PUNCA SOKONGAN
POLITIK UNDI
Pada 9 Mei 2018 Pakatan Harapan menubuhkan kerajaan. Barisan Nasional yang dikepali oleh gerombolan United Malays National Organisation hilang kuasa. Kuasa baru kini dimiliki oleh Pakatan Harapan. Pada 17 Mei - dua minggu sesudah kemenangan Pakatan Harapan bulan puasa sampai.
Pelik tetapi benar dalam minggu kedua bulan puasa tahun 2018 saya telah mendapat jemputan berbuka puasa melalui sistem pesanan talipon bimbit. Dimana? Bukan diwarung Mek Ngoh Bangsar. Bukan di Restoran Iran di Ampang. Saya dijemput ke jamuan berbuka puasa di Hotel Hilton Petaling Jaya.
Hebat. Saya dijemput ke Hotel Hilton.
Dari fakta yang saya baca - Hotel Hilton yang bersepah-sepah dalam dunia ini didirikan oleh Encik Conrad Hilton pada tahun 1919. Nak dijadikan cerita - cucu kepada Conrad Hilton ini ialah Minah yang bernama Paris Hilton.
Dari laporan media dan gambar-gambar yang tersebar dalam portal internet saya difahamkan bahawa Minah ini ialah teman penyedap Encik Jho Low. Encik Jho Low ini ialah jantan kaya kawan baik kepada Najib dan Rosmah. Najib bekas Perdana Menteri dan ayah kepada Reza yang juga kawan baik Jho Low. Reza dan Jho Low kenal baik pula dengan warga Holywood saperti Martin Scorsese dan Leonardo DiCapario.
Justeru apabila saya mendapat jemputan berbuka puasa ke PJ Hiton ini saya merasa bagitu bangga sekali. Saya merasa telah ‘sampai ’ kerana mendapat bau bau bacang berasosiasi dengan nama-nama yang hebat hebat dalam dunia.
Kemenangan dan kuasa baru Pakatan Harapan ini memungkinkan saya berbuka puasa di Hilton. Belum pernah dalam hidup saya berbuka puasa dalam hotel mewah saperti Hilton. Tanpa banyak songel saya bersetuju untuk hadir.
Pada anggapan saya jemputan berbuka puasa ini hanya untuk beberapa kenalan. Opps… saya silap. Bila saya sampai saya nampak ramai yang dijemput sama.
Saya merasa letih berjabat tangan dengan kenalan lama. Kemudian berjabat tangan dengan muka muka baru yang entah dari mana datangnya. Mereka mula nak nak berkenalan. Maklumlah Pakatan Harapan sudah jadi kerajaan. Yang menjemput ini pun orang kuat Pakatan. Bukan kecik anak. Berjawatan Menteri.
Hendak dijadikan cerita ada seorang kenalan datang lambat. Justeru tak ada tempat duduk. Meja di sebelah kanan saya masih kosong. Tetapi diatas meja telah bertanda nama penempah meja itu. Teman saya pergi melihat dan terus duduk. Saya memberi ingatan bahawa meja itu telah ditempah awal oleh orang lain. Jangan ambil dan jangan duduk. Nanti kecoh.
‘ Betullaaa… meja ini meja kita… ditempah untuk kita…’ Jawab kenalan saya.
‘Siapa menempah? Tengok namanya…sapa Mamat tu..jangan silap.. nanti bergaduh…’
‘ Abdullah Ang … hang tak tau ke… dia yang sponsor berbuka puasa ni…’
Bila mendengar nama itu disebut. Dengan cepat mulut saya mencarut dari bahasa Melayu, ke bahasa Inggeris, ke bahasa Urdu, ke bahasa Peranchis , ke bahasa Sepanyol , ke bahasa Bengali. Semua pukrak mukrak nama alat sulit lelaki dan perempuan dalam pelbagai bahasa terhambur dengan sepontan dari mulut saya.
Dengan sekelip maya saya menjadi kurang ajar. Menjadi kurang sopan dalam majlis yang dilihat beriman. Beberapa biji mata yang hampir dengan meja saya memandang Hishamuddin Rais yang sedang buat perangai. Hishamuddin Rais kurang hajar dan kurang sopan dan tidak tahu adat majlis.
Saya memanggil sosok yang menalipon saya untuk datang ke Hilton. Saya terus bersuara.
‘ Kau tak tahu ke siapa puki mak malaon ni…? Saya menguatkan suara tanda marah. Saya menggunakan objek anggota badan sebagai kata sifat. Saya marah kerana saya telah datang ke majlis berbuka puasa yang ditaja oleh orang jahat. Untuk saya ini bukan soal bukan halal haram atau suci bersih. Saya marah kerana saya tahu siapa Abdullah Ang. Pengetahuan saya ini tidak membenarkan saya duduk diam tidak bersuara. Khalas.
Apa yang berlaku di PJ Hilton ini adalah satu contoh bagaimana cara halus para towkay dan cukong masuk menyelit kepada meja kuasa.
Para towkay dan para cukong dengan senang hati akan menabur budi menaja pelbagai bentuk jamuan untuk para Menteri, untuk Yang Berhormat atau sesiapa yang diyakini atau dilihat memiliki kunci kuasa atau boleh membawa ke sosok yang memiliki kuasa.
Dalam kes PJ Hilton sebelum tamat jamuan Si Penaja telah dijemput ke atas pentas dan telah diberi penghormatan dan ucapan terima kaseh dari Sang Menteri. Sambil berterima kaseh mereka bergambar bersama diatas pentas. Amin.
Ini satu kes yang saya sendiri alami. Justeru ini bukan kesah penglipur lara atau cerita dongeng.
Bagaimana pula berita yang menjadi heboh ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) di Port Dickson. Pada 9 Oktober 2018 MalaysiaKini telah melaporkan kenyataan NGO Bersih meminta agar Anwar Ibrahim calon PRK Port Dickson membatalkan jamuan makan malam untuk 4,000 bakal pengundi. Bersih menganggap jamuan ini sebagai rasuah dan menyalahi tatacara pilihan raya.
Sabenarnya Bersih agak sopan apabila meminta jamuan makan malam ini dibatalkan. Bersih bersopan tidak menyebut siapa sebenarnya penaja jamuan makan malam untuk 4,000 orang bakal pengundi Port Dickson.
Wajib dirakamkan dalam sejarah bahawa jamuan makan malam PRK Port Dickson menjadi heboh bukan kerana ‘makan free’ bukan kerana dibuat dalam kawasan Tok Pekong. Bukan kerana ada menu ikan bawal kukus. Bukan. Bukan. Bukan.
Jamuan ini menjadi heboh kerana jamuan ini ditaja oleh Encik Tee Yam @ Koo Tee Kam. Towkay Khoo ini amat rajin menderma. Sebelum menaja jamuan makan malam untuk Anwar Ibrahim Towkay Khoo pada bulan Jun 2018 telah merancang untuk menaja jamuan makan malam sambutan Hari Jadi Mahathir Muhamad yang ke 93. Jamuan ini dirancang untuk menjemput 200 orang kenamaan dan para gedebe dari Malaysia. Jamuan ini dirancang untuk diadakan di HXC Grand Ballroom ICC Pudu. Tapi Mahathir lebih cekap dan tahu siapa sabenarnya Towkay Khoo ini. Mahathir menolak tajaan. Projek Towkay Khoo gagal meleset.
Apa yang Mahathir tahu tentang Towkay Khoo dan Anwar Ibrahim tidak tahu menahu. Atau Anwar pura pura tidak tahu untuk memastikan dia tetap menang diatas Saipol Bukhari.
Mahathir tahu bahawa Encik Khoo Tee Kam ialah towkay lendir dan towkay judi beroperasi di Bukit Bintang dan bandar-bandar lain. Mahathir juga tahu bahawa Towkay Khoo ialah kepala samseng jaringan China yang beroperasi di Malaysia. Amin.
Towkay Khoo mahu menaja pesta hari jadi Mahathir kerana pada bulan Jun 2018 kerana Mahathir Muahamd telah dilantik sekali lagi untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Towkay Khoo mahu menaja jamuan makan malam Anwar Ibrahim di Port Dickson kerana satu dunia tahu bahawa apabila Mahathir berundur maka Anwar Ibrahiam akan menjadi Perdana Menteri.
Lihat bagaimana orang jahat dan kepala samseng boleh menyelit untuk berkenalan dan berbaik baik dengan sosok sosok yang memiliki kuasa.
