Ahad, 15 November 2020

DUNIA MAKIN SEDAR BAHAYA CHINA MERAH




DUNIA MAKIN SEDAR

BAHAYA

CHINA MERAH

MADEY CADANG KERAJAAN PERPADUAN

 


KERAJAAN

PERPADUAN

 KETIKA

KITA SEMUA

DISERANG KOBID

AMIN

UNTUK KESELAMATN

BERSAMA

AMIN


Kerajaan perpaduan ubat rakyat muak politik, kata Dr Mahathir

SEBUAH kerajaan perpaduan yang merentas garis parti politik adalah jalan masa depan untuk Malaysia, kata Dr Mahathir Mohamad, ketika rakyat semakin jera dan bosan dengan politik dan ahli politik di tengah wabak yang menjejaskan kehidupan mereka.

Bekas perdana menteri menegaskan politik kepartian sudah cukup memecahbelahkan negara dan mencetuskan banyak masalah, terutama ketika pandemik Covid-19 belum juga reda.

 “Ini satu pendekatan yang baik. Ada masanya rakyat juga sudah bosan dengan politik parti. Ada kebaikan jika kita ada kerajaan nasional yang tidak mengutamakan politik parti,” katanya, dalam satu wawancara dengan The Malaysian Insight, minggu ini.

Dr Mahathir memberikan contoh bagaimana bekas perdana menteri Abdul Razak Hussein menarik parti pembangkang untuk membentuk Barisan Nasional selepas pilihan raya umum 1969 dan rusuhan kaum tiga hari kemudian pada 13 Mei.

Beliau juga memberi contoh kabinet Winston Churchill semasa Perang Dunia Kedua, yang disertai ketua parti lawannya Clement Attlee dari Parti Buruh.

Dr Mahathir pertama kali mengemukakan idea kerajaan tanpa parti politik semasa beliau menjadi perdana menteri sementara, dua hari selepas pentadbiran Pakatan Harapan pimpinannya runtuh pada hujung Februari lalu.

“Saya masih berpendapat pada waktu ini kalau kita mahu kurangkan politik kita ketepikan parti, kita utamakan negara,” katanya.

“Pergi Sabah, langgar SOP”

Beliau memberikan contoh bagaimana kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin mendakwa ia mengutamakan rakyat tetapi mencetuskan pilihan raya negeri di Sabah, yang kesannya ditanggung oleh rakyat sekarang apabila kes Covid-19 meningkat dengan berleluasa.

“Kerajaan lebih utamakan kedudukan mereka. Mereka takut dijatuhkan. Jadi tumpuan ialah pada politik sehingga tanpa sebab apa pun mereka cuba rampas kuasa di Sabah.

“Apa perlunya merampas kuasa di Sabah? Ia tidak akan menolong ekonomi kita. Kita tahu kesan daripadanya amat buruk sekali.

“Kalau dahulu kita sudah kurangkan jumlah pesakit baru sehingga tinggal satu saja di seluruh negara tetapi sekarang ini sudah naik sampai 1,200 kes sehari… sebabnya, kerana kita pergi di Sabah dan melanggar SOP,” katanya.

Kes Covid-19 di seluruh negara meningkat selepas pilihan raya negeri di Sabah pada hujung September, dengan kes merebak di Semenanjung yang dibawa dari sana. Rakyat Malaysia umumnya menyalahkan ahli politik kerana usaha melawan Covid-19 sebelum itu berjaya melandaikan keluk jangkitan kepada satu angka setiap hari.

Beberapa pihak termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga bimbang kes Covid-19 akan bertambah parah sekiranya pilihan raya diadakan sekarang.

SPR sudah menetapkan 5 Disember ini untuk pilihan raya kecil Batu Sapi yang terpaksa diadakan selepas kerusi parlimen itu kosong berikutan kematian bekas menteri Liew Vui Keong.

Dr Mahathir sebelum ini dilaporkan bertemu dengan beberapa pemimpin parti dan ahli politik untuk merundingkan pembentukan sebuah kerajaan perpaduan, antaranya ahli Parlimen veteran Tengku Razaleigh Hamzah, Presiden Amanah Mohamad Sabu, dan menteri kerajaan Perikatan Nasional Dr Zulkifli Mohamad.

Muhyiddin juga dilapor meminta pandangan daripada Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu sama ada wajar atau tidak beliau bertemu dengan Dr Mahathir, lapan bulan selepas langkah politik yang memutuskan hubungan antara mereka.

Kedua-dua pemimpin itu bertembung selepas Muhyiddin membawa Bersatu keluar dari Pakatan Harapan pada hujung Februari sehingga membawa kepada runtuhnya kerajaan 22 bulan yang dibentuk selepas pilihan raya umum 2018.

Muhyiddin kemudian mengetuai kerajaan baharu Perikatan Nasional yang dibentuk bersama Umno dan Barisan Nasional serta PAS. Ia mendapat sokongan Gabungan Parti Sarawak dan parti dari Sabah serta wakil rakyat bebas.

Selepas tersingkir dari Bersatu bersama pengikutnya, Dr Mahathir menubuhkan parti baharu yang masih menunggu kelulusan Pendaftar Pertubuhan.

Darurat akan lahirkan kerajaan diktator

Dr Mahathir sekali lagi bercakap mengenai kerajaan perpaduan ketika Yang di-Pertuan Agong menyeru ahli politik supaya kurang berpolitik sebaliknya bersama-sama menumpu perhatian pada usaha melawan Covid-19 dan kesannya kepada ekonomi negara.

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah juga menasihati ahli-ahli Parlimen untuk memberi sokongan padu kepada Belanjawan 2021 demi rakyat yang berhadapan krisis akibat Covid-19.

Baginda bertitah demikian selepas tidak memperkenan permohonan Jemaah Menteri Muhyiddin untuk pengisytiharan darurat, yang akan menggantung Parlimen dan menangguhkan pilihan raya.

Menurut Dr Mahathir, perintah darurat hanya akan memberi lebih kuasa kepada perdana menteri.

“Beliau (Muhyiddin) tidak perlu kuasa tambahan itu. Kita ada masalah dengan Covid-19 dan kesan wabak kepada ekonomi. Ini masalah yang boleh ditangani dengan undang-undang sedia ada.

“Tidak perlu ketepikan undang-undang itu dan perkenalkan pemerintahan secara dikri, dan menyebabkan adanya sebuah kerajaan yang berbentuk diktator.

“Kerajaan yang seperti itu akhirnya akan buat salah,” katanya.

Jelas Dr Mahathir, Covid-19 di Malaysia masih dalam keadaan terkawal dan belum sampai ke tahap seperti di negara lain yang lebih buruk.

“Kita belum sampai ke tahap yang kita perlu hentikan segala undang-undang dan Parlimen supaya dapat tangani masalah ini.

“Kita belum sampai (ke tahap itu) walaupun lebih banyak yang kena penyakit ini,” katanya. – 15 November, 2020.


BUKAN

TUBUH KERAJAAN

BANDUAN

KAH KAH KAH

TUJUAN UNTUK

BEBAS KAN

PENCURI PENYAMUN

KAH KAH KAH



KITA SELESAIKAN ATAS DUNIA




KITA SELESAKAN

ATAS DUNIA

panglimo potaseh commented on 

"DUIT DICURI DALAM DUNIA"

Najib rembat duit ..ini fitnah ..kata TaT kalau kita fitnah, semuo pahalo simbayang dan poso kito akang pi ke Najib ..masalah porbelem nye TT simbayang, poso ko tak ..kahkahkah.

PROFESOR DARI PERSATUAN KANG KONG

 



WOIT

BERNAMA

BERILAH TAHU

NAMA

 KANGKONG INI

KAH KAH KAH

BOLEH DISELIDIK

DARI MANA DIA

BELI IJAZAH

KAH KAH KAH


Profesor direman 6 hari berhubung rasuah pembelian tanah

SHAH ALAM – Seorang bekas pengurus besar sebuah institusi badan pengkaji bergelar profesor direman enam hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan berhubung rasuah berjumlah RM100,000 membabitkan pembelian tanah.

Perintah reman hingga Khamis depan itu dikeluarkan Majistret Syajaratudur Abd Rahman di sini hari ini selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi tadi.

Menurut sumber, suspek berusia 54 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Selangor sekitar 6 petang semalam selepas hadir memberiketerangan.

Suspek dipercayai meminta dan menerima wang rasuah sebagai khidmat perunding pembelian tanah bagi tujuan pembangunan agensi tempatnya berkhidmat, yang mana harga tanah berkenaan dinilai lebih tinggi daripada harga pasaran, kata sumber itu.

GAMBAR ADA

NAMA TAK DA

KAH KAH KAH

NAK BAGI MALU

JANGAN BUAT

SEPARUH SEPARUH

KAH  KAH KAH

NAK BERI TAHU

MAK AYAH DIA

DAN KAWAN  DIA

KAH KAH KAH

ORANG RAMAI

NAK KETAWA

APAKAH DIA

AHLI PERSATUAN

KANG KONG

KAH KAH KAH 

BILA NAMA 

DAH TAHU

SAPA BARU KAWIN

NAK DAPAT ANAK

TAK NAK PAKAI 

NAMA KANGKONG INI

AMIN



ANWAR CADANG KERAJAAN BANDUAN

 


MADEY CADANG

KERAJAAN

PERPADUAN

AMIN

Dr Mahathir patut

 berhenti gagalkan Pakatan,

 kata PKR


ANWAR CADANG

KERAJAAN

BANDUAN

AMIN

IMF AKUI DASAR MADEY BERJAYA

 


IMF  AKUI DASAR

 MADEY BERJAYA

cikminah commented on 

"MADEY KATA - ANWAR TAK BOLEH JADI PM"

Machai jawab Madey kat Malaysian Insight: Korea, Thailand recovered faster di bawah IMF!!! Kahkahkah Kalau kita kata, jawapan ni bangang, tentu dia marah. Tapi dia memang bangang. IMF changed their policy after sedar,'Capital Control'Madey, berkesan ke atas ekonomi Malaysia. 



Due to this, IMF tidak lagi forced negara-negara peminjam ikut policy IMF, menaikkan interest rate. Sebaliknya benarkan syarikat2 yg muflis, dibail out! So many syarikat di Korea dibailout by the government. Sebab itulah, Korea , Thailand , etc. cepat recovered