JUAL BELI
DATUK MAKIN
RANCAK
KAH KAH KAH
Surat tular Darjah Kebesaran Perak palsu, kata SUK
SURAT “pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Perak bersempena Hari Keputeraan Ke-63 Sultan Perak” yang tular di media sosial adalah palsu.
Menjelaskan perkara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Ahmad Suaidi Abdul Rahim berkata pihaknya tidak pernah mengeluarkan surat tersebut yang menggunakan nama Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri dan menafikan kandungannya.
Sehubungan itu, Ahmad Suaidi berkata pihaknya telah membuat laporan polis semalam supaya siasatan lanjut dijalankan.
“Pentadbiran ini turut menyeru agar mana-mana individu yang menerima surat berkenaan dapat tampil ke depan bagi membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Surat bertarikh 25 Ogos itu menyatakan bahawa penerima dikurniakan Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) Yang Amat Mulia Peringkat Pertama yang membawa gelaran Datuk.
Surat turut menyatakan majlis penganugerahan akan diadakan pada 25 September ini di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. – Bernama, 28 Ogos, 2020.
JUAL LENDIR
LUMAYAN
TAPI JUAL
DATUK LAGI
LUMAYAN
KAH KAH KAH
DATUK DIJUAL
TIMBANG KILO
KAH KAH KAH
1 ulasan:
Jual beli Datuk ..mungkin dah sampai masanye kita nengok hal ni cara +ve. Ia salah satu cara galakan utk Bumiputera meniage ..maksud PATEEK Raja meniage. Cobak lu kira satu Latok 100,000 ..kalau 5 ribu Latok dah berapa ..tu belom masuk lagi Latok Seli. Dgn ini institusi Raja dah boleh sara diri sendiri, MCM GWA ..dan ..dan Gomen tak perlu lagi peruntukan BAJET utk Raja ..betol tak?
Catat Ulasan