Rabu, 11 Julai 2012

SANDIWARA AL-MAUNAH BAHAGIAN 2 DI PANGGIL MAT SAIKO



KOMENTAR TUKAR TIUB


berita wajib diyakini
apabila ledakan berlaku di wtc pada 9/11
pada awalnya semua orang pecaya ini kerja usama

tetapi beberapa hari kemudian
cerita dan kesah mula bocor
ini kerja orang dalam

apa yang berlaku pada 9/11 itu
din panggil: mengolah persetujuan

mengolah persetujuan ialah melakukan sesuatu
untuk meminta rakyat
untuk meminta pengundi
bersetuju dan menyokong

mengolah persetujuan
untuk menyediakan suasana
yang lebih baik untuk melakukan
kejahatan yang besar



BETUL KE MATI ATAU SANDIWARA?





PENCERAHAN DARI PEMBACA

belajar tinggi,kerja bagus,tapi takkan bapak jual nasi lemak,suami pemandu lori,apa kes ni bro..lain macam la jalan cerita mereka ni...ada rasa pelik sikit dalam statment paper ni..meragukan
By Hamidi Fizie Bin Ahmad on SANDIWARA ITU BERSAMBUNG LAGI - HAIRAN BIN TAKJUB... on 7/11/12

arwah tu (kalau betul da mati) dikatakan seorang blogger. Tapi bila jenguk blog dia, hanya mula blogging bulan Jun. http://jayanegara1234.blogspot.com nama blog pun pelik - macam hentam je nama,macam nama yg sebarang taruk je.

nama tak mencerminkan ke-Imammahadi-an. kahkahkah pastu dikataan wanita itu pembaca setia blog. kepala bana apa blog baru mula bulan jun boleh popular. mamat tu bukan public figure, macam mana blog boleh popular.
By ninja turtle on SANDIWARA ITU BERSAMBUNG LAGI - HAIRAN BIN TAKJUB... on 7/11/12


"Suspek lelaki yang berseluar jeans cedera di tangan kanan, manakala pasangannya di paha kiri. Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut. Kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali.

Utusan" Macamana tembak kat tangan leh mati? berita baru dikatakan ditembak di ari-ari? huh Bagaimana 2 orang nak gulingkan kerajaan dengan sebilah pedang samurai?? adeh
By Anonymous on SANDIWARA ITU BERSAMBUNG LAGI - HAIRAN BIN TAKJUB... on 7/11/12

Isteri pemandu lori bersama seorang lelaki menyerang JPM.. agak saspens.. wanita itu Kelulusan UIA :) ingatkan lulusan matshusiro dari Jepun.. Motif masih tak dapat diketahui ke? pejadah serang JPM kalau pi bank dapat gak rompak duit hahah..
By Anonymous on SANDIWARA ITU BERSAMBUNG LAGI - HAIRAN BIN TAKJUB... on 7/11/12

perdaa....satu hari tanpa otak politik boleh tak....semua benda yang tak elok semua UMNO ke....?jangan sampai nanti anak dalam kandungan isteri pun cakap UMNO punya kerja....?tolong fikir kejap?
By Anonymous on APA KAH INI SATU SANDIWARA AL- MAUNAH BAHAGIAN DU... on 7/11/12

hairan bin xjub bin peelik ayah umur 55 thn anak umur 47 anak kedua plak 2
By Anonymous on SANDIWARA ITU BERSAMBUNG LAGI - HAIRAN BIN TAKJUB... on 7/11/12

belajar UIA keje penolong pengurus ermm... kawin dengan driver lori ermm...1 lagi pelik polis tak call family tunggu bapak pompuan tu yang call. pelik...
By Anonymous on SANDIWARA ITU BERSAMBUNG LAGI - HAIRAN BIN TAKJUB... on 7/11/12

Dorg tak siasat pulak kat mana dorg beli pedang samurai tu? Nota - hang rasa logik ka org gila pi putrajaya lepas tu boleh buat2x gila libas pedang. Dasat org gila kat malaya sekarang nie. Time nak gila boleh bawak pedang. Lepas nie mesti ada plot sakaliau kapal ka, bot ka kapal terbang ka tak pung bas. Mcm mana dorg buat scrip mcm kita dah tau.
By Anonymous on SANDIWARA ITU BERSAMBUNG LAGI - HAIRAN BIN TAKJUB... on 7/11/12

TT baca laporan kat sinarharian rasa ada letak semua nama..
By Anonymous on SANDIWARA ITU BERSAMBUNG LAGI - HAIRAN BIN TAKJUB... on 7/11/12

nasib lah anon 1:50. kalau awak bodoh tapi duduk diam-diam pasti tak ada yang tau. ini nak juga tumpang sekaki. kan dah kena belasah!
By Anonymous on SANDIWARA BERSAMBUNG LAGI - DARI SEDIH JADI SERAM on 7/11/12

Heran bin ajaib bin bengong wa di buat nya
By 6803man sarawak on SANDIWARA ITU BERSAMBUNG LAGI - HAIRAN BIN TAKJUB... on 7/11/12

Ala google je banyak gambar salah satunya,.. http://khairulryezal.blogspot.com/2012/07/jpm-diserang-lelaki-samurai-sudah.html Itu la BH dan Utusan tak laku semua nak kena filter gambar orang mengamuk ni ganas.. kah kah kah
By Anonymous on APA KAH INI SATU SANDIWARA AL- MAUNAH BAHAGIAN DU... on 7/10/12

Bro, kalau lu baca blog dia (http://jayanegara1234.blogspot.com/2012/06/hidup-dan-mati-apa-yang-dipertaruhkan.html) cuma ada 17 entri jer tu pon bulan Jun thn ni,FB plak (https://www.facebook.com/khalil.afandi.1) nmpk sgt baru create, ntah betul ke tak mati?? ni 'storyline' tak cukop ngam laa nk kasi box office kakakaka
By Anonymous on APA KAH INI SATU SANDIWARA AL- MAUNAH BAHAGIAN DU... on 7/10/12



layari radio bangsar - radio punk rock:





KESAH SUWEY NAJIB TAK HABIS HABIS




NAJIB KENA PERANGKAP PERANCHIS








KARTUB BUKAN PLATFORM KUTUK PEMIMPIN
- meloya

SHAH ALAM 10 Julai - Tokoh-tokoh kartunis veteran negara menasihatkan para seniman dan kartunis tidak mencampuradukkan perjuangan politik dalam karya kerana dibimbangi memberi mesej negatif kepada pembaca.

Jaafar Taib yang juga salah seorang pelopor majalah Gila-Gila berkata, kartun sepatutnya dijadikan wadah ilmu bukannya digunakan untuk mengutuk pemimpin.

"Kartunis sepatutnya berkarya untuk menyampaikan perkara-perkara yang positif. Bila ia digunakan kepada perkara negatif seperti menghina kerajaan dan pemimpin, ia ditakuti akan mengelirukan pemikiran pembaca terutamanya kanak-kanak," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis makan malam bersama penerima Anugerah Khas Penggiat Kartun dan Penganjur Program Pameran Kartun dan Animasi Dua Malaysia, di sini malam tadi.

Jaafar mengulas kelantangan kartunis Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque dalam penghasilan karya yang mengutuk kerajaan serta tindakannya menolak anugerah yang disampaikan Najib di Pasar Seni, Kuala Lumpur, 24 Jun lalu.

Sementara itu, pencetus revolusi kartun, Mior Sariman Mior Hassan atau lebih popular dengan nama Mishar berkata, golongan kartunis tidak sewajarnya mencemarkan industri tersebut dengan penghasilan karya yang menyinggung orang lain meskipun mereka bebas memilih parti politik masing-masing.

"Saya faham perjuangan politik Zunar, namun menggunakan kartun sebagai platform menyinggung hati orang lain terutamanya pemimpin adalah tidak elok.

