Rabu, 13 April 2016

FBI TELAH SAMPAI










BERAPA RAMAI

TIM FBI

TELAH DATANG

KE MALAYSiA

SAJE TANYA

JANGAN MARAH






First 1MDB Arrest - Former Senior Fund Manager Faces US Extradition Request In Abu Dhabi EXCLUSIVE!


The first 1MDB related arrest has taken place at the request of the United States, in a move that will send shock waves and shivers through the Malaysian political establishment and also in related businesses in Hollywood and Las Vegas.


Sources close to Department of Justice officials in the United States have confirmed to Sarawak Report that the former CEO of Aabar, Mohamed Al Husseiny (top right), has been detained by the authorities in Abu Dhabi, who are now processing an extradition request by the US Department of Justice, relating to charges concerning 1MDB.

Al Husseiny, who originated from Kenya, holds US citizenship, despite having moved to Abu Dhabi.

This is the first outward move in an investigation that has been ongoing in the United States and other jurisdictions for several months, into the disappearance of billions of dollars from the Malaysian development fund.


BACA DISINI:
http://swk.global.ssl.fastly.net/2016/03/first-1mdb-arrest-former-senior-fund-manager-faces-us-extradition-request-in-abu-dhabi-exclusive/
--------------

SIAPA DIA SAID ZAHARI






SAID ZAHARI





Pak Said, seorang insan luar biasa. Arwah seorang wartawan dan politikus berhaluan kiri tapi masih seorang pengamal agama yang utuh. Boleh berbicara dalam bahasa Melayu, Mandarin dan Inggeris dengan baik dan bijak berpidatu juga. Ada suatu yang perlu kita puji adalah sikap beliau sepanjang hayatnya : beliau beristiqamah dengan pendirian politiknya, setia dengan pegangan politik kirinya.

Satu lagi yang istimewa pada sikapnya ialah pada bila2 masa beliau berhujah, berwacana, berdialog atau apa saja rupa kommunikasi yang mahu dilontarkan beliau tetap ceria dan mudah bersenyum, gelak ketawa dan bijak berkelakar. Salam takziah kepada anak2 beliau. Selamat jalan Pak Said dan semoga selamat bertenang bersemadi. on AL- FATIHAH PAK SAID Publish | Delete | Spam UNCLE RAMLI at 3:31 PM


  ------------

GAMBAR KLASIK 1999





kali pertama menerima sisi lain dinamika politik tanah melayu, borneo, singapura dan indonesia dengan pengaruh perang dingin pasca merdeka
oleh saksi dan pemain
kuliah said zahari tahun 1999
terima kasih pak

 

-----------

FEMES LAGI





FACE BOOK
Like This PagePage Liked · 10 hrs


FUHHH!!! Satu dunia 9 NEGARA nak siasat dakwaan pengubahan wang haram, melibatkan ribuan juta dolar terhadap dana kekayaan negara 1MDB.
SWITZERLAND sedang siasat..
SINGAPORE sedang siasat..
HONG KONG sedang siasat.....

AMERIKA SYARIKAT sedang siasat..
UNITED KINGDOM sedang siasat..
U.A.E. sedang siasat..
THAILAND sedang siasat..
AUSTRALIA sedang siasat..
LUXEMBOURG sedang siasat..

TETAPI KENAPA di Malaysia SUDAH 'DIBERSIHKAN' ??!!
Cayalah Najib.. Nama NAJIB RAZAK kini dah femes satu dunia dgn skandal dana berbilion2 ringgit !!!
Kami rakyat M'sia tumpang bangga jer





















----------

PANAS PANAS OOO PANAS




 
 
 
 
 
 KITA DAN  PANAS
Saya masih ingat lagi pada satu ketika  dahulu - dizaman saya kanak-kanak. Ada satu tahun bilamana musim buah telah gagal sampai ke kampong saya. Ketika itu saya dalam darjah tiga atau empat. Pada ketika itu kami anak-anak sekolah  tidak tahu  menahu tentang Jelebu - wilayah kampong kami - sebagai  daerah  yang paling panas dan kering di Malaysia.
 
