Jumaat, 4 Disember 2015

KENAPA HISHAMUDDIN DI LARANG








KENYATAAN AKHBAR

Malam 3 Disember 2015 jam 10:46 saya Hishamuddin Rais warga negara Malaysia telah dilarang meneruskan perjalanan saya melalui kapal terbang ke Seoul Korea Selatan.

Pihak imigrisen lapangan terbang KLIA telah melarang saya dari menaiki pesawat MAS 0066 menuju ke Incheon Seoul Korea Selatan.

Kenapa saya dilarang adalah pertanyaan saya kepada pihak berwajib Malaysia. 

Yang dilarang ialah Hishamuddin Rais. Yang melarang ialah pihak Imigrisen. Maka soalan kenapa saya dilarang wajib ditujukan kepada pihak yang melarang bukan kepada saya yang kena larang.

Saya dijemput ke Korea Selatan  melalui Forum Asia yang beribu pejabat  di Bangkok. Jemputan ini datang dari People Solidarity for Participatory Democracy (PSPD) Korea.

Tujuan jemputan ini ialah untuk menjadi PEMERHATI  kepada satu Perhimpunan  Rakyat  di Seoul City Plaza jam 3 petang pada 5 Disember 2015. Perhimpunan ini terdiri dari kaum tani, kaum buruh, Ngo, pelajar, seniman dan para demokrat Korea Selatan.

Bersama saya ada dua lagi sosok yang  juga dijemput untuk  bersama menjadi PEMERHATI.

Mereka ialah : Chiranuch Premchaiporn ( Excutive Director , Prachatai Thailand).

Pimsiri Mook Petchnamrob ( East asia Programme Officer, Asia Forum for Human Rights and Development)i

Kami  dijemput sebagai PEMERHATI untuk memastikan perhimpuanan di City Plaza pada 5 Disember  berjalan dengan aman damai.

Selain dari menjadi PEMERHATI  pada 7/8 Disember kami  juga telah dijadualkan untuk bertemu dengan Agensi Polis Nasional Korea. Surat telah dihantar kepada Commissioner General Kang Sin-myeong untuk pertemuan tersebut. 

Pertemuan juga telah diatur untuk membolehkan kami  bertemu dengan National Human Rights Commision of Korea - Chairperson, Lee Sung-ho.

Saya juga dijadualkan akan bertemu beberapa orang  ahli parlimen, NGO, kesatuan Peguam dan kumpulan seniman.

Sebelum pulang ke Malaysia pada pagi 10 Disember satu sidang akhbar oleh PEMERHATI  telah dijadualkan.

Justeru apa yang saya lakukan  ialah membantu memperkukuhkan ruang demokrasi di Korea Selatan. .Apa yang saya cuba lakukan ialah membantu perkembangan penghormatan hak asasi antara kita sesama manusia.

Untuk itu saya ulangi pertanyaan ini sekali lagi: Kenapa saya dilarang meninggalkan Malaysia?

Terima Kaseh

Hishamuddin Rais


--------------------

Khamis, 3 Disember 2015

AWAL PEERMULAAN





 AWAL PERMULAAN


Hari ini  3 Disember 2015 aku di Kuala Lumpur. Cuaca molek walau pun sudah masuk musim hujan.  Cuaca molek seolah-olah bersama dengan aku. Nah - aku menulis ini untuk mengambil sempena tarikh 3 Disember. Aku masih ingat lagi 3 Disember itu - Senin 3 Disember 1974. Mustahil aku akan  lupa.


Bagini kesahnya - petang 3 Disember 2015 ini  pada jam 2:43  aku ingin mula  menulis kembali segala  ingat-ingatan aku. Aku ingin merakam apa yang telah aku lalui. 

Aku mahu melihat kembali air yang telah melintasi jambatan. Aku mahu melihat kembali rokok yang telah dihisap. Aku ingin melihat kembali hati yang telah parah. Aku ingin melihat kembali kekasih yang telah ditinggalkan. Aku mahu melihat kembali teman yang telah gugur. Aku mahu melihat kembali  perjuangan yang sedang diteruskan.

Telah banyak kali aku berjanji pada diri aku. Aku  telah berjanji pada kawan-kawan. Berjanji pada alam. Berjanji pada buku. Berjanji yang  aku akan merakamkan perjalanan hidup aku ini. Janji-janji yang belum aku tunaikan.

Nah! Petang 3 Disember 2015 ini aku pilih untuk memulakannya.  Aku hanya bermula. Aku sendiri tak pasti kemana arah tulisan ini. Kemana yang akan yang aku bawa. Malah aku sendiri belum ada Tuan Pengarang yang akan menyunting tulisan ini. Bayangkan tulisan Hishamuddin Rais tanpa disunting pasti penuh dengan ejaan yang salah. Kah kah kah.

Dimana agaknya ingin aku mulakan ingat-ingatan ini? Dimana wajib aku mulakan. Aku bertanya pada diri aku sendiri. Tidak ada jawapan. Aku  belum menemui jawapan. Aku sedang merayau. Jiwa aku telah lama meronta untuk memaksa aku menulis ingat-ingatan ini.

Lima ratus tahun dahulu  Tun Seri Lanang merakamkan Salalatul Salatin untuk jadi pedoman bacaan anak cucu cicit yang akan datang. Apakah aku juga berniat sama? 

Tapi yang aku tulis ini bukan kitab dari Atas Angin. Kitab yang ingin aku tulis ini hanyalah rakamam-rakaman jalan yang telah aku lalui.  Ingat ingatan yang akan aku tulis ini adalah  ingatan yang aku teringat. Ingatan-ingatan  yang terpahat lama dan menunggu masa untuk disurahkan.

Sebenarnya ada beberapa babak perjalanan hidup aku  yang telah pernah aku tulis.  Pernah aku surahkan. Ingatan tentang kota Baghdad. Ingatan tentang janji di kota Krakow Poland. Selalunya tulisan  sademikian aku bubuh nota kaki : Sebahagian dari tulisan kesah hidup yang belum disiapkan.

Mungkin akan aku ulangi kesah-kesah ini sekali lagi. Ini kerana kesah-kesah ini sentiasa berada dalam ingatan.  Cinta yang agong ialah cinta yang gagal. Mustahil aku akan melupakan cinta-cinta ini.

Dalam perancangn - aku ingin menulis 3 kitab. Kitab Pertama   Dari Kelahiran ke  ke Pelarian. 
Kitab Kedua: Dari Pelarian ke Pelarian
Kitab KeTiga : Dari Penjara Ke Penjara. 

Ini yang dirancang. Ini yang dimimpikan. Ini yang dicita-citakan.  Dalam filem Jemapoh watak Polis Bermotosikal berkata : angan-angan ada tapi tak pernah menjadi cita-cita. Maka ingatan aku ini bukan yang aku angan-angankan tapi yang aku cita-citakan.

Aku tahu menulis dengan teknoloji terkini amat senang. Tetapi menulis juga amat susah. Menulis  kitab pada tahun 2015 ini bukan saperti Tun Seri Lanang menulis dengan bulu ayam dan dakwat. Ini lima ratus tahun dahulu dunia ketika itu tanpa sms tanpa ringtone. Tanpa Old Town Cafe tanpa Cinema Paradiso. Tanpa gangguan Akta Baginda Queen. Tanpa sibuk turun ke jalan raya.

Tun Seri Lanang hanya menulis dan menulis. Yang menggangu hanya kokok ayam dan salakan anjing liar. Tun Seri Lanang tidak ada FB untuk dilayari.

Mafiz watak yang aku buat dalam filemn Jemapoh berkata : melintas saje bukit ini kita telah jadi orang lain.. Kita bukan kita lagi..

Nah, siapa saje aku menulis pengenalan ini maka aku telah menjadi orang lain  bukan orang itu lagi.  Menjadi orang lain ini membawa  tanggung jawab - aku bertangung  jawab untuk menyelesaikan kitab pertama aku.

( bersambung )


-------------------

TANGKAP LAGI







BAGiNDA 


QUEEN 

MENANGKAP

LAGi

Zaid akan didakwa menghasut kerana desak Najib disingkir sebagai PM


Bekas menteri Kabinet,  Zaid Ibrahim akan didakwa di mahkamah esok mengikut Akta Hasutan, dipercayai berikutan ucapannya yang mendesak penyingkiran Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri.

 - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/zaid-akan-didakwa-menghasut-kerana-desak-najib-disingkir-sebagai-pm#sthash.5nbDxNWx.dpuf

KAH KAH KAH
woit
dah berapa ramai
daj berapa orang
semua kena
baginda queen
kah kah kah

Oh QUEEN KU
-----------

SEMUA TARAAK





PUNYA LAMA

PUNYA 

TUNGGU

SEMUA TARAK





AG nasihatkan Najib jangan jawab, kata menteri

Najib Razak tidak muncul di Dewan Rakyat untuk menjelaskan sumbangan derma RM2.6 bilion yang berada di akaun bank peribadinya kerana dinasihatkan tidak berbuat demikian oleh Peguam Negara Apandi Ali.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Azalina Othman Said, berkata demikian apabila disoal mengapa Najib tidak hadir di dewan sendiri untuk memberikan jawapan

KAH KAH KAH
woit
kah kah kah
woit
kah kah kah
satu malaysia kena auta
satu malaysia kena tipu
kah kah kah
tunggu punya tunggu
satu habuk taraaak
lawak gila

LAWAK LAGi



------------

DEMOKRASI DAN HAK ASASI








PROGRAM

DEMOKRASi

AHAD INI





-----------

UK AKAN MULA BOM SYRIA










Syria air strikes: MPs authorise UK action against Islamic State






LU INGAT TAK

GUA SUDAH TULiS

GUA SUDAH CAKAP

SERANGAN PARi

BERTUJUAN

UNTUK BERi

HUJAH BARU PADA

DAViD CAMERON

UNTUK SERANG

SYRiA



------------