Rabu, 16 Ogos 2023

SYABAS PEGUAM NEGARA !!!



AGC tiada sebab teliti semula kes pendakwaan

JABATAN Peguam Negara (AGC) hari ini menegaskan jabatan itu tidak mempunyai sebab atau alasan yang munasabah untuk meneliti semula semua kes yang didakwa di mahkamah. 

Peguam Negara Idrus Harun berkata setiap keputusan untuk pendakwaan dibuat setelah meneliti dan menimbangkan dengan sepenuhnya semua keterangan yang ada dan dibentangkan oleh agensi-agensi penguat kuasa serta menurut undang-undang berkaitan.

“Tidak terdapat sebarang campur tangan politik atau tekanan untuk memulakan apa-apa pendakwaan. Jabatan Peguam Negara sentiasa bertindak secara bebas dan profesional, mengikut tatacara yang telah ditetapkan dalam memulakan pertuduhan terhadap mana-mana individu,” katanya dalam kenyataan.

Idrus berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) Hamzah Zainudin yang mendesak peguam negara supaya menyemak dan mengkaji semula semua pendakwaan terpilih terhadap pimpinan Bersatu dan PN untuk tujuan ditarik balik.

Desakan itu dibuat susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang melepas dan membebaskan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin daripada empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti Bersatu berkaitan projek Jana Wibawa.

Mengulas lanjut, Idrus berkata keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan pengerusi PN itu hanya melibatkan empat pertuduhan predikat di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Beliau berkata keputusan itu dibuat hanya berdasarkan ruang lingkup permohonan yang difailkan oleh pemohon.

“Notis rayuan difailkan oleh pihak pendakwaan untuk mencabar keesahan keputusan itu manakala tiga pertuduhan di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 masih kekal,” katanya.

Justeru, Idrus berkata pihaknya memandang serius kenyataan yang berkecenderungan menjejaskan kredibiliti AGC dan menggesa semua pihak supaya berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan yang mencadang atau membayangkan integriti dan kebebasan jabatan itu dikompromi oleh campur tangan politik atau pengaruh yang tidak wajar. 

“Jabatan Peguam Negara selanjutnya menegaskan jabatan ini bertindak secara bebas dan profesional pada setiap masa dalam menjalankan fungsi Jabatan Peguam Negara untuk menegakkan keadilan selaras dengan bidang kuasa Peguam Negara yang diperuntukkan di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan,” katanya. – Bernama, 16 Ogos, 2023.

KENYATAAN INI

JELAS

AMIN

SYABAS 

PEGUAM NEGARA

AMIN

APAKAH INI 

JUGA SIGNAL

PADA ZAHID 

DAN NAJIB YG

MAHU KES DILUPUS

JENG JENG JENG

KALAU KES 

HAMZAH DITERUSKAN

KES ZAHID YG

SEDANG BERJALAN

JUGA WAJIB

DI TERUSKAN

AMIN

KES 1MDB NAJIB

JUGA WAJIB

DI TERUSKAN

AMIN

BARU NAMPAK

ADIL DAN COOL

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: