Khamis, 19 Jun 2014

MALAM INI DEWAN CHINA







DEWAN CHINA
KHAMIS MALAM

PEMIMPIN REVOLUSI 
MALAYA MERDEKA
Memperingati 
Perjuangan Anti British Ulang 
Tahun Ke-66

‘Meninjau Semula 
Semangat Kemerdekaan 
dan Pembinaan Nasion’

Perjuangan Anti Penjajahan British adalah satu perjuangan rakyat pelbagai kaum menuntut kemerdekaanMalaya sepenuhnya, ia tercetus selepas Perang Dunia kedua ketika pergerakan nasionalisme menuju ke pembentukan nasion menjadi trend sedunia.
                                         
Perjuangan Anti British bermula pada 20hb Jun 1948. Pada hari tersebut pihak British menjalankan serangan malam ke subuh di seluruh negara dan menangkap lebih daripada 600 orang, lebih dari 300 parti progresif, kesatuan sekerja dan badan lain ditutup. Dua hari sebelum operasi tersebut, British mengharamkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Parti Komunis Malaya terpaksa kembali ke perjuangan bersenjata, ramai anggota gerakan kiri pun mamasuki hutan dan menyertai perang gerila komunis.

Perjuangan Anti British telah meninggalkan kesan besar ke atas politik dan ekonomi Malaya. Kerajaan British meluluskan undang-undang darurat untuk memburu dan menahan komunis dan pemimpin gerakan kiri. Dalam masa 12 tahun darurat, 11035 orang terbunuh, 34000 dipenjarakan tanpa bicara, seramai satu juta orang ditempatkan semula di kampung baru.

Di samping memerangi komunis dan disiden, British mengemukakan perjanjian Persekutan Tanah Melayu dan memelihara parti politik perkauman UMNO, MCA dan MIC sebagai perikatan politik yang akan mengambil alih kuasa selepas ketinggalan British. Ini adalah untuk menjaga kepentingan ekonomi British di Malaya. Ekspot Malaya mendatangkan ringgit Amerika paling banyak untuk British, perdagangan Malaya pada tahun 1938 melebih kesemua 17 tanah jajahan British di Afrika dan lebih dari separuh dari perdagangan di India.

Pendek kata, perjuangan anti British dan pelaksanaan strategi British telah mengubah landskap politik Malaysia secara mendadak, kesannya tinggal sehingga hari ini. Apakah inspirasi dan pengalaman sejarah diberi oleh perjuangan tersebut? Adakah generasi baru telah mewujudkan satu nasion impian yang bebas, demokratik dan adil serta satu sistem ekonomi yang tidak mengeksplotasikan rakyat?

BETEDUH 
DI BAWAH SANG SAKA
 

Tarikh : 19hb Jun 2014, Khamis
Masa   : 8:00 pm
Tempat : Dewan Perhimpunan Cina KL & Selangor

Ahli Panel :     

Cikgu Ishak Surin, Pejuang Kiri tahun 50-60an

Ah Chuan, Bekas Pengerusi Persatuan Persahabatan Abad Ke-21


Hishamuddin Rais, Aktivis Sosial



Chegubard, Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia

RADIO BANGSAR
akan membuat liputan
untuk warga dimana sahaja berada


Anjuran Bersama : 

SIRD, Angkatan Pembebasan Bangsa Malaysia, Pemuda KLSCAH, Solidariti Anak Muda Malaysia, Jaringan Rakyat Tertindas, Kelab Bangsar Utama, Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 Malaysia

Hubungi : 03-79-57-83-42 / 43




------------

KELAS FALSAFAH KELMARIN








KELMARIN
seramai 27 orang
 telah berada
dalam studio 
untuk mengikuti kelas falsafah
seramai 218 orang
mengikuti kelas melalui 
radio bangsar utama

kelmarin 
telah dibincangkan
pandangan 
st. thomas aquinas
 nota
gambar oleh ustaz wan ji

RABU

 DEPAN
kelas akan
menggunakan
filem matrix
untuk melihat
dan
memahami
falsafah

kelas bermula awal 
jam 8:30
dimana ilmu semiotik
akan dikenalkan
dan 
mengenal 
apa yang wajib
ditonton
untuk melihat matrix
dari kaca mata 
falsafah





----------

Rabu, 18 Jun 2014

JANGAN CAKAP BUAT LAH





KOMENTAR

biasanya yang becakap
tidak akan membuat
bising dan sibuk
tapi tyak jadi apa apa

ini dipanggil
hangat hangat
taik kadazan

Pemimpin Borneo rancang bantahan besar

Sekumpulan pemimpin nasionalis Borneo merancang untuk mengadakan bantahan sekiranya kerajaan pusat enggan merujuk kepada Perjanjian Malaysia bagi menangani dakwaan yang timbul berhubung layanan tidak adil kepada Sabah dan Sarawak.

