Rabu, 2 November 2011

ANAK TERBAIK DARI BUMI AFRIKA - ANAK TERBAIK DARI DUNIA ARAB





SELAMAT TINGGAL LIBYA





SURAT KEDUA TENTANG GADAFFI

Tuan yang saya hormati,

Surat pertama saya minggu dahulu tentang Muammar Gaddafi telah mendapat pelbagai reaksi. Ada yang bersetuju. Dan ramai juga yang tidak bersetuju dengan pandangan saya itu. Kepada mereka yang bersetuju saya meminta mereka untuk terus membaca dan mengkaji. Kepada mereka yang tidak bersetuju maka saya arahkan surat kedua saya ini kepada mereka.

Untuk memulakan surah biar saya nyatakan disini tentang dua patah perkataan. Dua perkataan ini adalah jampi dan mantra geopolitik hari ini. Dua perkataan ini adalah realpolitik yang sedang berlaku dihadapan mata kita. Jika kita memiliki makrifat tentang dua perkataan ini maka kita akan memahami apa yang sedang berlaku dalam dunia hari ini.

Pertama: Minyak. Kedua : China. Dua perkataan ini adalah kunci untuk kita memahami makrifat politik dunia. Memahami politik dunia akan membantu kita untuk memahami politik dalaman Malaysia. Gagal memahami : Minyak dan China - maka kita akan gagal dalam menganalisa situasi politik. Analisa politik yang tidak tepat akan membuatkan kita memilih taktik dan stratiji yang salah dalam pejuangan untuk menumpaskan kezaliman untuk mendirikan keadilan.

Tuan yang saya muliakan,

Pasti tuan akan bertanya apa hubungan Minyak dan China dengan wafatnya Muammar Gadaffi?

Tuan yang saya muliakan, dalam surat saya yang lalu telah saya nyatakan bahawa banyak syarikat minyak antarabangsa telah tidak dibenarkan menjarah minyak di Libya. Libya bukan macam Kuwait atau Berunai dimana Shell, BP, Cheveron, Esso atau Exxon bebas untuk menjarah harta kekayaan negara. Gadaffi telah melarang syarikat antrabangsa ini masuk dengan wenang wenang.

Apakah tuan tidak percaya dengan surah saya ini? Biar saya bawa tuan kembali untuk mengingati sejarah pada 5 April 1986. Pada malam itu sebuah bom telah meletup didalam sebuah kelab malam di Berlin. Tiga soldadu Amerika gugur. Rumah Puteh di bawah Ronald Reagan ketika itu mengambil tindakan balas dengan mengebom Libya pada 14 April. Sasaran pertama ialah rumah kediaman Gadaffi sendiri. Seramai 50 orang warga Libya gugur termasuk anak perempuan Gadaffi sendiri.

Tindakan Ronald Reagan ini berdasarkan kenyataan seorang saksi yang bernama Mushad Eter. Tetapi dari ZDR – stesen tv German - yang menyiarkan program siasatan pada 28 Ogos 1998 – didapati bahawa Mushad Eter ini ialah ajen CIA. Dan orang yang bertanggung jawab meletakkan bom ke dalam kelab malam itu ialah Mahammed Aamir seorang ajen Mossad dari Israel.

Apa yang ingin saya nyatakan disini ialah rancangan untuk membunuh Gadaffi ini telah lama berjalan. Fail : Mesti Bunuh Gadaffi – telah ada di meja CIA semenjak tahun 70’an lagi. Jika tuan masih tidak yakin dengan surah ini biar saya buka satu lagi surah. Kali ini saya adalah perawi saheh kerana ketika pesawat udara Pan Am Flight 103 meletup di Lockerbie pada 21 Disember 1988 saya masih lagi tinggal dalam kota London. Saya mengikuti –membaca dan menonton – dengan rapi sekali kes ini.

Trajedi udara di Lokerbie telah menewas 270 penumpang. Dengan serta merta Ronald Reagan telah menuduh Gadaffi dan Libya. Kerajaan British dibawah Magaret Thatcher amat bersedia untuk mengikut telunjuk Ronald Reagan. Majlis Keselamatan PBB telah mengambil langkah membuat sekatan keatas Libya. Dua warga Libya Abdel Basset Al Megrahi dan Al Amin Khalifa telah ditangkap dan didapati bersalah. Tetapi kaum keluarga yang gugur merasa tidak puas hati dan mereka membuka kes ini sekali lagi.

Pada bulan Ogos 2005 Ketua Pendakwa Raya Mahkamah Scotland telah membuat kenyataan bahawa bukti baru telah ditemui. Bomb jangka dalam kapalterbang tidak dipasang oleh warga Libya tetapi telah dipasang oleh ajen CIA. Saksi utama seorang penjual kain baju di Malta telah mengaku bahawa dia telah dibayar sebanyak 2 juta dolar oleh CIA untuk memberi keterangan palsu dan mengkaitkan Libya.

Memasang bom dan kemudian menuduh orang lain melakukannya bukan satu taktik yang baru. Kita pernah mendengar bagaimana polis meletakan dadah atau parang sebagai bahan bukti. Di Malaysia sendiri kita semua telah melihat bagaimana Mahathir Muhamad merancang kes rampasan senjata di Sauk pada 31 Ogos 2000. Dikatakan tiga buah Pajero telah berjaya mengambil senjata seberat 3 tan dalam masa 15 minit. Mahathir telah menuduh kumpulan silat Al-Maunah. Sebenarnya ini adalah persediaan Mahathir untuk menggunakan ISA terhadap Gerakan Reformasi. Ini terbukti saheh : Pada 10 April 2001 seramai 10 orang aktivis Reformasi telah ditangkap dibawah ISA.

Letupan bom di Berlin dan meletupnya diudara kapalterbang di Lockerbie terbukti kerja jahat CIA. Kenapa semua ini dilakukan? Jawapannya cukup senang. Minyak. Minyak. Minyak. Gadaffi tidak membenarkan syarikat minyak antrabangsa menjarah Libya. Justeru Gadaffi wajib dilupuskan.

Tuan yang saya muliakan, saya telah banyak menulis untuk menerangkan bahawa tamadun moden hari ini adalah Tamadun Minyak. Kalau dulu manusia telah melintasi Zaman Batu, Zaman Gangsa, Zaman Wap – hari ini saya namakan tamadun Zaman Minyak. Ini kerana asas ekonomi dunia kapitalis hari ini ialah minyak. Tanpa bahan bakar petrol dunia kapitalis dan sistem ekonomi kapitalis akan runtuh. Justeru kita semua wajib menerima hakikat bahawa bahan bakar petrol ini adakh kunci sistem ekonomi kapitalis.

Kuasa kolonial Eropah – German, British, Itali, Peranchis , Belanda, Belgium – semuanya ada memiliki tanah jajahan di Afrika. Sesudah biji durian dimakan kulitnya dibuang – inilah sikap penjajah. Negara kolonial Barat telah meninggalkan Afrika tempang, mundur dan miskin. Afrika tidak lagi menjadi wilayah yang menarik untuk kaum kapitalis melabur seperti di Siam, Malaysia atau Korea. Disini negara China – negara kapitalis yang baru bangun – tanpa segan silu telah masuk ke Afrika untuk melabur.

Libya menjadi bagitu penting untuk China kerana kedudukan Libya betul-betul ditengah benua Afrika. Di Selatan Libya terbentang padang pasir yang membuka benua Afrika manakala di utara ialah Laut Tengah. Ketika Libya diserang Nato ada lebih kurang 75 buah syarikat China dengan 36,000 tenaga kerja. Mereka sedang membina bangunan, lebuh raya dan mendirikan infrastruktur pembangunan.

Tiga syarikat minyak China – CNOC, Sinopec Group dan CNOOC beroperasi mencarigali di Libya. Ketika diserang oleh Nato, Libya membekalkan China 150,00 tong minyak sehari – ini adalah 3% dari keseluruhan keperluan China dan ianya hanyalah 1/10 ekpot minyak Libya. Secara nisbah Libya menjadi negara pembekal minyak yang amat penting untuk China.

Hari ini ekonomi China adalah ekonomi kapitalis yang kedua terbesar didunia sesudah Amerika Syarikat. Tidak berapa lama lagi kekuatan ekonomi Amerika akan diambil alih oleh ekonomi China. Kekuatan ekonomi Amerika Syarikat akan menjadi sejarah. Fakta ini diketahui oleh CIA, diketahui oleh Rumah Puteh, diketahui oleh Israel. Apabila kuasa ekonomi merundum bermakan kuasa politik akan merundum sama. Ini makrifat realpolitik.

