Khamis, 26 September 2013

WALAU PUN 1000 TAHUN PENJARA





 KOMENTAR TUKAR TIUB
cinta tidak boleh d paksa paksa
mustahil penjara akan dapat memaksa cinta

daging anjing  mustahil 
boleh dijual sebagai daging kambing

barangan ciplak mustahil
boleh diterima sebagai  barang asli

wine  dari balakong
mustahil boleh menyamar 
sebagai wine dari peranchis

jalur temberang  bendera ciplak
jalur temberang diciplak dari bendera amerika 
mustahil  penjara akan mengubah hakikat ini

Sang Saka Malaya terus berkibar walau penjara 1,000 tahun, kata aktivis

Dua aktivis yang disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 kerana mengibarkan Sang Saka Malaya semasa sambutan ambang Kemerdekaan lalu menganggap pindaan akta untuk memberikan hukuman penjara selama 15 tahun bagi tindakan menghina Jalur Gemilang tidak masuk akal.

Menurut Hishamuddin Rais (gambar), Sang Saka Malaya akan terus berkibar walau dipenjara 1,000 tahun sekalipun.
"Sang Saka Malaya (gambar) telah berkibar lebih 2,000 tahun. Bila wujudnya Jalur Gemilang itu?" soal Hishamuddin ketika dihubungi The Malaysian Insider. 
"Sejak Merdeka hingga 2007 apa nama bendera kita? Seluruh Nusantara menggunakan Sang Saka Malaya," katanya, dan menambah hukuman penjara maksimum sebanyak 15 tahun itu juga sekadar "perkara kecil."


KIBARKAN 
SANG SAKA BENDERA RAKYAT
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal

------------

SEMUA TURUN BERDEMO - JUMAAT 11HB DI KLCC




SEMUA TURUN BERDEMO
JUMAAT 11 OKTOBER 2013
 DI KLCC


11 Oktober - Hari Rakyat Malaysia Bantah Kehadiran Obama

Dalam sesi mesyuarat Dewan Rakyat bertarikh 24 September 2013, sewaktu sesi jawapan lisan, Menteri Perindustrian dan Pelaburan Antarabangsa,  Mustapha Mohamad telah menyatakan bahawa tiada keperluan satu demonstrasi atau tunjuk rasa membantah Perjanjian Persefahaman Trans-Pasifik (TPPA) ekoran daripada Kerajaan Persekutuan belum lagi menandatanganinya sebagai menjawab pertanyaan asal daripada Ahli Parlimen Putatan berhubung perjanjian ini.

Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Johor (SAMM Johor) melihat bahawa TPPA hanya salah satu subjek yang telah menzahirkan seruan tunjuk rasa membantah kehadiran Presiden Obama yang dijadualkan pada 11 Oktober 2013. Tunjuk rasa terhadap pentadbiran dan dasar campurtangan Washington pada negara lain selama ini juga patut dijadikan sebab mengapa kita harus berkumpul melahirkan rasa bantahan terhadap mereka. Apatah lagi, kehadiran Obama adalah merupakan kunjungan pertama Presiden US ke negara ini selepas hampir 47 tahun.

Peluang julung kali ini tidak harus dipersiakan dengan memberikan permaidani merah terhadap Ketua Negara Pembuli Terbesar Dunia. Peluang yang amat jarang untuk diperolehi bagi kita sebagai sebahagian masyarakat dunia untuk menunjukkan bantahan secara terus kepada Presiden Obama.

Keperluan turun tunjuk rasa 11 Oktober ini harus melangkaui isu TPPA. Betapa banyak kemungkaran sikap Amerika Syarikat dalam membuli masyarakat dunia terutama masyarakat Timur Tengah selama ini tidak harus dipandang mudah dengan mengadakan demonstrasi kecil di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat sahaja tetapi menikus dan memberikan sambutan gegak gempita terhadap 'ketua pembuli' yang akan singgah ke tanahair ini. 11 Oktober tidak menyaksikan kehadiran pelancong Amerika Syarikat atau tenteranya tetapi adalah watak tertinggi yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala dasar-dasar pencabulan, penindasan yang kerap dilakukan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya.

11 Oktober seharusnya menjadi tarikh keramat bantahan tegas rakyat Malaysia terhadap segala kemungkaran Amerika Syarikat terhadap isu kemanusiaan. Peristiwa penderaan tahanan penjara Abu Gharib, seksaan menggunakan teknik snowboarding oleh pihak penguasa Amerika Syarikat terhadap tahanan-tahanan di Guantanamo, pencerobohan terhadap negara-negara lain dan pengeboman menggunakan Unmanned Aerial Vehicle (UAV) serta mangsa-mangsa yang tidak bersalah turut terbunuh dalam kempen-kempen tajaan Amerika Syarikat. Pembohongan kepada dunia berkenaan WMD (weapon of Mass Destruction) terhadap Iraq semata-mata untuk membenarkan penaklukan terhadap negara itu juga tidak perlu kita lupakan. Perang di Iraq adalah merupakan satu perang yang tidak sah di mata dunia.

Amerika Syarikat berulang kali menggunakan kuasa veto untuk menghalang resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu terhadap Israel yang sehingga kini begitu biadap menyembelih dan mengambil nyawa rakyat awam Palestin tidak kira orang tua, wanita dan kanak-kanak. Inilah masa yang baik untuk kita bangkit nyatakan rasa kemanusiaan kita terhadap nasib Palestin.

Amerika Syarikat merupakan sebuah negara yang terlalu menjaga kepentingan mereka sendiri semata-mata tanpa pernah menghargai kesepakatan Antarabangsa. Amerika Syarikat merupakan sebuah negara yang tidak menandatangani Kyoto Treaty berhubung alam sekitar, negara yang tidak mengiktiraf Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) serta menolak untuk tandatangan perjanjian berhubung senjata biologi.

Kini, sikap Washington juga jelas berpihak kepada kudeta tentera di Mesir. Mereka merupakan sebuah negara yang sering melaungkan agenda demokrasi apabila ingin menyerang negara-negara lain, perang atas nama demokrasi tetapi dalam isu Mesir, Washington jelas berpaksikan tindakan tindakan demokratik dan menyokong kudeta tentera yang sebenarnya telah memadamkan obor demokrasi Mesir. Inilah wajah sebenar Amerika Syarikat yang harus kita bangkit, bersolidariti bersama-sama pada 11 Oktober nanti.

Kesempatan 11 Oktober ini harus diambil secara serius oleh semua rakyat yang simpati terhadap nasib saudara-saudara kita yang telah dibuli Amerika Syarikat selama ini. Jangan kita hanya berani dengan kumpulan muzik seperti Metallica dan sekadar aktif menyelar di laman maya sahaja tetapi apabila Ketua Zionis datang, maka kita menikus mendiamkan diri. Inilah masanya untuk kita suarakan bantahan dan kepedulian kita terhadap nasib mereka-mereka ini walaupun Presiden Obama tidak dapat melihat demonstran-demonstran kerana dilindungi oleh pihak Secret Service dan PDRM namun media dari seluruh dunia pasti akan tetap pancarkan berita itu.

SAMM Johor dengan ini menyeru setiap rakyat Malaysia yang prihatin terhadap dasar-dasar Amerika Syarikat yang menindas dan mencabuli hak-hak rakyat seluruh dunia yang bebas dan merdeka untuk bersama-sama hadir bersolidariti dalam Himpunan 11 Oktober ini. Keberadaan kita pada tariklh tersebut menjadi bukti jelas keprihatinan dan ketegasan kita dalam menolak perangai membuli Amerika Syarikat selama ini.

Kepada semua NGO-NGO dan individu-individu anti penindasan, ayuh bersama bersolidariti Bantah TPPA, Bantah Penindasan AS dan Bantah Obama. 11 Oktober tarikh penting suara rakyat Malaysia bangkit dan tegas tolak agenda pembuli Antarabangsa, Amerika Syarikat-Israel dan sekutu bukan hanya sekadar membantah TPPA semata-mata.

Roslee Mohd Shariff
Penyelaras Bersama
Solidariti Anak Muda Malaysia Johor (SAMM Johor)

SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
-----------

Rabu, 25 September 2013

SURAT TERBUKA UNTUK HASAM MALEK



Mahathir: Lepaskan kuasa, elak Umno dipenuhi “orang bodoh”

Mahathir Mohamad anak lelaki Iskandar Kiktty  (gambar) menasihati pemimpin Umno supaya tidak memegang kuasa terlalu lama bagi mengelakkan parti Melayu terbesar itu dipenuhi dengan lebih ramai “orang bodoh”.
Bekas Perdana Menteri paling lama berkhidmat itu berkata, seseorang pemimpin perlu mengetahui had masanya semasa berkuasa.
"Pemimpin perlu tahu hadnya, jangan terlalu lama memegang kuasa


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...PADA SIAPA DI TUJU KAN INI?.... kah kah kah..

kah kah kah...YANG JELAS PADA HASAN MALIK...kah kah kah

kah kah kah... GRADUAN MALAY STUDIES UM... kah kah kah..


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

 woit... ORANG KAMPONG DI PILAH MAKAN NASI... kah kah kah..

kah kah kah...HASAN MALEK  MAKAN DEDAK.... kah kah kah..

kah kah kah..TU PASAL JADI BANGANG... kah kah kah..

kah kah kah... TU PASAL BELAJAR MALAY STUDIES DI UM... kah kah kah

SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal

--------

SANG SAKA AKAN TERUS BERKIBAR




SEJARAH 
PERJUANGAN BANGSA

 
Penjara 15 tahun jika hina Jalur Gemilang
Pindaan yang ingin dibuat terhadap Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun termasuk didenda sekiranya ada individu yang menghina Jalur Gemilang.
Peruntukan pindaan yang ingin memasukkan Seksyen 12 E dalam Kanun Keseksaan yang dibacakan untuk kali pertama di Parlimen hari ini turut memberi peruntukan sama terhadap penggunaan logo atau simbol yang berlainan selain bendera bagi memperkenalkan negara.
"Mana-mana pihak yang cuba menukar, mengubahsuai, mengoyak, membakar, atau meletakkan, mempersoalkan untuk menghina sebarang logo nasional atau bendera, atau negara lain boleh dihukum penjara bagi tempoh tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 15 tahun, dan juga boleh didenda," kata pindaan berkenaan


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit....  HINA JALUR TEMBERANG?.... kah kah kah..

kah kah kah... BENDERA INI TAK PERLU DI HINA.... kah kah kah..

kah kah kah... BENDERA INI MEMANG ASALNYA HINA... kah kah kah..

kah...WUJUD HASIL PERTANDINGAN  MELUKIS KARTON...kah kah 

kah kah kah...OPPS.. SILAP... PERTANDINGAN LUKIS BENDERA... kah kah kah

kah kah kah...HINA KERANA DI CIPLAK DARI  BENDERA AMERIKA... kah kah kah...


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... TANYA PAKAR SEJARAH.... kah kah kah..

kah...DARI  31 OGOS 1957 HINGGA 2007 APA NAMA BENDERA MALAYSIA...kah ..

kah kah kah... KEMUDIAN TANYA TENTANG SANG SAKA... kah kah kah..

kah kah kah...SEJARAH SANG SAKA ADALAH SEJARAH NUSANTARA... kah kah kah

sila layari stesen punk rock
www.radiobangsarutama.com
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal

---------

JEMPUTAN MALAM INI - FORUM



SATU JEMPUTAN
FORUM MALAM INI
RABU 25 SEPTEMBER 2013
JAM 8:30 MALAM
DEWAN CHINA


EKONOMI
 DARI PANDANGAN SOSIALIS
NOTA
untuk warga diluar kuala lumpur
radio bangsar utama
akan membuat liputan langsung
sila layari stesen punk rock
www.radiobangsarutama.com
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal

----------

ISTERI ROSMAH BUAT LAWAK LAGI




Saya mahu jadikan rasuah perkara silam - NAJIB
Khairdzir Md Yunus | 8:32PM Sep 24 2013
Berucap pada Syarahan Kelab Komanwel di San Francisco, Isnin, Najib berkata langkah itu bermakna mengubah budaya organisasi dan perniagaan

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...KALAU NAK BUAT LAWAK OKAY... kah kah kah..

kah kah kah..TAPI BUATLAH DI COMEDY STORE... kah kah kah..

kah kah kah..DI SAN FRANCISCO ADA... kah kah kah..

kah kah kah.. DI NEW YORK ADA... kah kah kah..

woit... ROSMAH NAK BUAT TARIAN GALAH PUN OK.. kah kah kah
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal

----------