"Lebih baik hasilkan karya yang boleh menjadi pemangkin kepada kemajuan negara," katanya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.... BUAT LAH SIDANG PARLIMEN.... kah kah kah..

kah kah kah...SAPERTI YANG LIAN LAIN.... kah kah kah....

kah kah kah...BUAT AKTA ANTI KARTUN YANG ANTI KERAJAAN.... kah kah kagh,..

kah kah akh...BUAT KHUSUS UNTUK MEMANTAU MACAM ISA UNTUK GERAKAN POLITIK.... kah kah kah..

kah kah kah .... AUKU UNTUK MENGAWAL PELAJAR MAHASISWA.... kah kah kah..

kah kah akjh..... AKTA CETAK UNTUK KONTROL AKHBAR.... kah kah kah...

woit.. TUBUH BADAN INDUSTRI KARTUN MENGAWAL DAN MEMANTAU ... ATAU SINGKATNYA BIK MAMA..... kah kah kah







SANDIWARA ITU BERSAMBUNG LAGI - HAIRAN BIN TAKJUB



KOMENTAR TUKAR TIUB

betulkan si jantan itu mati?
bolehkah mati kalau di tembak di kaki?
kalau mati bila di kebumikan?

soalan soalan ini timbul


BERITA DI BAWAH INI
sila baca berita dibawah ini
baca betul betul

berita ini cukuyp pelik
berita ini cukup ganjil

berita ini melanggar semua hukum
membuat laporan berita


siapa nama ayah itu?
siapa nama ibu itu?
siapa nama anak itu?

tuan pengarang tidak sedar
atau sengaja nama tidak lagi
dimunculkan

apakah ini bukan satu sandiwara
untuk mengolah peesetujuan
untuk satu rancangan yang lebih besar

amerika meledakan wtc
untuk melancarkan perang ke atas iraq

lalu ramai teringat kesah private adam
dimana sosok ini sekarang?
apa terjadi kepada dia?

SIAPA DIA MAK CIK DAN PAK CIK INI
kenapa mak cik dan pak cik
tidak ada nama?

SANDIWARA BUKIT JENALIK
ini juga dikenali sebagai sandiwara al-maunah
ini juga dikenali sebagai sandiwara sauk
ini juga dikenali sebagai sandiwara 3 buah pajero
ini juga dikenali sebagai sandiwara 5 tan senjata



SANDIWARA KERAJAAN LANGIT



BAPA SUSPEK WANITA TIDAK SANGKA ANAK MENGAMUK - berita hairan

PUTRAJAYA: Suspek wanita yang ditembak selepas mengamuk di luar perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri bersama seorang lelaki semalam, menitipkan dua anak kecilnya di rumah ibu bapanya di Damansara dekat sini, dua hari lalu.

Bapa suspek, seorang penjual nasi lemak berumur 55 tahun, berkata suspek meminta mereka menjaga anak-anaknya berusia dua tahun dan setahun dan mereka menyangka dia mempunyai urusan kerja di luar kawasan. Beliau berkata, setahunya suspek, anak kedua dari empat beradik, bekerja sebagai penolong pengurus sebuah syarikat swasta tetapi rupa-rupanya sudah berhenti kerja tanpa pengetahuan mereka.

"Saya tidak menyangka kejadian itu berlaku. Kehidupan anak saya normal sahaja. Mungkin kerana dia suka melayan internet. Sekolah tinggi tetapi jadi macam itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Putrajaya di sini hari ini.

"Saya kesal dengan apa yang dia buat," katanya sambil menambah beliau mendapat tahu mengenai kejadian itu apabila diminta datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya selepas mendail nombor telefon bimbit anaknya itu.

Dalam kejadian 2.30 petang semalam, suspek, berusia lewat dua puluhan, berkelulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, ditembak di paha kanan dan masih dirawat di Hospital Putrajaya, manakala lelaki bersamanya Khalil Afandi, 47, yang terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital sama.

Polis terpaksa melepaskan tembakan apabila usaha memujuk lelaki dan wanita itu gagal, sebaliknya mereka yang bersenjatakan pedang samurai, cuba menyerang polis dan merosakkan beberapa kenderaan di kawasan itu.

Wanita terbabit ditahan reman mulai hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 307, 427 dan 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) Akta Bahan Hakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Ibu suspek berusia 55 tahun ketika ditemui di perkarangan hospital itu berkata: "Makcik terkejut. Makcik tak tahu nak cakap apa. Makcik sedih sangat".
Beliau berkata suspek tinggal di Klang.

