HANYA GAMBAR
HIASAN
'Gesa terus dedah nama'
SHAH ALAM – Dakwaan seorang menteri kanan bertemu Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali bagi menyatakan hasratnya meletak jawatan adalah perkara yang tidak masuk akal.
Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Tuan Haji Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, jika menteri yang didakwa benar-benar mahu meletakkan jawatan, seharusnya hasrat itu dinyatakan terus kepada Najib tanpa perlu melibatkan pihak lain.
“Sebagai menteri dalam Kabinet, apa sahaja yang tidak dipersetujui atau berhasrat meletak jawatan, seseorang itu berhak melakukannya secara terus kepada perdana menteri.
“Jadi apa yang dinyatakan Mohamed Azmin tidak munasabah. Jika benar menteri berkenaan mahu letak jawatan, mengapa pula buat perbincangan dengan Mohamed Azmin,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Kelmarin, Mohamed Azmin mengakui wujudnya pertemuan antara beliau dan seorang menteri kanan yang didakwa akan meletak jawatan.
Menurut Mohamed Azmin, beliau tidak akan menamakan individu berkenaan sebagai menghormati perbincangan sulit di antara mereka.
BETUL KE ?
ATAU HANYA
SANDIWARA
MB Selangor tegaskan memang ada seorang menteri kanan akan letak jawatan dan maklumat itu sampai terus kepadanya.
KESAHNYA
SENANG SAJE
MENTERI NI
JUMPA
PEMIMPIN
PAKATAN
LALU BUKA
CERITA NAK
LETAK JAWATAN
NAJIB GELABAH
SEBANRNYA
MENTERI INI
SEDANG PAU
NAJIB ROSMAH
GUNA PEMIMPIN
PAKATAN
---------------