHA
SEMANGAT REPUBLIKAN
PRN JOHOR TELAH MELAHIR SEMANGAT REPUBLIKAN.
Jelas apa yang berlaku apabila ada kenyataan secara TERBUKA bahawa PRN ini DIJALANKAN atas arahan ISTANA.
Tidak cukup dengan ini – DILAPORKAN NAMA CALON JUGA TELAH DIPILIH OLEH ISTANA .
Zakar Shi – BEKAS SPEAKER DEWAN UNDANGAN JOHOR - naik bengang dan marah – Pertama anak dia telah TIDAK di pilih sebagai calon United Malays National Organisation.
Babak ini menjadi polemik – ramai WARGA JOHOR kini benci dan meluat dengan apa yang berlaku. Nampak jelas sentimen REPUBLIKAN telah mula tersebar. TIK TOK DAN MEDIA SOSIAL SEMUA TERBUKA MENGGAMBARKAN SEMANGAR REPUBLIKAN.
DALAM MASA YANG SAMA : Berita Raja Charles di UK yang bayar cukai muncul. RAJA BAYAR CUKAI INI menimbulkan polemik lagi.
MUFTI PERLIS – Maza memberi komen- Pandangan Mufti ini amat menarik.
GEN ZEE semakin jelas memiliki sentimen REPUBLIKAN.
PEGUAM dan PEMIKIR dan intelektual Melayu mula berhadapan dengan RAJA BERPELEMBAGAAN.
Semua ini adalah benih REPUBLIKAN. PRN JOHOR AKAN DIINGATI SEMUA PENABUR BENIH REPUBLIKAN. Amin.
HOKKIEN
Pagi ini basah sejuk segar. Kemarin hujan petang. Matahari dah bersinar cahaya lembut. Langit arah kota masih kelam. Langit arah Shah Alam dah mula biru. KL & KL Sentral berkabus.
Jarum di Bangunan 118 di telan kabus.
Di jalan muncul Ibu Itam – ikut gua setengah jalan ke Wakaf Tiga. Gua dengar suara Gagak mendayu di Kwantung – sedih bunyinya – Tapi Keng Keng menceriakan pagi - walau pun dari jauh.
Terkukur berlagu. Cengkerik dalam belukar melesit suara yang monotoni.
Di Wakaf Pertama Ibu Garang muncul. Tiong berlabuh – pagi ini DATANG solo. Ibu Itam dan Jantan Muda datang – bila gua tabur friskies – semua rapat makan TAPI Ibu Garang menyerang yang lain . Lalu gua halau dia dari Meja Makan - Pagi ini hanya Tiong dan Ibu Itam yang makan.
Hari ini akan panas. Malam kemarin lepas ujan sejuk santai. Kami makan enak cuaca sejuk di warung Tom Yam. Makan malam kami agak spesial - ada Wine Merah dari Carlifornia dan ada Tuak – gua harap malam ini berulang sekali lagi. Tapi tanpa wine dan tuak. Amin
BRO
SENYUM
SAMBUT PAGI RABU
DENGAN SENYUMAN
Jalan kelam disangka terang
Naik bas pergi ke pekan
Madafaka malaon temberang
Mari bersama kita humbankan
Tumbuh merata pohon tebu
Pergi ke pasar membeli cendawan
Madafaka cakap selalu menipu
Mari bersama bangun melawan
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA
Selasa, 30 Jun 2026
APAKAH INI TANDA MOSSAD & ZIONIS TEMPATAN MAKIN BERPENGARUH
APAKAH INI TANDA
MOSSAD & ZIONIS
TEMPATAN MAKIN
BERPENGARUH
KHALAS
SAPA LAWAN KEZALIMAN AKAN DI TANGKAP JAIS
DULU UMNO
BUAT KERJA
JAHAT:
TANGKAP SAPA
YANG LAWAN
PENJAJAH
AMIN
SEKARANG JAIS
TANGKAP SAPA
YANG LAWAN
KEZALIMAN
KHALAS
'Jangan hidup bawah tempurung': Jais diselar serbu majlis Syiah memperingati Sayyidina Hussain
Tindakan pelbagai agensi diketuai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu sebuah majlis umat Islam beraliran Syiah sekali lagi mencetuskan persoalan tentang sikap penguat kuasa Islam negara ini dalam berdepan kepelbagaian mazhab dalam tradisi Islam, dengan pengkritik mengatakan ia bukan sahaja mencerminkan kejahilan pihak berkuasa mengenai dunia Islam, tetapi juga meneruskan kecenderungan menyempitkan ilmu Islam seperti yang dilihat dalam khutbah Jumaat di seluruh negara.
