JENG JENG JENG
"Aksi sebenar akan berlangsung dalam
beberapa bulan akan datang menerusi
siasatan luar negara dan jika mereka
menemui perkara serius, ia amat sukar buat
kerajaan Malaysia untuk tidak
mengendahkannya," katanya.
Derma RM2.6 bilion Najib bukan dari Arab Saudi, lapor WSJ
Kredibiliti Peguam Negara Apandi kini dikompromi apabila The Wall Street Journal (WSJ) menyangkal kenyataan Datuk Seri Najib Razak bebas daripada sebarang salah laku dalam penemuan derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.
Pengarang kewangan WSJ Ken Brown dalam wawancara bersama ABC News Australia berkata, wang itu bukan daripada keluarga Diraja Arab Saudi sebaliknya datang daripada pelbagai syarikat berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Laporan kami selama berbulan-bulan menunjukkan wang itu bukan dari Arab Saudi tetapi dari syarikat dan akaun bank yang mempunyai hubungan dengan 1MDB.
"Ia tak mengejutkan selepas usaha kerajaan mendakwa wang itu datang dari Arab Saudi.
"Realitinya, tiada sesiapa pun percaya dan mereka dibidas kerana perkara itu. Sekarang ini, mereka kata semua orang tidak lagi boleh membincangkannya," katanya.
Brown turut membayangkan lebih banyak maklumat akan diketahui umum apabila pihak berkuasa luar negara melanjutkan siasatan mereka.
"Aksi sebenar akan berlangsung dalam beberapa bulan akan datang menerusi siasatan luar negara dan jika mereka menemui perkara serius, ia amat sukar buat kerajaan Malaysia untuk tidak mengendahkannya," katanya.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/derma-rm2.6-bilion-najib-bukan-dari-arab-saudi-lapor-wsj#sthash.77iRPJR0.dpuf
KAH KAH KAH
dalam beberapa
bulan lagi
kah kah kah
tak sabar
nak tunggu
TERUSKAN LAGI

----------