Khamis, 5 Februari 2009

BARU MASUK BERITA BERITA PERAK



Maka turunlah hujan dengan lebatnya di Ipoh
Hujan turut sama bersedih
Melimpahi pipi pipi gebu
Membasahi tudung tudung hijau dan biru

Maka turunlah hujan dengan lebatnya d Ipoh
Hujan turut sama bersedih
Membasuh onar rasuah
Membasuh onar penipuan

Hujan pun turunlah
Untuk sama bersedih dengan Sirul
Yang di kambing hitamkan
Yang badannya di korbankan



jam 4.42 petang TT

TERKINI!!!


Sdr. Anwar Ibrahim, Tuan Haji Hadi dan Sdr. Lim Kit Siang
sedang berada dalam rumah kediaman resmi Menteri Besar Perak.

Dalam masa yang sama ramai pemimpin Pakatan Rakyat ada di sekitar
perkarangan rumah MB.

Menteri Besar Perak enggan melepaskan jawatan.

Kerajaan Pakatan Rakyat berpendapat bahawa mengikut perlembagaan : Sultan wajib menerima cadangan dari Menteri Besar.

Cadangan Menteri Besar ialah membubarkan Dewan Rakyat Perak dan mengadakan
pilihanraya untuk Perak.

Ini langkah terbaik untuk semua rakyat Perak.



-----------------------------
jam 4.30 petang TT

PERDANA MENTERI ABDULLAH BADAWI DI BERITAKAN
AKAN MENGADAP SULAN PERAK JAM 6.00 PETANG INI
DI ISTANA KINTA.



---------------



DI PERKARANGAN KEDIAMAN RESMI MB PERAK
RAMAI WARGA PERAK SEDANG BERKUMPUL




33 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ada gambar x?

Tanpa Nama berkata...

BAGAIMANA KEADAAN SEKARANG?MMG SULTAN ARAH NIZAR LEPAS JAWATAN KE?

Kieng Meng berkata...

aku dok kat kedai kupi mencari berita terkini..abang hisam gak yg terupdate sekali..pemecah berita terbaik

Tanpa Nama berkata...

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyifatkan perbuatan berpaling tadah di kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat sehingga tumbangnya kerajaan negeri adalah pengkhianatan kepada penyokong mereka yang bersusah payah berkempen ketika pilihan raya umum lalu.

Justeru, beliau masih berharap pilihan raya negeri diadakan di Perak, bagi membolehkan Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional kembali kepada rakyat mendapatkan mandat baru untuk membentuk kerajaan.

"Saya rasa cukup dukacita apabila timbul cerita wakil rakyat hilang selama dua tiga hari dan kemudian nak melompat. Saya tak faham macam mana keadaan ini boleh berlaku di Malaysia. Manusia macam ni patut dilemparkan dengan kasut.



" kah kah kah kah kah..... kah kah kah kah kah kah..... woi tg nik aziz suh lempar kasut woi! , ape lagi, jomla ajak rakyat ramai2 sumbang kasut! kat muke YBabi lompat tu kah kah kah kah kah kah JOM~

Tanpa Nama berkata...

lagi2...kasik update2...
waaa....panass2!!!

kieng meng,

mana kedai kupi lu lpk??
xda kja kaa??

Tanpa Nama berkata...

Sultan bertindak atas alasan teknikal, maknanya jika PR tidak lagi 'command' majoriti siapa yang sanggup ambil alih?, tidak lain BNlah. Memang itu agaknya alasan Sultan mengguna pakai kriteria itu. Ada pengajaran juga yang PR jangan lagi memancing ADUN lain baik di Sabah, Sarawak dan di Negeri 9 atau di seluruh negara. Kini kena keras pula untuk PU-13, kala itu kita sapu bersih boleh tak? Buang idea 'pancing-memancing' keran idea itu cuma best bagi ADUN yang bermasalah dan tidak stabil.

Tanpa Nama berkata...

apa macam ni Sultan Perak ?? Harus rakyat Perak sendiri yang akan menentukan pilihan kerajaan negeri sendiri. Tuanku, tolong bubarkan dewan kerajaan negeri dan biar rakyat buat pilihan kerajaan.

Teluk Anson.

Tanpa Nama berkata...

sultan suruh letak jawatan je.. tapi x suruh BN tubuh kerajaan lagi.

Zahrin berkata...

gerakan menjatuhkan najib bermula

http://dragsuperstar.blogspot.com/2009/02/najib-abdul-razak-ingatlah-tarikh-ini.html

Tanpa Nama berkata...

Bro,Aku amat mengkagumi Sultan Perak dan kerabat nya.After all dlm byk byk raja dan sultan,Perak agak ke depan dr segi tahap academia dan terserlah daulat nya bila bertitah.Disusuli dgn kehebatan Raja Nazrin.Tambah respect bila baginda akan bersikap berkecuali. Tiba tiba "take side" pula.Aduhai ..Berdolak dalik pula sekarang. Mat Entahlah.

Tanpa Nama berkata...

Aku merasa sgt aib sbg melayu dgn tindakan sultan Perak. Ini ke yg dikatakan sultan plg bijaksana dan adil?

* TT tlg siar komen aku ni.

Saiful R.L.

Tanpa Nama berkata...

cayalah bro....,TT juga 'pengupdate' tercepat.Keep 'em comin bro!!! Lepas ni... jadi?,jadi?,jadi?....

Pelan Cap Ayam berkata...

Bangsat! Penyamun! Perompak! Perasuah! Kambing! Puteh!

Tanpa Nama berkata...

Ucapan buat Duli Tuanku.

Tuanku
Lantik saja sesiapa yg Tuanku fikir Tuanku suke. Kalau dah semua hak tuanku..buatlah sesuka hati Tuanku yg bijaksana.
Kami rakyat semuanya bodoh2 belaka. Ungkapan2 kami semua xde harga. Akan dtg xpayah la buat election lagi. Nanti kalau PR menang pun bukan tuanku terima. So lantik lah sape2 yang tuanku suke skrg.
Selamat panjang umur raja ku.

- Kpg gajah.

Cob Nobbler berkata...

Lirik lagu Butterfingers sesuai time2 macam ni,kan?

Hujan di tengah hari
Pakai payung emas
Lumpur yang terpalit
Dayang-dayang kemas
Belajar luar negeri
Duit tak pernah cemas
Setelah ditabalkan
Jodoh dengan puteri

Party hujung minggu
Kereta BMW
Cari gebu-gebu
Teman beradu

Junjung titah patik harap di ampun

Daulat Tuanku

Perempuan zaman modern nak ayam tambatan
Ataupun anak Sultan lupa daratan
Panchung sula rejam Woi!
Aku tak gentar
Lagi suciku ini milik rakyat jelata

Junjung titah patik harap di ampun

Daulat Tuanku

Mari ramai-ramai kita lese majeste!

Tanpa Nama berkata...

Sultan Azlan Shah ni biar betul.

BETUL KE DIA NI PIKIR PASAL RAKYAT DAN KEBEBASAN DAN HAK RAKYAT MEMILIH PEMIMPIN???

ATAU DIA NAK JAGA SISTEM BARISAN NASIONAL YANG TELAH SEKIAN LAMA MEMBERI WANG MAKAN KAT SULTAN?

SULTAN PIKIR PASAL DIRI DIA KE, PIKIR PASAL RAKYAT?

KALAU RAKYAT NAK ADAKAN PILIHANRAYA, APA SUSAH KAU AZLAN SHAH? KITA GUNA WANG KITA, WANG RAKYAT, BUKAN AMBIK DARI WANG PUSAKA DATUK NENEK KAU...

Tanpa Nama berkata...

Baghru hangpa semua ada akai..la ni langit tinggi ka rendah?

Aloy Paradoks berkata...

gua masih menanti kuputusan rasmi...

Tanpa Nama berkata...

tok

i was disappointed at the turn of events. i share the sentiment of your readers. looking at it and reflecting a little deeper, based on several sources of report and hearsay...even the Sultan may have to be patient in handling this crisis, just as there was a report of His Highness telling Nizar to be patient.

what it mean as we look deeper into the call of universal law and what is going around us, when bad, misfortune situation happen to decent people and with the normal reaction of wanting to react, examine it deeper to hold our emotion in check, let us remember that whenever bad things happen there is always a reason and a reason for something good to come out of it, something that is hidden away initially but revealed later on.

so let us look with hope, when even for some of us, we feel total disgust at the whole thing, so that we will grow deeper and stronger spiritually to deal all situation.

ok, back to kretek time...

Tanpa Nama berkata...

bagi saya ..kita semua mesti menghormati keputusan sultan.lihat kes di perlis,terengganu.ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.pakatan akan jadi kuat,hanya ahli yang berkualiti je yang diterima masuk ke pakatan.ini menunjukkan parti pas masih dianggap parti yang paling stabil dan boleh dipercayai.
biarlah bn seronok dengan kemenangan yang akan menjerumuskan mereka.
kita sebagai rakyat malaysia menerima keputusan dengan terbuka.janganlah kita benci kepadfa sesuatu perkara tanpa menggunakan saluran yang betul.kita harus melangkah 10 langkah kehadapan dengan menukar strategi dan memikirkan nasib rakyat yang dilanda kegawatan ekoomi.semua rakyat malaysia tingkatkan produktiviti dan melihat dan bercermin ke dalam parti kita .kita harus berfikir waras dan tenag.biarlah bn naik jadi penguasa di perak.tetapi kita mesti percaya kepada tuhan yang amat berkuasa..jika dengan izin tuhan jadi..jadilah ia..janganlah kita memberontak dan memaki hamun seperti kes sultan nate di terngganu..kebenaran dan perjuangan kita belum selesai.janganlah kita jadi thailand yang tak berhenti-henti berdemo dan berprotes..
kita seharusnya berfikir dengan waras untuk menyelamatkan negara kita dari terkena kegawatan ekonomi yang lebih dahsyat jika tak berhenti dari berdemo..kita gunakan jalur undang-undang dan berdoa kepada tuhan..