Untuk ekonomi China berkembang dan terus bergerak bahan bakar petrol amat diperlukan. China memerlukan minyak mentah bukan sahaja dari Afrika malah dari mana sahaja. Justeru, China telah melabur di Sudan, di Dafur, di Chad. Fakta ini bukan satu rahsia.

Kalau membuka kembali sejarah terkini kita akan membaca bagaimana syarikat minyak China telah diketepikan di Iraq oleh pentabiran Amerika sesudah Saddam dibunuh. Perjanjian carigali antara syarikat China dengan Iraq lupus. Wilayah carigali yang telah diberikan kepada China diambil alih oleh syarikat minyak Amerika – yang selama ini tidak dibenarkan masuk ke Iraq oleh Saddam. Pekara yang sama akan berlaku di Libya.

Tuan yang saya hormati,

Apa yang ingin saya katakan disini ialah wujudnya persaingan yang maha hebat antara Amerika dengan China. Sayugia diingatkan dari strateji ketenteraan , China adalah musuh Amerika. China dianggap berpotensi untuk bangun malah berkemungkinan mengalahkan Amerika. Justeru dari awal lagi strateji ketenteraan Amerika ialah merancang untuk mengepong China. Amerika merancang untuk memastikan China tidak akan dapat membangunkan ekonominya secara terancang dan berkemungkinan menggugat ekonomi Amerika.

Tuan yang saya hormati,

Dalam persaingan dua kuasa gergasi ini – dalam percaturan real politik Amerika dan China – Saddam, Gadaffi, Mahathir, Anwar Ibrahim, Najib Razak – hanyalah Pak Pacak yang dijemput menayangkan muka atau ditendang keluar apabila tidak diperlukan lagi. Tuan pasti menganggap bunyinya amat kasar. Saheh – memang kasar – tetapi dalam dunia kapitalis yang halus hanya kuasa bala tentera. Kuasa ini bertujuan untuk mencari keuntungan. Justeru, Gadaffi di Libya dianggap sebagai penghalang untuk penerusan strateji politik, ekonomi dan ketenteraan Amerika.

Saya berharap tuan telah pernah membaca atau sekurang-kurangnya telah mendengar AFRICOM – Africa Command – yang diwujudkan pada tahun 2007. Ini adalah perjanjian ketenteraan antara Amerika Syarikat dengan negara-negara Afrika. Amerika mahu 54 buah negara Afrika membuat perjanjian ketenteraan dibawah AFRICOM. Ini samalah seperti FPDA - Five Power Defense Arrangements antara Malaysia, Singapura, Auatralia, Newa Zealand dan Britain. Perjanjian ini untuk memastikan Malaysia akan terus berada dibawah telunjuk Britain.

Biar saya beritahu disini bahawa Libya dibawah Gadaffi bukan sahaja tidak mahu menyertai AFRICOM malah telah menjalankan aktiviti melawan AFRICOM. Lembaga ini bercadang untuk menubuhkan satu bala tentera Afrika yang bersatu dibawah komand tentera Amerika. Opps... hampir saya terlupa, walau pun namanya AFRICOM tetapi ianya beribu pejabat di Stuggart Germany.

Gaddafi sebagai anak terbaik dari benua Afrika, sebagai anak terbaik dunia Arab telah menyusun strateji untuk menentang AFRICOM. Pada persidangan African Union Febuari 2008 satu ketetapan telah diambil untuk menolak AFRICOM. Ini satu tamparan keatas kuasa imperialis Anglo-Amerika. Gaddafi menentang kuasa bala tentera imperialis Anglo- Amerika. Justeru, Gaddafi wajib dibunuh.

Hampir saya terlupa - sebelum Raja Idris dijatuhkan oleh Gaddafi pada tahun 1969 – Amerika Syarikat memiliki sebuah lapangan terbang tentera yang terbesar didunia – Wheelus Air Base. Apabila Gadaffi mengambil alih Libya lapangan terbang ini ditutup. Satu lagi jenayah Gaddafi.

