Jumaat, 27 Mac 2015

CERAMAH MALAM INI DITERUSKAN




CERAMAH
DITERUSKAN


6 aktivis #KitaLawan ditangkap di Dataran 

Merdeka tengah malam tadi -

24 jam sebelum ceramah perdana sempena demonstrasi duduk bantah #KitaLawan hari ini, keganasan berlaku di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur tengah malam tadi, melibatkan 6 orang ditangkap polis, menurut sekretariat perhimpunan itu.
Dipercayai mereka yang ditangkap termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja, Chang Lih Kang dan Adun Simpang Pulai, Tan Kar Hing.
"Mereka dikasari termasuk dipukul sebelum ditarik ke dalam kereta polis.
"Kami masih cuba mengesahkan ke mana mereka akan dibawa.
"Polis tidak berpakaian uniform juga bertindak kasar termasuk dengan menumbuk orang ramai yang cuba menenangkan keadaan di tapak duduk bantah," menurut kenyataan sekretariat itu.
Katanya, tapak duduk bantah #KitaLawan diserbu pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kira-kira jam 12.15 tengah malam tadi.
"Perkataan yang mereka gunakan adalah ‘vacate’. Grace period yang diberikan adalah sehingga jam 12 tengah malam ini.
"Ini satu lagi ugutan daripada pihak berkuasa. Anak muda akan terus menggunakan hak untuk berhimpun secara aman seperti yang dijamin oleh perlembagaan," kata sekretariat itu.
Menurut kenyataan PKR pagi ini, difahamkan yang 6 orang itu, termasuk 2 Adun PKR, ditahan mengikut Seksyen 186 (menghalang penjawat awam dari melaksanakan tugas) dan 353 (mengguna kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada melaksanakan tugas) Kanun Keseksaan.
Pendengaran permohonan reman akan diadakan jam 10 pagi ini di Lokap Bersepadu Jinjang.
Menurut posting di Facebook rasmi #KitaLawan awal pagi ini, pihak polis dan DBKL sekali lagi hadir di tapak duduk bantah seawal jam 5 pagi untuk mencabut banner #PecatIGP yang sebelum ini digantung pihak yang akan berhimpun malam ini.
Jam 9 malam ini, satu ceramah perdana bertajuk 'Rakyat Menentang GST' dijadualkan diadakan di Dataran Merdeka Rakyat membariskan antara lain pemimpin politik seperti Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dan Tian Chua dan Naib Pengerusi DAP Teresa Kok.
Turut dijangka berucap ialah aktivis seperti  S Ambiga dan Maria Chin Abdullah.
#KitaLawan merancang mengadakan perhimpunan besar petang esok dengan berarak ke depan pusat membeli belah Sogo di tengah bandar raya dari 3 lokasi iaitu Dataran Merdeka, Masjid Jamek dan ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut.
Menurut sekretariatnya, mesej himpunan akan tertumpu kepada dakwaan keborosan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak ketika rakyat dibebankan kos sara hidup yang tinggi sempena pelaksanaan GST.
#KitaLawan akan terus mendesak Najib meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dengan segera dan seterusnya membebaskan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjarakan. – 27 Mac, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/6-aktivis-kitalawan-ditangkap-di-dataran-merdeka-malam-tadi#sthash.AvA9bF7B.dpuf

MALAM INI 
DATARAN MERDEKA

--------------

KENA HALAU KELUAR DEWAN






 Mahfuz Omar
KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Ahli Parlimen (Pas-Pokok Sena), Datuk Mahfuz Omar direhatkan dari persidangan Dewan Rakyat sehingga Isnin depan selepas beliau...


KAH KAH KAH

woit
bukan di rehat
dihalau keluar dewan
ini media bodek
kena halau keluar
kerana apa?
kerana tanya
bila mat mongol
nak buat kenyataan
tentang hudud
kah kah kah

OH! MAT MONGOL


-------------

#KITA LAWAN TERUSKAN DUDUK BANTAH








Polis telah menahan enam aktivis, termasuk dua wakil rakyat, yang telah menganjurkan protes duduk berhampiran Dataran Merdeka.

