Isnin, 11 Januari 2021
BAGI MAKAN BUAYA
HISHAMMUDDIN Hussein bakal dilantik menjadi timbalan perdana menteri seawal minggu ini dalam usaha Muhyiddin Yassin mengukuhkan pentadbiran Perikatan Nasional (PN), kata sumber.
Sumber memberitahu The Malaysian Insight, langkah itu juga bagi menghalang pemimpin Umno berpaling tadah.
Bagaimanapun, usaha itu difahamkan tidak akan berjaya memujuk Umno dan sebaliknya akan menimbulkan lebih banyak kemarahan.
Perkembangan itu berlaku selepas majlis tertinggi parti memutuskan untuk menyemak semula kerjasama dalam pilihan raya dengan Bersatu.
Ia juga dibuat susulan tindakan Ahli Parlimen Machang Ahmad Jazlan Yaakub yang mengumumkan menarik balik sokongan terhadap PN pada hujung minggu lalu.
Keputusan Ahmad Jazlan bermaksud PN hanya mendapat sokongan 110 ahli daripada 222 kerusi Dewan Rakyat, dengan 110 ahli di kerusi pembangkang. Dua kerusi kosong ekoran kematian penyandangnya.
“Hisham akan dilantik timbalan perdana menteri secepat mungkin,” kata sumber kepada The Malaysian Insight.
Satu lagi sumber berkata, selepas cadangan itu dibuat, ia masih belum dimaklumkan kepada sekutu dalam PN.
Pelantikan mengejut menteri luar tersebut ke jawatan utama dalam negara juga menimbulkan kesan dalam PN kerana ia melangkaui pemimpin lain yang lebih kanan dalam gabungan itu.
Ia antara lain mengatasi Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang juga timbalan ketua PN, Mohamed Azmin Ali dalam Bersatu yang dilantik menteri paling kanan sewaktu kerajaan baharu dibentuk Mac lalu.
Perdana menteri Dr Mahathir Mohamad waktu itu meletak jawatan selepas Muhyiddin dan Azmin berpaling tadah daripada Pakatan Harapan (PH) menyebabkan kerajaan gabungan parti itu tumbang.
Spekulasi mengenali pelantikan Hishammuddin ke jawatan timbalan perdana menteri memuncak apabila gambarnya menaiki jet peribadi Sultan Johor disiarkan hujung minggu lalu.
Namun layanan sama pernah diberikan kepada ahli politik lain termasuk ke atas Anwar Ibrahim selepas presiden PKR itu dibebaskan dari penjara pada 2018.
Seorang penulis blog politik yang rapat dengan Umno menimbulkan spekulasi bahawa langkah itu dibuat kerana Muhyiddin perlu menjalani rawatan untuk kanser prostat.
Doktor yang merawat perdana menteri itu bagaimanapun pada tahun lalu menyatakan Muhyiddin sudah sembuh daripada barah itu.
Sepanjang minggu lalu, perdana menteri bagaimanapun aktif mempengerusikan mesyuarat parti serta Kabinet, melawat mangsa banjir di Johor dan dijangka mengumumkan perintah kawalan baharu untuk mengawal Covid-19 hari ini.
Hishammuddin, sama seperti Muhyiddin, berasal dari Johor dan merupakan keturunan keluarga Umno ternama.
Datuknya Onn Jaafar merupakan presiden Umno pertama dan bapanya Hussein Onn merupakan presiden Umno dan perdana menteri ketiga.
Sepupunya Najib Razak menjadi presiden Umno dan perdana menteri keenam sehinggalah tewas pilihan raya pada 2018.
Ahli politik itu juga memperisterikan seorang sepupu kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah.
Beliau berkecimpung dalam politik selama 30 tahun selepas kematian bapanya pada 1990 tetapi kini tidak lagi memegang jawatan kanan dalam Umno.
Hishammuddin tidak bertanding dalam pemilihan untuk jawatankuasa tersebut selepas Umno tewas pilihan raya 2018.
