Jumaat, 4 Julai 2014

DENDA POOORAH DENDA








Premis judi: Denda akan dinaikkan lebih 11 kali ganda

KUALA LUMPUR 4 Julai - Kadar denda terhadap mana-mana pemilik premis perniagaan yang menjalankan kegiatan haram seperti judi dan pelacuran akan ditingkatkan sehingga RM25,000 bagi setiap kesalahan, berbanding RM2,000 yang dikenakan pada masa ini.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, kementerian juga sedang berusaha memantapkan tindakan yang boleh diambil oleh pihak berkuasa tempatan tempatan (PBT) terhadap pemilik premis perniagaan menjalankan kegiatan haram itu.

"Ketika ini, hukuman yang boleh dikenakan terhadap mana-mana pemilik premis melakukan kegiatan tersebut mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) hanyalah RM2,000 dan setahun penjara.

"Kementerian kini dalam proses meminda undang-undang berkenaan dengan meningkatkan kadar denda kepada RM25,000 bagi setiap kesalahan,’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - 


KAH KAH KAH

woit
dalam masa tak sampai
15 minit towkay judi
boleh dapatkan duit denda ini

tak sampai 23 minit
towkay lendir
boleh dpatkan duit  denda ini

dalam masa 
57 minit  towkay lendir
dan towkay judi
boleh bayar gaji tok sarjan
dan semua polis
 di balai
wilayah persekutuan
dalam masa 58 minit 
towkay judi 
boleh bayar gaji
semua ocpd di wilayah

lu fikir sendirilah
berapa lama agaknya
towkay lendir dan towkay judi
kumpul duit untuk
pilihara isteri lidah kontot
ini belum masuk kira
duit turun
dari bukit genting

NOTA
suapa tan seri ta ta?


-----------

8 ulasan:

Amuraria berkata...

terbaik & tepat ! macam hantam dengan slipper jepun buruk daa ! ABU !

Tanpa Nama berkata...

P Pinang beri bonus setengah bulan gaji
5:00PM Jul 4, 2014
Penjawat awam kerajaan negeri Pulau Pinang akan mendapat bonus setengah bulan gaji atau minimum RM600 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata keputusan pemberian bonus itu dibuat selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di Georgetown hari ini.

"Pembayaran bonus itu akan dibuat sebelum hari raya ini," katanya dalam sidang akhbar di Georgetown hari ini.
Jib mau bayar rm 500 utk penjawat awam sebagai bantuan hari raya kah kah kah
bagi lah anak lim goh tong jaga msia
konform bonus 3 bulan gaji
kah kah kah
berapa harga seluar dalam makcik kita tu ?
mungkin beribu ribu lemon kah kah
woit

Tanpa Nama berkata...

Saje nok nanyer...bukan ke org2 yg pkai kalimah ALLAH&MUHAMMAD kt bukit aman slalu buat kursus method pngurusan, elak penipuan judi, online slot & mcm2 lg dgn krjasama GENTING BERHAD,ni bkn fitnah..cube refer paper dolu2...dgn kredit d beri rm50k stiap anggota utk memahirkn diri dlm brjudi, pastu puak ni pn trun dr langit Genting ke bumi utk 'mnajamkan' lagi skil d kdai2 judi online...cmne nk raid kalu menang?kalah br la dorg set nk raid kedai unless kautim dgn toke judi..
Dr atas smpi bwh korup...kalu korup bole d hapuskn,maka xda lah judi,pelacur,drug dll...tp kalu xda korup,cmne UMNU nk idup!! Kahkahkahkah

Unknown berkata...

TERBAIK TEPAT TANPA WAS-WAS! MALAYSIA TANAH AIRKU..hahahahahahaha..!!!

Tanpa Nama berkata...

pokok nya pak politik msia korup
org politik korup & restu budaya korup
depan tv main wayang
bukan main baik
bukan main alim
bukan main warak
semua demi negara tercinta
semua demi rakyat
semua demi agama
semua demi bangsa
kah kah kah
tapi mereka yg jual kita
demi utk hidup senang lenang
kaum keluarga kumpul harta
kah kah kah
sampai bila ?
ingat lah
bila mati... apa yang boleh dibawa bersama ???
kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

drama minggu ini
dipentaskan setiap minggu
gerak khas the wayang
meluat woit...
buat program pun sapu duit
kah kah kah
buat projek sapu duit
kah kah kah
macam mana nak berjaya
kah kah kah
kalau ketua tak betul
org bawah nak buat apa ?
ketua cium tangan pak menteri
kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Apa salah nya jual lendir dan buka kedai judi?

Taukeh Spa dalam hotel..tak kena apa apa.
Sebab Taukeh Spa ada lesen.

Kenapa lesen di beri kepada Lim Goh Tong , Vincent tan and magnum sahaja.

kasi lah lesen.
kita semua kena makan jugak.
Kalao nak mansuhkan Rasuah...kasi lah lesen.

Tanpa Nama berkata...

Broo, memang niaga lendir masyukk.. Kat area aku bila tangkapan minah lendir, tak sampai 20 minit towkay lendir datang bawa RM20k mintak bebas tutup kes.Itu tak termasuk campurtangan ahli2 politik cina yg dtg setiap hari lepas tangkapan. Hebatt perniagaan lendir!