KOMENTAR
hari ini kemelut politik
hari krisis politik
hari ini krisis ekonomi
hari ini krisis keyakinan
hari krisis politik
hari ini krisis ekonomi
hari ini krisis keyakinan
semakin parah
malaysia dalam suasana kacau
malaysia telah tergelincir
dari niat dan cita cita
penubuhan bumi manusia ini
malaysia sedang
menghadapi malapetaka
anak semua bangsa
bangsa semua agama
warga bumi manusia ini
sedang tertanya tanya
arah dan tujuan negara
justeru:
jalan keluar sedang dicari
pelbagai suara mula didengar
maka tukar tiub
mengeluarkan kembali
satu tulisan dari arkib
mengenai teori barisan bersatu
teori united front
dalam kerja politik
tulisan ini telah disiarkan
dalam suara keadilan
dalam malaysia kini
pada 24/02/2015 dahulu
dirasakan tulisan ini
wajib dibaca sekali lagi
untuk kita sesama
mendapat pencerahan
MENGGALANG
BARISAN BERSATU
Dalam
politik tidak ada musuh abadi. Dalam politik yang wujud hanya
kepentingan abadi. Perjuangan adalah pertempuran untuk mencapai dan
mengkotakan cita-cita abadi. Dalam perjuangan : Musuh kepada musuh
kita adalah kawan kita. Permusuhan TIDAK berterusan. Setiakawan
hanya dalam kancah perjuangan.
Jika terlupa falsafah ini ; jika tidak menggunakan strateji berasaskan falsafah ini maka perjuangan akan gagal. Perjuangan yang gagal adalah perjuangan yang tidak sampai kepada apa yang dicita. Kegagalan membawa malapetaka yang hebat.
Jika terlupa falsafah ini ; jika tidak menggunakan strateji berasaskan falsafah ini maka perjuangan akan gagal. Perjuangan yang gagal adalah perjuangan yang tidak sampai kepada apa yang dicita. Kegagalan membawa malapetaka yang hebat.
Saksi
dan rasakan : malapetaka yang telah menimpa negara kita ini semenjak
penjajah British mengundurkan diri pada tahun 1957. Malapetaka ini
kita rasakan hingga ke saat ini. Malapetaka ini lahir akibat dari
kegagalan Kaum Kiri, Kaum Nasionalis, Kaum Progresif dan Kaum
Agamawan untuk menggalang perserikatan Barisan Bersatu/United Front
yang luas untuk mendobrak musuh yang sama.
Sebagai
contoh : mari kita lihat sejarah Kota Melaka – kota metropolis
dan kota ekonomi kurun ke 13 – satelah ianya jatuh ke tangan
penjajah. Sejarah merakamkan tentang percubaan dari Acheh, dari
Johor , dari Majapahit untuk melawan Portugis dan Belanda.
Kita
juga membaca fakta sejarah bagaimana Acheh menyerang Belanda. Kita
membaca bagimana Raja dan rakyat Johor berjuang menyerang Belanda
untuk menawan Melaka. Tetapi kedua-dua Kerajaan Melayu ini tidak
menggalang Barisan Bersatu. Malah dua negera Melayu ini beramok dan
beperang sesama sendiri. Hasilnya Belanda TIDAK tewas.
Apa
itu Barisan Besatu atau United Front?
Untuk
memahami teori ini mari kita melihat sejarah dunia moden. Kita akan
bertemu dengan teori dan bagimana teori politik ini diguna pakai
dalam kancah perjuangan.
Apa
itu perang? Perang ialah penerusan perbalahan yang tidak dapat
diselesaikan di meja rundingan. Perang ialah perebutan punca punca
ekonomi. Politik ialah manifestasi perebutan punca-punca ekonomi.
Justeru,
Perang Dunia Kedua ialah Perang Kuasa Penjajah yang berbalah merebut
tanah-tanah jajahan di Asia, Afrika dan Amerika Latin. Merebut tanah
jajahan untuk mendapatkan hasil bumi. Untuk membajak telaga minyak,
lombong bijeh, kayu kayan, rempah rampai, lombong emas dan intan
berlian. Inilah yang direbutkan oleh kuam imperialis. Perang Dunia
Kedua ialah Perang Kuasa Imperialis.
Pada
tahun 1939 – Dunia dipecah dua blok. Blok yang dipimpin oleh kuasa
imperial British dan blok Fasis. Blok Fasis di Eropah diwakili oleh
German dan Itali. Di Asia diwakili oleh Jepun. Blok fasis ini
dianggap musuh kerana negara-negara ini tidak mahu tunduk dibawah
telunjuk Britain. Great Britain pada ketika itu adalah negara
imperialis terbesar dan memiliki bala tentera terkuat.
Dimana
munculnya teori Barisan Bersatu? Sebelum pecah perang Kaum Komunis,
Sosialis, Agamawan dan Kaum Progresif telah berbicang akan cara untuk
menghadapi perang yang akan pecah. Great Britain adalah kepala
imperialis yang tidak jauh bezanya dari perangai Nazi German , Itali
dan Jepun. Kesemuanya mengamalkan sistem kapitalis.
Pada
ketika itu satu jalur pemikiran muncul. Satu strateji politik lahir
untuk berhadapan dengan malapetaka perang dunia. Jalan terbaik untuk
menyelamatkan umat manusia dari kehancuran dan langkah untuk memukul
tamat bencana perang. Kaum Kiri telah sepakat mendirikan Barisan
Bersatu/United Front menentang kaum Fasis.
Kita
melihat musuh ketat – Churchil, Stalin dan Roosevelt duduk sameja
membicang cara terbaik untuk melawan Hitler. Musuh kepada musuh
adalah sahabat. Ini dinamakan United Front. Ini bererti bekerjasama
dengan kuasa imperialis.
Justeru
kita melihat Gerila Komunis dan Nasionalis yang anti-Nazi di
Peranchis, di Greek, di Itali – yang bergerak dibawah tanah
bekerja sama dengan tentera British dan soldadu Amerika. Tentera
British adalah musuh lama mereka. Tetapi dalam strateji menggalang
Barisan Bersatu musuh lama ini menjadi kawan baru.
Kita
juga melihat stratiji politik yang sama telah dijalankan di negara
China. Parti Komunis China yang dipimpin oleh Mao Zedong adalah
musuh ketat Parti Koumintang yang dipimpin oleh Chiang Kai-shek.
Dua parti ini membawa dua jalur pemikiran – kiri dan kanan.
Koumintang
dan Parti Komunis China berperang merebut wilayah untuk mendirikan
China baru yang merdeka. Perang ini adalah perang saudara. Tetapi
apabila Fasis Jepun melanggar China pada tahun 1936 Mao Zedong dan
Chiang Kai-shek menjadi kawan. Kedua musuh ini bersatu untuk
mendirikan United Front melawan Fasis Jepun.
Bayangkan
Mao Zedong melupakan semua jenayah Koumintang yang ganas lagi zalim.
Malah isteri Mao sendiri telah dibunuh oleh soldadu Ching Kai-sheik
pada tahun 1930. Semua dilupakan untuk menuju ke Barisan Bersatu.
Pekara
yang sama – saperti di Eropah - telah berlaku di Tanah Melayu.
Sebelum Pecah Perang Dunia Kedua – musuh utama rakyat Malaya ialah
penjajah dari Eropah - Portugis, Belanda dan British. Sebelum 1939
kita membaca buku sejarah yang memperlihatkan bagaimana kuasa
kolonial British merampok dan menjarah harta kekayaan Tanah Melayu.
Warga di tanah jajahan menjadi hamba yang bekerja untuk Baginda
Queen.
Ketika
British menjajah kita melihat gerakan anti-British dari Kaum Kiri,
Kaum Agamawan dan Kaum Nasionalis. Mereka berpolitik bangun berjuang
menentang British.
Tetapai
apabila Perang Dunia Kedua Pecah muncul Barisan Besatu dalam bentuk
kerjasama antara Pasukan Rakyat Malaya Anti Jepun dengan kuasa
kolonial British. Malah kuasa kolonial British telah menghantar
senjata untuk para pejuang anti-Jepun. Gerakan anti-fasis Jepun ini
dipimpian oleh Parti Komunis Malaya (PKM). PKM ini adalah musuh ketat
penjajah British. Musuh utama PKM ialah penjajah British tetapi
dalam usaha melawan fasis Jepun musuh lama boleh berkerjasama. Ini
dinamakan United Front/Barisan Bersatu.
Kenapa
saya menyingkap babak-babak sejarah ini? Apa sangkut pautnya dengan
politik Malaysia hari ini? Apa kaitan apa yang saya tulis ini
sedangkan Anwar Ibrahim dalam penjara.
Waspada!