Dua wakil rakyat itu ialah ADUN Simpang Pulai, Tan Kar Hing dan ADUN Teja, Chang Lih Kang.

Ia ekoran berlaku pergelutan dengan anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang cuba untuk menurunkan kain rentang yang menggesa pemecatan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Semasa insiden itu, yang berlaku pada kira-kira jam 12.30 tengah malam, beberapa aktivis dibawa ke seberang jalan sebelum dimasukkan ke dalam kenderaan polis.

Malam tadi, DBKL telah memberi amaran kepada aktivis di situ supaya beredar menjelang tengah malam tadi. Protes duduk itu bermula pada 21 Mac.

Sebaliknya, aktivis berkenaan menghantar mesej menggesa para penyokong datang ke situ untuk membantu melindungi kain rentang dan peralatan perkhemahan.

Jurucakap Kita Lawan, Mandeep Singh memberitahu Malaysiakini,sekiranya dihalau dari situ, mungkin esok mereka akan kembali dengan kain rentang yang lebih besar.

Dua malam lalu, Kita Lawan telah mengantung kain rentang besar di persimpangan antara Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Tun Perak.

Ia telah dibuang pagi semalam. Kita Lawan kemudian menggantung kain rentang yang lebih besar malam tadi.





MALAM INI
CERAMAH 
DI TRMPAT YANG SAMA
-----------

CERAMAH MALAM INI DATARAN MERDEKA





'



CERAMAH 

#KITA LAWAN


 MALAM INI
jam 9:00 
dataran merdeka
Tuan Haji Mat Sabu
YB Tian Chua
YB Teresa Kok
YB Rafizi Ramly
Maria Chin - Bersih
Cik Gu Faris - Jinga 13
Safwan Shamsudin 
Nasaie Ismail - Pas
Ustaz Fakhorazi
YB Dr Hatta Ramly
NOTA
semua dijemput datang
yang nak bermalam
sila bawa beg tidor



---------------

KITA LAWAN DISERANG




AUNTIE KITA LAWAN


Salam,

Tapak duduk bantah #KitaLawan telah diserbu oleh pihak polis dan DBKL kira-kira jam 12.15 tengah malam tadi.

Dipercayai 6 orang telah ditangkap polis termasuk YB Chang Lih Kang, ADUN Teja dan YB Tan Kar Hing, ADUN Simpang Pulai di Dataran Merdeka. Mereka telah dikasari termasuk dipukul sebelum ditarik ke dalam kereta polis.

Kami masih cuba mengesahkan ke mana mereka akan dibawa.

Polis tidak berpakaian uniform juga telah bertindak kasar termasuk dengan menumbuk orang ramai yang cuba menenangkan keadaan di tapak duduk bantah.


Seketariat Kita Lawan


ANAK MUDA 
DUDUK BANTAH



-----------

MALAM KE LIMA DUDUK BANTAH










 MALAM KE 5


duduk bantah
enam ditangkap
kini di lokap
rumah pasong jinjang

DITANGKAP

yb chan li kang
yb tan kah heng
gan zhi mou
chee soo sang
micheal tamil
dan ching


Scuffles at Kita Lawan sit-in, 2 state reps hurt

Police have nabbed six activist, including two lawmakers, who were staging a sit-in near Dataran Merdeka.

The two lawmakers - Simpang Pulai state assemblyperson Tan Kar Hing and Teja state assemblyperson Chang Lih Kang - were assaulted during the arrest.



AWAL MALAM
YB WILLIAM LEONG

JAM 3:40 PAGI
sesudah berlaku tangkapan
duduk bantah
tidak bergerak
anak anak muda terus tidor
dan memasang tempat tidor
di tempat yang sama



BEREHAT 
DI BAWAH PAYUNG


TIDOR DI BELAKANG
KAIAN RENTANG


TEGUH DUDUK BANTAH


SEMUA SENYAP 
JAM 4:00 PAGI


KAIN RENTANG
 PECAT IGP





---------------