Tanpa Nama berkata...

Raja zalim kita semua rakyat sanggah!!! jgn smp peristiwa jebat berulang lagi..

Wahai Tuanku Raja Perak. Apakah ada kepentingan lebih besar selain dari hak hamba rakyat mu?

- Melayu Merdeheka.

Tanpa Nama berkata...

Selamatkan Perak !!!! Selamatkan Koperal Sirul!!!!!!!

- Sirul kambing itam.

Tanpa Nama berkata...

Maka turunlah hujan di Ipoh
Membasahi rakyat berdiri & bersimpoh
Meratapi demokrasi yang dah lumpuh
Diracuni oleh perakus2 beriman rapuh

Maka di Ipoh hujan bercucuran
Menangis meratapi kehancuran
Membasahi keadilan mengharap kesuburan
Membasuh menyucikan segala kotoran

Tanpa Nama berkata...

Raja menyokong rampasan kuasa BN. Terbukti benar. Tetapi rakyat lebih berkuasa dari Raja. Rakyat boleh hidup tanpa raja..tetapi bole ke Raja berkuasa tanpa Rakyat? jawab la tuanku.

- Hamba marhaen.

kamarulzaman ahmad berkata...

Anwar, hadi, lim kit siang dalam rumah MB buat solat hajat berjemaah ke....

Nik aziz marah orang lompat katak ke BN... bila dengar orang lompat katak ke PR dia diam..

brader tiub
buka apa, lu kasi diorang ni realistik sikitla...

AnakSemuaBangsa berkata...

Hari ini dalam sejarah
Perak jatuh ketangan perasuah
licik,mentaliti tahap najis.
Hikmah:
Peristiwa ini akan manambahkan
kebencian Rakyat kepada Gorombolan.

Tanpa Nama berkata...

salam
Aku pun bersedih gak dengan keadaan semasa kat negeriku...Tapi kita kena rasional. lawan tetap lawan. Tunggu pru ke 13

Tanpa Nama berkata...

Salam TT,

Setelah memandangkan keadaan yg sedia ada, ada baiknya kita ambil iktibar ini utk mengingatkan pada PR supaya benar2 tahu SIAPA yg dilantik jadi wakilnya, kemampuannya, keikhlasannya, pengetahuannya, kewibawaannya, tegak dirinya, pendiriannya, perinsipnya, moralnya, dedikasinya.....

Tak kira utk PKR, PAS atau DAP...saya lebih rela mengundi bang Zaid (bekas menteri dari kelate) dari haprak2 PR (yg saya maksudkan adalah mereka yg hanya mementingkan diri sendiri dan menkianati kepercayaan yang diberikan...)

Demi rakyat - Dari rakyat - Untuk rakyat

Ayuh PR...kentalkan semangat juang...lawan tetap lawan...

Terima kasih TT kerana sentiasa menyedarkan kami apa yg tersirat dan yg tersurat...

Unknown berkata...

bro tt...
adun pr yg lompat tu ada masuk ebay atau mudah.com x??
nk tau jgk bper harga drg tuh....
yg smpai bn blh bli tuh..
bpe la drg bukak harga kan...haha..
apa x harap la...baik bkn sedara mara aku...klu x,mau aku pggil uncle pet suh suntot!!!

Tanpa Nama berkata...

logik juga kalau pakatan pegang sultan krg sikit masyuk kot.Kau org semua jgn risau ade 2 mkn suap.10 feb ni naik mahkamah.Anda tentu tahu apa keputusannya.

Tanpa Nama berkata...

Ape kome nak heran, parti BN memang (B)esar (N)afsu nye!

Tanpa Nama berkata...

salam,

beginilah...sy secara terbuka mengutuk rompakan BN terhadap pakatan.memalukan! x pkir ker skg ni rakyat dah celik...cuma kalau kisah ini adalah "PERMULAAN" yg baik bg Pakatan, sy percaya dengan Izin Allah, ia adalah "PENGAKHIRAN" buat BN dalam pilihanraya akan datang.

selamat maju jaya buat semua rakyat jelata..sy pasti, anda semua sudah ada pilihan untuk mengundi dalam pilihanraya akan datang..dan pilihan itu adalah "nesan" untuk BN...

semoga Allah memberi kekuatan kepada mangsa yang ditinggalkan dan memberi balasan kepada yg membuat kezaliman..

Allah tidak pernah menzalimi hamba2nya....

Tanpa Nama berkata...

TUANKU tidak sama dengan TUHANKU.