Isnin, 12 Januari 2015

WORLD BREAKING NEWS



KPECAH 

BERITA 

SEDUNIA

peguam eric paulsen
telah ditangkap oleh mata mata
di brickfeild
baru sabentar tadi
kurang lebih pada jam
9:00 malam

seramai lebih dari
15 orang  mata mata
telah terlibat 
dalam penangkapan ini

ketika berita ini ditulis
eric paulsen telah dibawa
ke pejabat 
peguam untuk kebebasan
lawyer for liberty
di petaling jaya

hanya tukar tiub
pemecah berita

------------

KEMENGAN PRU 13 JALAN TIPU











Keputusan mahkamah dalam kes Mejar Zaidi menyebabkan Malaysia kehilangan askar yang hebat

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) amat kecewa dengan keputusan mahkamah tentera hari ini yang mendapati Mejar Zaidi Ahmad bersalah dalam kes berhubung dengan laporan polis yang dibuatnya tentang dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Hukuman yang dijatuhkan kepadanya – pemecatan daripada perkhidmatan Yang Di-Pertuan Agong – bermaksud kerjayanya dalam bidang ketenteraan selama 26 tahun dan satu hari berakhir walaupun masa depannya dalam bidang ini sepatutnya masih cerah berdasarkan rekod cemerlangnya selama ini. 

BERSIH 2.0 mengenali Mejar Zaidi sebagai seorang yang penuh komitmen dalam peranannya sebagai warga, pembimbing keluarga, dan askar. Malah, kerana komitmen peribadinya dari segi profesional dan kemasyarakatanlah beliau membuat laporan polis berhubung kegagalan dakwat kekal semasa pengundian awal. 

Major Zaidi telah menjelaskan tindakan beliau: Beliau tidak mahu proses pengundian pada hari membuang undi juga dicemari sepertimana yang berlaku pada hari mengundi awal. Beliau juga mahu mempertahankan imej tentera daripada dicemari bersama dengan imej Suruhanjaya Pilihan Raya - kerana, bagi beliau, jika perbuatan berdiam diri ini samalah bersekongkol dalam memperlakukan sandiwara terhadap rakyat. 

Malangnya, betapa pun usaha gigih beliau, tiada tindakan yang diambil ke atas SPR hingga hari ini, dan tidak ada sesiapa daripada SPR yang didakwa atas angkara ini. Tiada hasil daripada ratusan laporan polis yang dibuat terhadap SPR, kecualilah daripada laporan Mejar, di mana hukuman dikenakan terhadap pemaklum dan bukannya pesalah. 

Mejar Zaidi telah memainkan peranannya sebagai warganegara untuk mengetengahkan skandal terbesar antara penyelewengan yang melanda Pilihan Raya Umum ke-13. Beliau telah membayar harga yang tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab ini, manakala Malaysia telah kehilangan seorang askar yang hebat hari ini.

BERSIH 2.0 juga kecewa dengan mahkamah tentera kerana tidak menunggu keputusan semakan kehakiman tetapi mengambil keputusan untuk meneruskan prosiding, walaupun terdapat aduan daripada pihak pembelaan terhadap keadilan dan integriti prosiding. Kami kini menunggu semakan kehakiman, yang akan didengar kebenaran untuk permohonannya pada 5 Februari di Mahkamah Tinggi KL. Moga-moga ada lagi keadilan bagi Mejar Zaidi.








----------

AGAMA KAKI BOODEK






KOMENTAR
agama ini dari dahulu lagi
memiliki sejarah
bersubahat dengan gulungan penindas

agama ini juga memiliki
tradisi melawan penindasan

hakikatnya hari ini
agama islam di malaysia ini
sedang digunakan untuk menindas
untuk membodek
untuk menghalalkan kezaliman









Khutbah Jakim berat sebelah, kata 

sasterawan negara 


Khutbah Jumaat yang disampaikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) lebih bersifat berat sebelah dan terlalu mengungguli Putrajaya, kata  A Samad Said.
Sasterawan Negara itu berkata, ekoran khutbah Jakim yang dilihat lebih cenderung ke arah itu, Masjid India menjadi pilihannya untuk menunaikan solat Jumaat sejak lebih setahun lalu.
“Dari dulu lagi saya mengambil keputusan untuk tidak berjumaat di Masjid Negara kerana khutbahnya sangat berat sebelah. Saya memang langsung tidak mahu dengar benda-benda yang berat sebelah dan selalu mengungguli kerajaan.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/khutbah-jakim-berat-sebelah-kata-sasterawan-negara#sthash.lvUBV4OP.dpuf

KAH KAH KAH

woit
nasib baik ada tamil
nasib baik ada cina
lari dari islam bodek
boleh masuk masjid india
boleh masuk masjid cina
kah kah kah

kalau payah sangat
tak payah pergi masjid
kalau hanya untuk
doakan kezaliman
kalau untuk doakan
raja dan sultan

APA PUNYA BOODEK



-------------

BUDAYA SAMSUL MEREBAK









FACE BOOK

12 hrs · 
Orang Cina pandai2 - pada kapasiti masing2. Tapi ini bodoh punya Cina.


KAH KAH KAH
woit
budaya samsul 
ada juga dalam mca
semua nak masuk framer
kah kah kah
APA PUNYA FRAME

------------

NASI PANGGUNG KELMARIN




NASI PANGGUNG 


kelaparan dimana-mana
tak kenal rupa, usia
di sana, anak kecil berlari menanti di bahu jalan
sebotol air, sebungkus nasi
di sini, sosok-sosok murba memaku diri
menunggu giliran di beri sebungkus rezki 

RAMAI AWEK DATANG

Menu & kontributor di Jln Panggung minggu ini:-
Tim Dapur Jalanan - Koey Teaw Sup
Tim Syed Syahir - Roti Canai / Air Mineral
Tim Kamal - Nasi Ayam
Qish Awek Cun - Kueh Sayur / Kek

Anak semua bangsa; bersolidariti, berkerja bakti & buat ramai:-
Aisyah, Husin, Fazzy, Fazi, Angel, Fauzi, Hazman, Muss, Amir
Fitrah & Tim Recycle, Mat Luthfi, Dr Maslee Sekeluarga
Afiq, Shakir, Amar, Zahra & semua Tim #OpsKualaKrai
Hijrah, Azen, Paan, Hakim, Acap & Tim BangsarBoys
& semua yg hadir, berkongsi kasih, bersetiakawan di Jln Panggung!

TERIMA KASIH SEMUA
Setiap minggu setia di Jalan Panggung
jumpa hujung minggu ini!

++ Tim DapurJalananKL #OpsKualaKrai baru pulang jam 2pg 11 Januari 2015. Tahniah diucapkan kepada semua tim, semua yg terlibat dgn kerja bakti di Kuala Krai!

MAAF - JURU GAMBAR 
LULUSAN UITM

++ Untuk maklumat terkini, info-info mengenai kami boleh cari & tekan like Facebook page DapurJalananKualaLumpur & follow twitter - @dapurjalanan & instagram - dapurjalananKL. Cari, follow & LIKE!!

++ Untuk yang mahu menyumbang boleh masuk ke akaun Dapur Jalanan, CIMB: 8001-7278-49 SPKL Collective

++ Untuk yang ingin sama-sama potong bawang atau sumbang makanan atau apa-apa nak disumbang boleh talipon: ezzuandi 0192671285 atau Hadi Khalid 0126648873

Sejiwa, Sebangsa, Keperitan mereka, keperitan kita bersama!
Solidariti untuk Pantai Timur

Dapur Jalanan Kuala Lumpur
*Makanan Adalah Hak Anak Semua Bangsa*
12 Januari 2015

PULANG DARI KAMPONG KANDEK 
GUA MUSANG KELANTAN



--------------

TUKAR TIUB TEPAT





KOMENTAR
ramalan
dan analisa tukar tiub
hingga kini masih tepat
masih di sasaran betul



Kapten tembak MH17 didedah

Rusia gesa pegawai tentera Ukraine disiasat

-
KIEV 11 Jan. - Pemberontak pro-Rusia mendedahkan identiti serta gambar juruterbang pesawat tentera Ukraine yang didakwa menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 sehingga mengorbankan 298 nyawa di timur negara ini pada 17 Julai lalu. 

Jawatankuasa Siasatan yang diketuai oleh Alexander Bastrykin, bekas sekelas Presiden Rusia, Vladimir Putin, melaporkan bahawa juruterbang terbabit yang dikenali sebagai Kapten Vladislav Voloshin perlu disiasat oleh pihak berkuasa Belanda yang mengetuai siasatan berhubung nahas tersebut. 


----------