"Kenapa tidak (buat bantahan)? Kita patut lakukan apa sahaja yang boleh membantu mencari penyelesaian kepada masalah kami.

"Ianya satu pilihan - di antara berbuat sesuatu, atau tidak berbuat apa-apa," kata ADUN Bingkor Datuk Jeffrey Kitingan dalam satu forum mengenai Perjanjian Malaysia 1963 di Kuala Lumpur semalam.



KAH KAH KAH

woit

kadazan ini pun

pakai auta 

buat ancaman

cakap  bedegar2

taik dalam seluar

buat macam 

hindraf

tak perlu cakap

turun ke jalan





-----------

KES RASUAH BANI KETUANAN MELAYU





KONSESI PENSWASTAAN UiTM PUNCAK ALAM DIBERIKAN KEPADA SYARIKAT DIKAWAL TAN SRI ROZALI ISMAIL

Konsesi penswastaan UiTM Kampus Cawangan Puncak Alam telah dianugerahkan kepada TRIplc Ventures Sdn Bhd, sebuah syarikat 100% milik penuh TRIplc Berhad seperti yang disahkan oleh Perdana Menteri di dalam jawapan Parlimennya kepada saya bertarikh 10 April 2014.

TRIplc adalah sebuah syarikat awam yang saham-sahamnya secara majoriti dikuasai oleh Tan Sri Rozali Ismail, keluarga beliau serta individu-individu yang berkait rapat dengan beliau. Hubungan beliau dengan individu-individe lain yang memegang saham minoriti di dalam TRIplc adalah seperti berikut:

1.      Individu-individu itu mengawal syarikat-syarikat yang menjadi kontraktor utama kepada syarikat yang dimiliki oleh Tan Sri Rozali Ismail seperti Puncak Niaga atau Syabas; atau
2.      Individu-individu itu merupakan pemegang jawatan atau penggerak utama di dalam NGO-NGO Felda yang dinaungi atau ditubuhkan oleh Tan Sri Rozali Ismail

Saya menganggarkan sekurang-kurang Tan Sri Rozali Ismail mengawal sekurang-kurangnya 43% pegangan di dalam TRIplc melalui syarikat-syarikat milik beliau dan keluarga beliau serta syarikat-syarikat yang berkaitan dengan beliau seperti yang saya terangkan di atas. Ini menjadikan Tan Sri Rozali Ismail sebagai pemegang saham terbesar di dalam TRIplc dan pemegang konsesi penswastaan UiTM Puncak Alam iaitu TRIplc Ventures Sdn Bhd.

Semakan saya dengan Laporan Tahunan TRIplc Berhad 2013 (boleh didapati di laman web) menunjukkan pegangan Tan Sri Rozali Ismail dan individu-individu yang berkaitan dengan beliau yang dianggarkan sekurang-kurangnya 43% itu adalah melalui syarikat-syarikat berikut:

1.      12.31% pegangan peribadi atas nama beliau sendiri

2.      5.15% melalui Central Plus (M) Sdn Bhd yang dimiliki beliau dan anak-anak beliau iaitu Nur Dayana, Azlan Shah dan Nur Natasha

3.      4.93% melalui Corporate Line (M) Sdn Bhd yang dimiliki beliau dan anak-anak beliau iaitu Nur Dayana, Azlan Shah dan Nur Natasha

4.      0.77% pegangan peribadi atas nama anak lelaki beliau iaitu Azlan Shah Rozali

5.      5.5% pegangan peribadi atas nama adik beliau iaitu Dato’ Mat Hairi Ismail