Bila musim buah tak sampai - bila durian , manggis dan langsat tidak muncul muncul maka kami anak-anak sekolah mula bersembang dengan pelbagai pendapat. Pendapat dan pandangan yang pastinya kami pungut dari emak atau  abah atau dari datuk dan nenek.  Pendapat yang paling  menyakinkan saya pada ketika itu ialah musim buah gagal   sampai ke kampong kami kerana Datuk Undang Jelebu belum dilantik. Ditakdirkan ketika itu kerusi Undang Jelebu kosong.
 
Datuk Mendeka Menteri Akhir Zaman Undang Luak Jelebu ketua adat  yang pada anggapan kanak-kanak pastilah memiliki kuasa  atau ‘komat’ untuk membawa musim buah. Malah jika musim buah lumayan atau padi melempah ruah maka semuanya  pada anggapan kami kerana  Datuk Undang berjaya  menjaga daerah kami dengan baik.
Pada tahun 2016 ini - ketika panas sedang datang menyerang - masih ada sosok-sosok  yang memberi jawapan bahawa perubahan cuaca ini adalah kerana maksiat semakin menjadi-jadi dalam negara kita.  Ketika banjir besar melanggar Kelantan tahun lalu - kita terdengar juga hujah sademikian.  Bukan muncul dari mulut budak sekolah tetapi dari  yang alim lagi berani  mengaku ulamak.
Hujah-hujah sademikian sama tarafnya dengan hujah budak sekolah darjah tiga lima puluh tahun dahulu.Hujah hampeh yang tidak membawa apa-apa makna jika terkeluar dari mulut sosok dewasa yang berfikrah.
Pada tahun 2016 kita wajib memiliki kesedaran yang lebih ilmiah untuk memahami kenapa cuaca berubah. Menyalahkan maksiat atau sumpahan jin atau sumpah Mahsuri  atau  semua bala  dihantar oleh  Yang Maha Esa adalah jawapan karut. Jawapan sademikian tidak memberi apa-apa pencerahan dan manafaat  kepada umat manusia. Jauh sekali dapat menyelesaikan masalah.
Satu pekara yang wajib kita semua terima pada ketika ini : cuaca dunia telah berubah. Panas yang sampai ke wilayah kita ini akan berterusan. Pada tahap ini belum dapat dilihat bahawa cuaca yang dahulu akan kembali.  Panas yang ada hari ini berkemungkinan akan  menjadi lebih panas dan ganas.
Satu lagi pekara yang amat penting yang wajib kita semua terima ialah cuaca ini  berubah bukan kerana  ‘komat’  Datuk Undang Jelebu atau kerana maksiat atau kerana bala dari Tuhan.
Pada bulan Febuari 2016 yang lalu  telah dirakamkan  satu rekod kepanasan dunia  yang paling panas semenjak  bumi manusia ini wujud. Cuaca panas   inilah yang  sedang membawa bencana kepada umat manusia.
Kemarau telah dan sedang berlaku  dibeberapa negera -  di India, Somalia, Siam dan Uganda. Malah di Palau di Lautan Teduh telah juga diserang kemarau. 
Di Amerika - Sungai Colorado mulai susut. Di Carlifornia banyak telaga air kering. Di Eropah Tengah kemarau berpanjangan.  Di Honduras Amerika  Latin juga sedang mengalami kemarau.
Sungai Zambezi adalah  sungai terpenting di Afrika. Sungai  sepanjang 2574 kilometer ini bermula  di Zambia melintasi  Angola ,Namibia, Botswana,  Zimbabwe dan Mozambique sebelum masuk ke Lautan Hindi.  Sungai Zambezi ini bagitu penting kerana ianya mewujudkan lembah pertanian  subur seluas 1,390,000 kilometer  pesegi.  Ini lembah makanan Afrika. Sungai Zambezi ini untuk pertama kalinya dalam masa 30 tahun telah susut.
Manakala di Asia Tenggara - lembah selatan Sungai Mekong Vietnam  yang menjadi wilayah sawah padi  telah mengalami kemarau. Sungai Mekong telah juga susut pertama kali samenjak tahun 1926. 
Semua  berita kemarau dan keadaan cuaca yang saya tulis diatas  berlaku pada bulan Febuari hingga April 2016 ini. Pada bulan yang sama  juga untuk pertama kali dalam sejarah Malaysia - sekolah-sekolah  telah ditutup di Kedah dan Perlis kerana panas.
Lima enam tahun yang lalu - sebelum panas tahun ini menyerang, kita selalu mendengar nama El-Nino disebut-sebut. Akhbar ada melaporkan  kesampian El-Nino yang akan membawa panas.  Ramai juga  Pak Menteri menyebut-nyebut hal ini. Saya tidak tahu sama ada ini  hanya retorik politik yang mereka hamburkan apabila melihat kampong-kampong mulai kering kontang. Tetapi panas lima tahun dahulu tidak sepanas  minggu ini. Justeru lima tahun dahulu tidak ramai yang ambil pot tentang El-Nino.
 Justeru menjadi amal jariah kepada saya untuk memberi pencerahan tentang EL-Nino dan panas. Saya berharap anak semua bangsa mulai sedar kenapa kita dibakar dan apa yang sedang membakar  kita semua. Dan kenapa dunia terbakar. (Malah untuk saya - sebelum saya ke penjara - inilah jihad saya untuk memberi pencerahan seberapa  yang boleh.)
El-Nino ini ialah udara panas yang membawa pemanasan air di permukaan Laut Teduh  atau laut Pasifik di bahagain Khatulistiwa. Kawasan air laut panas ini termasuk  ke Laut Teduh di wilayah Amerika Latin. El-Nino ini bahasa Sepanyol - nama untuk Nabi   Isa dari Nazareth yang baru dilahirkan. El-Nino membawa udara panas sebelum Hari Krismas menyusul.
Pemanasan air laut ini menolak udara panas  naik ke atas dan menjemput udara sejuk yang dipanggil La Nina.   La Nina ini anak kecil perempuan dalam bahasa Sepanyol. La Nina membawa udara sejuk  berlawaan dengan El-Nino yang membawa panas.
EL-Nino dan La Nina ini bertembung. Pertembungan ini melahirkan  satu perubahan cuaca. Pengaruh dari tekan ini membawa tambahan hujan  i.e banjir. Atau mengurangkan hujan  i.e  kemarau.
Lalu persoalan timbul - kenapa Laut Teduh menjadi panas?
Laut Teduh  menjadi panas kerana wujudnya pemanasan dunia.  Kenapa wujud pemanasan dunia atau global warming? Inilah persoalan yang wajib kita tanya setiap saat apabila kita berhadapan dengan panas, kemarau atau banjir. Apa telah berlaku?
Pemanasan dunia atau global warming ini berpunca  dari  udara karbon diosida ( C02)  yang sedang menuntup ruang  atmospera kita.  Semenjak kun fi ya kun. Semenjak alam ini wujud CO2  wujud sama. CO2  lahir dari dedaun, hewan dan proses fotosentis tanaman.  Fotosentisis proses dimana deduan melalui cahaya matahari diwaktu siang  menyedut C02. Udara C02 yang  disedut oleh dedauan ini  dimuntahkan diwaktu malam sebagai oxygen yang kita perlukan untuk  bernyawa.
Untuk sekian lama - berjuta juta bilion tahun  wujud imbangan antara C02 dengan oygen. Dunia, haiwan, tanaman dan umat manusia hidup amat permai bersama alam.
Kini  imbangan  itu tidak wujud lagi.  Kenapa dan apa yang menyebabkan imbangan  terkocak dan tidak wujud lagi. Soalan sademikin adalah soalan  falsafah, soalan politik dan soalan ekonomi.
Pada hemat saya keseimbangan dunia hari ini telah dirosakkan oleh fikrah manusia itu sendiri. Keupayaan manusia berfikir telah membawa kerosakan yang maha sangat kepada alam ini. Manusia  satu jenis haiwan yang memiliki akal fikiran. Haiwan ini ingin tahu semua hukum-hukum alam. Haiwan ini berpendapat dengan mengetahui hukum alam maka alam akan dapat ditundukkan untuk keselesaan perjalanan  hidup umat manusia. 
Mengenal dan mengetahui hukum hukum alam ini dan kemudian berusaha untuk menundukkan alam menjadi satu pedoman. Ini dikenali sebagai  modeniti.  Falsafah modeniti inilah yang sedang membawa porak peranda kepada kita semua sekarang ini.
Kalau dahulu C02 hanya datang dari tumbuhan-tumbuhan. Hari ini C02 telah bertimbun  dan bergantang gantang keluar dari pembakaran fosil. Apa itu fosil? Fosil adalah bahan haiwan dan tumbuhan yang telah berjuta-juta tahun  terkambhus  dan tersimpan dalam perut bumi ini. Fosil  ini telah menjadi arang batu atau minyak petrolium. 
Penemuam arang batu sebagai bahan bakar telah boleh membakar air untuk  mewujudkan wap  telah berlaku 200 tahun dahulu. Wap  pula boleh menggerakkan injin.  Ini satu penemuan moden. 
Pada awal penemuan pembakaran arang baru manusia tidak mengetahui apa yang akan terjadi  200 tahun kemudian. Ketika itu manusia bergumbira kerana dapat bergerak dengan pantas ke wilayah yang jauh.  Manusia ada kereta dan keretapi. Ini tanda  utama modeniti.
Kemudian - bahan bakar petrolium ditemui. Ini 150 tahun dahulu. Petrolium juga adalah fosil. Dengan penuh kegumbiraan manusia  telah sekali lagi menyambut kedatangan petrol untuk mengambil alih peranan arang.    Modeniti dirayakan. 
Bahan bakar petrolium adalah menjadi asa tamadun moden. Malah tamadun kita hari ini adalah tamadun petrolium. Hari ini kehidupan manusia moden adalah kehidupan  petrolium. Apa sahaja yang kita usik, apa sahaja yang kita pakai, apa sahaja yang kita gunakan -  semuanya berasaskan bahan bakar petrol. Dari berus gigi hingga ke hidangan makanan yang kita nikamati - semuanya berasaskan bahan bakar petrol.
Fosil dibakar - i.e apabila arang batu atau minyak petrol dibakar untuk dijadikan tenaga. Keluara bersama tenaga ialah C02.  
Pada tahun 2016 keseimbangan sedutan oleh dedauan terhadap C02 tidak dapat berlaku lagi. Deduan , pokok tumbuhan dan  hutan yang bertanggung jawab membersihkan dan menukar C02 untuk menjadi oxygen  semakin berkurangan. CO2 yang dikeluaran kerana pembakaran fosil bertambah berkali ganda. Manuaia kini hidup dalam rumah kaca. Yang memagari kita ialah C02.
Data pada tahun 2014 menunjukkan dalam dunia kita hari ini telah wujud 2 bilion buah kereta. Ini data tahun 2014. Saya tidak tahu berapa  tambahan telah berlaku dlam masa dua tahun ini. Di Malaysia  dari laporan portal MotorTrader sahaja terdapat 21.25 juta jenis kereta bermotor yang telah berdaftar.  
Kegilaan manusia - anak semua bangsa untuk berkereta - tidak puas puas. Obsesi manusia dengan kereta tidak padam-padam. Ini tanda modeniti. Akhirnya di Malaysia Kancil  tidak lagi tinggal dalam hutan.  Kelisa  tidak lagi bernafas  dalam air. (TT)
 
 
 
 
 
 
NOTA
tulisan ini  telah disirakan
dalam SUARAN KEADILAN




-----------------

AL- FATIHAH PAK SAID




AL-FATIHAH


May 18, 2015

 Born Unfree
Not that I was not hungry
I refused the food.
Not that I was not sleepy...

I kept awake.

My ears keep hearing
the cry of an infant.

For months in solitary
it was a source of anxiety.
For hours to this moment
it is endless excitement.

Then came the news of
the arrival of my little one.

I am the father
robbed of my freedom
whose world has shrunk
into a dark little dungeon.

My child, just born
into a world yet unfree.


Said, 88, meninggal dunia kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini dan Allahyarham pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama 17 tahun di Singapura semasa era Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri Singapura
 























Amirx Abd Hadi
17 hrs

Terima berita menyedihkan. Jam 12.30 tgh hari tadi, Pak Said Zahari, bekas Ketua Editor Utusan Melayu, pergi meninggalkan kita semua.
Beliau ditahan dibawah ISA selama 17 tahun. Terlibat mengetuai mogok membantah UMNO menguasai Utusan Melayu.
Selamat pergi, Pak Said Zahari.

-----------