Semua ini menjurus kepada pembebasan Anwar Ibrahim. Sebelum
dirungkai mendalam - wajib difahami – siapa musuh utama dan siapa
musuh sampingan. Dalam teori politik - apa dia kontradiksi utama dan
apa dia kontradiksi sampingan. Memahami siapa musuh utama amat-amat
penting dalam menggalang Barisan Bersatu.
Ketika
Anwar dipenjara musuh utama kita ialah Najib dan Rosmah. Dua sosok
ini sedang membawa porak peranda kepada tanah air kita. Najib dan
Rosmah sedang memusnahkan ekonomi negara. Selain dari sosok Najib
dan Rosmah adalah musuh sampingan yang kecil. Justeru semua senjata,
semua tenaga dan semua gerak kerja ialah untuk menumbangkan Najib
dan Rosmah.
Justeru
- ada berita melaporkan telah 'berlaku' pertemuan Menteri Besar
Selangor Azmin Ali dengan Mahathir Muhamad di London. Jika ianya
telah terjadi maka ini bermakna telah ada langkah untuk menggalang
Barisan Bersatu untuk menjatuhkan Najib dan Rosmah. Ini satu langkah
politik yang tepat.
Sama
ada berita ini saheh atau hanya khabar angin ianya TIDAK penting. Apa
yang penting ialah berita ini adalah contoh garis politik yang
dinamakan menggalang Barisan Bersatu atau United Front.
Seramai
52% warga Malaysia mahu Najib dan Rosmah undur. Ini tuntutan
majoriti. Pakatan Rakyat mahu kuasa politik Najib dan Rosmah di
hapuskan, Parti Keadilan Rakyat mahu mengulingkan Najib dan Rosmah.
Anak Muda Malaysia mahu Najib dan Rosmah di tangkap. Mahathir Muhamad
mahu menjatuhkan Najib dari menjadi Perdana Menteri Malaysia. Sanusi
Joned, bersama Daim Zainuddin bersama Kadir Jasin mahu menggulingkan
Najib dan Rosmah.
Jelas
kita semua memiliki kepentingan bersama untuk menggulingkan Najib dan
Rosmah. Kontradiksi induk ialah Najib dan Rosmah. Musuh utama yang
mengikat kita berkerja sama dengan Mahathir Muhamad ialah Najib dan
Rosmah. Ini adalah kepentingan politik bersama.
Maka
jika Azmin Ali ingin mendirikan Barisan Bersatu dengan Mahathir
Muhamad maka ianya wajib mendapat sokongan politik dari 52% warga
Malaysia. Sokongan diberikan kerana inilah garis politik yang tepat.
Mahathir
mahu Najib dijatuhkan agar United Malays National Organisation dapat
diselamatkan. Kita mahu Najib dan Rosmah digulingan kerana kita
mewakili 52% yang menjadi majoriti yang berhak mentadbir Malaysia.
Kemenangan dalam PRU13 telah ditipu dan dicuri dari 52% rakyat
Malaysia.
Majoriti
rakyat Malaysia tahu Najib dan Rosmah terlibat dalam kes bunuh
Altantuya. Majoriti rakyat Malaysia tahu Anwar Ibrahim dipenjara
kerana konspirasi dan rancangan Najib dan Rosmah.
Justeru
dua sosok ini adalah musuh rakyat Malaysia. Pelbagai jalur politik
rakyat Malaysia sedang melihat Najib dan Rosmah sebagai satu musuh
utama. Ini sama saperti Stalin, Churchill dan Roosevelt melihat
Hitler. Ini samalah saperti Mao dan Chiang Kai-sheik melihat Emperor
Jepun. Ini samalah saperti Rashid Maidin dan Chin Peng bersama
Baginda Queen melihat General Yamashita.
Lebai
Desas bin Haji Desus telah berkata bahawa Mahathir Muhamad mahu Najib
dan Rosmah diundurkan dalam bulan March ini. Ini adalah berita baik.
Mengikut Lebai Desas banyak persiapan telah diatur. Malah Si Sirul
pembunuh yang diupah untuk membunuh Altantuya itu juga 'dibaca'
sebagai satu perancangan untuk menjerut leher Najib.
Amat
jelas dalam strateji politik hanya dengan mendirikan Barisan Bersatu
berkemungkinan dapat dijatuhkan beban berat yang sedang menimpa 28
juta warga Malaysia. Hanya dengan Barisan Bersatu Najib dan Rosmah
dapat digulingkan. Hanya dengan bekerja sama dengan semua pihak wujud
kemungkinan Malaysia ini dapat letakkan kembali keatas jalan yang
betul.
Menggalang
Barisan Bersatu bertujuan untuk menamatkan malapetaka yang sedang
kita hadapi. Penggalangan ini juga akan memastikan Anwar Ibrahim
bebas dari penjara. (TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa mahu melanggan akhbar minguan ini
sila pukul talipon:
03-92-21-30-45
------------
12 ulasan:
TT...Bagaimana dengan topik 'Hari-hari Saekor Najib'?
Bila agaknya ekor Najib akan tercabut kerana beratnya menarik saekor badak.
kah kah kah
Gambar Najib dan Ziana Zain pergi mahkamah tinggi syariah Seremban ada tak sesiapa simpan kalau ada kasi viral biar seluruh persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak tengok. Biar makcik dan pakcik Felda terkejut beruk, biar orang Melayu di kampung ternganga mulut tengok gambar tu.
Asyik buLan March jer TT...
TT dengan buLan March
Najik dengan hari seLasa...
MoLek Lah tuuu...
Senang candat sotong...!!
Tt,den goma amik baco "hari-hari akhir seekor dolah..dolah lupo pakai selipar"..apo kato kau buek cito pasal najib pulak..
Mcm mn kau boleh dpt idea buat surah mcm ni TT..meremang bulu bulu gwa baca..buat lg TT..buat lg..dn buat lg..sampai mati..
ini dah kira bonus...cari cari n kirim kan.....ayoh sahabat sahabatku...
thumb up bro isham..tulisan anda penuh semiotik..gagal mbaca bermakna terbangang la seketika..isyarat2 sudah dihantar..ibarat sirih pulang ke gangang, ibarat ngantuk disorong bantai..ibarat anak dan bapa, ibarat guru dan murid..dua2nya sama setuju melawan MKN..dua2nya setuju melawan agung baru..agung yg ada pun sudah tua dan tiada daya, diselatan pula menyalak lagu puteri gunung ledang entahkan iya entah mitos ntah apa apa ntah..ibarat pkm bersatu dgn british, ibarat melayu islam menjadi soldadu kpd pesuruhjaya tinggi, ibarat kaum tiongkok bersatu melawan jepun..ini surah yg perlu dipanjangkan kpd anak bangsa malaysia..semoga bro tt mendapat pahala yg sama seperti haji mabrur..bukan macam pak syeikh yg tungang langang dgn binaan binatang, kisah isap vape, kisah ruu buku 35..jgn harap pas akan paham sb pas sekarang tgh google translate saman dari bahasa arab ke english versi james bond..
jgn lupa, pada ketika dan saat ini, turkey yg pernah menembak pesawat rusia, kini mula berbaik2 dgn rusia.amerika dilihat kehilangan arah, seolah2 bincat emas sudah hilang dari jari jemari.fbi kini juga sedang membuka fail2 email hilary.donald trump dijangka menang dan hilary dipenjarakan sama seperti najib akan dipenjarakan tetapi bukan anwar jd perdana menteri baru..zahid hamidi sedang menubuhkan front line dgn baju merah..ini taktik sama dgn pak lah..pak lah ada kaki pukul pukida, zahid ada baju merah..yg melompat2 adalah purkasa..
Jangkaan TT mmg tepat..
Hebat dlm mbaca politik.
Syabas betehh..
Fabricated War
Perang PaLsu
awas ...!!
RepLika Najib umnQ
Awas ...!!
Perang paLsu
Pertembungan Buatan
Fake n Fabricated
Oposisi...
Jangan buang peLuru
Jangan habiskan waktu
Jangan bazirkan peLuru
ingat...
BiLa semua bersatu-padu..
TatkaLa musuh² umnQ
bersatu-padu ...
Musuh² paLsu akan wujud
Penyokong bodoH akan exis
Di dana_kan secara serius
Di beri makan dan isu...
Mereka akan
meLakunkan perang
Merekayasa wayang perang
Kita oposisi
harusLah berehat
Bikin party makan²
Minum² dan awek²
Dansa dancing
Dari maLam
sampai pagi
Jangan ikut serta
Ini perang paLsu
Habis peLuru
Bazir waktu
kih kih kih...
dulu kemain lagi sekalian balachi, baruah dan penchachai pak tt teghoyak "Mahafiraun"
"Mahazalim" segala bagai baq hang...
sekarang "namoon lowbhang heydhong moo thathap manjadey phoojaann hatey koo"...
kih kih kih...
Catat Ulasan