Jumaat, 28 Ogos 2020

GUA TULIS SAMA





MINGGU INI

GUA TULIS

TENTANG SAMSENG

TAJA POLITIKUS

AMIN

TUP TUP

BEKAS KPN

PUN CAKAP 

PEKARA SAAMA

AMIN




Orang politik jadi kawan ketua sindiket, dedah Musa Hassan

Kewujudan pusat dan premis haram di negara ini didalangi sindiket yang mempunyai hubungan kawan dengan orang politik, akui bekas Ketua Polis Negara (KPN), Musa Hassan.

Dalam wawancara Mingguan Malaysia hari ini, KPN sejak 2006 hingga 2010 itu berkata, campur tangan orang politik berlaku kerana mereka mempunyai wang.
 
“Kadang-kadang ada campur tangan politik. Ini kerana kewujudan pusat dan premis haram seperti pelacuran, ini semua sindiket.

“Bukan orang perseorangan, sebaliknya bergerak dalam kumpulan. Mereka ada ketua.

“Ketua-ketua sindiket ini ramai kawan. Kadang-kadang kawan-kawan mereka ini terdiri daripada orang politik.

“Ini kerana mereka ini sumber kewangan. Saya cakap terus terang dalam hal ini, orang nak marahkan saya, marahlah. Sebab ini yang saya alami,” ujarnya.

Beliau sebelum ini pernah memuji ketegasan Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan yang meminta orang politik tidak mencampuri kerja-kerja kepolisan berhubung penangkapan penyokong kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).
 
Mengulas lanjut, Musa memberitahu terdapat orang politik yang tidak berpuas hati dengan tindakan tegasnya sebelum ini.

“Apabila saya mengambil tindakan, segelintir orang politik marahkan saya. Pasal apa tangkap kawan dia?

“Jadi, saya kata, saya nak kuat kuasakan undang-undang. Saya tak kira kawan siapa.

“Kalau orang politik sendiri terlibat, saya akan tangkap orang politik,” tegas Musa lagi.


INI BAHAYA 

BESAR

AMIN

NANTI  BILA

CHINA MERAH

DATANG

LAGI HANCUR

TANAH MELAYU

AMIN
 

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TT, gwa tak khuatir China Merah mari sini. Komunis China tegas hapus rasuah, hukum tembak.

Aku lebih khuatir politikus kita halal pusat hiburan anak ikan nanti.