Isnin, 31 Disember 2012

NAJIB CUBA RASUAH DEEPAK PULAK




BERSEDIA 
SELURUH ANAK MUDA

  DAKWAAN DEEPAK ADA ASAS, WANG RAKYAT DISALAHGUNA UNTUK MENUTUP MULUT DEEPAK


Pada 30 November 2012, Dato’ Seri Zahid Hamidi mengumumkan kepada wartawan dan Perhimpunan Agong Umno bahawa beliau akan menjawab dan mematahkan tuduhan Deepak yang mengaitkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak dengan pelbagai salahlaku.

Malangnya, keesokan harinya, pada 1 Disember 2012 beliau tidak mengotakan janjinya itu. Tuduhan-tuduhan Deepak kekal tidak dijawab oleh pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Saya beranggapan itu strategi Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Dato’ Seri Zahid Hamidi – iaitu untuk tidak mengendahkan tuduhan-tuduhan tersebut atas alasan ia tuduhan liar tanpa bukti. Sehingga saat itu pun, rakyat masih samar-samar mengenai bukti yang dikemukakan oleh Deepak, apatah lagi keterlibatan Deepak dengan keluarga Dato’ Seri Najib Tun Razak menimbulkan tanda tanya mengenai motif dan kredibiliti beliau.

Oleh sebab itu, KEADILAN tidak memberi sebarang reaksi mengenai tuduhan-tuduhan tersebut, kecualilah menuntut agar ia disiasat segera.

Ternyata anggapan saya itu tidak tepat. Tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh Deepak dipandang serius dan dibuktikan benar-benar mencemaskan Dato’ Seri Najib Tun Razak, sehingga tugas untuk menyelesaikan kemelut ini diserahkan kepada Dato’ Seri Zahid Hamidi.

Walaupun awalnya Dato’ Seri Zahid Hamidi mengelak dari memberi jawapan, jalan penyelesaian yang beliau laksanakan mengikut perintah Dato’ Seri Najib Tun Razak akhirnya terbongkar kepada umum pada 27 Disember 2012.
Urusniaga mengejut melibatkan pembayaran RM30 juta untuk membeli 80% saham terbitan Astacanggih dan RM130 juta untuk membeli 200 ekar tanah dari Awan Megah Sdn Bhd adalah satu salahguna kuasa oleh Dato’ Seri Zahid Hamidi dan Dato’ Seri Najib Tun Razak bertujuan untuk menutup mulut Deepak dan menyelesaikan skandal ini yang kian merebak.

Urusniaga ini akan dibiayai sepenuhnya oleh Bakti Wira Development Sdn Bhd, sebuah syarikat pelaburan hartanah yang dimiliki sepenuhnya oleh Boustead Holdings Berhad, milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Modal dan aktiviti Boustead Holdings Berhad banyak bergantung kepada caruman dari potongan gaji anggota tentera yang disalurkan melalui LTAT. Sebagai menteri yang bertanggungjawab memikul amanah ini, Dato’ Seri Zahid Hamidi haruslah berhati-hati dalam memastikan pelaburan yang dibuat oleh Bakti Wira Development Sdn Bhd adalah pelaburan yang terbaik untuk kepentingan anggota tentera.

Sebab itu, sekiranya urusniaga ini diteliti, ia sudah tentu tidak menepati apa-apa garis panduan pelaburan baik berdasarkan perkara-perkara berikut:
1.      Astacanggih adalah sebuah syarikat yang tidak mempunyai aset mahupun rekod perniagaan yang baik. Semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan ia tidak pernah pun memfailkan penyata kewangannya. Selain modal berbayar sebanyak RM20 juta, syarikat ini dibebankan dengan hutang sebanyak RM98 juta dari Kuwait Finance House (mengikut rekod SSM);
2.      Nilaian RM30 juta bagi 80% saham terbitan Astacanggih itu tidak ada asas. Kenyataan Boustead Holdings Berhad bahawa nilaian RM30 juta itu dicapai atas persetujuan bersama pembeli dan penjual membuktikan bahawa urusniaga ini dibuat berdasarkan pertimbangan politik, bukan pertimbangan pelaburan komersil;
3.      Pembayaran RM130 juta terhadap 200 ekar tanah yang statusnya masih belum dipindahmilik kepada Awan Megah Sdn Bhd bermakna Dato’ Seri Zahid Hamidi mengambil wang sebanyak RM130 juta dari caruman anggota tentera untuk membayar syarikat milik seorang pimpinan Umno tanpa ada sebarang pertukaran aset, kerana tanah 200 ekar itu masih belum dipindahmilik kepada Awan Megah Sdn Bhd;
4.      Nilaian RM130 juta bagi 200 ekar tanah tersebut juga dibuat tanpa menggunakan penilaian bebas, semata-mata atas dasar persetujuan yang dicapai di antara penjual dan pembeli;
5.      Pengumuman rasmi Boustead Holdings Berhad kepada Bursa Malaysia memberi alasan bahawa pembelian tanah itu bertepatan dengan bank tanah sedia ada milik anak syarikat Boustead (iaitu Jendela Hikmat Sdn Bhd) di kawasan berhampiran (rujuk perenggan 4 pengumuman). Walau bagaimana pun, semakan rekod menunjukkan tanah seluas 236 hektar yang dipindahmilikkan kepada Jendela Hikmat Sdn Bhd dinilai pada RM230 juta pada akhir tahun 2005 (rujuk laporan akhbar Utusan Malaysia yang disertakan bersama);
6.       Ini bermakna tanah sekitar kawasan yang sudah dimiliki oleh Boustead Holdings Berhad dinilai sekitar RM390,000 seekar, berbanding urusniaga terkini melibatkan Awan Megah yang membayar RM650,000 seekar ke atas tanah yang statusnya belum dipindahmilik.

Jelas bahawa urusniaga ini bukanlah urusniaga yang lulus pertimbangan komersial dan panduan pelaburan LTAT.
Saya hanya boleh simpulkan bahawa urusniaga ini dibuat semata-mata untuk menutup mulut Deepak dan memadamkan skandal ini. Makanya, tindakan tidak berwaspada Dato’ Seri Zahid Hamidi yang menyalahgunakan kuasanya dengan mengarahkan LTAT membayar RM160 juta mengesahkan bahawa dakwaan Deepak itu benar, sehingga mencemaskan Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Oleh itu, saya akan mula meneliti dan mendedahkan pembayaran yang dibuat oleh Deepak terhadap pihak tertentu yang dikaitkan dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak, memandangkan sudah jelas bahawa dakwaan Deepak itu ada kredibiliti dan kebenarannya.

KEADILAN akan mengadakan sidang media pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat minggu depan jam 11 pagi mengenai pendedahan ini.

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
29 DISEMBER 2012 





-----

Sabtu, 29 Disember 2012

RAKYAT MALAYSIA WAJIB MEMBUAT PILIHAN


LIHAT DAN LIHAT
gambar  muhyiddin
gambar najib
sedang melawat warga yang menjadi mangsa banjir

PERHATIKAN BETUL BETUL
gambar gambar ini membawa
sejuta makna
gambar gambar ini dipilih
oleh pengarang akhbar

PERSOALAN KURUN INI
siapa antara dua bani melayu ini
yang layak untuk menjadi
perdana menteri malaysia
fikir lama lama
tenang dan tafakur
siapa agaknya
yang akan membolehkan
united malays national organisation
masuk gelanggang pru13



SATELAH MEMBUAT PILIHAN
maka kita wajib ke jalan raya
pada 12 januari ini 

SIAPA COOL DAN SIAPA POYO 2012?



PERTANYAAN UNTUK PEMBACA
boleh kan klipm ini
disenaraikan saperti cadangan
dari facebook acino htes?


bro Tukar Tiub taknak jadikan pencalonan video paling lawak 2012 ke? kahkahkah!

BOLEH KAH KLIP INI DICALONKAN?




------

PROGRAM MENGHASUT DI SANA SINI



TARIKH PROGRAM MENGHASUT


DISEMBER 28 - TAMAN RIA MESRA, GURUN, KEDAH (pertanyaan 017-5568557)

DISEMBER 29 - BUKIT GEDONG, BAYAN BARU P.PINANG (pertanyaan 017-4760274)

DISEMBER 30 - DATARAN DSAI, TAMBUN TULANG, PERLIS (pertanyaan 019-4342244)

JANUARI 1      - KG BUKIT PULAU, BUKIT KATIL MELAKA (pertanyaan 012-2478016)

JANUARI 2      - TAMAN TASEK JAYA, PAROI N.SEMBILAN (pertanyaan 0123696474)

JANUARI 4      - DEWAN DATO FAUZI, SEKINCHAN SELANGOR (pertanyaan 012-3312364)

JANUARI 5      - PADANG PPR, KEMPAS JOHOR (pertanyaan 012-7030747)

JANUARI 6      - TAMAN MUHIBBAH, TEMERLOH PAHANG (pertanyaan 017-9573855)

JANUARI 8      - MARKAS PAS MASJID TINGGI, BAGAN SERAI PERAK (pertanyaan 012-5595258)

JANUARI 9      - DEPAN MYDIN KUALA IBAI, K.TERENGGANU (pertanyaan 019-9809974)

JANUARI 11    - KELAB SULTAN SULAIMAN, KG BARU KUALA LUMPUR (pertanyaan 0123696474)

untuk pembaca tukar tiub
sila datang buat ramai
pilih tempat dan wilayah
yang terdekat untuk mendengar hasutan
kenapa kita wajib turun pada 12 januari 2013

ANAK MUDA BANGUN MELAWAN

BUKIT GADONG
PULAU PINANG
 
JAM 10 PAGI
MARKAS TARBIAH PAS
TAMAN MELEWAR

MALAM TAHUN BARU
DATARAN SHAH ALAM

BUKIT BARU
MELAKA

KEMPAS PERMAI
JOHOR BAHRU

MASJID  TANAH MELAKA

 

Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112
RM50 seorang Pergi / Balik 
termasuk T'shirt, Muffler, Tuala,
2 x 500ml air minuman, Garam.

Bertolak dari Semerah, Parit Sulong.
4 Buah bas bersedia.

Call @ Sms 016 - 764 2006 (Mohamad)
 --------

EEE PENANG TELAH MARAH DENGAN MAT MONGOL



 KAUM KERABAT
12 JANUARI
KOMENTAR TUKAR TIUB
apa makna berita ini?
dari mana berita ini datang?

berita ini disiar dari utusan meloya
akhbar yang dimiliki oleh united malays national organisation

lihat tajuk berita ini
bukan kah ini 
memberi tanda bahawa najib razak lembik
memberi makna yang najib razak tak tegas

najib ialah presiden parti
akbar ini milik parti
sekarang akhbar parti sendiri  telah berani buat
tajuk berita macam ini

ini bermakna najib memang lembik
ini bermakna najib memang tidak tegas

ini juga bermakna
utusan telah mengambil garis
untuk menyokong muhyiddin


Minta PM bertegas

KUALA LUMPUR 27 Dis. -  Najib Razak diminta bertegas dan jangan sesekali tunduk dengan gesaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng supaya kalimah Allah boleh digunakan dalam Bible versi Melayu.

Bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, ketegasan itu perlu memandangkan permintaan Guan Eng tersebut amat melampau.

‘‘‘‘Kita umat Islam di Pulau Pinang akan terus bangkit menentang habis-habisan kerana permintaan Guan Eng ini sememangnya melampau,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menjawab satu pertanyaan Mohamed Hafiz yang juga Pengerusi Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP) berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Guan Eng itu benar-benar menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini terutama dalam konteks umat Islam Pulau Pinang.

‘‘Banyak pihak yang marah dan atas sebab itu kita menggesa Perdana Menteri jangan layan dengan permintaan Guan Eng ini.

‘‘Setakat hari ini sahaja 60 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah bergabung dan kami percaya esok akan menjadi lebih besar lagi,’’ katanya.


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.... NAJIB INI BETUL TAK ADA KELAS.... klah kah kah..

kah kah kah... EEEE PUN SUDAH BERANI TIBAI.... kah kah kah...

kah kah akh..KALAU EEE DAH BERANI TIBAI YANG LAIN LAGI BERANI...kah kah kah..

NOTA:
bayangkan kalau rosmah
melarikan diri dengan eee
kah kah kah

--------

MUHYIDDIN SEDANG MERANCANG UNTUK JADI PM





 

KOMENTAR TUKAR TIUB
sambutan tahuan baru tahun ini
di dataran merdeka akan diresmikan
oleh bakal perdana menteri muhyiddin yassin

kemana najib dan rosmah menghilang
walalah hu alam bisawab
siapa tahu sila jawab

Mangsa banjir diberi RM500

RANTAU PANJANG 27 Dis. -  Bakal Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan setiap keluarga mangsa banjir yang berpindah ke pusat pemindahan rasmi akan diberi bantuan sebanyak RM500 bagi meringankan beban mereka.

Bakal  Perdana Menteri berkata, bantuan itu akan disalurkan sebaik sahaja mereka pulang ke rumah masing-masing dan arahan telah diberikan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya mempercepatkan pemberian bantuan tersebut.

Selain itu katanya, mangsa banjir di negeri ini juga akan dipertimbangkan diberi bantuan lain di bawah tabung wang ihsan yang boleh digunakan untuk membaiki rumah, membeli pakaian dan makanan.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit... MUHYIDDIN SUDAH BERSEDIA.... kah kah kah...


kah kah kah... MUHYIDDIN MERAYAU KE SELURUH NEGARA...kah kah kah..

woit... DI GANU MUHYIDDIN DAPAT SAMBUTAN HANGAT... kah kah kah..

kah kah kah...NAJIB  NAK SINGKIR MB AHMAD SAID...kah kah kah..

woit... MUHYIDDIN DATANG.... kah kah kah..

kah kah kah..GAGAL PROJEK MAT MONGOL.... kah kah kah



---------