Jumaat, 22 Mei 2026

MINAH GEMOK NAK KURUSKAN GADUH KELUARGA RAMANAN


MINAH GEMUK

CUBA KURUSKAN

MASALAH  GADUH

PARTI

KELUARGA

 RAMANAN

KAH KAH KAH

KHALAS


PKR runding, nasihat Ahli Parlimen hadir program Rafizi, Nik Nazmi


KUANTAN: PKR mengambil pendekatan berunding dan menasihat beberapa Ahli Parlimennnya yang hadir pada program pengumuman hala tuju politik bekas Timbalan Presidennya,  Rafizi Ramli pada 17 Mei lalu.

Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh berkata, parti akan menghubungi Ahli Parlimen terbabit untuk berunding dan menasihatkan bahawa jawatan sebagai Ahli Parlimen itu turut mewakili PKR.

Beliau berkata mereka seharusnya membawa visi perjuangan parti dan bukannya berkhidmat di kawasan diwakili tetapi pada masa sama mempromosikan parti lain.

"Kita sudah arahkan beberapa pemimpin untuk berunding, berhubung dan menasihati mereka bahawa apabila mereka pegang jawatan sebagai Ahli Parlimen, mereka mewakili parti.

"Ini nasihat kepimpinan kepada mereka, setakat ini kita hormat mereka sebagai Ahli Parlimen dan harus berpegang kepada apa yang ditetapkan parti," katanya.

Fuziah berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan MADANI Mart cawangan Jalan Datuk Wong Ah Jang, di sini hari ini, bagi DUN Teruntum iaitu cawangan kedua selepas pembukaan outlet pertama di DUN Semambu.

Baru-baru ini, PKR dilaporkan akan membincangkan tindakan terhadap beberapa Ahli Parlimennya yang hadir pada program pengumuman hala tuju politik Rafizi dan bekas Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Selain mengumumkan pengambilalihan parti baharu yang juga saingan PKR, Rafizi dan Nik Nazmi turut mengumumkan keluar parti dan meletakkan jawatan Ahli Parlimen masing-masing bagi Pandan dan Setiawangsa.

Antara yang kelihatan hadir ialah, Wong Chen (Subang) , Datuk Bakhtiar Wan Chik (Balik Pulau), Rodziah Ismail (Ampang), Zahir Hassan (Wangsa Maju) dan Lee Chean Chung (Petaling Jaya).

Tiada ulasan: