DEWAN CHINA
KHAMIS MALAM
PEMIMPIN REVOLUSI
MALAYA MERDEKA
Memperingati
Perjuangan Anti British Ulang
Tahun Ke-66
‘Meninjau Semula
Semangat Kemerdekaan
dan Pembinaan Nasion’
Perjuangan Anti Penjajahan British adalah satu perjuangan rakyat pelbagai kaum menuntut kemerdekaanMalaya sepenuhnya, ia tercetus selepas Perang Dunia kedua ketika pergerakan nasionalisme menuju ke pembentukan nasion menjadi trend sedunia.
Perjuangan Anti British bermula pada 20hb Jun 1948. Pada hari tersebut pihak British menjalankan serangan malam ke subuh di seluruh negara dan menangkap lebih daripada 600 orang, lebih dari 300 parti progresif, kesatuan sekerja dan badan lain ditutup. Dua hari sebelum operasi tersebut, British mengharamkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Parti Komunis Malaya terpaksa kembali ke perjuangan bersenjata, ramai anggota gerakan kiri pun mamasuki hutan dan menyertai perang gerila komunis.
Perjuangan Anti British telah meninggalkan kesan besar ke atas politik dan ekonomi Malaya. Kerajaan British meluluskan undang-undang darurat untuk memburu dan menahan komunis dan pemimpin gerakan kiri. Dalam masa 12 tahun darurat, 11035 orang terbunuh, 34000 dipenjarakan tanpa bicara, seramai satu juta orang ditempatkan semula di kampung baru.
Di samping memerangi komunis dan disiden, British mengemukakan perjanjian Persekutan Tanah Melayu dan memelihara parti politik perkauman UMNO, MCA dan MIC sebagai perikatan politik yang akan mengambil alih kuasa selepas ketinggalan British. Ini adalah untuk menjaga kepentingan ekonomi British di Malaya. Ekspot Malaya mendatangkan ringgit Amerika paling banyak untuk British, perdagangan Malaya pada tahun 1938 melebih kesemua 17 tanah jajahan British di Afrika dan lebih dari separuh dari perdagangan di India.
Pendek kata, perjuangan anti British dan pelaksanaan strategi British telah mengubah landskap politik Malaysia secara mendadak, kesannya tinggal sehingga hari ini. Apakah inspirasi dan pengalaman sejarah diberi oleh perjuangan tersebut? Adakah generasi baru telah mewujudkan satu nasion impian yang bebas, demokratik dan adil serta satu sistem ekonomi yang tidak mengeksplotasikan rakyat?
BETEDUH
DI BAWAH SANG SAKA
Tarikh : 19hb Jun 2014, Khamis
Masa : 8:00 pm
Tempat : Dewan Perhimpunan Cina KL & Selangor
Ahli Panel :
Cikgu Ishak Surin, Pejuang Kiri tahun 50-60an
Ah Chuan, Bekas Pengerusi Persatuan Persahabatan Abad Ke-21
Hishamuddin Rais, Aktivis Sosial
Chegubard, Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia
RADIO BANGSAR
akan membuat liputan
untuk warga dimana sahaja berada
Anjuran Bersama :
SIRD, Angkatan Pembebasan Bangsa Malaysia, Pemuda KLSCAH, Solidariti Anak Muda Malaysia, Jaringan Rakyat Tertindas, Kelab Bangsar Utama, Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 Malaysia
Hubungi : 03-79-57-83-42 / 43
------------
1 ulasan:
VIVA LA REVOLUSIONG...!!!
Catat Ulasan