Rabu, 16 Ogos 2023

ROSMAH MENDUGA ANWAR



Rosmah mohon dapatkan sementara pasport untuk ke Singapura

ROSMAH Mansor sekali lagi mengemukakan permohonan di Mahkamah Rayuan bagi mendapatkan pelepasan sementara pasport untuk melawat anak perempuannya, Nooryana Najwa Mohd Najib yang dijangka melahirkan anak ketiga hujung bulan ini.

Rosmah selaku pemohon memfailkan notis usul itu pada 11 Ogos lepas menerusi Tetuan Akberdin & Co. bagi membolehkannya melawat Nooryana Najwa yang dijangka bersalin pada 28 Ogos ini serta keluarganya di Singapura.

Permohonan untuk mendapatkan pasport akan didengar esok.

Dalam notis itu, isteri kepada bekas perdana menteri Najib Razak itu berkata beliau akan ke Singapura pada 18 hingga 23 Ogos, 26 Ogos hingga 6 Sept dan 9 Sept hingga 31 Oktober ini.

Menurut Rosmah, beliau akan pulang ke Malaysia untuk menghadiri prosiding rayuan kes rasuah membabitkan projek hibrid solar. 

Sebelum ini, Mahkamah Rayuan menetapkan 18 September ini untuk pengurusan kes.

Menurut Rosmah, sehingga ke hari ini beliau tidak pernah gagal atau cuai untuk hadir ke mahkamah bagi sebutan dan perbicaraan tanpa sebab atau alasan yang munasabah.

Ini adalah kali keempat Rosmah memohon untuk mendapatkan pelepasan pasport antarabangsa untuk ke Singapura, kali pertama pada 15 Oktober 2021 untuk melawat Nooryana Najwa yang melahirkan anak keduanya, pada 21 Mac lepas untuk melawat anak dan cucunya yang tidak sihat, dan pada 15 Jun bagi melawat anak perempuannya itu.

Nooryana Najwa berkahwin dengan warga Kazakhstan, Daniyar Kessikbaye dan pasangan itu kini menetap di Singapura. 

Pada 1 September 2022, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta terhadap Rosmah selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Mahkamah turut memerintahkan Rosmah, 71, dipenjara 30 tahun jika gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan. – Bernama, 16 Ogos, 2023.



APAKAH INI

TANDA KUAT

BERANCUK

KAH KAH KAH

SETAHUN TIGA

KALI BUNTING

KAH KAH KAH

INI SEBENARNYA

ROSMAH MENDUGA

ANWAR IBRAHIM

AMIN

APAKAH DAPAT

LAYANAN SPESIAL

AMIN

JUGA  NAK DUGA

APAKAH KALAU

DAPAT PASPOT

SEKARANG

NANTI KES RAYUAN

BOLEH BERES

KAH KAH KAH

KHALAS

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ada melawat Bossku? Selalu ke Singapura ada apa apa tak? Ada berlian atau kemas sana? Jangan marah tanya saja woit kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

3.kali bunting itu babi anjing Dan lain lain..

capt salai berkata...

Hahaha anak bapak...samo samo kuek berancuk,,

Tanpa Nama berkata...

Apesal anak dia tak reti dok sini... Dia tak reti ke jengok bapak dia ke... Kasi susah mak dia ulang alik je...