Tinjauan di wad pengasingan Hospital Putrajaya mendapati suspek yang berskaf hitam sedang berbaring di katil dan dikawal dua anggota polis wanita.

Sementara itu, suami suspek yang juga pemandu lori mendakwa isterinya terpengaruh dengan laman blog lelaki itu dan beberapa hari sebelum kejadian isterinya berperangai pelik dan dilihat taksub dengan Imam Mahadi. - TIEWNAMA








SIAPA SUWEY - NAJIB ATAU SUAMI NAJIB:?




DATANG KE BANGSAR UTAMA







JAWATANKUASA PEROLEHAN MENTERI KEWANGAN TELAH MENGANUGERAHKAN TENDER KEPADA GEORGE KENT

Pada 21 Jun 2012, Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK) telah mengadakan mesyuarat kelima bagi tahun 2012 (Bil 5/2012). JPMK adalah jawatankuasa tertinggi yang menentukan anugerah tender projek-projek besar kerajaan. Keanggotaannya adalah seperti berikut:

1. Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Najib Razak selaku pengerusi,

2. Menteri Kewangan II, Husni Hanadzlah,

3. Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Wan Abd Aziz Wan Abdullah, dan

4. Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Nozirah Bahari

Mesyuarat tersebut telah memutuskan untuk melantik George Kent sebagai kontraktor bagi kerja-kerja tambahan LRT Laluan Ampang pada harga RM1,180,037,624.

Keputusan ini kemudiannya dimaklumkan kepada Dato’ Shahril Mokhtar, Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana bagi tindakan beliau yang selanjutnya dalam satu surat bertarikh 25 Jun 2012 yang disertakan bersama.

Pendedahan keputusan JPMK ini mengesahkan dakwaan KEADILAN sebelum ini bahawa Najib Razak telah campur tangan di dalam proses penilaian dan penganugerahan tender kerja-kerja tambahan LRT Laluan Ampang.

Lebih mengejutkan, keputusan JPMK yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri itu membatalkan keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa yang sama pada 25 Januari 2012 yang melantik kontraktor lain yang lebih layak.

Saya mendesak Najib Razak berterus terang dengan menjawab 3 soalan berikut, rentetan kenyataan tunggal beliau setakat ini kononnya proses anugerah tender ini mengikut prosedur yang betul:

1. Prosedur bahagian mana di dalam Pekeliling Perbendaharaan yang membenarkan sebuah syarikat yang telah jelas gagal di dalam penilaian teknikal diberikan tender bertentangan dengan keputusan jawatankuasa teknikal?

2. Prosedur bahagian mana di dalam Pekeliling Perbendaharaan yang membenarkan Perdana Menteri menganugerahkan projek pada harga yang lebih tinggi (harga George Kent adalah RM1.18 bilion berbanding harga Balfour Beatty pada RM1.01 bilion, iaitu lebih mahal sebanyak RM167 juta) kepada pembida yang gagal penilaian teknikal dan kewangan? dan

3. Prosedur bahagian mana di dalam Pekeliling Perbendaharaan yang membenarkan Perdana Menteri campur tangan sedemikian rupa di dalam anugerah tender besar seperti ini?

Segala keputusan anugerah tender setakat ini membayangkan berlaku pergolakan dan menimbulkan lebih banyak persoalan.

Apakah pertimbangan sebenar Najib yang sanggup membahayakan nyawa ratusan ribu orang ramai dengan melantik sebuah syarikat milik rakan karibnya yang hanya berpengalaman mengilang meter air untuk membina sistem LRT negara?

Kenapa harga yang dianugerahkan kepada syarikat milik rakan karib beliau ini lebih mahal sebanyak RM167 juta sedangkan ada pembida yang dinilai layak kepakarannya pada harga yang lebih rendah?

Apakah jumlah RM167 juta ini juga boleh dikaitkan dengan apa-apa pembayaran berbentuk komisen kepada mana-mana ahli politik Umno/BN, seperti mana wujudnya pembayaran komisen kepada sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Najib semasa pembelian kapal selam Scorpene dahulu?

Soalan-soalan ini akan terus berlegar dan akan memburukkan lagi imej Najib selagi ia tidak dijawab dengan jitu dan ikhlas oleh beliau.

