Rabu, 29 April 2015

#KITA LAWAN TERUS MELAWAN





#KITA LAWAN
 TRENDING #1 
DI TWITTER
Hastag #KitaLawan sedang trending tertinggi di Malaysia di laman Twitter ketika ini membuktikan perjuangan anak muda telah membuka mata dan menarik minat lebih ramai rakyat Malaysia untuk bersama dengan #KitaLawan.
Tidak kira melalui pilihanraya mahupun jalan raya, anak muda akan terus melawan kezaliman dan penindasan. Yang pasti dalam masa 3 hari lagi, rakyat akan turun beramai-ramai ke Kuala Lumpur untuk melawan GST.
Moga perbincangan di laman-laman sosial ini akan memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia bahawa suara rakyat ini mampu melakukan perubahan. 
Desakan anak muda pada Himpunan 7 Mac 2015 agar #UndurNajib dan #BebasAnwar kini telah menampakkan keretakkan dan perpercahan di kalangan pimpinan UMNO. Pastinya, tuntutan anak muda #KitaLawanGST pada Himpunan 1 Mei 2105 akan memberi kesan yang mendalam jika kerajaan terus menzalimi rakyat melalui cukai GST.
Juga, ceramah grand finale #KitaLawanGST akan diadakan pada hari Khamis, 30 April 2015 jam 8.30 malam bertempat di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru. Segala pemberitahuan terakhir mengenai pergerakan Himpunan 1 Mei 2015 akan dimaklumkan pada malam tersebut.  
Lagi ditekan, lagi #KitaLawan!
Sebarkan
28 APRIL 2015
SEKRETARIAT KITA LAWAN





-------------------

NAJIB MASIH TAK JAWAB





KOMENTAR
najib mundar mandir lagi
lain ditanya lain di jawab

tak ada siapa ambil pot
tentang lanun bugis
tentang lanun dilaut

rakyat nak tahu
siapa upah sirul bunuh altantuya?
siapa arah sirul dan azilah bunuh altantuya?

ini bukan hal bugis
ini bukan hal naik sampan
ini kes bunuh
ini jenayah besar



Najib: Saya takkan menyerah kalah

 Najib Razak menegaskan beliau tidak akan berganjak atau menyerah kalah walaupun diasak dan dikritik.

Katanya beliau akan tetap istiqamah berjuang demi rakyat sebagai sebuah kerajaan yang telus bersama timbalannya  Muhyiddin Yassin, jemaah menteri dan anggota pentadbiran.

Memetik seruan hikmat Bugis, beliau berkata apabila perahu dikayuh ke tengah, ia tidak boleh “bersurut pulang”.




KAH KAH KAH

woit
lain di tanya lain dijawab
ini bukan soal bugis ke
soal dayak ke
soal bugis naik sampan ke

mahathir bertanya :
siapa arah sirul 
bunuh altantuya?
siapa upah sirul?
mana duit RM43 bilion 
hilang lesap?
NAMPAK MANAI
----------------------

NASI PANGGUNG




NASI PANGHUNG

AHAD LALU

Petang ahad suram 
Langit Kota mendung, seolah bawa khabar duka
Roti & Kari, buat aku & kau
Duduk di bahu jalan
berkongsi rasa, kasih 
menyambung cerita-cerita gelap kotaraya
Menu petang Ahad Jalan Panggung:
Tim Dapur Jalanan: Roit // Kari Ayam Power
Tim IUKL: Buah Buahan

MEMBANTU
Anak semua bangsa; 
yang membantu & berkerja bakti;
Husain, Padel, Aisyah Amira, Syuhada, Quratul, Syu
Farha, Faizal, Fahmi dari Rumah Titi, Hazman, 
Dhiyana & Tim IUKL, Aisyah & Tim MCKL, Kama & Tim UM
Kawan2 dari UPM, Alan, Nadia, Nadia Kecik, Cikgu Nadia,
Fitrah, awatif & Geng Recycle, Hijrah, Azen & BangsArt
& semua yang hadir bersetiakawan bersama miskin kota!

MENYUSUN

TERIMA KASIH! TERIMA KASIH!

Untuk maklumat terkini, info-info mengenai kami boleh cari & tekan like Facebook page DapurJalananKualaLumpur & follow twitter - @dapurjalanan & instagram - dapurjalananKL. Cari, follow & LIKE!!

DATANG MAKAN
 Untuk yang mahu menyumbang boleh masuk ke akaun Dapur Jalanan,
 CIMB: 8001-7278-49 SPKL Collective

DATANG MEMBANTU

 Untuk yang ingin sama-sama potong bawang atau sumbang makanan atau apa-apa nak disumbang boleh talipon: ezzuandi 0192671285 atau Hadi Khalid 0126648873

UNTUK KENANGAN
Solidariti untuk Miskin Kota
Dapur Jalanan Kuala Lumpur
*Makanan Adalah Hak Anak Semua Bangsa*

27 April 2015

--------------

Selasa, 28 April 2015

BILA NAJIB AKAN BERUNDUR







KENDURI DAH
 SELESAI
madey mula menyerang
srangan maut

DARI ARKIB
tulisan ini keluar pada 14 mac 2015

(apabila kenduri perkahwinan
 ini berlangsung
ertinya 
najib telah bersedia 
untuk berundur)

diramalkan 
 najib akan diundurkan
sesudah kenduri kahwin
minggu ini 
najib diserang oleh madey

kita berita ini ditulis
madey sedang mengadakan 
 sidang akhbar

telah juga dilaporkan bahawa
ibu sirul
akan memberi maklumat kepada madey

TANDA BILA
satu malaysia telah bersedia
dengan perdana menteri baru
tapi
bila ini akan berlaku? 


tanda yang paling saheh
ialah
apabila rosmah mengadakan
 kenduri kahwin anaknya

apabila kenduri perkahwinan
 ini berlangsung
ertinya 
najib telah bersedia 
untuk berundur
ingat kes kenduri kahwin
 anak mat said
 menteri besar terangganu
mat said 
mahu kenduri dibuat
sebelum mat said  digugurkan
dari kerusi mb

najib pun dalam keadaan sama

rosmah mansor mahu 
berkenduri perkahwiann anak
ketika najib masih jadi pm

rosmah pasti mahu
kenduri kahwin yang maha hebat
lebih hebat dari kenduri agong
lebih hebat dari kenduri
anak marcos
lebih hebat dari kenduri 
anak suharto
lebih hebat dari kenduri
anak mubarak
lebih hebar dari kenduri
anak maharaja
lebih hebat dari kenduri
anak emperor 
kenduri kahwin ini
akan menjadi terhebat di malaysia
terhebat di asean
terhebat di asia
terhebat di dunia
inilah kenduri
lebih hebat dari kenduri
emperor rome

agong raja sultan 
putera puteri sheikh
presiden perdana menteri
 menteri taikon towkay
bintang filem
penyanyi

semua yang ternama
akan di jemput
ini kenduri anak rosmah

senarai jemputan ini
adalah
senarai
siapa dan siapa
dalam dunia glamor
tak caya tunggu
dan
lihat nanti
pasti ada yang bocor cerita 
kah kah kah



-------------

MUKA MAKIN SUWEY







KOMENTAR
ini satu lagi tanda 
ini satu lagi signal
kalau poster tak muncul
ertinya muka najib dilihat suwey
muka najib dilihat bawa sial
muka najib bawa bala
muka najib bawa kalah

kalau macam ini 
dalam PRU14 macam mana?









Najib 'ghaib' di Permatang Pauh?

Walaupun bahang kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh semakin terasa, PKR mendapati ada sesuatu yang 'hilang'  dari kawasan itu - poster  Najib Razak.

Ahli Parlime Bayan Baru, Sim Tze Tzin hari ini berkata tidak seperti kempen pilihan raya kecil lain ketiadaan poster memaparkan wajah Najib di Permatang Pauh sangat dirasai.

Kali ini, kata Sim, kebanyakan poster yang dinaikkan hanya memaparkan gambar calon BN, Suhaimi Sabudin tanpa dihiasi wajah Najib.


KAH KAH KAH

woit
ini sudah berat
muka biawak dah ilang
muka badak dah ilang
kah kah kah
woit tak TT cakap
lepas kenduri kahwin
semua beres
KAH KAH KAH




--------------

SAKIT SUDAH TENAT




KOMENTAR
ini satu petanda yang amat jelas
ini satu signal yang terang
bahawa najib wajib celah
atau parti ketuanan melayu ini
akan lungkup habis

pak lah yang tak banyak cakap
kalau dah cakap macam ini
maknanya amat amat berat
amat amat tenat keadaan
yang dihadapi najib












Najib perlu jawab kepada rakyat, 

kata Pak Lah


Najib Razak perlu menjawab kepada rakyat mengenai segala kritikan yang dilemparkan terhadapnya kerana ia merupakan tanggungjawabnya sebagai perdana menteri, kata bekas perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi.
Ia termasuk membuat keputusan sama ada beliau perlu meletak jawatan atau mempertahankan kedudukannya seperti desakan beberapa pihak terutama pengkritik tegarnya Mahathir Mohamad, kata perdana menteri sebelum Najib itu.
"Saya lihat apa yang berlaku, apa yang mereka cakap, tidak bawa sebarang kebaikan kepada parti, juga kepada rakyat.
"Beliau sebagai perdana menteri, perlu jawab. Ada tanggungjawab untuk menjawab segala tuduhan. Sebab dia pemimpin parti, dia yang kena cakap," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.
Abdullah berkata, sebagai pemimpin parti, Najib tidak seharusnya mendiamkan diri dan menjadi tanggungjawabnya menerangkan kepada rakyat situasi sebenar.
Bercakap selepas merasmikan Seminar Biodiversiti dan Konservasi Krisis dan Cabaran Pelestarian Masa Hadapan di Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), Abdullah berkata, sebagai pemimpin parti, Najib perlu menyatakan pendirian mengenai perkara yang dirasakan harus diberi keutamaan.
"Najib akan putuskan apa yang beliau hendak buat. Tanggungjawabnya untuk beritahu perkara yang perlu diberi keutamaan kepada parti.
"Itu yang beliau (Najib) nak cakap, jadi beliau kena beritahulah. Takkanlah beliau nak senyap," katanya.
Ditanya saranannya terhadap kedua-dua pemimpin negara tersebut, Abdullah dengan ringkas menjawab: "buat kerja masing- masing."
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut apabila ditanya siapakah pengganti yang layak mengambil tempat Najib.
"Apa yang beliau ( Mahathir) cakap, biarlah. Sebab itu saya tidak cakap pada sesiapa," katanya merujuk kenyataan  Mahathir yang menamakan i Muhyiddin Yassin untuk mengambil alih dari Najib.
Kepada persoalan sama ada Najib perlu akur dengan desakan untuk meletak atau meneruskan kepimpinannya, Abdullah berkata: "Itu keputusan (beliau). Apa yang (Najib) nak buat,  (Najib) akan lakukan," katanya. – 28 April, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-perlu-jawab-kepada-rakyat-kata-pak-lah#sthash.DrnO6ocB.dpuf

JENG JENG 

JENG
kah kah kah
woit
ini ucapan siapa?
ucapan pak mentua
atau ucapan menantu
kah kah kah
ini berat
pak lah pun dah padai
ini berat 
kalau pak lah dah bangun
maknanya najib akan tidoo

APA PUNYA DOOOL
-----------------