Jumaat, 27 Mac 2015

CERAMAH MALAM INI DITERUSKAN




CERAMAH
DITERUSKAN


6 aktivis #KitaLawan ditangkap di Dataran 

Merdeka tengah malam tadi -

24 jam sebelum ceramah perdana sempena demonstrasi duduk bantah #KitaLawan hari ini, keganasan berlaku di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur tengah malam tadi, melibatkan 6 orang ditangkap polis, menurut sekretariat perhimpunan itu.
Dipercayai mereka yang ditangkap termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja, Chang Lih Kang dan Adun Simpang Pulai, Tan Kar Hing.
"Mereka dikasari termasuk dipukul sebelum ditarik ke dalam kereta polis.
"Kami masih cuba mengesahkan ke mana mereka akan dibawa.
"Polis tidak berpakaian uniform juga bertindak kasar termasuk dengan menumbuk orang ramai yang cuba menenangkan keadaan di tapak duduk bantah," menurut kenyataan sekretariat itu.
Katanya, tapak duduk bantah #KitaLawan diserbu pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kira-kira jam 12.15 tengah malam tadi.
"Perkataan yang mereka gunakan adalah ‘vacate’. Grace period yang diberikan adalah sehingga jam 12 tengah malam ini.
"Ini satu lagi ugutan daripada pihak berkuasa. Anak muda akan terus menggunakan hak untuk berhimpun secara aman seperti yang dijamin oleh perlembagaan," kata sekretariat itu.
Menurut kenyataan PKR pagi ini, difahamkan yang 6 orang itu, termasuk 2 Adun PKR, ditahan mengikut Seksyen 186 (menghalang penjawat awam dari melaksanakan tugas) dan 353 (mengguna kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada melaksanakan tugas) Kanun Keseksaan.
Pendengaran permohonan reman akan diadakan jam 10 pagi ini di Lokap Bersepadu Jinjang.
Menurut posting di Facebook rasmi #KitaLawan awal pagi ini, pihak polis dan DBKL sekali lagi hadir di tapak duduk bantah seawal jam 5 pagi untuk mencabut banner #PecatIGP yang sebelum ini digantung pihak yang akan berhimpun malam ini.
Jam 9 malam ini, satu ceramah perdana bertajuk 'Rakyat Menentang GST' dijadualkan diadakan di Dataran Merdeka Rakyat membariskan antara lain pemimpin politik seperti Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dan Tian Chua dan Naib Pengerusi DAP Teresa Kok.
Turut dijangka berucap ialah aktivis seperti  S Ambiga dan Maria Chin Abdullah.
#KitaLawan merancang mengadakan perhimpunan besar petang esok dengan berarak ke depan pusat membeli belah Sogo di tengah bandar raya dari 3 lokasi iaitu Dataran Merdeka, Masjid Jamek dan ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut.
Menurut sekretariatnya, mesej himpunan akan tertumpu kepada dakwaan keborosan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak ketika rakyat dibebankan kos sara hidup yang tinggi sempena pelaksanaan GST.
#KitaLawan akan terus mendesak Najib meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dengan segera dan seterusnya membebaskan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjarakan. – 27 Mac, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/6-aktivis-kitalawan-ditangkap-di-dataran-merdeka-malam-tadi#sthash.AvA9bF7B.dpuf

MALAM INI 
DATARAN MERDEKA

--------------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Ketua beruk-beruk dah kena masuk sangkar awal-awal lagi????

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH...

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH...

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH...

Isham pondan tarak telor mau publish komen aku ni....