Selasa, 1 September 2026

JEREBU BAWA BAHAYA


KITA SEMUA

MENUNNGU

HUJAN BUATAN

AMIN


Jerebu: 6 lokasi masih rekod IPU tahap bahaya


KUALA LUMPUR: Enam lokasi di Sarawak masih merekodkan indeks pencemaran udara (IPU) pada tahap bahaya dengan bacaan IPU melebihi 300 setakat jam 10 pagi tadi.

Semakan menerusi laman sesawang Sistem Indeks Pencemaran Udara (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati Serian merekodkan IPU tertinggi dengan bacaan IPU melebihi 400.

Serian merekodkan bacaan IPU 406 diikuti Kuching (398), Samarahan (369), Sri Aman (362), Sarikei (340) dan Sibu (321).

Sementara itu, tiga lagi lokasi di Sarawak iaitu Mukah (241), Bintulu (241) dan Samalaju (234) masih merekodkan bacaan IPU sangat tidak sihat.

Empat lagi lokasi di Sarawak iaitu ILP Miri (187), Miri (181), Kapit (180) dan Limbang (165) merekodkan bacaan IPU tidak sihat.

Selain itu, empat lagi lokasi yang turut merekodkan bacaan IPU tidak sihat iaitu di Labuan (168), Kimanis (159), Keningau (157) dan Tawau (135).

Satu lagi lokasi yang merekodkan IPU tidak sihat di Semenanjung adalah di Johan Setia, Selangor dengan bacaan IPU 151.

Sebelum ini, media melaporkan operasi pembenihan awan sedang dilaksanakan di kawasan dilanda jerebu terutama yang merekodkan bacaan IPU melebihi 150 selain kawasan empangan yang menunjukkan penyusutan paras air.

Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, operasi itu dilaksanakan menerusi kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Tiada ulasan: