Selasa, 6 September 2016

KE RUMAH PASONG SEKALI LAGI




PAGI INI

JAM 11 GUA

KE RUMAH

PASONG 

DANG WANGI 

SEKALI LAGI

  1. ESOK: 6 Sep, 11 pagi - dipanggil polis Dang Wangi utk Himpunan





------------

BACA SEKALI LAGI - TEORI UNITED FRONT
















KOMENTAR

hari ini kemelut politik
hari krisis politik
hari ini krisis ekonomi
hari ini krisis keyakinan
semakin parah
malaysia dalam suasana kacau
malaysia telah tergelincir
dari niat dan cita cita
penubuhan bumi manusia ini

malaysia sedang 
menghadapi malapetaka

anak semua bangsa
bangsa semua agama
warga bumi  manusia ini
sedang tertanya tanya
arah dan tujuan negara

justeru:
jalan keluar sedang dicari
pelbagai suara mula didengar

maka tukar tiub
mengeluarkan kembali
satu tulisan dari arkib
mengenai teori barisan bersatu
teori united front 
dalam kerja politik

tulisan ini telah disiarkan
dalam suara keadilan
dalam malaysia kini
pada 24/02/2015 dahulu

dirasakan tulisan ini
wajib dibaca sekali lagi
untuk kita sesama
mendapat pencerahan



 MENGGALANG 
BARISAN BERSATU

Dalam politik tidak ada musuh abadi. Dalam politik yang wujud hanya kepentingan abadi. Perjuangan adalah pertempuran untuk mencapai dan mengkotakan cita-cita abadi. Dalam perjuangan : Musuh kepada musuh kita adalah kawan kita. Permusuhan TIDAK berterusan. Setiakawan hanya dalam kancah perjuangan.

Jika terlupa falsafah ini ; jika tidak menggunakan strateji berasaskan falsafah ini maka perjuangan akan gagal. Perjuangan yang gagal adalah perjuangan yang tidak sampai kepada apa yang dicita. Kegagalan membawa malapetaka yang hebat.
Saksi dan rasakan : malapetaka yang telah menimpa negara kita ini semenjak penjajah British mengundurkan diri pada tahun 1957. Malapetaka ini kita rasakan hingga ke saat ini. Malapetaka ini lahir akibat dari kegagalan Kaum Kiri, Kaum Nasionalis, Kaum Progresif dan Kaum Agamawan untuk menggalang perserikatan Barisan Bersatu/United Front yang luas untuk mendobrak musuh yang sama.

Sebagai contoh : mari kita lihat sejarah Kota Melaka – kota metropolis dan kota ekonomi kurun ke 13 – satelah ianya jatuh ke tangan penjajah. Sejarah merakamkan tentang percubaan dari Acheh, dari Johor , dari Majapahit untuk melawan Portugis dan Belanda.

Kita juga membaca fakta sejarah bagaimana Acheh menyerang Belanda. Kita membaca bagimana Raja dan rakyat Johor berjuang menyerang Belanda untuk menawan Melaka. Tetapi kedua-dua Kerajaan Melayu ini tidak menggalang Barisan Bersatu. Malah dua negera Melayu ini beramok dan beperang sesama sendiri. Hasilnya Belanda TIDAK tewas.

Apa itu Barisan Besatu atau United Front?

Untuk memahami teori ini mari kita melihat sejarah dunia moden. Kita akan bertemu dengan teori dan bagimana teori politik ini diguna pakai dalam kancah perjuangan.

Apa itu perang? Perang ialah penerusan perbalahan yang tidak dapat diselesaikan di meja rundingan. Perang ialah perebutan punca punca ekonomi. Politik ialah manifestasi perebutan punca-punca ekonomi.

Justeru, Perang Dunia Kedua ialah Perang Kuasa Penjajah yang berbalah merebut tanah-tanah jajahan di Asia, Afrika dan Amerika Latin. Merebut tanah jajahan untuk mendapatkan hasil bumi. Untuk membajak telaga minyak, lombong bijeh, kayu kayan, rempah rampai, lombong emas dan intan berlian. Inilah yang direbutkan oleh kuam imperialis. Perang Dunia Kedua ialah Perang Kuasa Imperialis.

Pada tahun 1939 – Dunia dipecah dua blok. Blok yang dipimpin oleh kuasa imperial British dan blok Fasis. Blok Fasis di Eropah diwakili oleh German dan Itali. Di Asia diwakili oleh Jepun. Blok fasis ini dianggap musuh kerana negara-negara ini tidak mahu tunduk dibawah telunjuk Britain. Great Britain pada ketika itu adalah negara imperialis terbesar dan memiliki bala tentera terkuat.

Dimana munculnya teori Barisan Bersatu? Sebelum pecah perang Kaum Komunis, Sosialis, Agamawan dan Kaum Progresif telah berbicang akan cara untuk menghadapi perang yang akan pecah. Great Britain adalah kepala imperialis yang tidak jauh bezanya dari perangai Nazi German , Itali dan Jepun. Kesemuanya mengamalkan sistem kapitalis.

Pada ketika itu satu jalur pemikiran muncul. Satu strateji politik lahir untuk berhadapan dengan malapetaka perang dunia. Jalan terbaik untuk menyelamatkan umat manusia dari kehancuran dan langkah untuk memukul tamat bencana perang. Kaum Kiri telah sepakat mendirikan Barisan Bersatu/United Front menentang kaum Fasis.

Kita melihat musuh ketat – Churchil, Stalin dan Roosevelt duduk sameja membicang cara terbaik untuk melawan Hitler. Musuh kepada musuh adalah sahabat. Ini dinamakan United Front. Ini bererti bekerjasama dengan kuasa imperialis.

Justeru kita melihat Gerila Komunis dan Nasionalis yang anti-Nazi di Peranchis, di Greek, di Itali – yang bergerak dibawah tanah bekerja sama dengan tentera British dan soldadu Amerika. Tentera British adalah musuh lama mereka. Tetapi dalam strateji menggalang Barisan Bersatu musuh lama ini menjadi kawan baru.

Kita juga melihat stratiji politik yang sama telah dijalankan di negara China. Parti Komunis China yang dipimpin oleh Mao Zedong adalah musuh ketat Parti Koumintang yang dipimpin oleh Chiang Kai-shek. Dua parti ini membawa dua jalur pemikiran – kiri dan kanan.

Koumintang dan Parti Komunis China berperang merebut wilayah untuk mendirikan China baru yang merdeka. Perang ini adalah perang saudara. Tetapi apabila Fasis Jepun melanggar China pada tahun 1936 Mao Zedong dan Chiang Kai-shek menjadi kawan. Kedua musuh ini bersatu untuk mendirikan United Front melawan Fasis Jepun.

Bayangkan Mao Zedong melupakan semua jenayah Koumintang yang ganas lagi zalim. Malah isteri Mao sendiri telah dibunuh oleh soldadu Ching Kai-sheik pada tahun 1930. Semua dilupakan untuk menuju ke Barisan Bersatu.

Pekara yang sama – saperti di Eropah - telah berlaku di Tanah Melayu. Sebelum Pecah Perang Dunia Kedua – musuh utama rakyat Malaya ialah penjajah dari Eropah - Portugis, Belanda dan British. Sebelum 1939 kita membaca buku sejarah yang memperlihatkan bagaimana kuasa kolonial British merampok dan menjarah harta kekayaan Tanah Melayu. Warga di tanah jajahan menjadi hamba yang bekerja untuk Baginda Queen.

Ketika British menjajah kita melihat gerakan anti-British dari Kaum Kiri, Kaum Agamawan dan Kaum Nasionalis. Mereka berpolitik bangun berjuang menentang British.

Tetapai apabila Perang Dunia Kedua Pecah muncul Barisan Besatu dalam bentuk kerjasama antara Pasukan Rakyat Malaya Anti Jepun dengan kuasa kolonial British. Malah kuasa kolonial British telah menghantar senjata untuk para pejuang anti-Jepun. Gerakan anti-fasis Jepun ini dipimpian oleh Parti Komunis Malaya (PKM). PKM ini adalah musuh ketat penjajah British. Musuh utama PKM ialah penjajah British tetapi dalam usaha melawan fasis Jepun musuh lama boleh berkerjasama. Ini dinamakan United Front/Barisan Bersatu.

Kenapa saya menyingkap babak-babak sejarah ini? Apa sangkut pautnya dengan politik Malaysia hari ini? Apa kaitan apa yang saya tulis ini sedangkan Anwar Ibrahim dalam penjara.

Waspada! Semua ini menjurus kepada pembebasan Anwar Ibrahim. Sebelum dirungkai mendalam - wajib difahami – siapa musuh utama dan siapa musuh sampingan. Dalam teori politik - apa dia kontradiksi utama dan apa dia kontradiksi sampingan. Memahami siapa musuh utama amat-amat penting dalam menggalang Barisan Bersatu.

Ketika Anwar dipenjara musuh utama kita ialah Najib dan Rosmah. Dua sosok ini sedang membawa porak peranda kepada tanah air kita. Najib dan Rosmah sedang memusnahkan ekonomi negara. Selain dari sosok Najib dan Rosmah adalah musuh sampingan yang kecil. Justeru semua senjata, semua tenaga dan semua gerak kerja ialah untuk menumbangkan Najib dan Rosmah.

Justeru - ada berita melaporkan telah 'berlaku' pertemuan Menteri Besar Selangor Azmin Ali dengan Mahathir Muhamad di London. Jika ianya telah terjadi maka ini bermakna telah ada langkah untuk menggalang Barisan Bersatu untuk menjatuhkan Najib dan Rosmah. Ini satu langkah politik yang tepat.

Sama ada berita ini saheh atau hanya khabar angin ianya TIDAK penting. Apa yang penting ialah berita ini adalah contoh garis politik yang dinamakan menggalang Barisan Bersatu atau United Front.

Seramai 52% warga Malaysia mahu Najib dan Rosmah undur. Ini tuntutan majoriti. Pakatan Rakyat mahu kuasa politik Najib dan Rosmah di hapuskan, Parti Keadilan Rakyat mahu mengulingkan Najib dan Rosmah. Anak Muda Malaysia mahu Najib dan Rosmah di tangkap. Mahathir Muhamad mahu menjatuhkan Najib dari menjadi Perdana Menteri Malaysia. Sanusi Joned, bersama Daim Zainuddin bersama Kadir Jasin mahu menggulingkan Najib dan Rosmah.

Jelas kita semua memiliki kepentingan bersama untuk menggulingkan Najib dan Rosmah. Kontradiksi induk ialah Najib dan Rosmah. Musuh utama yang mengikat kita berkerja sama dengan Mahathir Muhamad ialah Najib dan Rosmah. Ini adalah kepentingan politik bersama.

Maka jika Azmin Ali ingin mendirikan Barisan Bersatu dengan Mahathir Muhamad maka ianya wajib mendapat sokongan politik dari 52% warga Malaysia. Sokongan diberikan kerana inilah garis politik yang tepat.

Mahathir mahu Najib dijatuhkan agar United Malays National Organisation dapat diselamatkan. Kita mahu Najib dan Rosmah digulingan kerana kita mewakili 52% yang menjadi majoriti yang berhak mentadbir Malaysia. Kemenangan dalam PRU13 telah ditipu dan dicuri dari 52% rakyat Malaysia.

Majoriti rakyat Malaysia tahu Najib dan Rosmah terlibat dalam kes bunuh Altantuya. Majoriti rakyat Malaysia tahu Anwar Ibrahim dipenjara kerana konspirasi dan rancangan Najib dan Rosmah.

Justeru dua sosok ini adalah musuh rakyat Malaysia. Pelbagai jalur politik rakyat Malaysia sedang melihat Najib dan Rosmah sebagai satu musuh utama. Ini sama saperti Stalin, Churchill dan Roosevelt melihat Hitler. Ini samalah saperti Mao dan Chiang Kai-sheik melihat Emperor Jepun. Ini samalah saperti Rashid Maidin dan Chin Peng bersama Baginda Queen melihat General Yamashita.

Lebai Desas bin Haji Desus telah berkata bahawa Mahathir Muhamad mahu Najib dan Rosmah diundurkan dalam bulan March ini. Ini adalah berita baik. Mengikut Lebai Desas banyak persiapan telah diatur. Malah Si Sirul pembunuh yang diupah untuk membunuh Altantuya itu juga 'dibaca' sebagai satu perancangan untuk menjerut leher Najib.

Amat jelas dalam strateji politik hanya dengan mendirikan Barisan Bersatu berkemungkinan dapat dijatuhkan beban berat yang sedang menimpa 28 juta warga Malaysia. Hanya dengan Barisan Bersatu Najib dan Rosmah dapat digulingkan. Hanya dengan bekerja sama dengan semua pihak wujud kemungkinan Malaysia ini dapat letakkan kembali keatas jalan yang betul.

Menggalang Barisan Bersatu bertujuan untuk menamatkan malapetaka yang sedang kita hadapi. Penggalangan ini juga akan memastikan Anwar Ibrahim bebas dari penjara. (TT)



NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa mahu melanggan akhbar minguan ini
sila pukul talipon:
03-92-21-30-45





------------

KALAU CIPRAK BIAR PI LAAA







MAHATHIR 

TERDESAK?


KOMENTAR
semua satu irama
semua satu skrip
semua kata mahathor terdesak

kalau cik gu bard
kalau lokman adam
kata kita faham
tapi menteri mula komen
ketua menteri mula komen
semua beri pandangan
semua kata mahathir terdesak

ini bermakna TERDESAK 
memang betul tidak salah

mahathir terdesak
pembangkang terdesak
ngo terdesak
siswa terdesak

semua TERDESAK untuk cepat
menghumbankan najib
tak boleh tunggu lama lama
tak boleh nanti nanti
hancur negara

malaysia juga terdesak
satu malaysia terdesak
anak semua bangsa terdesak

FBI terdesak
loretta lynch peguam negara amerika
sedang terdesak
andrew mccabe timblan FBI amerik
sednag terdesak
peguam negara swiss terdesak

semua sedang MENDESAK
semua sedang mengasak
najib  di tangkap
semua mendesak 
najib di dakwa

satu malaysia di desak
untuk mendesak najib undur

ada faham?


'Jelas betapa terdesaknya Mahathir'

KUALA LUMPUR - Kehadiran Mahathir Mohamad di mahkamah hari ini sebagai tanda memberi sokongan kepada bekas ketua pembangkang,  Anwar Ibrahim, menunjukkan betapa terdesaknya keadaan yang sedang dihadapi bekas perdana menteri itu.

Malah kata Menteri Komunikasi dan Multimedia,  Salleh Said Keruak, perkara itu bukanlah sesuatu yang amat memeranjatkan.    

"Inilah apa yang kita panggil kepentingan politik. Ia jelas menunjukkan betapa terdesaknya Mahathir," kata beliau dalam laman blognya sskeruak.blogspot.my.

Anwar lebih tahu 'hati perut'  Mahathir
KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pembangkang,  Anwar Ibrahim lebih mengetahui sifat sebenar bekas Perdana Menteri,  Mahathir Mohamad.

Demikian reaksi Ketua Umno Bahagian Pulai,  Nur Jazlan Mohamed ketika diminta mengulas soal kandungan surat lapan muka surat yang ditulis Anwar menyentuh soal kerjasama pembangkang dengan Tun Mahathir.


Mahathir, Anwar akan saling ‘berbunuh’ akhirnya
Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata Mahathir terdesak
manakala Anwar pula tidak akan lupa perbuatan gurunya itu. More ››
   
Salam Mahathir mungkin berbisa untuk Anwar, kata Salleh
Bendahari Umno berkata melihat  Mahathir bersalaman 
dengan Anwar hari ini sama seperti pada 1998, sehari sebelum  Mahathir... More ››

  
Bertemu Anwar, 2 bekas aktivis reformasi anggap Dr M terdesak

PETALING JAYA: Dua bekas aktivis reformasi menyifatkan pertemuan antara Mahathir Mohamad dengan bekas timbalannya, Anwar Ibrahim hari ini membuktikan bekas perdana menteri itu sudah terdesak.

Mereka berkata Mahathir kehilangan punca dalam usahanya menentang Najib menyebabkan beliau mengambil tindakan bertemu Anwar.

Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia Badrul Hisham Shaharin berkata pertemuan itu tidak akan membawa apa-apa makna selagi Mahathir tidak memohon maaf  kepada Anwar dan rakyat Malaysia.

“Mahathir tiada jalan lain untuk berdepan dengan suasana politik kini yang sudah betul-betul santak ke dinding.


Sementara itu, ahli pemikir UMNO  Lokman Noor Adam menyatakan rasa terkejutnya terhadap perkembangan itu.

“Mahathir yang saya kenal dan lawan selama 18 tahun adalah seorang yang cukup tinggi egonya. Ini menunjukkan beliau terlalu terdesak, dan kehabisan idea untuk menjatuhkan Najib kecuali dengan bersama orang yang pernah dipecat dan hina.

“Jika Anwar sanggup memaafkan dan bersatu dengan Dr Mahathir sekalipun, pembangkang tetap tidak akan mempunyai satu suara untuk berdepan BN dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang,” katanya yang kini menjadi panel pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).

PASAI APA

CAKAP SAMA

PASAI APA

SATU SKRIP

PASAI APA

MENTERI KOMEN

KALAU CIPRAK

BIAR PI LAAA

KAH KAH KAH



Dr M, Anwar akan saling ‘berbunuh’ akhirnya
Robin Augustin | September 5, 2016

Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata Mahathir terdesak
manakala Anwar pula tidak akan lupa perbuatan gurunya itu. More ››

 
Salam Mahathir mungkin berbisa untuk Anwar, kata Salleh
Minderjeet Kaur | September 5, 2016

Bendahari Umno berkata melihat Dr Mahathir bersalaman
dengan Anwar hari ini sama seperti pada 1998, sehari sebelum Dr Mahathir... More ››

 
Bertemu Anwar, 2 bekas aktivis reformasi anggap Dr M terdesak
Aedi Asri and Adam Abu Bakar | September 5, 2016

Bekas pemimpin PKR berkata pertemuan  Mahathir Mohamad dan  Anwar Ibrahim tidak bermakna selagi bekas perdana... More ››

------------

MEMAHAMI APA YANG SEDANG BERLAKU




KITA TUNGGU
Ku suka, kita tunggu Dan lihat. Tangkap MO1 on BARISAN BERSATU
Ayah Man
on 9/5/16

TURKEY BERBAIK DENGAN RUSIA
jgn lupa, pada ketika dan saat ini, turkey yg pernah menembak pesawat rusia, kini mula berbaik2 dgn rusia.amerika dilihat kehilangan arah, seolah2 bincat emas sudah hilang dari jari jemari.fbi kini juga sedang membuka fail2 email hilary.donald trump dijangka menang dan hilary dipenjarakan sama seperti najib akan dipenjarakan tetapi bukan anwar jd perdana menteri baru..zahid hamidi sedang menubuhkan front line dgn baju merah..ini taktik sama dgn pak lah..pak lah ada kaki pukul pukida, zahid ada baju merah..yg melompat2 adalah purkasa.. on BACA SEKALI LAGI - TEORI UNITED FRONT
Anonymous
on 9/5/16

DIPANJANGKAN
thumb up bro isham..tulisan anda penuh semiotik..gagal mbaca bermakna terbangang la seketika..isyarat2 sudah dihantar..ibarat sirih pulang ke gangang, ibarat ngantuk disorong bantai..ibarat anak dan bapa, ibarat guru dan murid..dua2nya sama setuju melawan MKN..dua2nya setuju melawan agung baru..

agung yg ada pun sudah tua dan tiada daya, diselatan pula menyalak lagu puteri gunung ledang entahkan iya entah mitos ntah apa apa ntah..ibarat pkm bersatu dgn british, ibarat melayu islam menjadi soldadu kpd pesuruhjaya tinggi, ibarat kaum tiongkok bersatu melawan jepun..

ini surah yg perlu dipanjangkan kpd anak bangsa malaysia..semoga bro tt mendapat pahala yg sama seperti haji mabrur..bukan macam pak syeikh yg tungang langang dgn binaan binatang, kisah isap vape, kisah ruu buku 35..jgn harap pas akan paham sb pas sekarang tgh google translate saman dari bahasa arab ke english versi james bond.. on BACA SEKALI LAGI - TEORI UNITED FRONT
Anonymous
on 9/5/16

SAPUMAN  HANTU
MASHA ALLAH INI MACAM PADU NYA UMAT MELAYU MALAYSIA MAT LOL aka SAPUMAN aka NAJIS aka TAIK aka SHIT Ada sakit jantung jugak nanti TUNGGU lihat REBAH HIDUP REBAH !!!!!!!!!!!!!! Wawasan AnwarTUN jadi kan 1Dolar 1Rengget HIDUP TUN !!!!!!!!!!! HIDUP ANWAR !!!!!!!!!!!!!!! Alamak Ada BON BON ??????? Chabut...... Chabut...... Chabut........ Ada Hantu...... Hantu..... Hantu...... on BARISAN BERSATU
Anonymous
on 9/5/16








-----------

NAJIB TAKUT PADA SUAMI



NAJIB TAKUT PADA SUAMI
najib takut kpd suaminya rosmah mansur..rosmah dgn ikhlas hati tidak akan memadukan najib..walaupun najib pernah entota altantuya semasa diatas unta di kazastan, maka semua itu telah dimaafkannya..ini bukti rosmah mansur suami yg cool, penyayang dan bertolak ansur tp barangan jenama nya tiada la dibeli secara ansuran melainkan cash belaka..cash is king but king not kong .. on NAJIB TAKUT PADA SIAPA?
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 9/5/16




------------

JANGAN LUPA







KEMPEN 

MELAWAN LUPA




--------------