Pun begitu, saya percaya Najib akan terus membisu kerana itulah tindakan beliau setakat ini bila berdepan dengan skandal di dalam pentadbiran beliau.

Oleh yang demikian, saya percaya tanggungjawab yang sama perlu digalaskan di bahu Shahril Mokhtar sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana untuk mengesahkan bahawa George Kent telah dilantik sebagai kontrak bagi kerja-kerja pembinaan tambahan LRT Laluan Ampang, seperti mana yang diarahkan oleh Najib Razak.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
10 JULAI 2012



JUMAAT - KITA ROCK DI MELAKA


DI MANA BALA SEKARANG?



APA JADI AKUAN BERSUMPAH BALA?





KENYATAAN MEDIA
10 JULAI 2012



71 % daripada peruntukan program Transformasi Kerajaan dibelanjakan untuk perhubungan awam pada tahun 2012

Semalam, seorang lelaki yang bersenjatakan parang telah ditembak di perkarangan Jabatan Perdana Menteri, manakala seorang sukarelawan St John Ambulance (Tang Mui Choo) mati akibat terjatuh daripada motosikal kerana kejadian ragut berhampiran Damansara Jaya dan mayatnya telah ditemui di saluran air.

Ini hanyalah beberapa contoh kejadian yang berlaku.

Apa yang saya benar-benar melihat adalah kenyataan Hishammuddin Hussein itu tidak punyai perasaan ihsan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Program transformasi kerajaan Najib Razak yang berlandaskan kepada belanjawan 2012 telah menunjukkan tumpuan yang berlebihan kepada bagaimana menguruskan persepsi awam daripada menangani permasalahan jenayah.

Saya beranggapan bahawa konsep "Keputusan Besar Pantas" itu hanyalah semata-mata untuk memberi persepsi kepada rakyat bahawa aktiviti jenayah sudah menurun daripada membaikpulih struktur keselamatan dalam negara Malaysia ini.

Belanjawan 2012 telah memperuntukkan sebanyak RM240 juta untuk pengurusan NKRA yang merangkumi 5 aktiviti dasar;

1. Pengurangan indeks aktiviti jenayah ; Sebanyak RM8.8 juta atau 3.67% telah diperuntukkan untuk mencegah dan latihan maklumbalas mengenai aktiviti kecurian kenderaan dan pecah rumah.

2. Pengurangan jenayah di jalanan

"Program bandar selamat" bertujuan untuk mengurangkan kegiatan ragut dan jenayah jalanan. Sebanyak RM28 juta iaitu 11.27% diperuntukkan dan juga pembelian aset seperti CCTV sebanyak RM15juta.

3. Meningkatkan kes-kes pesalah ganas yang dibawa ke muka pengadilan - . . RM6.6 juta atau 2.75% telah diperuntukkan, RM3.5 juta untuk membayar gaji pegawai-pegawai Penyiasat

4. Meningkatkan tahap kepuasan orang awam dengan pihak polis

Tumpuannya adalah untuk melancarkan peranti Penilaian Perkhidmatan Pelanggan di balai polis, untuk melibatkan lebih banyak acara komuniti seperti Hari Bertemu awam dan Liga Jadual Balai. Kerajaan memperuntukkan RM27 juta atau sebanyak 11.25%, 1.3 juta bagi geran kemasyarakatan.

5. Mengurangkan Perasaan Takut terhadap aktiviti Jenayah. Satu-satunya aktiviti yang dinyatakan dalam Laporan Pemandu 2011 Tahunan adalah Pentauliahan Kaji Selidik, yang mana salah satu kajian ini adalah perasaan Takut Menjadi Mangsa Penyiasatan Jenayah. Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM170 juta. Iaitu 70.83% bagi bekalan dan perkhidmatan ini.

Oleh yang demikian, kunci utama program transformasi ini untuk menangani isu jenayah adalah lebih kepada pengurusan awam dan 71% daripada jumlah belanjawan yang diperuntukan adalah untuk NKRA.

Kerajaan tidak ikhlas apabila mereka hanya menumpukan kepada persepsi rakyat awam.

