Selasa, 28 Julai 2015

KES BELUM TUTUP







3.85

TAK AKAN

TAMAT

Sudahkah SPRM keluar notis minta Najib isytihar aset, soal peguam

Seorang peguam hari ini membangkitkan persoalan sama ada arahan dikeluarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendedahkan aset beliau.
Razlan Hadri Zulkifli berkata, pihak berkuasa membanteras rasuah itu boleh menggunakan Seksyen 36, Akta SPRM 2009 meminta Najib mendedahkan keseluruhan aset miliknya, termasuk yang berada di luar negara.
Seksyen itu katanya turut memperuntukkan mana-mana individu yang diarahkan berbuat demikian perlu menyertakan tarikh pemilikan aset mereka dan jika ia dipindah milik, maklumat itu juga perlu didedahkan.
"Sebaik sahaja tuntutan dibuat suruhanjaya, maklumat perlu diberikan seperti tertakluk di dalam undang-undang," kata Razlan kepada The Malaysian Insider.   
Beliau berkata pegawai SPRM berpangkat pesuruhjaya dan ke atas, yang mempunyai asas yang kukuh untuk mempercayai yang aset dimiliki seseorang individu itu melanggar akta berkenaan, boleh mengeluarkan notis tersebut.
Razlan berkata individu itu perlu menyerahkan kenyataan bertulis dan akuan bersumpah.
Rakyat, katanya, berhak tahu sama ada SPRM sudah mengeluarkan notis tersebut kepada Najib atau tidak, dan jika tidak, mengapa.
"Tidak salah jika SPRM memaklumkan kepada orang ramai kerana ia melibatkan perdana menteri dan ini kepentingan umum," katanya yang berpengalaman menasihati anak guam mendedahkan aset mereka jika notis berbuat demikian dikeluarkan SPRM.
Razlan berkata demikian sebagai respons kepada akhbar The Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa sejumlah hampir AS$700 juta (RM2.67 bilion) disalurkan ke dalam akaun peribadi Najib.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sudahkah-sprm-keluar-notis-minta-najib-isytihar-aset-soal-peguam#sthash.EHhXJOzi.dpu
KAH KAH KAH
woit
jaminlaaa
kes 1MDB 
tak kan tamat
mustahil selesai
kabinet 3.85 pun
tak dapat selesaikan
kah kah kah

KES BELUM 

TUTUP 


-------------------

2 ulasan:

Unknown berkata...

ahli politik pembangkang jelah yg istihar harta, puak2 BN nih takpayah sebab diorang miskin, papa kedana, patut dapat bantuan zakat, SPRM suruh najib istihar harta pun tak guna sebab satu kompeni... najib pun ntah berapa sen sangatla duit dalam akaun, ntah2 100a rupiah pun tak sampai.. rosmah pulak mungkin setakat 50 taka, mat maslan 3.8, hasan malek pulak mungkin belen taksampai 5 yen dalam akaun...

Tanpa Nama berkata...

Harta ber BILION macam mana nak rekod rekod kan pon

Mungkin sudah lupa SELUAR DALAM CROCODILE berapa helai dan ada kat mana pon

Orang Kaya mana ada ingat semua harta harta nya pon ; kena tanya Rakyat saja tau sebab Rakyat yang kena jaga bersih berak taik kan....