Rabu, 16 Ogos 2023

MAT MASLAN BERCAKAP HAL EKONOMI ?




BILA 

MAT MASLAN

BERCAKAP HAL

EKONOMI

INI SUDAH BERAT

KAH KAH KAH

INI MAKANANYA

EKONOMI KITA

DALAM KRISIS

AMIN 

POLITIK

TAK STABIL

EKONOMI KITA

 MENUJU

 HURU HARA 

AMIN

KHALAS




Kestabilan politik penting tingkat ekonomi, taraf hidup rakyat, kata Ahmad Maslan

KESTABILAN politik penting bagi meneruskan usaha untuk meningkatkan tahap ekonomi negara dan juga menaik taraf kehidupan rakyat, kata Timbalan Menteri Kewangan I Ahmad Maslan.

Beliau berkata keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang selesai baru-baru ini tidak mengubah apa yang berlaku di peringkat kerajaan persekutuan dan menambah bahawa kerajaan perpaduan masih stabil dan teguh.

“Kestabilan kerajaan pusat itu amat penting untuk kita meneruskan perjalanan, (menaik taraf) kehidupan rakyat dan peningkatan tahap ekonomi negara (serta) memberi keyakinan kepada pelbagai pihak di luar sana untuk terus melabur di pasaran modal ataupun pasaran saham. 

“Kestabilan politik adalah tajuk utama kenapa pelaburan datang ke Malaysia dalam semua bentuk sama ada pembuatan, pasaran modal dan lain-lain,” katanya kepada pemberita selepas sesi tinjauan dan program ramah mesra Timbalan Menteri Kewangan 1 bersama Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Pontian, di Pontian, hari ini.

Ahmad berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan PRN yang melibatkan enam negeri pada Sabtu lepas.

Pada pilihan raya itu Pakatan Harapan dan Barisan Nasional menguasai tiga negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang manakala Perikatan Nasional menang di Kedah, Kelantan dan Terengganu. – Bernama, 15 Ogos, 2023.




Tiada ulasan: