Jumaat, 3 Oktober 2014

DEMO PETANG ESOK





PETANG ESOK 
DATARAN MERDEKA
JAM 4:00 PETANG

Orang ramai dilarang berhimpun esok

KUALA LUMPUR – Polis menggesa orang ramai supaya tidak berhimpun bagi membantah kenaikan harga minyak. Difahamkan, protes besar-besaran tersebut akan dijalankan di Dataran Merdeka pada jam 4 petang, Sabtu ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Tajuddin Md Isa berkata, beliau menegaskan orang ramai supaya tidak berhimpun bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini.

Menurutnya, ini merupakan satu kesalahan dan akan didakwa mengikut Akta Perhimpunan Aman.

“Secara tidak langsung ia mampu mengganggu ketenteraman awam selain mencemarkan imej negara. Sehingga hari ini, kita belum menerima sebarang permohonan daripada pihak penganjur. Juga, masih tiada laporan diterima membabitkan perhimpunan tersebut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa berkata pihak polis akan memperketatkan kawalan di kawasan berkenaan bagi memastikan tiada sebarang perhimpunan melibatkan orang ramai diadakan.

“Saya nasihatkan orang ramai agar jangan sertai perhimpunan ini bagi mengelak dikenakan tindakan tegas dan kita juga pantau perkara  ini dari masa ke semasa,”katanya kepada Sinar Harian, semalam.


ANAK MUDA BERSEDIA!



KAH KAH KAH

woit 
ini betul ke
atau hanya gempak
dari  kumpulan
muka buku yang revolusiner
dari kumpulan mat face book
muka buku bukanb muka tebal

KAH KAH KAH

------------

SALUT PADA PEJUANG









KOMENTAR

salut
penghormatan untuk pejuang
sosok ini akan terus dingati sejarah
sebagai pemimpin hindraf
pemangkin kemenagan 2008

salut!




Biar saya jadi banduan terakhir

Akta Hasutan, kata Uthayakumar -

Pengasas Hindraf P Uthayakumar (gambar) hari ini dibebaskan dari Penjara Kajang selepas didakwa mengikut Akta Hasutan atas kesalahan mengirim sepucuk surat kepada bekas Perdana Menteri Britain Gordon Brown.
Uthayakumar yang dibebaskan pada jam 9.45 pagi hari ini disambut isteri S Indra Devi bersama kira-kira 50 penyokong Hindraf yang berkumpul di depan pintu penjara sejak awal pagi ini.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/uthayakumar-harap-jadi-banduan-terakhir-kes-hasutan#sthash.qDFgBYxE.dpuf


----------

PELIK LAGI BODOH





KOMENTAR 
ini betul betul 
kerajaan hasan malek
bodoh lagi bangang
kalau najib ada pengumuan
buat lah pengumuan dulu
kemudian baru naikan

ini rakyat dah marah
baru kata ada pengumuman
akan datanga
nampak nak tipu melayu

KUALA LUMPUR 2 Okt. - Rakyat diminta bersabar dan menunggu pengumuman  Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2015 tidak lama lagi berhubung pengurangan pemberian subsidi minyak... 



KAH KAH KAH
woit
semua dah jadi hasan malek
apa sudah jadi
semua makan dedak

KAH KAH KAH

ANAK MUDA
BERSEDIA!

------------

PENCERAHAN PEMBACA






MINAH BRUNEI
bro tt, minta supaya kau buat baik dengan mana2 minah brunei yg berlambak kat kl, tolong tanyakan minah tu: 

1-kenapa stesen petrol brunei tak jual ron95 tapi jual petrol gred lebih tinggi iaitu ron97? 

2-macam mana stesen petrol brunei boleh jual petrol gred lebih tinggi iaitu ron97 pada harga jauh lebih rendah dari ron95 di malaysia, iaitu ron97 brunei cuma 53sen brunei seliter, bersamaan rm1.38 shj, berbanding ron95 malaysia rm2.10 seliter malah hari ni dah rm2.30 seliter? 

3-bolehkah kereta bernombor pendaftaran malaysia membeli ron97 di stesen petrol brunei, juga pada harga 53sen brunei seliter?

4-berapakah harga sebuah kereta impot di brunei sebagai perbandingan langsung dengan harga kereta serupa di malaysia, contohnya harga sebuah toyota vios 1.5, sebuah suzuki swift 1.6, dan sebuah kia sportage 2.0? saja nak tanye, saja nak tau, jangan nak mare, nanti kentut berbau, terimakasih daun keladi, harap minah brunei sudi. on AMARAN KEPADA ORANG RAMAI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 10/3/14




-------

MANA DIA MELAYU ISLAM DAN RAJA



KOMENTAR

polis selalu tangkap rakyat
polis selalu tekan rakyat
tiap malam polis obses 
dengan kes road tax
apa pasal polis tak obses
dengan gagak hitam?

KUALA LUMPUR 2 Okt. - Kawasan Bukit Bintang yang popular dengan kehadiran pelancong kini dikesan dijadikan kesempatan oleh sebilangan wanita dari Afrika untuk memperdagangkan tubuh. Meskipun kegiatan itu...


KAH KAH KAH

mana dia pakida
mana dia isma
mana dia perkasa
orang hitam dah langgar
tnah melayu
mana dia zul nordin
mana dia hasan ali
mana ngo melayu islam
mana dia islam melayu dan raja

KAH KAH KAH


-------

MALAM INI





MALAM INI


PROGRAM MELAWAN
 DAN
MENGHASUT
JOHOR BAHRU


Diskusi Ujong Tanah dengan kerjasama PKR Cabang Johor Bahru membawakan "Forum Ulang Tahun Ke-40 Tragedi Tasek Utara"
Panelis :

Hishamuddin Rais
Hassan Karim
Syed Hamid Ali

Tarikh : Jumaat, 3 Oktober 2014
Masa : 8.00 malam
Tempat : Pejabat KEADILAN Johor Bahru, Jalan Padi 1, Bandar Baru Uda, Johor Bahru


---------