Jumaat, 28 Ogos 2020

MANA MADEY TAHU MUHYIDDIN SAKIT KEPALA





WOIT

MANA MADEY

TAU MUHYIDIN

SAKIT KEPALA?

KAH KAH KAH

MADEY BUKA

KLINIK KE ?

KAH KAH KAH

Muhyiddin sedang pening kepala, kata Dr Mahathir

GABUNGAN Perikatan Nasional (PN) sedang mencari enam kerusi Parlimen sebagai pengganti susulan kemungkinan kehilangan kedudukan sebagai wakil rakyat kerana kes mahkamah mereka, kata bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Pencarian kerusi pengganti ini adalah satu daripada isu yang dihadapi perdana menteri dan ketua PN,

Muhyiddin Yassin, tulis Dr Mahathir dalam catatan di blognya baru-baru ini.

Perkara lain yang memeningkan kepala adalah kenyataan yang parti Muhyiddin, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), kehilangan akar umbi dan tidak akan berjaya dalam pilihan raya akan datang.

“Dalam pilihan raya umum, Bersatu tidak akan dapat sokongan Umno dan PAS, tidak juga daripada Pakatan Harapan (PH),” kata Dr Mahathir.

“Bersatu mungkin dibubar dan sertai Umno. Tamat riwayat parti yang dicuri. Pening kepala Muhyiddin. Tidak ada haluan untuk dituju. Cari sakit. Dapat sakit.”

Dr Mahathir mengasaskan Pejuang, sebuah parti terdiri daripada bekas ahli Bersatu yang menentang keputusan Muhyiddin untuk meninggalkan kerajaan PH pada akhir Februari yang menyebabkan keruntuhannya.

Bersatu kini bersama gabungan baru, PN, dengan bekas pesaing politik PAS dan Umno.

Enam ahli Parlimen Umno, yang termasuk presidennya Ahmad Zahid Hamidi (ahli Parlimen Bagan Datuk) dan pendahulunya Najib Razak (ahli Parlimen Pekan) berdepan pelbagai tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram yang didakwa dilakukan semasa pemerintahan Barisan Nasional.

Najib bulan lalu didapati bersalah bagi kesemua tujuh pertuduhan penyalahgunaan kuasa, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram berkaitan RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. 

Beliau dijatuhi hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 juta. Najib sudah mengemukakan rayuan.

Mereka lain yang didakwa adalah Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Abdul Rahim, Ahmad Maslan (Pontian), Tengku Adnan Tengku Mansor (Putrajaya) dan Bung Moktar Radin (Kinabatangan).

Ahli Parlimen secara automatik hilang kelayakan jika dihukum penjara lebih sebulan.

“Jika mereka kehilangan kedudukan sebagai wakil rakyat, Bersatu dan PN akan jatuh. Untuk elak dari ini berlaku, perdana menteri perlu cari ganti,” kata Dr Mahathir.

“Maka Bersatu pun gugur kedudukan sebagai parti Pribumi dan membuka keahlian kepada semua kaum. Kekalkah nama PPBM. Ini kali keempat Bersatu mungkir janji.”  – 26 Ogos, 2020.


WOIT

SAKIT KEPALA 

BERI PANADOL

KAH KAH KAH

TAK SEMBOH

POTONG LEHER

TINGGALKAN

KEPALA 

KAH KAH KAH

JAMIN BERES

AMIN

Tiada ulasan: