3.85
TAK AKAN
TAMAT
Seorang peguam hari ini membangkitkan persoalan sama ada arahan dikeluarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendedahkan aset beliau.
Razlan Hadri Zulkifli berkata, pihak berkuasa membanteras rasuah itu boleh menggunakan Seksyen 36, Akta SPRM 2009 meminta Najib mendedahkan keseluruhan aset miliknya, termasuk yang berada di luar negara.
Seksyen itu katanya turut memperuntukkan mana-mana individu yang diarahkan berbuat demikian perlu menyertakan tarikh pemilikan aset mereka dan jika ia dipindah milik, maklumat itu juga perlu didedahkan.
"Sebaik sahaja tuntutan dibuat suruhanjaya, maklumat perlu diberikan seperti tertakluk di dalam undang-undang," kata Razlan kepada The Malaysian Insider.
Beliau berkata pegawai SPRM berpangkat pesuruhjaya dan ke atas, yang mempunyai asas yang kukuh untuk mempercayai yang aset dimiliki seseorang individu itu melanggar akta berkenaan, boleh mengeluarkan notis tersebut.
Razlan berkata individu itu perlu menyerahkan kenyataan bertulis dan akuan bersumpah.
Rakyat, katanya, berhak tahu sama ada SPRM sudah mengeluarkan notis tersebut kepada Najib atau tidak, dan jika tidak, mengapa.
"Tidak salah jika SPRM memaklumkan kepada orang ramai kerana ia melibatkan perdana menteri dan ini kepentingan umum," katanya yang berpengalaman menasihati anak guam mendedahkan aset mereka jika notis berbuat demikian dikeluarkan SPRM.
Razlan berkata demikian sebagai respons kepada akhbar The Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa sejumlah hampir AS$700 juta (RM2.67 bilion) disalurkan ke dalam akaun peribadi Najib.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sudahkah-sprm-keluar-notis-minta-najib-isytihar-aset-soal-peguam#sthash.EHhXJOzi.dpu
KAH KAH KAH
woit
jaminlaaa
kes 1MDB
tak kan tamat
mustahil selesai
kabinet 3.85 pun
tak dapat selesaikan
kah kah kah
KES BELUM
TUTUP
-------------------