6.      6.25% melalui Minat Bakti Sdn Bhd iaitu syarikat yang dikawal oleh kontraktor utama beliau (diterangkan di bawah)

7.      4.69% melalui Formasi Simbolik Sdn Bhd iaitu syarikat yang dikawal oleh individu yang memegang jawatan di dalam NGO yang dinaungi beliau (diterangkan di bawah)

8.      4.35% melalui Embun Edar Sdn Bhd iaitu syarikat yang dikawal oleh individu yang memegang jawatan di dalam NGO yang dinaungi beliau (diterangkan di bawah)

Minat Bakti Sdn Bhd adalah syarikat bermodal RM2 yang dimiliki oleh Aidil Abdul Aziz dan Ruzlan Rahmat. Mereka adalah pengarah di dalam MRPI Pipes Sdn Bhd dan Jalur Cahaya Sdn Bhd iaitu syarikat-syarikat pembekal utama kepada Syabas dan Kumpulan Puncak Niaga yang dikawal oleh Tan Sri Rozali Ismail.

Aidil Abdul Aziz juga adalah anak kepada Tan Sri Abdul Aziz Yusuf, Pengerusi SPR yang secara kebetulannya merupakan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor semasa proses penswastaan industri air kepada Tan Sri Rozali Ismail berjalan.

Formasi Simbolik adalah syarikat bermodal RM2 yang dimiliki oleh Borhanuddin Ramli dan Datuk Abdullah Abu Bakar. Datuk Abdullah Abu Bakar adalah Timbalan Pengerusi Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) sementara Borhanuddin Ramli adalah Bendahari GWGF. Pengerusi GWGF adalah Tan Sri Rozali Ismail sendiri.

Embun Edar Sdn Bhd adalah syarikat bermodal RM2 yang dimiliki oleh Mohd Roshidi Hassan dan Amran Mohamad. Mohd Roshidi Hassan adalah Pengerusi, Dewan Perniagaan Generasi Baru Felda Malaysia sementara Amran Mohamad adalah Pengerusi, Pertubuhan Kontraktor Generasi Felda. Kedua-dua NGO dinaungi oleh Tan Sri Rozali Ismail.

Pegangan-pegangan melalui pelbagai syarikat ini menguatkan pendirian saya bahawa UiTM Puncak Alam telah diswastakan kepada syarikat yang dikuasi oleh Tan Sri Rozali Ismail, seorang ahli perniagaan yang memegang jawatan di dalam Umno dan terkenal sebagai antara orang yang paling mendapat manfaat dari Umno.

RAFIZI RAMLI
Ahli Parlimen Pandan

18 Jun 2014








------------

BERITA AMAT SEDIH




Muhyiddin Yassin letak jawatan TPM Jumaat ini?

KUALA LUMPUR 18 JUN: Khabar angin bertiup kencang mengatakan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, dalam masa terdekat.

Menurut sumber, Muhyiddin dikatakan bakal digantikan oleh Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang juga sepupu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


KAH KAH KAH

selamat jalan

malikul sembab

mengapa undur

malikul sembab

kami bersedih

bukankah 

mat mongol

yang patut pergi

kah kah kah











-------------

MENCARI BAU KARIPAP ROSMAH





KOMENTAR

bodek ada macam cara
ini salah satu cara
yang ditunjukkan oleh
seorang ahli parlimen
ketuanan melayu

MENCARI CARI BAU
KARIPAP ROSMAH

Shahidan dakwa ahli Parlimen PAS ‘berniat jahat’ terhadap Rosmah

 Shahidan Kassim berkata Ahli Parlimen Rantau Panjang daripada PAS, Siti Zailah Mohd Yusoff “berniat jahat" kerana bertanya adakah program Permata Negara bertujuan menaikkan nama suami perdana menteri, Rosmah Mansor.
"Yang berhormat pakaian nampak macam Islam tapi mulutnya...," kata Shahidan ketika menjawab pertanyaan Siti Zailah di Dewan Rakyat, Parlimen hari ini.
"Saya berdoa semoga Allah membuka hatimu agar jadi lebih mulia," kata Shahidan yang juga ahli Parlimen Arau.


KAH KAH KAH

kah kah kah

untung untung

dapat cium

tangan najib

dapat bau

karipap rosmah

kah kah kah


-----------