Jumaat, 29 Oktober 2010
WAL KARUT BIN MARUT
INI PUN JIN KALI KLENTONG !
SITI BALQIS DITEMUI DIRUMAH KENALAN DI JELEBU - melayau
BESUT 28 Okt. - Siti Balqis Mohd. Nor, 22, yang terus mencetuskan misteri apabila dikatakan hilang semula sejak Ahad lalu akhirnya ditemui di rumah kenalannya di Kampung Ulu Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan, semalam.
Bagaimanapun penemuan kali ini bukan menggunakan khidmat bomoh pengamal perubatan Islam seperti mana yang dilakukan sebelum ini, sebaliknya melalui hasil siasatan polis.
Penemuan itu sekali gus menolak andaian bahawa Siti Balqis 'ghaib' kononnya masih dilarikan oleh makhluk halus pada malam Ahad lalu dan berada di Gunung Jerai, Kedah.
Ketua Polis Daerah Besut, Supritendan Kamarudin Mohd. Zakaria hari ini mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dekat sini mengenai penemuan Siti Balqis.
Turut hadir ibunya, Norizan Said, 47, dan dua bapa saudaranya, Abdullah Said, 72, Daerawi Said, 62, serta kenalan gadis itu, Norwaniza Ramli, 19.
Bagaimanapun sepanjang sidang akhbar itu, Siti Balqis tidak menunjukkan sebarang reaksi dan hanya mendiamkan diri apabila ditanya oleh pihak media.
Dia juga dilihat enggan memasuki kenderaan untuk dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Gong Nangka, Apal dekat sini sehingga ibu serta anggota keluarganya terpaksa memujuknya.
Menurut Kamarudin, berdasarkan laporan ibu Siti Balqis pada pukul 1.50 pagi, Isnin lalu, pihaknya terus menjalankan siasatan termasuk berpandukan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar oleh Siti Balqis kepada ibunya.
''Kami mendapati, SMS itu dihantar dari Negeri Sembilan dan bukannya dari Gunung Jerai.
"Dengan kerjasama polis Negeri Sembilan, kita dapat mengesan Siti Balqis berada di sebuah rumah rakannya yang dikenalinya melalui surat-menyurat sejak lima tahun lalu di Batu 18, Kampung Ulu Klawang, Jelebu.
"Sehubungan itu, dua anggota polis telah dihantar ke sana dan dia bersama rakannya, Norwaniza telah dibawa ke sini pagi ini, "jelasnya.
Beliau memberitahu, berdasarkan tiket bas yang diperoleh, Siti Balqis menaiki bas dari Jerteh ke Shah Alam sebelum menuju Negeri Sembilan dan bercadang pulang semula ke Besut pada 31 Oktober ini.
Dia yang tidak menjelaskan punca gadis itu menghilangkan diri ke Negeri Sembilan menyifatkan kes berkenaan sebagai selesai dengan penemuannya dan tidak timbul soal disembunyikan atau ghaib.
Dengan penemuannya itu, Norizan mengucapkan terima kasih kepada pihak polis tetapi tidak pasti bagaimana kesudahan nasib anaknya itu kerana kerap ghaib dalam keadaan mengelirukan.
Sementara itu Norwaniza ketika ditemui memberitahu, dia mengenali Siti Balqis menerusi majalah Remaja lima tahun lalu dan sejak itu mereka sering berutus surat walaupun tidak pernah bertemu.
Katanya, Siti Balqis hanya memberitahunya menerusi telefon akan datang ke rumahnya dengan tujuan melawat dan pada pagi Isnin Siti Balqis tiba di rumahnya dengan sebuah teksi.
Norwaniza juga mengakui tidak pernah mengetahui mengenai kisah Siti Balqis yang menarik perhatian media kerana sering 'ghaib' sejak lebih dua bulan lalu dan menimbulkan misteri sehinggalah anggota polis datang ke rumahnya.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH…
woit… DARO… EKAO DATANG KAMPONG DEN…. kah kah kah..
kah kah kah…. LAAA…. APA JADI DONGAN JIN ITU…. kah kah kah..
kah kah kah…. DARO… EKAO DATANG NAIK BAS…. kah kah kah..
kah kah kah… PEMBONGAK BOTO JIN NI…. JIN BOHONG…kah kah kah….
kah kah kah… CAKAP ADA POWER…MACAM POWER RANJER…. kah kah kah…
kah kah kah… APAKAH JIN INI KEHABISAN TENAGA UNTUK PENERBANGAN KE GUNUNG JERAI?.... kah kah kah..
