Rabu, 3 Julai 2013

PENIPUAN TERBUKTI - APA LAGI MAHU?


KOMENTAR TUKAR TIUB
pru13 telah selesai


tapi pru13 belum selesai

orang ramai
pengundi
anak muda bakal pengundi
tidak puas hati kerana berlaku penipuan



ini barah yang akan membesar
jika tidak ditemui satu jalan penyelesaian
barah ini akan membunuh keyakinan orang ramai
terhadap sistema pemilihan perwakilan di malaysia

tuntutan orang ramai
agar 7 pesuruhjaya spr lewtak jawatan adalah tepat
ianya adalah permulaan

kita semua wajib memikirkan jangka panjang
pakatan rakyat atau barisan nasional
wajib memikirkan yang maha penting
adalah mendirikan tamadun negara bangsa


Presiden PAS cadang tubuh tribunal post PRU13

Harakah02 Jul 2013
KUALA LUMPUR:Presiden PAS mendesak SPRM bertindak berani menyiasat secara telus dan terperinci segala penipuan dan penyelewengan yang berlaku dalam PRU13 lalu termasuk tragedi dakwat kekal yang tidak kekal.




------

SAH - TELAH DI BUKTIKAN



KOMENTAR TUKAR TIUB



apa lagi bukti mahu?

ada lagi sesiapa yang mahu bukti pilihan raya tipu?
ada lagi yang tak percaya undi di sabah tipu?

apa lagi bukti mahu?


'IC biru diberi pada warga asing walaupun dalam hutan'
Pemberian kad pengenalan biru secara haram berlaku berleluasa hinggakan pekerja asing yang bertugas di dalam hitam juga ditawarkannya, suruhanjaya siasatan diraja (RCI) pendatang asing Sabah diberitahu hari ini.

Seorang penerima Maming Saleng, 63, dari Sulawesi berkata, dia tiba di Sabah pada 1981 menggunakan pasport Indonesia dan bekerja dengan syarikat pembalakan di Kinabatangan.

Menurutnya, beliau berkata "ya" apabila pengurus kem pembalakan itu bertanya sama ada dia memerlukan kad pengenalan.

Memberi keterangan kepada RCI di kompleks mahkamah Kota Kinabalu hari ini, Maming berkata, selepas itu, dua lelaki tidak dikenali datang ke kem untuk memproses permohonan itu, termasuk mengambil gambar, cap jari dan mengisi borang.

Menurut Maming lagi, dia membayar RM50 dan dua bulan kemudian berjaya mendapat kad pengenalan biru di kem itu dan perlu membayar RM100 lagi bila siap.

Kira-kira 20 orang lagi menerima kad pengenalan biru bersamanya, tambah Maming.





---------

AKAUN ANWAR IBRAHIM



JUST DO IT
JAS DUIT
 Anwar didakwa ada 20 akaun termasuk di Israel
KUALA LUMPUR 2 Julai - Dewan Rakyat lewat petang ini gamat dengan pendedahan Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) berhubung dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai 20 akaun bank di.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... JANGAN PERCAYA INI BERITA FITNAH.... kah kah kah..

kah kah kah...INI TOHMAH.... kah kah kah..

kah kah kah...INI BERITA JAHAT.... kah kah kah..

kah kah kah...INI BERITA SALAH.... kah kah kah..

woit... ANWAR BUKAN ADA 20 AKAUN...INI SALAH.... kah kah kah

kah kah kah... ANWAR ADA 23 BANK AKAUN.... kah kah kah..

kah kah kah... SATU DI ZIMBABWE.... kah kah kah..

kah kah kah... SATU DI PYONG YANG KOREA UTARA.... kah kah kah..


kah kah kah...DAN SATU LAGI DALAM TABUNG HAJI.... kah kah kah..

kah kah kah...TABUNG HAJI BARU BUKA KELMARIN... kah kah kah...

kah kah kah ....BILA  AZEEEEZ JADI PENGERUSI.... kah kah kah



--------

Selasa, 2 Julai 2013

KES BUNUH TAK ADA RAYUAN - KES DEMO ADA RAYUAN



KOMENTAR TUKAR TIUB
pertanyaan dari yb mahfuz ini
dikongsi oleh 52% rakyat malaysia

7 pelajar berdemo ANTI ISA pada tahun 2001 
kes ini turun naik mahkamah
hingga ke mahkamah persekutuan
gerombolan terus menerus merayu
agar 7 mahasiswa ini dihukum
walau pun kesemuanya telah berijazah

4 pelajar UKM 
juga menghadapi kes yang sama
jika pelajar menang dimahkamah rendah
gerombolan rayu ke mahkamah tinggi
tak habis habis
buang masa dan duit negara

tapi
dalam kes BUNUH ALTANTUYA
razak baginda yang dituduh  telah dibebas
kenapa TIDAK ada rayuan dari pendakwa
selalunyu semua kes bunuh pendakwa akan merayu


Kenapa kes Kugan rayu, kes Altantuya tidak?

Abdul Aziz Mustafa02 Jul 2013
KUALA LUMPUR:Mengapa dalam kes A Kugan sahaja kerajaan merayu keputusan mahkamah, tetapi enggan berbuat demikian terhadap pembebasan Abdul Razak Baginda dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, kata Datuk Mahfuz Omar.





---------

APA LAGI BUNG MOKHTAR MAHU?



Bung: CEO AirAsia X tak layak duduk M'sia


Anggota Parlimen BN menggesa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia X CEO Azran Osman Rani berhijrah ke negara pilihannya ekoran kritikannya terhadap Utusan Malaysia yang dikaitkan dengan laporan perkauman selepas pilihan raya umum.

Bercakap ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong, Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) berkata, orang seperti Azran tidak layak berada di negara ini dan patut berhijrah ke negara lain.


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...  KALAU  SI AZRAN NI TAK LAYAK .. SIAPA YANG LAYAK?.... kah kah kah..

kah kah kah... NAK HANTARKAN AZRAN  INI KEMANA?.... kah kah kah..

kah kah kah...JANGAN HANYA  SEDAP CAKAP... kah kah kah...

kah kah kah...TOLONG  CARIKAN NEGARA... kah kah kah..

kah kah kah..TOLONG ISIKAN BORANG... kah kah kah

kah kah kah... BELIKAN TIKET KAPAL  UNTUK PINDAH... kah kah kah..

woit... BARU DILIHAT YB BERTANGUNG JAWAB.... kah kah kah

NOTA
kalau azran ini berjaya dipindahkan
maka pasti ramai akan ikut sama
pindah kan azran ini boleh dijadikan dasar negara 
jadikan ini satu rancangan pemindahan tersusun
sama saperti rancangan felda
kah kah kah

--------

PETANG INI 2/7/2013



PETANG INI 2/7/2013 - 



MENUNGGU HUJAN TURUN
kuala lumpur jam 6.53 petang
angin kencang
guruh berdentum


pagi yang riang
kini diambil petang yang mendung

aku terdengar tangisan dari belukar
aku terdengar tangisan di gigi jalan raya
aku terdengar tangisan dari tengah jalan
aku terdengar tangisan rumput rampai
yang telah kering dibakar jerebu
yang telah kering dibakar mata hari

oooh datang lah hujan
oooh hujan  oooh hujan 
jangan kau hanya berguruh
turunlah turun 
basahilah bumi
jangan kau hantar guruh


dengan janji janji palsu 
jangan kau hantar kilat
dengan dentum dentamnya

bumi  sedang menunggu
pokok dan belukar menunggu
katak dan cengkerik menunggu

datanglah dan basahilah 
anak alam  yang semakin dahaga