Rabu, 4 September 2013

SATU MALAYSIA KENA KENCING



Harga Petrol dan Diesel Naik Selepas PRU13 Sudah Dijangka

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini menyelar tindakan kerajaan yang menaikkan harga petrol dan diesel sebanyak 20 sen ketika rakyat mencari nafas setelah berbelanja di perayaan Aidilfitri. SAMM menyifatkan kenaikkan ini adalah rentetan bahana terhadap rakyat setelah ditipu pada pilihanraya umum yang lalu.

Kenaikkan harga petrol dan diesel ini juga adalah angkara sikap kerajaan yang terlalu boros untuk meneruskan survival ketika dalam usaha mengekalkan pemerintahan. Lihatlah bagaimana mereka membeli undi, melaburkan wang untuk tipu helah tertentu hingga menang dan turut digelar kerajaan 'undi pos'.

Tawaran harga petrol lebih murah oleh Pakatan Rakyat pada pilihanraya lalu sebenarnya telah mempengaruhi orang ramai untuk melihat Barisan Nasional tumbang, menjangkakan penurunan 50sen sejurus selepas diumumkan Pakatan Rakyat menang. Namun malangnya penipuan pilihanraya telah menafikan hak rakyat untuk menikmati harga petrol lebih murah, malah hari ini dinaikkan pula sebanyak 20 sen oleh kerajaan '47 peratus'. 

Musibah ini telah dijangkakan berlaku sekiranya Barisan Nasional menang PRU. Lihatlah bagaimana Paklah menaikkan harga minyak kira-kira 3 bulan selepas Pilihanraya Umum 2008 walaupun telah berjanji harga petrol tidak naik dalam tahun yang sama, kini penipuan seperti ini diulang semula oleh Najib Razak walaupun Najib sendiri menengaskan harga petrol tidak akan naik selepas PRU.

Alasan kenaikkan harga minyak global dan alasan harga minyak negara murah berbanding negara lain adalah tidak relevan sama sekali. Ini kerana sebagai negara pengeksport minyak, sebarang kenaikkan harga minyak dunia harusnya memberi kelebihan kepada negara pengeluar. Membandingkan harga minyak kepada negara serata asean adalah tidak memadai, harus dibanding dengan negara pengeluar minyak dan lihatlah bagaimana harga petrol di Malaysia jauh lebih tinggi.

Kenaikkan harga petrol akan menyebabkan rakyat terkesan dan sedikit tertekan, tetapi apabila kenaikkan harga petrol diiringi kenaikkan harga diesal adalah satu kecelakaan kepada setiap rakyat dalam negara ini. Pastinya semua harga barang keperluan akan meningkat dan perbelanjaan bulanan rakyat juga akan melambung. Rakyat yang terbeban dihimpit kesempitan hidup, akan terus 'mengemis' sesuap bantuan kerajaan.

Kononnya pengurangan subsidi demi rasionalisasi? Apakah mengekalkan subsidi 19 bilion untuk kroni pengusaha IPP setiap tahun itu cukup rasional? Nasib puluhan juta rakyat tidak dipeduli tetapi beberapa kerat konglomerat kaya raya dijaga rapi.

Apakah segala kenaikkan ini tidak cukup untuk bangkitkan kemarahan rakyat? Jika di Brazil, hanya kerana tambang bas naik 10% memperlihatkan penentangan jutaan rakyatnya. Kita di Malaysia harus tunjuk kekuatan rakyat atau terus ditindas. Sedarlah bahawa Barisan Nasional mempunyai 5 tahun lagi untuk merodok rakyat sebelum PRU14 menjelma.

Justeru, untuk setiap rakyat yang ingin meluahkan kemarahan masing-masing, SAMM dan rakan sekutu menyediakan pentasnya. Bermula petang ini, satu aksi flashmob akan berlangsung di Dataran Merdeka diketuai oleh APBM, Geng Kotak dan SAMM Wilayah bersama kumpulan aktivis mahasiswa dan anak muda. Ayuh semua kita tunjukkan kuasa rakyat, biarkan flashmob petang ini menjadi 'domino' kebangkitan rakyat.

Amaran SAMM buat kerajaan, jika berdegil untuk tidak menurunkan semula harga petrol dan diesel, satu demonstrasi besar akan dikerahkan pada Oktober nanti. Kuasa rakyat jangan dipandang enteng, rakyat bersatu tidak akan dikalahkan!

EDY NOOR REDUAN
Pengarah Penerangan
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
--------

HARGA MINYAK NAIK - RAKYAT NAIK MINYAK





UBAH NAJIB


Minyak dan Naik Minyak

Antara sebab utama kejatuhan kerajaan Pak Lah ialah menaikkan harga minyak. Pak Lah dilihat lemah bila beliau yang sering digambarkan selalu tidur tidak dapat berbuat sesuatu dalam membendung kenaikan harga minyak ini. Rakyat bangkit dan membenamkannya dengan menafikan majoriti 2/3. 

Sejarah ini haruslah menjadi ikhtibar yang berguna kepada Najib atau Najib memang mahu ke lubang yang sama dengan Pak Lah. Dari segi politiknya Muhyiddin sudah boleh mula membayangkan memakai baju melayu hitam untuk mengangkat sumpah sebagai PM yang baru. Namun Muhyiddin perlu lebih efisien mengorak langkahnya agar tidak tersunggkur sebelum Najib benar benar rebah.

