Jumaat, 3 Oktober 2014

DEMO PETANG ESOK





PETANG ESOK 
DATARAN MERDEKA
JAM 4:00 PETANG

Orang ramai dilarang berhimpun esok

KUALA LUMPUR – Polis menggesa orang ramai supaya tidak berhimpun bagi membantah kenaikan harga minyak. Difahamkan, protes besar-besaran tersebut akan dijalankan di Dataran Merdeka pada jam 4 petang, Sabtu ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Tajuddin Md Isa berkata, beliau menegaskan orang ramai supaya tidak berhimpun bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini.

Menurutnya, ini merupakan satu kesalahan dan akan didakwa mengikut Akta Perhimpunan Aman.

“Secara tidak langsung ia mampu mengganggu ketenteraman awam selain mencemarkan imej negara. Sehingga hari ini, kita belum menerima sebarang permohonan daripada pihak penganjur. Juga, masih tiada laporan diterima membabitkan perhimpunan tersebut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa berkata pihak polis akan memperketatkan kawalan di kawasan berkenaan bagi memastikan tiada sebarang perhimpunan melibatkan orang ramai diadakan.

“Saya nasihatkan orang ramai agar jangan sertai perhimpunan ini bagi mengelak dikenakan tindakan tegas dan kita juga pantau perkara  ini dari masa ke semasa,”katanya kepada Sinar Harian, semalam.


ANAK MUDA BERSEDIA!



KAH KAH KAH

woit 
ini betul ke
atau hanya gempak
dari  kumpulan
muka buku yang revolusiner
dari kumpulan mat face book
muka buku bukanb muka tebal

KAH KAH KAH

------------

1 ulasan:

Org Minyak berkata...

mlm esok dan mlm2 seterusnya :

marilah beramai solat hajat jemaah atau sendiri dan munajat kpd Allah supaya kerajaan Barang Naik ini diturunkan segera sebelum rakyat kebuluran.

jgn lupa doa Qunut Nazilah.

aminnn.

nota:

polis2 pun dijemput sama, sebb depa pun tk dpt minyak percuma