Sabtu, 8 Mac 2014

AL-FATIHAH SEMOGA SELAMAT




AL-FATIHAH - semoga selamat

Keluarga pembantu juruterbang tunggu pengesahan dari rumah

Keluarga pembantu juruterbang Malaysia Airlines (MAS) yang hilang dilaporkan dalam perjalanan ke Beijing...

----------

SABTU 8 MAC 2014




  
TIDAK ADA APA 
YANG INGIN AKU KATAKAN

kau bertanya apa telah  terjadi
kau menghantar text itu
kau ingin tahu
kau sedang  mencari jawapan
tapi kenapa kau bertanya pada aku
kenapa kau tak tanya pada diri kau sendiri
apa yang telah berlaku

setiap kali text itu sampai pada aku
aku kehilangan nafas panjang
setiap kali text itu sampai pada aku
umur aku pendek lima jam

bila text itu sampai sekali lagi
aku menjadi amarah
dada aku berdebar bergoncang
kerana kau perlu bertanya pada aku

telah berapa lama aku katakan
telah berapa ratus ribu kali aku terangkan
kau masih tidak faham faham

jari aku telah kontot mengetik komputer
rambut aku telah berduyun duyun gugur
kasut aku telah rabak kering
gusi aku telah cair
saku aku semakin berat   diisi
dengan soalan dari kamu

sekali lagi jika kau timbulkan soalan itu
jika kau tanya apa yang berlaku
aku akan menangis hingga bumi ini tenggelam
aku akan gali kubur datuk nenek moyang
aku akan hadiahkan kepada kau
kerana kau anak muda
masih tidak tahu apa yang telah berlaku

8 mac 2014
hari perempuan sedunia




----------

BALING 1974-2014





FEBUARI 2014

Padan muka penduduk Baling. Dah pangkah eeeeeeeeeeeeee...jadi wakil mereka semua kena kencing.EEEEEEE tu menyedap je duduk kat K.l. dengan Bik mama.Kah..kah..kah.. on KUASA TURUN KE JALAN RAYA
Publish | Delete | Spam
Anonymous

on 3/5/14
 NOV 1974


-----------

SEMOGA SEMUA SELAMAT





SEMOGA SEMUA SELAMAT!


Pesawat MAS bawa 239 penumpang ke Beijing dilapor hilang

Pesawat MAS bawa 239 penumpang ke Beijing dilapor hilangOperasi menyelamat dilancarkan sebentar tadi selepas sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang membawa 227 penumpang menuju ke Beijing dilaporkan


--

PROGRAM MELAWAN DI SANA SINI





PAGI INI
layari radio bangsar
untuk mengikuti
konvensyen pakatan rakyat


SEMUA DI JEMPUT

ANAK MUDA KUANTAN

HARI WANITA SEDUNIA



JEMPUTAN 
dari
universiti bangsar utama


-------------

DARI ANAK MUDA UNTUK ANAK MUDA




Azmizam Zaman Huri
Ketua AMK Selangor
Naib Ketua AMK Malaysia

Kenyataan Akhbar: Keputusan Rayuan Liwat II : UMNO Barisan Nasional Balas Dendam Terhadap Anwar Ibrahim
6 Mac 2014 
Negara sedang berdukacita dengan keputusan penghakiman Mahkamah Rayuan Putrajaya yang petang tadi menjatuhkan hukuman bersalah terhadap fitnah Liwat II, yang mensabitkan hukuman bersalah terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim setelah Mahkamah Persekutuan membebaskan beliau pada tahun 2012.  

Keputusan ini hadir kurang seminggu daripada tarikh penamaan calon Pilihanraya Kecil Dun N25 Kajang yang sepatutnya menjadikan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Parti Keadilan Rakyat. Jelas UMNO Barisan Nasional Berjaya melaksanakan konspirasi jahat mereka untuk membalas dendam terhadap Anwar Ibrahim dan mematikan karier politik beliau.

AMK Selangor mengutuk sekeras-kerasnya rancangan penuh tipu muslihat ini, kerana keputusan penghakiman dibuat dalam keadaan tergesa-gesa dan singkat. Mahkamah juga banyak menolak permohonan pembelaan yang dibuat serta seolah-olah telah bersedia menjatuhkan hukuman yang zalim ini.

AMK Selangor menyifatkan keputusan ini sebagai cetusan baru untuk anak muda bangkit dan melawan kerakusan UMNO Barisan Nasional yang terpaksa bergantung kepada fitnah untuk mengekalkan kuasa yang semakin longgar. Anak muda tidak akan membiarkan mereka ditindas oleh pembodohan seperti ini.

UMNO Barisan Nasional Jangan Rasa Selesa

UMNO Barisan Nasional tidak perlu berasa selesa dengan perkembangan terbaru ini. Keputusan penghakiman ini pasti akan mendapat kritikan antarabangsa dan merendahkan martabat Malaysia di mata dunia. UMNO Barisan Nasional juga harus bersedia menerima tentangan lebih hebat dari rakyat.

Jentera AMK Selangor sedang digerakkan ke seluruh pelusuk negeri untuk menyedarkan bahawa kebebasan sedang berada pada satu tahap yang cukup tenat. Jika seorang lelaki yang pernah bergelar Timbalan Perdana Menteri boleh dizalimi begini, tidak mustahil rakyat terbanyak akan menerima layanan lebih buruk dari UMNO Barisan Nasional semata-mata untuk kekal berkuasa

REFORMASI! REFORMASI! REFORMASI!

Azmizam Zaman Huri
Ketua AMK Selangor
Naib Ketua AMK Malaysia


----------