Mahathir berjaya mengekalkan kerajaannya kerana hampir keseluruhan zamannya minyak hanya naik pada kadar yang sangat minimun. Zaman emas inilah di mana Anwar sebagai menteri kewangan. Mereka berdua sama sama menegakkan yang kebaikan ekonomi waktu itu angkara masing masing. Takpa lah sapa yang bertanggungjawab asalkan rakyat yang memperolehi keuntungan. 

Bagi pihak pakatan rakyat pula, inilah waktunya. Anwar yang pada waktu ini sudah agak sejuk perlu memasang kembali enjin PM nya. INILAH masa yang agak sesuai untuk menghentam kerajaan Najib dan menyediakan laluan kepada pemimpin pelapis selepasnya. Anwar sudah tidak releven untuk jawatan PM lagi jika PRU berlaku dalam tempoh empat tahun lagi. Oleh itu Anwar perlu berjiwa besar menyediakan tapak ke arah itu. 

Pas sendiri perlu sedikit kuasa untuk menguasai pakatan. Kuasa itu mungkin hanya akan bangkit selepas muktamar ini. 

Ngo dan aktivis juga boleh memulakan sesuatu. Mungkin BERSIH ialah antara wadah yang paling berjaya setakat ini dalam menghimpunkan manusia. Namun dalam masa yang dekat ini satu Ngo yang berkaitan kenaikan harga minyak dan barangan perlu di lahirkan dan digagahkan. 

Isu kenaikam ini agak menyentuh kesemua pihak. Ianya baru bermula semalam. Kenaikan harga minyak ini mengundang kepada kenaikan barangan, tiket atau tambang dan serba perkara lagi. Kenaikan yang tidak seimbang dengan kenaikan gaji ini bisa menjadikan rakyat lebih payah dan sakit. Hanya manusia yang payah dan sakit mampu melawan.

Ayuh mulakan langkah masing masing ! Perlawanan baru bermula

Haji Joe Osama
Penyelaras SAMM Kelantan


----------

Selasa, 3 September 2013

MENGEMBALIKAN GARIS SANG SAKA





KOMENTAR TUKAR TIUB
sanga saka bendera rakyat
kini menjadi buah mulut
kini dibincangkan di sana sini
anak muda tertanya-tanya
buku sejarah mula dibaca

sama saperti mat indera
sama saperti terang bulan
setiap bulan ogos
semua ajenda ajenda ini
akan terus dibuka untuk pencerahan

lagu terang bulan
jalur temberang
adalah bahan ciplakan

jika di tangkap
dija di dakwa 
jika penjara
kerana sang saka
maka inilah harga
untuk menegakkan kebenaran sejarah

UNDANG UNDANG
undang undang dan hukum
penjara dan tali gantung
tidak akan memadamkan kebenaran
sejarah perjuangan bangsa
sejarah anak segala bangsa
adalah sejarah membina
tamadun bangsaa

GANTI
tidak dapat tidak
malaysia yang merdeka
dari rejim  zalim  yang ganas
rejimunited malays national organisation
pasti akan menggantikan jalur temberang
pasti akan membuat sebuah lagu kebangsaan baru

HUMBANKAN
jalur temberang
memula moon terang bulan
hasil ciplakan akan dihumbabkan
ke dalam tong sampah sejarag


YANG ORI SAN YANG DI CIPLAK

UNDANG UNDANG TIDAK MEMBAWA
KEBENARAN


SILA TONTON SEKALI LAGI
KLIP BERSEJARAH
DI MANA SANG SAKA
TELAH DI KIBARKAN
SEBAGAI GANTI JALUR TEMBERANG
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
-------

HANYA SATU SOALAN



Pegawai JAIS didakwa terima suapan lupus fail khalwat

SHAH ALAM 3 Sept. - Seorang pembantu syariah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memperoleh suapan RM3,000 bagi melupuskan fail siasatan kes khalwat seorang wanita warga Indonesia, dua bulan lepas.

Mohd. Khairul Nizam Mohd. Asari, 27, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di depan Hakim M.Bakri Abdul Majid.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pavilion Cafe, Hotel Concorde di sini pada 6.10 petang, 11 Julai lepas mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara minimum 15 hari dan maksimum 20 tahun serta denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit... TAK ADA APA APA..... kah kah kah..

kah kah kah.... HANYA NAK TANYA SATU SOALAN.... kah kah kah..

kah kah kah... APAKAH AGAMA  PEGAWAI INI?.... kah kah kah...

kah kah kah... SUNNI WAL RASUAH?....  kah kah kah 
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
---------

PROGRAM MELAWAN DAN PENCERAHAN





PROGRAM  MELAWAN 
DAN 
PENCERAHAN 

petang ini tindakan pertama
melawan kenaikan
harga minyak
anak muda akan membuat tindakan


MALAM INI
pencerahan sejarah reformasi
dan
apa maknanya  tarikh 2 september

WARGA SABAH
BANGKIT
MELAWAN
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
------

TUKAR TIUB PEMECAH BERITA SEDUNIA




TUKAR TIUB 
MELALUI PESANAN RINGKAS
 MEMBERITAHU PAK SAMAD
para peguam telah bersedia 
jika pak samad ingin ke rumah pasong

INI JAWAPAN PAK SAMAD
ok. Tapi sekarang belum terilham untuk ke Balai.
Akan ke Masjid Negara untuk Asar dan Maghrib
Salam

--------