kah kah kah… APAKAH JIN INI TIDAK MEMILIK GPRS… HINGGA SILAP KE JELEBU…. kah kah kah..
kah kah kah…. JIN INI BETUL BETUL TAK BOLEH PAKAI…. kah kah kah..
nota:
inilah cerita karut bin marut
suraah dari bohong bin tipu
kalau bomoh kita telah tangkap jin ini
harap jangan buang kan ke dalam laut
kita hantar jin ini ke israel untuk menentang
rejim zionis yang ganas itu kah kah kah..
kalau jin ini banyak permata
maka kita ambil jin ini jadikan
gobenor bank negara
atau gantikan zeti atau idris jala
pasti ekonomi kita naik melonjak kah kah kah
kalau bomoh kita tangkap jin ini
harap jang dibuang ke laut
kita lantik dia jadi angkasawan negara
kapal angkasa kita bukan ke bulan
kita menuju ke matahari kah kah kah
kalau bomoh kita tangkap jin ini
harap jangan buang ke laut
kita jadikan dia atlet negara
pada olympik london 2012
jin ini wakil negara
pasti berkepok kepok pingat emas untuk kita kah kah kah
kalau bomoh kita tangkap jin ini
tolong jangan buang ke laut
bomoh dan jin ini kita hantar ke norway
untuk menrima hadiah nobel
yang selama ini kita mimpi mimpikan
kalau bomoh kita tangkap jin ini
tolong jangan buangkan ke laut
minta jin ini ubat kan bisul zul nordin
yang dah mula tumbuh di mulut kah kah kah
kalau bomoh kita tangkap jin ini
tolong jangan buang ke laut
zunar nak pakai dia sebagi model
untuk buku karton yang akan datang
kalau bomoh kita tangkap jin ini
tolong jangan buangkan ke laut
minta jin ini tolong satu lagi jin kaki tipu
yang ambil duit kerajaan perak
kata nak buat pasir salak kah kah kah
nota:
kalau dapat tangkap jin ini
jualkan pada bik mama
bik mama akan bayar berjuta juta
untuk kurangkan kilonya kah kah kah
nota:
ada bau tekanan keberahian
ada bau seksualiti
ada bau female bonding
anak gadis ini perlu
menemui pakar saikoloji
bukan pakar tangkap jin
kalau nak tangkap jin
minta sprm buat siasatan di finas kah kah kah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
19 ulasan:
kah kah kah!
dulu aku dah beritahu,
cerita jin jertih bohong,
org kampung juga pandai tipu,
tak adil yang bergelar ustaz,
asyik nak menipu siang malam,
guna ayat halau hantu,
guna qur'an keluarkan saka,
guna serban sembelih jin,
Hari ini terang terdedah,
sakit jiwa bukan dilarikan jin,
kepala pening bukan jin berbulu,
naik bas bukan jin terbangkan,
batu beli bukan jin berikan,
lari dari keluarga disembunyi jin,
tak payah dalil,
tak payah nas,
semua kena tipu,
ada lagi melayu mahu ditipu,
berasak ke pusat rawatan Islam,
lubuk para ustaz menipu melayu.
tt! kau jangan lawan ulamak, durhaka namanya.
Tapi aku lain, kalau sijahil lawan, dia pula durhaka, kalau ulamak lawan, itu baru buku bertemu ruas, kerana aku juga ulamak.
bukan ker dah jumpo di Putera Jaya sebolom ni. Dikoba en ado samo ngan Bikmama
hahahaha..... maluuu maluuu..
terapi alquran lah, bomoh saktilah.. heheh.. adoi melayu, melayu.. cukup2lah dengan puteri gunung ledang, kisah bunian, nenek kebayan n lain2 lagi tu.. xpayah nk tambah cerita lgi.. bila org psiko disangka disorok jin. kah kah kah.. kenape jin tu xnk sorokkan siti nurhaliza ke? hahaha
apo di buek eh kek kampung kau tu isham. rais yatim heboh nak pasang wifi kek guo musang. orang tompek sendiri tak baca berito.
budak ni sebona eh nak poi final pialo mesia, penyokong kuek negori sembilan tu.
hoben jin hoben
chit...miss soru wa pas ni,pe hal la lu ni bro sham,wa mau cari rezkian anak anak pun lu potong la
Setuju sangat tentang filem pasir salak tu.Aper dah jadi dgn filem? Aper dah jadi dgn duit berjuta? Tak kan nak diam jer...Buat2 sebok pasai politik...duit hanyut!!!Pingat darjah kebesoran tiap2 bulan dapat.Bangser aper dier tu?Ugamer aper dier tu?Ahli parti maner dier tu?Omor makin tuer,temolok makin besor..
ADUYAI..TAK LARET DEN NAK KABO KEK EKAO JANG..EDEN GOLAK SAMPAI TERPANCUT2 NIH..
Anak daro tu suker kek Jolobu erk..kahkahkah... Melayu2.. bila la nak sedar dari mengigau.. asik gak asek ngan jin, cerita hantu... lama2 utusan meloya jadi pariasari dan mustika la erk.. kahkahkah
Tuan TT,
nampak sgt tuan TT selalu dlm keadaan tergesa-gesa.
ejaan byk salah. Tuan saja buat ke?
kalau tuan nak berak, pergi la berak dulu, dah lega cuci tangan baru la berblog.
KAH KAH KAH!!!!!
hadoi...aku gelak sorg2..betulaaaa..betul2..dia nak g final piala msia...wahahaha
Kakaka kesian jin yang tempoh hari dah kena tangkap.kakaka nahas nanti tok bomoh kena saman pasal silap tangkap jin.tak pasal pasal jin yang tak bedosa kena buang daerah ke laut
Hope u could answer honestly. Are u atheist?
sekarang ni bukan masalah jin tu wujud ke tak... ini masalah budak perempuan gila yg telah menipu semua orang, termasuk jinpuaka pun tertipu, tok bomoh yg konon cuba menangkap jinpuaka pun berlakon hebat tangkap 9 ekor turr.. dan makbapak budak ni pun satu hal juga 2x5 saja dengan anaknya, apa cerita yang akan terbongkar lagi selepas ini.
pokoknya kalau budak tu dah memang tak pernah kena rasuk, scanlah guna ayat ke apa alat pun takkan ada jumpa tanda2 dia dirasuk, sebab badan dia clean, sihat walafiat, cuma otak je mereng,
dalam rancangan misteri tv3suku pun ada tunjuk budak gila telah discan oleh ustaz mana tah, selamba je reaksi budak ni, tiada menunjukan tanda2 dia dirasuk oleh mana-mana jinpuaka, sampai ustaz tu kata owh! ini jin bukan sebarang jin, ini jin tak lut, ini jin ulama ni kahkahkah.
yang aku kesian sekali kat keturunan jin-jinpuaka yg telah difitnah oleh budak perempuan and her family.... redho ajalah.
tak dapek den nak nolong yo.. kahkahkah
nota: siapa yg terberak semasa baca ulasan aku ini, hendaklah di bawah tanggungan sendiri kahkahkah
Tak sangka aku tengok, masih ada orang ketinggalan bas dan teksi malah kereta lembu?
Are u atheist? Sudah 10 juta pelawat dah wey.. Google tengok Isham ni apa? Ishlam Kapitalish.. hahahaha
Aku berdoa Allah menakdirkan suatu hari nanti Isham dilarikan Jin ..
kah kah kah
bro sham bukan atheist..dia kempunan altis jer..pe hal la lu mat
susah la malaysia ni,kata semua boleh
mau cari makan,bro sham sudah kasi pecah lobang
mau ketawa mesti mau permit
mau baca buku agama,sudah cop wahabi,terrorist (tourist?)
mau baca sarte,sudah kata sesat
mau makan bangkai ayam dan lembu dari barat,mesti mau cop dulu sama lebai
mau jadi orang baik,kasi org miskin makan,lebai sudah sapu wang beli air cond
malaysia boleee (boleh? bolen?)
Perintah Yang Mustahak
[16:98] Apabila kamu membaca Quran, kamu mestilah meminta perlindungan kepada Allah dari syaitan yang ingkar.
[16:99] Dia (syaitan/jin/hantu/ustas/bomoh) tidak mempunyai kuasa keatas orang orang percaya yang meletakkan kepercayaan mereka kepada Tuhan mereka.
[16:100] Kekuasaan dia (syaitan/jin/hantu/ustas/bomoh) hanyalah terhad kepada orang orang yang memilih dia (syaitan/jin/hantu/ustas/bomoh) sebagai tuan mereka; iaitu orang orang yang memilih dia (syaitan/jin/hantu/ustas/bomoh) sebagai tuhan mereka.
www.submission.org
[16:98] When you read the Quran, you shall seek refuge in GOD from Satan the rejected. [16:99] He has no power over those who believe and trust in their Lord. [16:100] His power is limited to those who choose him as their master, those who choose him as their god.
Mengabaikan Kitab Allah
[2:101] Kini apabila rasul dari Allah datang kepada mereka walaupun dia membuktikan Dan mengesahkan kitab mereka, sebahagian pengikut dari kitab (Yahudi, Nasrani dan Muslim ) membelakangkan kitab Allah seakan akan mereka tidak pernah mempunyai kitab langsung. [2:102] Mereka megamalkan apa yang diajarkan oleh syaitan berkenaan kerajaan Sulayman. Padahal Sulayman itu bukanlah dari golongan orang yang ingkar. Mereka mengajarkan manusia ilmu magik, yang mana ilmu magik itu diturunkan kepada kedua malaikat dari Babel, Harut dan Marut. Mereka berdua itu tidaklah menyimpangkan ilmu pengetahuannya itu melainkan dengan membuktikan, yang ilmu magik itu adalah satu percubaan. Kamu jangan sekali kali menyalah gunakannya. Tetapi manusia mengunakannya dengan mengikut ajaran syaitan demi untuk mencerai beraikan suami isteri. Sesungguhnya mereka tidak dapat membinasakan sesiapa pun dengan tidak mendapatkan keizinan dari Allah. Bahkan mereka yang ingkar akan merasakan yang amalannya itu semata mata menyakitkan dan tidak memanfaatkan mereka pun. Oleh itu mereka akan ketahui dengan sepenuhnya sesiapa yang mengamalkan ilmu magik, tidak akan mendapatkan bahagian yang baik diHari Akhirat kelak. Amat sangat mendukacitakan bagi orang orang yang menjualkan roh roh mereka. Jikalau mereka mengetahui akan akibatnya.
Disregarding God's Scripture
[2:101] Now that a messenger from GOD has come to them, and even though he proves and confirms their own scripture, some followers of the scripture (Jews, Christians, and Muslims) disregard GOD's scripture behind their backs, as if they never had any scripture.[2:102] They pursued what the devils taught concerning Solomon's kingdom. Solomon, however, was not a disbeliever, but the devils were disbelievers. They taught the people sorcery, and that which was sent down through the two angels of Babel, Haroot and Maroot. These two did not divulge such knowledge without pointing out: "This is a test. You shall not abuse such knowledge." But the people used it in such evil schemes as the breaking up of marriages. They can never harm anyone against the will of GOD. They thus learn what hurts them, not what benefits them, and they know full well that whoever practices witchcraft will have no share in the Hereafter. Miserable indeed is what they sell their souls for, if they only knew.
Perintah Yang Mustahak
[16:98] Apabila kamu membaca Quran, kamu mestilah meminta perlindungan kepada Allah dari syaitan yang ingkar.
[16:99] Dia (syaitan/jin/hantu/ustas/bomoh) tidak mempunyai kuasa keatas orang orang percaya yang meletakkan kepercayaan mereka kepada Tuhan mereka.
[16:100] Kekuasaan dia (syaitan/jin/hantu/ustas/bomoh) hanyalah terhad kepada orang orang yang memilih dia (syaitan/jin/hantu/ustas/bomoh) sebagai tuan mereka; iaitu orang orang yang memilih dia (syaitan/jin/hantu/ustas/bomoh) sebagai tuhan mereka.
www.submission.org
[16:98] When you read the Quran, you shall seek refuge in GOD from Satan the rejected. [16:99] He has no power over those who believe and trust in their Lord. [16:100] His power is limited to those who choose him as their master, those who choose him as their god.
Budak tu memang dah anak jin, pasal tu buat perangai macam anak jin... Lain kali, sebelum memproses anak, baca doa dulu, kalau tak memang ada bapak jin tumpang sekaki tu... kekeke... tapi orang yang tak percaya adanya jin tu pun, banyak gak jin dalam badan tu.... Orang suruh percaya adanya jin aje, bukan suruh percaya jin tu kuat dari kita ke apa, tu dah nak jadi syirik plak... apa dah...
Lagi satu, filem skang, tak kira lah mesia punya ke luar punya ke, bukan main galak lagi mengagung2 kan bangsa jin setan ni. Siap buat filem kononnya jin ni boleh makan orang lah, jin ni tu lah, ini lah, macam-macam hantu dah ada kat tv tu. BIla terlalu ramai orang dah takut ngan jin, hantu, setan, SIAPA yang akan takut kepada ALLAH?? Tahniah lah kepada pembuat2 film tu yang dah berjaya mengembangkan lobang idung jin setan tu....
sakit jiwa betul lah pempuan ni...
Catat Ulasan