Beliau nyaris-nyaris gagal merangkul jawatan naib presiden ketiga Umno dalam pemilihan parti 2013 selepas menang tipis menewaskan Mukhriz Mahathir.
Hishammuddin pada minggu lalu tampil mempersoalkan langkah Umno menyemak semula hubungan dengan PN.
Beliau juga dilihat sebagai sebahagian daripada gabungan itu yang masih mahu kekal menjadi sebahagian dari kerajaan Muhyiddin dan turut menentang tuntutan mengadakan pilihan raya mengejut. – 11 Januari, 2021.
TRUMP DIKALAHKAN
TRUMP DIKALAHKAN
Unknown commented on
"TRUMP POPULIS AMERIKA"
Teringat peristiwa dimahkamah apabila Tommy Thomas diherdik oleh penyokong OKT dan pengikut ketuanan. Kecoh betul sehingga ada pelakon pompuan menjerit2 memarahi Tommy Thomas. Scenario hampir sama kat Washington apabila White Supremacist dan Proud Boys cuba menghalang Congress dari membuat pengistiharan Biden menang.
Bila dah kalah kena ngaku kalah. Tak kira lah Terum nak Amerika untuk Amerika ke atau Terum nak Amerika utk kulit putih saje ke. Dah kalah, Terum bagus mcm mana pun dia tetap kalah.Tapi dia nak jd presiden juga walaupun kalah. Terum dah lengit lah.
POLITIKUS GILA KUASA
POLITIKIUS
GILA KUASA
Unknown commented on
"PROJEK JATUHKAN MUHYIDIN"
Samseng Nazri kata hanya 5 saja tolak boleh habis....Yiddin. Jahid kata 189 bahagian tolak PPBM. Puad kata 145...Mat 3.8 suku kejap kata 118 kemudian 147....bahagian tolak... Songel pun kata ada sufficient number tapi tak bagi kat Agong... Eh ehhhh sekarang semua dah main main nombor lak...tapi tak kena kena yang kena rakyat jugak kena klentong... Mat 3.8 suku beri statement lebih suku dari dia punya 3.8 mahkamah tak buang kes lagi...
Mat Bugis sambut tolong bagi pencerahan konon nak cover statement mat 3.8 suku tuh... Ini geng semua masih cukup makan malah melimpah, tidur di tilam empuk, rumah selesa tahap syurga walau turun naik mahkahmah masih boleh berjacket dan bertali leher mahal harga dimana harga nya boleh lepas keluarga yang dihimpit rumah hanyut dek banjir, di halau dek tak punya wang sewa, kelaparan akibat tidak ada pendapatan....
banyak lagi kes kebuluran dan kesusahan tapi geng politik suku nih tak habis lagi politik nak kekal kuasa....apa mesti ada akta supaya dihumban ahli parlimen nih semua? Biar Ebit Liew jer jaga semua dengan syarat rakyat pantau wang dan harta negara yang keluar masuk....amacam?
JENG JENG JENG
JENG JENG JENG
UNTUK SELAMAT
KAH KAH KAH
Muhyiddin akan lantik
Hishammuddin jadi TPM,
kata sumber
SELAMAT KAH
MUHYIDIN
AMIN
HARAM JADAH KLUSTER MAHKAMAH
HARAM JADAH
KLUSTER
MAHKAMAH
Arymanchino commented on
"PRU15 JADI MANGSA KOBID"
Yg bodoh dari lembu tu Mad Maslan otak pisang dan haramjadah kluster mahiamah je..