“Jais sepatutnya mengembara ke seluruh dunia untuk menyaksikan kepelbagaian pemahaman dan amalan Islam dalam kalangan penganutnya di negara-negara lain. Tak usah hidup bawah tempurung dan menganggap hanya wujud satu tafsiran agama yang betul, iaitu Islam ala Jais,” kata Pengarah Islamic Renaissance Front Dr Ahmad Farouk Musa, antara pengkritik lantang birokrat agama tempatan.
Pada Khamis lalu, Jais dengan diiringi polis, imigresen, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Majlis Bandaraya Subang Jaya menyerbu sebuah majlis sambutan 10 Muharram untuk memperingati Imam Hussain, sosok utama dalam Syiah, aliran yang dominan di Iran dan turut dianuti secara meluas oleh umat Islam di Timur Tengah, Asia Tengah dan benua kecil India.
Menurut Jais, penganjur melanggar Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Selangor) 1995, sambil menuduh mereka mengingkari fatwa, menyebarkan ajaran “sesat” dan memiliki bahan penerbitan yang melanggar fatwa negeri. Pegawai penguat kuasa turut menyiasat 226 warga asing termasuk 28 kanak-kanak ketika serbuan.
Farouk, seorang pensyarah perubatan yang aktif dalam pengajian Islam dan menghasilkan tesis kedoktoran mengenai al-Qur’an, berkata tindakan terbaru itu menunjukkan pihak berkuasa gagal memahami kepentingan perayaan 10 Muharram, khususnya ketika perang masih berlarutan terhadap Iran, negara di mana sambutan itu kini meniupkan semangat penentangan republik Islam itu terhadap Amerika dan Israel.
Iran_women_rifle_training“Ia menyemai dalam kalangan kita umat Islam semangat untuk melawan kediktatoran dan kuku besi. Ia meraikan keberanian moral cucu Rasulullah yang memilih untuk syahid dan bukan tunduk menyerah kepada penguasa zalim, demi mengutamakan kebenaran dan keadilan mengatasi kuasa,” Farouk memberitahu MalaysiaNow.
“Tak hairanlah justeru Iran, yang menganut aliran Syiah, berjuang bersendirian menentang imperialis Amerika dan sekutunya puak Zionis Israel. Semangat penentangan inilah yang seharusnya Jais pelajari.”
Serbuan terbaru terhadap masyarakat beraliran Syiah itu berlaku ketika Perdana Menteri Anwar Ibrahim dilihat berhati-hati memastikan hubungan baik Putrajaya dengan Tehran, yang menurutnya berjaya menjamin keselamatan laluan kapal Malaysia yang terperangkap ketika AS-Israel melancarkan serangan ke atas Iran.
MalaysiaNow dimaklumkan tiada rakyat Iran antara ratusan warga asing yang diperiksa ketika serbuan.
Aliran Syiah, yang merupakan majoriti di Iraq, Iran, Kuwait, Bahrain dan Lubnan, di samping jumlah besar di sebahagian Arab Saudi, Yaman dan Pakistan, adalah mazhab kedua terbesar dalam Islam.
Bagaimanapun, pihak berkuasa agama di Malaysia menganggap aliran itu sesat menerusi fatwa-fatwa yang dikeluarkan mufti.
Tidak lama dulu, teks khutbah rasmi yang disampaikan di masjid-masjid Selangor menyelitkan doa mengutuk golongan Syiah.
Farouk merupakan antara sarjana Islam yang kian mempersoalkan serangan terhadap pengikut Syiah, khususnya menjelang perang di Timur Tengah yang menyaksikan tokoh Islam – termasuk agamawan Wahabi yang sebelum ini lantang membidas Iran – menggesa umat Islam mengetepikan perbezaan mazhab dan menyokong perjuangan Iran yang berjaya bertahan lebih empat bulan daripada serangan AS-Israel.
Menurut Farouk, meskipun amalan mengutuk aliran Syiah tidak lagi kedengaran dalam khutbah, pihak berkuasa agama masih mempromosikan versi Islam yang sempit yang hanya mengiktiraf sebahagian kecil tradisi ilmu Islam.
Pada 2024, langkah pentadbiran Anwar mewujudkan akta baharu untuk tadbir urus Islam mengundang kecaman pelbagai pihak kerana bersifat sektarian, di samping mengiktiraf hanya dua cabang ilmu dalam aliran Sunnah.
“Saya rasa soalan sempit macam teologi ni tidak sepatutnya menjadi tumpuan kerajaan pada hari ini sebab tak ada masalah pun selama ini. Kalau ada satu tarikat atau ada satu kumpulan yang memang jelas melanggar akidah, kita setuju ambil tindakan sebab kita adalah negara di mana tafsiran pihak berkuasa adalah (berdasarkan) Sunnah wal Jamaah, mazhab Syafi'i,” kata bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
Farouk berkata beliau sudah mual dengan “amalan tahunan” Jais menyerbu majlis sambutan 10 Muharram.
“Maka tidak hairanlah dalam khutbah Jumaat di masjid-masjid Selangor, terdapat doa supaya umat Islam hanya mengikuti aliran iktikad Asha’irah dan Maturidiyyah, mazhab Shafi’i, serta ajaran tasawuf Imam al-Ghazali dan Imam al-Junaid al-Baghdadi,” katanya, merujuk kepada teks khutbah Jumaat yang disediakan setiap minggu oleh Jais.
“Persoalannya, adakah terdapat kebebasan pemikiran atau dhamir dalam Islam? Selain Asha’irah dan Maturidiyyah, sejarah membuktikan wujudnya aliran Salafiyyah, Syiah, Ibadiyah, Muktazilah dan mazhab lain yang semuanya adalah ahl-ul-qiblah, bererti mereka menyembah hanya Allah. Mengapa begitu sukar untuk Jais memahami kepelbagaian ini?” soal Farouk.
KES TANGGUH KERANA PRN ?
APAKAH KES
DITANGGUH
KERANA PRN?
AMIN
JIKA SAYED SADIQ
MASUK PENJARA
AKAN PENGARUH
PENGUNDI TOLAK
ANWAR BIN
IBRAHIM
AMIN
JIKA SADIQ BEBAS
TANDA PENGUNDI
SOKONG MUDA
MAZLEE KALAH
TAK JADI MB
KHALAS
Tangguh keputusan rayuan akhir: Ini sesuatu yang tak pernah berlaku - Hisyam Teh
PUTRAJAYA: "Ini adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku (unprecedented). Kali pertama dalam amalan (guaman) saya dan pertama kali dalam pengalaman saya."
Demikian kata peguam, Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman susulan Mahkamah Persekutuan, hari ini, menangguhkan keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan anak guamnya kepada 13 Julai depan.
Ia membabitkan empat pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) yang dihadapi Syed Saddiq.
Penghakiman sudah siap tapi tak dapat dibacakan
Hisyam berkata, keputusan itu dimaklumkan oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Abu Bakar Jais yang memberitahu penghakiman sudah siap, namun tidak dapat dibacakan hari ini kerana seorang daripada panel hakim tidak sihat.
"Kami baru sahaja dimaklumkan oleh Yang Arif Presiden Mahkamah Rayuan bahawa keputusan sudah sedia, namun tidak dapat disampaikan pagi ini memandangkan salah seorang ahli korum tidak sihat.
"Oleh itu, kes ini ditangguhkan ke tarikh 13 Julai depan," katanya ditemui di lobi Istana Kehakiman, di sini, hari ini.
Terdahulu, Abu Bakar dilaporkan berkata, prosiding pada hari ini tidak dapat diteruskan selepas salah seorang anggota panel iaitu Che Mohd Ruzima Ghazali, tidak dapat menghadiri prosiding kerana sedang menjalani cuti sakit selama dua hari, iaitu hari ini dan esok.
Peguam yakin keputusan memihak Syed Saddiq
Kelmarin ketika dihubungi BH, Hisyam Teh berkata pihaknya yakin keputusan rayuan akhir pendakwaan akan memihak kepada Syed Saddiq.
Peguam senior itu ketika dihubungi BH, berkata beliau menzahirkan keyakinan itu kerana pendirian pihaknya selaku responden adalah berasaskan fakta dan undang-undang.
"Rayuan pihak pendakwaan sepatutnya ditolak. Tambahan pula, Mahkamah Rayuan sudah memberikan penghakiman yang sangat kukuh," katanya.
Pendakwaan merayu keputusan Mahkamah Rayuan pada 25 Jun tahun lalu, melepas dan membebaskan Syed Saddiq, 33, selepas membenarkan rayuannya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta yang diputuskan Mahkamah Tinggi pada 9 November 2023.
Sabitan dan hukuman berkenaan adalah berhubung pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) BERSATU.
Langgan:
Catatan (Atom)