Ketua samseng dan towkay lendir dan towkay dadah juga memahami perkembangan politik. Mereka perlu tahu detik perkembangan politik tanah air agar mereka dapat melabur. Jamuan makan malam ini adalah satu contoh bagaimana politikus mendapat sokongan dalam politik undi. Jamuan makan free untuk 4000 orang bererti dapat 4000 undi. Yang datang makan pasti akan memberi undi mereka kepada yang memberi makan.
Setiap hari raya , setiap tahun baru China, setiap Dewali kita akan mendengar atau membaca berita para Menteri dan Yang Berhormat dari Kawasan Ini dan Kawasan Itu mengadakan jamuan Rumah Terbuka. Disimpang jalan kita akan ternampak kain rentang dengan muka Yang Berhormat menyampaikan ucapan dan mengumumkan jamuan rumah terbuka.
Pada tahun 1996 saya baru setahun pulang dari 20 tahun berkelana. Ketika itu saya wajib mempelajari kembali budaya yang telah lama saya tinggalkan. Pada hari raya tahun 1996 saya telah dijemput oleh kenalan saya untuk sama merayakan rumah terbuka YB Lembah Pantai. Sabenarnya saya tidak kenal dengan YB Lembah Pantai. Hanya mendengar nama. Teman yang menjemput saya hadir ada pertalian darah dengan YB ini.
Sambutan ini diadakan dibelakang Stesen LRT Bangsar Jalan Kemuja. Pada tahun 1996 masih ada tanah lapang seluas padang bola dikawanan ini. Berbelas belas khemah dipasang.
Ketika saya meninggalkan Malaysia pada tahun 1974 – budaya rumah terbuka telah wujud. Tapi tidak saperti yang pertama kali saya alami pada tahun 1996. Saya terperanjat besar apabila dibawah setiap khemah ada makanan khusus disediakan. Ada khemah cendol. Ada khemah mee rebus. Ada khemah satay. Ada khemah roti canai. Ada khemah rojak. Ada khemah lemang dan rendang.
Yang memeranjatkan saya bukan jenis makanan. Saya terperanjat kerana semuanya diberi percuma. Para tamu hanya datang beratur untuk menikmati apa saja yang diidamkan. Amin
Ketika menunggu cendul dibuat ingatan saya kembali kepada kitab-kitab lama tentang Raja Raja Melayu. Surah dan kesah Raja Melayu mengadakan jamuan apabila Putera atau Puteri baginda Sultan bernikah.
Tabuh dipukul canang dipalu
Seantero negeri dijamput datang
Kecil tua muda jantan betina dan sida
berduyun duyun datang
Yang capek datang bertongkat
Yang buta berpegang bahu
Lembu di sembelih
kambing dilapah
kepala lembu menganak bukit
kerak nasi membusut jantan
nasi ditanak gulai dikawah
jamuan empat puluh hari empat puluh malam
anak raja naik pelamin
Pada jamuan rumah terbuka YB Lembah Pantai tahun 1996 saya teringat kembali kepada kata-kata arwah Cik Gu Muzaffar Tate…. politic is a rich man’s game – politik ialah mainan mereka yang kaya.
Ketika saya menikmati cendul tajaan YB Lembah Pantai saya anggap YB ini pastilah orang kaya. Bayangkan para jemputan datang bertali arus. Bukan belas belas. Bukan ratus ratus. Tapi ribu ribu para tamu. Seolah-oah seluruh warga Lembah Pantai datang menjamu selera.
Pada tahun 2020 saya mendewasa . Saya memahami budaya politik Malaysia. Saya memahami bahawa dibelakang politik ini ada lagi kuasa yang lagi berkuasa. Kuasa apa? Tunggu minggu hadapan. (TT)
1 ulasan:
Ada satu parti isle nak tanding di prn sabah.Kat sabah tak main tonggang agama dan bangsa.Kalau laku tonggangan agama senang seperti menunggang kuda padi dah lama dah parti isle menjadi adun dan mp kat malaysia timur.Yang berlaku selama ini ialah hilang deposit dan tak pernah menang, habuk pon takda.Jadi harap parti tu ukur dulu badan sendiri jangan ukur saiz serban dan jubah yang boleh rakyat malaysia timur pakai.Nak jadi king maker bertanding semua kerusi pun lingkop, cuma dengan berkawan dengan penyanggak dan penyamun dan dilengkapkan oleh tindakkan gerembolan pengkhinat barulah boleh jadi king maker.kahkahkahkahkhah thuiih
Catat Ulasan