KENYATAAN AKHBAR
Malam 3 Disember 2015 jam 10:46 saya Hishamuddin Rais warga negara Malaysia telah dilarang meneruskan perjalanan saya melalui kapal terbang ke Seoul Korea Selatan.
Pihak imigrisen lapangan terbang KLIA telah melarang saya dari menaiki pesawat MAS 0066 menuju ke Incheon Seoul Korea Selatan.
Kenapa saya dilarang adalah pertanyaan saya kepada pihak berwajib Malaysia.
Yang dilarang ialah Hishamuddin Rais. Yang melarang ialah pihak Imigrisen. Maka soalan kenapa saya dilarang wajib ditujukan kepada pihak yang melarang bukan kepada saya yang kena larang.
Saya dijemput ke Korea Selatan melalui Forum Asia yang beribu pejabat di Bangkok. Jemputan ini datang dari People Solidarity for Participatory Democracy (PSPD) Korea.
Tujuan jemputan ini ialah untuk menjadi PEMERHATI kepada satu Perhimpunan Rakyat di Seoul City Plaza jam 3 petang pada 5 Disember 2015. Perhimpunan ini terdiri dari kaum tani, kaum buruh, Ngo, pelajar, seniman dan para demokrat Korea Selatan.
Bersama saya ada dua lagi sosok yang juga dijemput untuk bersama menjadi PEMERHATI.
Mereka ialah : Chiranuch Premchaiporn ( Excutive Director , Prachatai Thailand).
Pimsiri Mook Petchnamrob ( East asia Programme Officer, Asia Forum for Human Rights and Development)i
Kami dijemput sebagai PEMERHATI untuk memastikan perhimpuanan di City Plaza pada 5 Disember berjalan dengan aman damai.
Selain dari menjadi PEMERHATI pada 7/8 Disember kami juga telah dijadualkan untuk bertemu dengan Agensi Polis Nasional Korea. Surat telah dihantar kepada Commissioner General Kang Sin-myeong untuk pertemuan tersebut.
Pertemuan juga telah diatur untuk membolehkan kami bertemu dengan National Human Rights Commision of Korea - Chairperson, Lee Sung-ho.
Saya juga dijadualkan akan bertemu beberapa orang ahli parlimen, NGO, kesatuan Peguam dan kumpulan seniman.
Sebelum pulang ke Malaysia pada pagi 10 Disember satu sidang akhbar oleh PEMERHATI telah dijadualkan.
Justeru apa yang saya lakukan ialah membantu memperkukuhkan ruang demokrasi di Korea Selatan. .Apa yang saya cuba lakukan ialah membantu perkembangan penghormatan hak asasi antara kita sesama manusia.
Untuk itu saya ulangi pertanyaan ini sekali lagi: Kenapa saya dilarang meninggalkan Malaysia?
Terima Kaseh
Hishamuddin Rais
--------------------
6 ulasan:
Kah kah kah
sebab TT ade hutang dengan PTPTN kahkahakkahak
TT kena larang sebab nak pergi Korea tak cakap kat aku. Aku nak kirim brooch. Kah kah kah
isham rais lebih merbahaya dari tuan presiden pas hadi sotong, abduh mini cooper atau velfire serban besar.undang2 baru MKN seakan sama mcm bai`ah suatu parti..kuasa mutlak kpd presiden atau ketua.barang siapa ingkar , maka munafik la ia dan halal darahnya dikorbanka, ditangkap, dipenjara dikurung sbg pengajaran. seakan cerita bomoh dan harimau putih yg dikatakan isham.barangkali ni la nasihat presiden sotong kpd presiden penerima derma 2.6b cara mjadi kdudukan dan kesucian ruhul kudus.dengan rejim bai`ah dan MKN, maka pru14 seakan sudah diramal tepat oleh bro isham, pilihan raya paling kotor dlm sejarah tanah melayu atau malaysia yg sebelum ni banglasia.PH wajib berjaga2 dan mahir mgunakan pertuturan/perkataan bagi mwakili rakyat di pru14 nnt, paling tidak sudah ada backup pemimpin yg berani mgalas harapan rakyat.
Sebab TT selalu usik kopek Big Mama.
kah kah kah
Mungkin TT dapat undangan mandatori ke majlis sambut Bik Mana Aloha kot.
Catat Ulasan