KEADILAN yakin bahawa seluruh rakyat Malaysia mahu melihat proses penyelesaian jangka panjang untuk mengurangkan jenayah dan ini hanya boleh diperolehi daripada tatakelola dan pengurusan ekonomi yang kukuh bagi mengurangkan jurang pendapatan rakyat. Sebagai sebuah kerajaan yang penuh tanggungjawab akan sentiasa bekerja untuk membaharui struktur pasukan polis dan bukannya semata-mata memikirkan persepsi umum.

Saya masih belum lagi mendengar sebarang maklumbalas mengenai isu yang telah dibangkitkan minggu lepas.

Mengapakah pihak unit khas (SB) PDRM melebihkan aktiviti mengintai rakyat sendiri daripada mencegah aktiviti jenayah?

Saya menambah satu lagi persoalan;

Mengapakan program transformasi kerajaan dalam mencegah jenayah ini hanya melebihkan kepada pengurusan perhubungan awam?

Rakyat dan Keadilan khusunya akan terus menanti jawapan daripada pihak yang bertanggungjawab.

WAN AZIZAH WAN ISMAIL
PRESIDEN
PARTI KEADILAN RAKYAT






JEMPUTAN UNTUK BANGUN MELAWAN









JEMPUTAN KE PESTA JALANAN

musik jalanan ialah musik melawan
irama dan lagu yang melawan
bunyi dan ketukan yang melawan

musik jalanan mengajak kita turun berdemo
ini budaya baru yang kita terapkan
budaya musik dan berdemo

inilah budaya yang wajib kita semaikan
budaya berdemo dengan rock n roll

kalau kerajaan baru yang kita sokong
tidak menyokong kita menari dan berdansa
tidak guna kita sokong kerajaan itu

ini musik tanpa booodek
ini musik tanpa tun tan tin
ini musik melawan
inilah kesucian rock n roll
inilah asal usul rock n roll
yang di mulakan oleh kaum abdi yang tertindas di amerika
kita kembalikan sejarahnya
kita kembalikan kesucian rock n roll





JEMPUTAN
pada 14 julai ini di padang rusa
sebelah panggung wayang state
sebelah banguan mppj
akan diadakan peata sepanjang hari
dari jam 12.00 tengah hari
hingga jam 12.00 tengah malam

inilah nikmatnya bila
selangor di miliki oleh pakatan rakyat
anakm muda boleh rock di pj
kalau dulu sampai mampooos tak dapat

pesta ini tak ada politikus buat sibuk
tak ada politikus beri ucapan
tak ada ucapan peresmian
hanya ank muda rock



TELAH DIPILIH
12 buah lagu telah dipilih
senarai dibawah
kumpulan ini akan membuat persembahan

sebelum ini ada bebelas-belas band
yang juga akan bermain sama

AKAN TURUT BERMAIN
- petak daud
- dewanga sakti
- zip zieller
- garisson

APA LAGI YANG ADA?
ada buku untuk dibeli
ada pakaian cult untuk di cuba
ada pameran perjuangan

tapi lebih penting:
ada awek cun
ada mamat jambu

untuk para gagalis inilah
masa terbaik untuk keluar
dari senarai gagalist tukar tiub



PERTANDING AKHIR PADA 14 JULAI


1 Sifar Rasisma - Salman Adi

2 Politiklisme -Ropel

3 Hantu -Dum-dum Tak - Nizamuddin

4 Gempur - Monalyssa

5 PKR -Lugman Hakim

6 Lembu Rakus -Libang Libu

7 Bersih 3.0 -Libang Libu

8 Inikah Demokrasi - Orkes Rakyat Tertindas - Fakhruddin

9 Ayuh - Orkes Rakyat Tertindas - Fakhruddin

10 Rasukan Rasuah - Blue Boys

11 Genggam - Blue Boys

12 Diam-diam -Abd Wafi

LEPAS DEMO FELDA KITA ROCK















NOTA
kesemua lagu lagu yang telah dihantar
yang dipilih dan tidak dipilih
akan dimainkan dalam radio bangsar utama
hanya radio bangsar yang berani memainkan
lagu lagu ini

nanti dan tunggu


AKAN DATANG BUAT PERSEMBAHAN
- petak daud
- dewanga sakti
- zip zieller
- garisson