Tuan yang saya muliakan,

Semua yang saya tulis ini tidak dapat dibaca dalam media antarabangsa. Ini kerana mereka berkepentingan untuk menjatuhkan Gaddafi. Manakala penulis media tempatan mungkin kerana malas atau kerana mereka tidak mengambil maths dan sains dalam Bahasa Inggeris – maka mereka tidak berkeupayan untuk menulis.(TT)


NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN terbaru
sesiapa ingin melanggan akhbar
mingguan ini sila puluk talipon:

02-22-72-40-45

35 ulasan:

Libang Libu berkata...

Tuan TT yg saya muliakan,

t/kasey bebyk membentangkan fakta.

byk yg aku tak tau, jadi tau.

Tanpa Nama berkata...

bru, lu "anak terbaik dari bumi malaysia, anak terbaik dari bumi bumiputra,bukan melayu bro,itu lu mau ingat!"
- anak panah

PemikirpolitikJerantut berkata...

Fakta jangan di autakan..baik

PemikirpolitikJerantut berkata...

fakta jangan auta. Baik.

Tanpa Nama berkata...

Kupas bro untuk perkara yang baik...agar kita tidak berfikir mengapa harus takut kepada hantu..

Tanpa Nama berkata...

dan oleh itu saya ingin mengucapkan terima kasih atas ilmu dan fakta yg diberi ini, 2 klik iklan utk tuan tt.

-anak muda felda-

Tanpa Nama berkata...

TT,

Yang ni camana?

China Opens Oil Field in Iraq

Thaier al-Sudani/Reuters
A China National Petroleum Corporation engineer working at Iraq’s Al Ahdab oil field.

By EDWARD WONG
Published: June 28, 2011
Sign In to E-Mail

Print


Reprints

BEIJING — China’s largest oil company has begun operations at Al-Ahdab oil field in Iraq, making the field the first major new area to start production in Iraq in 20 years, according to an official news report on Tuesday.

Operations began June 21, and the field is expected to produce three million tons of crude oil per year, reported China Daily, an official English-language newspaper. The oil field was discovered in 1979 and is believed to contain a billion barrels of crude.

The Chinese company, the China National Petroleum Corporation, a state-owned enterprise, secured rights to the field under a technical services contract signed with the Iraqi government in November 2008. Under the contract, the company has development rights for 23 years, China Daily reported. It is investing $3 billion.

The contract, the renegotiation of a deal first signed in 1996 with the government of Saddam Hussein, was postponed after the United Nations imposed economic sanctions on Iraq and the American military toppled Mr. Hussein in 2003. Analysts say the Ahdab operation is China National Petroleum’s largest in the Middle East.

http://www.nytimes.com/2011/06/29/world/asia/29chinairaq.html?_r=1

Tanpa Nama berkata...

Jika nak tahu samada seseorang Pemimpin itu baik, bagus atau terpuji..

Kena tanya majoriti rakyat negara itu sendiri.

Jika tanya majoriti rakyat Malaysia, Madey itu bagus dan baik ka..? Jawabnya...Mahathir tu CELAKA

Jika tanya majoriti rakyat Libya, Gadafi itu bagus dan terpuji ka..? Jawabnya...Gadafi layak dibunuh

Sebab Gadafi telah bunuh ramai rakyatnya sendiri. Pemimpin yang baik tidak akan bunuh rakyatnya sendiri !

"Beruk Ketawa"

Fahmi Ismail berkata...

Terbaik dari Isham , dari suku Jakun Biduada..kehkehkehkeh

Zabidi Osman berkata...

bro TT, gua xnafikan fakta camportangan Amerika dalam pembunuhan Gadafi. Mmg nampak atas darat penglibatan mereka dan kalau bro TT xcerita pon, mmg umum mengetahui kerakusan Amerika menarah tanah Arab. Apa yg gua xbersetuju adalah keangkuhan Gadafi itu sendiri. Itulah yg membuakkan kebencian rakyat terhadap kepimpinan beliau. Setegas manapon dia melawan rejim Amerika, sekuat manapon dia melawan rejim kapitalis, dia xleh jadikan benda ni resipi harian pemerintahan. Rakyat sendiri wajib dijaga dan pemerintahan angkuh kuku besi buat harta sendiri wajib disanggah. Apapon diskusi ini takkan bawa kita ke mana2, malah pengetahuan sempurna pasal Libya macam bro TT juga xbawa kita ke mana2. Sedekah Alfatihah lg sekali kat arwah Gadafi, mungkin kita dapt terima keinsafan dan semoga dipimpin dlm perjuangan menentang pemerintahan dan rejim yg maha zalim.

Tanpa Nama berkata...

Pergi mamposlah Gadafi...Amerika turun Gadafi naik sama juga perangai zalim macam Amerika dua kali lima...

Tanpa Nama berkata...

tuan bercakap umpama orang mengantuk ...

tuan menyokong Imam Hassan al Banna dan Ikhwan yang mahu menegakkan syariat Islam

tuan juga menyokong ghaddafi

tuan menyokong mujahidin yang bergabung dengan pemberontak

tuan juga menyokong ghaddafi

tuan keliru besar

Tanpa Nama berkata...

Memang ada terasa something amissed kalu baca byk dr paper bwh telunjuk Uncle Sam nih....
Well said TT. For now, gud work!

Tanpa Nama berkata...

trima kasih tuan...

aku masih menunggu tuan di surat kabar.masih menunggu tuan di kaca TV!!

kerana org yg malas akan selalu percaya surat kabar dan tv kita sentiasa betul...

TheSniper berkata...

masing2 ambil kesempatan. Gadaffi atau US, dua2 haprak.

Tanpa Nama berkata...

The Transistion (re: Al Qur,an). Seek knowledge till China (re: Hadis). The former also applied to Msia. PR, UMNO, PAS can go kaput!! Chinese here had already took the helm, Malay leaders as barua! Suppresing own race for their own interest. ISA had become the best asset to lock-up dissidents. The spirit of Mat Indera and Ibrahim Libya had won not as an accused communist but as retribution from Allah. Msian politicians are now playing marble with Malay political parties knowing the global reigning power of the kuffar is in their hands. And Hudud is all shit! The so-called rakyat are those chickens pecking over left-over scums of cukong. The Sultans? No more really as The so-called Caliph but puppets to obey business decision made by the ministers under Dr.Sam. How untrue, I dare you all to deny what had been told by tt so far. Jika tak faham gak, hantuk betul-betul kepala tu kat jamban kah kah kah. Cuba lihat ngape PERKOSA terlalu teruja melambai keris? Demi Sultan, Perlembagaan atau Melayu? Woit,sbb kutty ada minyak le kah kah. Tanya katak sape dia punya cukong? Joe Frazer kah kah

mek berkata...

artikel dari tt yg selalu ditunggu-tunggu.
tidak pernah mengecewakan.

terbaik la tt
salut

Tanpa Nama berkata...

disini gua sertakan link blog yg mengulas apa sebab musabab us beria nk jatuhkan gaddafi dan kat blog ni jugak lu org boleh lihat anak muda libya turun ke jalan raya menentang campurtangan nato dlm hal negara diorg.

http://bucublog.blogspot.com/2011/10/eksklusif-pembongkaran-konspirasi.html

*hanya 1 jalan sahaja utk menumbangkan kerajaan yg zalim iaitu turun kejalan raya*


-anak muda-

Tanpa Nama berkata...

Walau macam mana pun dia menentang Amerika, membunuh dan mengkhianati rakyat sendiri tak dapat dimaafkan. Aku tetap sedekah Al-Fatihah.

Man ib berkata...

mamat israel bertomoi di malaysia?
apa lagi, mari berdemo!!!

sujipto santoro berkata...

Tt,

Mahathir pun benci amerika,
Sadam pun benci amerika

Benci saja buat apa kalau tiada kekuatan ekonomi & teknoloji?

Benci saja pun buat apa, kalau kita juga zalim dan tamak macam. kapitalis?

Mahathir, gadaffi, saddam, anak beranak, cucu cicit, piut mereka semuanya kaya raya hasil dari penyalahan guna kuasa yang diamanah oleh rakyat mereka.

Kalau nak lawan amerika, zionis, ikut style iran, ada minyak,cipta senjata sendiri, mesti negara kuasa nuklear
Buat blok military and ekonomy pact.
Itu pasal pengaruh iran dah bertapak kat amerika latin, afrika, asia tengah.
Presiden pun makan tengahari kat ofis bini masak bawak kat ofis.
Presiden bolivia datang jumpa presiden iran makan duduk bersila pakai jug plastik kenduri kampong.
Ada brani bro isham?
Negara dikeliling oleh musuh yang dikepalai oleh talibarut zionis ia itu saudi arab dogol.
Iran dah cipta misil sendiri, dah masuk aerospace technology bro.dah hantar satelit kat orbit.
Bangsa parsi mempunyai tamaddun berusia 2ribu tahun.
Ibnu sina, omar khayam, semuanya berbangsa parsi. Bangsa ini yang layak melawan amerika dan zionis. Baru tough fight,

Tanpa Nama berkata...

Team sembab tgh tibai najib kt parlimen..kahkah

haz berkata...

mula mula aku tak setuju dengan TT tapi bila aku reserch dan teruskan mengkaji... perghhhh ada benarnya kata kata TT...

antaranya penipuan editing video oleh aljazera....
aku seorang designer animation.. aku tak nafikan apa yang yang dilakukan aljazera tu 1 pembohongan suntingan video...

bagus TT.. kepada yang masih tak pecaya boleh layari

http://bucublog.blogspot.com/2011/10/eksklusif-pembongkaran-konspirasi.html

Tanpa Nama berkata...

Lebih 1.7 juta rakyat Libya telah membantah terhadap pengeboman NATO.Kenapa rakyat Libya mahu kerajaan dan bank yang dikawal oleh golongan elit (keluarga Gaddafi)?Ini adalah bullshit! even when their old bank issued a debt free currency..Pada tahun 1951, Libya adalah negara paling miskin di dunia dan mempunyai kadar hidup paling tinggi di Afrika!Tapi selepas pentadbiran Muammar Gaddafi selama 42 tahun ini yang mereka dapat......



baca seterusnya di sini

http://busuk.org/ping/view/33763

Tanpa Nama berkata...

NATO Countries Set to Steal $30,000 from Each Libyan Citizen

Tuesday, 25 October 2011 10:35

'The pro-Western corporatist media outlets are hurriedly trying to help spin every aspect of the murder of Moammar Gadhafi and the ongoing rape and pillage of the Libyan people’s assets.

Yesterday Paul Richter of the LA Times wrote an article claiming that Moammar Gadhafi was the richest man in the world, holding some $200 billion dollars in assets hidden all over the globe.

Buried deep within the body of his article, the truth finally comes out…'

http://www.davidicke.com/headlines/55199-nato-countries-set-to-steal-30000-from-each-libyan-citizen

Malaysian Online Market Space berkata...

Hmm. tak hairanlah amerika tak lama lagi akan menyerang negara cina

Malaysian Online Market Space!

Tanpa Nama berkata...

TUAN-TUAN,
aNAK muda mALAYSIA NI PUN KALAU DIBERI DUIT, SIKIT DADAH, PETROL FREE DGNM MOTOR...SURUH BOM PARLIMEN PUN DIA SANGGUP.. SAMAJUGAK LIBYA TUH..

KAT PENANG LALU.. KAT NS LEPAS.. BAGI rm 10.00, PETROL FREE... MEREMPIT JE BUAT KACAU...CUBA BAGI SENJATA, MORTAR, JEEP PENAGKIS...SURUH JE TEMBAK,ROMPAK, BUNUH...BISA SAJA BUNG.. FAHAM KAN???? SAMA LIBYA TUH.. NAK KUASAI..

Tanpa Nama berkata...

apa-apa hal, semua teori zionislah, amerikalah, taknak ppsmi lah, takde kena mengena langsung. faktanya dia cipta dari mana, sumber mana entah, mengalahkan ejen james bond pulak, semua tahu. takde siapa yang betul 100%, isham ni tulis yang betulnya 90%, lagi 10% dia spin, sebab dia sokong gadafi. pasal cerita jahat, antihadis si gadafi dia taknak cerita. kalau nak cerita, ceritalah semua sekali, jangan sekerat-sekerat. kan gadafi tu pun salah seorang penganut 'saudagar agama'.

Tanpa Nama berkata...

Salam tt

Kalau gadafi nak lawan merika, nato, kapitalis tu dia punya hal. cuma nak tanya yg dia pi bunuh rakyat sendiri tu kenapa. apa kaitannya antara nak lawan kapitalis dengan bunuh intelektual, cikgu sekolah, mahasiswa, orang kampung dan rakyat jelata? ingat manusia ni ayam ke..boleh buat sesuka hati. Pirah! sejahat-jahat dosa atas mukabumi ini ialah membunuh!
Ni bukan kes sorang manusia macam altantuya tu, ni satu kampung, satu negeri, 40 thn pulak cuba imagine berapa ramai yg dia dah bunuh!!

Tanpa Nama berkata...

jangan selalu bercakap pasal bangsa.. sebab berjuang atas nama bangsa selalu nya gagal.. berjuang atas nama agama la .. aku setuju dgn bro TT..

ngok ngek berkata...

sy sokong dasar luar gaddafi tp sy tak stuju dgn dasar kuku besi yg dikenakan keatas rakyatnya sendiri terutamanya pembangkang.

Tanpa Nama berkata...

Setakat pemahaman aku, posting ini soalnya lebai tt mahu mengajak kita melihat sosok baik yg ada pada ghadaffi (baca: yg takdak pada pemimpim arab/afrika yg dok ada la nie) tanpa menafikan kezaliman pernah beliau lakukan..
Yg dok emo sgt pasai pa ??
Kah kah kah

-kk-

Tanpa Nama berkata...

apa yang penting beliau adalah dianggap sebagai batu penghalang kepada agenda freemason dan illuminati justeru menjadi musuh utama kepada vatican kerana usaha beliau membebaskan benua afrika dari jebakan riba' yang mana kita dan seluruh dunia sedang masuk dalam perangkap mereka. sila buat rujukan berkaitan kat link ini;

http://copypasteaboutislam.blogspot.com/2011/07/perancangan-ahli-penyembah-syaitan_03.html?spref=fb

Tanpa Nama berkata...

Siapa yang selalu memerhatikan harga emas setiap hari, pasti tertanya-tanya kenapa harga arrahnu exchange kekal rendah, tiada kenaikan tinggi berbanding sebelum raya tempoh hari..bukan saja anda, malah kami pun hampir tidak pasti puncanya, kenapa tiba2 ia bergerak sangat perlahan?
Ada banyak rumours berkata, deepavali ini harga emas naik, tetapi stkt ini dan sehingga Samy Vellu mandi minyak pun kami x nampak ada kemungkinan harga emas bakal memecut, rumours hanya tinggal rumours, tetapi yang baiknya ia tidak dalam kedudukan jatuh, harga emas tetap naik cuma skalanya sangat kecil utk yg berimpian besar mcm kami.

Apa yang kami tahu, ketika ini eropah masih didalam kebengongan, masih berhalunisasi tentang ekonomi mereka. Tiada keputusan dicapai dalam pelan2 menyelamatkan ekonomi mereka sehinggalah..

Kejayaan NATO menumpaskan Ghadafi di Libya mula membantu memulihkan ekonomi eropah. Ibarat teknik suicide bishop untuk mendapat castle dalam permainan catur, eropah pada mulanya mengepam jutaan ringgit kepada pemberontak libya dgn senjata, artileri, bom, kereta perisai sehinggalah Ghadafi tewas.

Jumlah harta Ghadafi bernilai usd200billion rata-ratanya di swiss, uk, france, us, kemudiannya bakal dinikmati kuasa asing.ini, penduduk.libya tidak.perlu berangan negara asing.ini akan serahkan semuanya secara mudah, eropah.sendiri berada didalam konflik keruntuhan ekonomi, memberi kembali harta ghadafi, ibarat melepaskan cicak gecko kembali dalam hutan.. (betul ke cicak ni mahal?)...

Barat hanya perlu menghapuskan Ghadafi sebelum membolot kekayaan, Saddam hussein yang membunuh berjuta rakyat iraq tidak dibunuh rakyatnya, kenapa Ghadafi yang disanjung hero libya mati tanpa ada sebab yang jelas, kecuali ada tangan lain yang terlibat dalam.kematian Ghadafi.

last but not least, walaupun pelabur emas sudah boleh mengukir senyuman kerana kemelesetan harga emas bakal berakhir, tp sbnrnya ia dibayar.dengan darah dan nyawa pejuang disana -wallahualam- amik dari blog shahrul.. carik sendiri link dia yer.. google jer..

Tanpa Nama berkata...

Tuan,

Ini salah satu bukti menunjukkkan China telah bangun. Amerika dan suku sakatnya telah mula bimbang. Sila rujuk kepada pautan laman web ini http://gizmodo.com/5859081/why-is-china-building-these-gigantic-structures-in-the-middle-of-the-desert