BERKHALWAT HARI KE 300
SENIN 11/1/2021
KITA MASUK KE HARI 300
BERKHALWAT
BERKHALWAT
SENIN INI PAK MENTERI
AKAN BUAT PENGUMUMAN
TENTANG PKP
TENTANG RENTAS DAERAH
TENTANG SOP
INI KERANA MAT KOBID
MAKIN GILA
DALAM MASA YANG
SAMA MAT POLITIKUS JUGA
SEMAKIN GILA
NAK BUAT PILIHANRAYA
POLITIKUS INI
TAK ADA KERJA LAIN
MELAINKAN NAK KUASA
NAK JADI MENTERI
NAK JADI PERDANA MENTERI
DAN
NAK KES RASUAH DI LUPUS
INILAH CONTOH TERBAIK
POLITIKUS MALAYSIA
KALAU PRU15 DATANG
MARI KITA HUMBANKAN
KESEMUA MEREKA
POLITIKUS JENIS INI
TAK PERNAH ADA
NIAT MEMBELA RAKYAT
DALAM KEPALA HOTAK MEREKA
AMIN
DI AMERIKA
POLITIK MULA REDA
ADA GERAKAN
MAHU MEMECAT TRUMP
WALAU PUN
PADA 20/1/2021
BIDEN AKAN JADI PRESIDEN BARU
AMIN
PAGI INI HOKKIEN CERAH
MATA HARI DAH KELUAR
TAPI DILINDUNGI
AWAN HITAM YANG BEROMBAK
JIKA OMBAK INI BERKUMPUL
PETANG INI AKAN HUJAN
HA HA
MURAI HEBOH
KENG KENG KENG HEBOH
POKOK ARA SENYAP TERUS
KENG KENG DAN MURAI
YOU MAKE MY DAY
BRO
KEYAKINAN KITA PADA SESEORANG
AMAT SUSAH DATANG
TAPI AMAT SENANG HILANG
BRO
BILA KITA NAK BELAJAR
GURUNYA PASTI ADA
TARIK DIRI KITA
UNTUK JADI
KITA YANG KITA MAHU
BRO
JANGAN BERDOA
UNTUK DAPAT KEHIDUPAN SELESA
BERDOA AGAR
KITA ADA KEKUATAN
UNTUK MELINTAS DUGAAN SUSAH
BRO
BILA HANG SEDAR
HANG DAH MEMILIKI CUKUP
MAKANYA HANG
SAHEH KAYA
BRO
HUJAN BANJIR RIBUT
TIDAK AKAN BERTERUSAN
KITA TIDAK AKAN
KESAORANGAN
JIKA KITA SUKA
PADA ORANG YANG
BERSAMA KITA
KETIKA KITA SAORANG DIRI
BRO
JANGAN KIRA
APA KITA TUAI HARI INI
SILA KIRA
APA YANG KITA SEMAI
HARI INI
BRO
PAGI INI
KALAU ADA KONFLIK
ANTARA HATI DENGAN FIKIRAN
IKUT KATA HATI
KESILAPAN YANG
AMAT BESAR DALAM HIDUP
IALAH APABILA KITA
SENTIASA TAKUT
MEMBUAT SILAP
BRO
KALAU ADA SOSOK
TAK FAHAM BILA LU SENYAP
MAKNANYA SOSOK INI
TAK FAHAM JUGA
BILA LU BERCAKAP
MASA DEPAN
DALAM TANGAN KITA
CINTA PADA DIRI SENDIRI
ADALAH PERMULAAN
PERCINTAAN
YANG PALING PANJANG
BRO
KALAU KITA MENGENALI
ORANG LAIN
ERTINHYA KITA BIJAK
JIKA KITA MENGENALI
DIRI KITA SENDIRI
MAKNANYA KITA
DALAM PENCERAHAN
BRO
JIKA KITA BETULKAN
MINDA KITA
JALAN HIDUP KITA
AKAN SELESA
JIKA HENDAK
MENCARI KETENTERAMAN HIDUP
MULAKAN DENGAN BERSYUKUR
BRO
DALAM DUNIA INI
KITA BOLEH JADI APA SAJA
MAKA JADILAH
ORANG BAIK
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
AMIN
SELAMAT BERKHALWAT
Langgan:
Catatan (Atom)








