Isnin, 11 Januari 2021

BAGI MAKAN BUAYA

 

GEROMBOLAN

SEDANG LIHAT

MUHYIDIN LEMAH

KAH KAH KAH

MUHYIDIN MULA

BODEK BUAYA

BAGI MAKAN

BUAYA

KAH KAH KAH

AKHIRNYA BUAYA

AKAN MAKAN

MUHYIDIN

AMIN 



Muhyiddin akan lantik 

Hishammuddin jadi TPM,

 kata sumber

HISHAMMUDDIN Hussein bakal dilantik menjadi timbalan perdana menteri seawal minggu ini dalam usaha Muhyiddin Yassin mengukuhkan pentadbiran Perikatan Nasional (PN), kata sumber.

Sumber memberitahu The Malaysian Insight, langkah itu juga bagi menghalang pemimpin Umno berpaling tadah.

Bagaimanapun, usaha itu difahamkan tidak akan berjaya memujuk Umno dan sebaliknya akan menimbulkan lebih banyak kemarahan.

Perkembangan itu berlaku selepas majlis tertinggi parti memutuskan untuk menyemak semula kerjasama dalam pilihan raya dengan Bersatu.

Ia juga dibuat susulan tindakan Ahli Parlimen Machang Ahmad Jazlan Yaakub yang mengumumkan menarik balik sokongan terhadap PN pada hujung minggu lalu.

Keputusan Ahmad Jazlan bermaksud PN hanya mendapat sokongan 110 ahli daripada 222 kerusi Dewan Rakyat, dengan 110 ahli di kerusi pembangkang. Dua kerusi kosong ekoran kematian penyandangnya.

“Hisham akan dilantik timbalan perdana menteri secepat mungkin,” kata sumber kepada The Malaysian Insight.

Satu lagi sumber berkata, selepas cadangan itu dibuat, ia masih belum dimaklumkan kepada sekutu dalam PN.

Pelantikan mengejut menteri luar tersebut ke jawatan utama dalam negara juga menimbulkan kesan dalam PN kerana ia melangkaui pemimpin lain yang lebih kanan dalam gabungan itu.

Ia antara lain mengatasi Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang juga timbalan ketua PN, Mohamed Azmin Ali dalam Bersatu yang dilantik menteri paling kanan sewaktu kerajaan baharu dibentuk Mac lalu.

Perdana menteri Dr Mahathir Mohamad waktu itu meletak jawatan selepas Muhyiddin dan Azmin berpaling tadah daripada Pakatan Harapan (PH) menyebabkan kerajaan gabungan parti itu tumbang.

Spekulasi mengenali pelantikan Hishammuddin ke jawatan timbalan perdana menteri memuncak apabila gambarnya menaiki jet peribadi Sultan Johor disiarkan hujung minggu lalu.

Namun layanan sama pernah diberikan kepada ahli politik lain termasuk ke atas Anwar Ibrahim selepas presiden PKR itu dibebaskan dari penjara pada 2018.

Seorang penulis blog politik yang rapat dengan Umno menimbulkan spekulasi bahawa langkah itu dibuat kerana Muhyiddin perlu menjalani rawatan untuk kanser prostat.

Doktor yang merawat perdana menteri itu bagaimanapun pada tahun lalu menyatakan Muhyiddin sudah sembuh daripada barah itu.

Sepanjang minggu lalu, perdana menteri bagaimanapun aktif mempengerusikan mesyuarat parti serta Kabinet, melawat mangsa banjir di Johor dan dijangka mengumumkan perintah kawalan baharu untuk mengawal Covid-19 hari ini.

Hishammuddin, sama seperti Muhyiddin, berasal dari Johor dan merupakan keturunan keluarga Umno ternama.

Datuknya Onn Jaafar merupakan presiden Umno pertama dan bapanya Hussein Onn merupakan presiden Umno dan perdana menteri ketiga.

Sepupunya Najib Razak menjadi presiden Umno dan perdana menteri keenam sehinggalah tewas pilihan raya pada 2018.

Ahli politik itu juga memperisterikan seorang sepupu kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah.

Beliau berkecimpung dalam politik selama 30 tahun selepas kematian bapanya pada 1990 tetapi kini tidak lagi memegang jawatan kanan dalam Umno.

Hishammuddin tidak bertanding dalam pemilihan untuk jawatankuasa tersebut selepas Umno tewas pilihan raya 2018.

Beliau nyaris-nyaris gagal merangkul jawatan naib presiden ketiga Umno dalam pemilihan parti 2013 selepas menang tipis menewaskan Mukhriz Mahathir.

Hishammuddin pada minggu lalu tampil mempersoalkan langkah Umno menyemak semula hubungan dengan PN.

Beliau juga dilihat sebagai sebahagian daripada gabungan itu yang masih mahu kekal menjadi sebahagian dari kerajaan Muhyiddin dan turut menentang tuntutan mengadakan pilihan raya mengejut. – 11 Januari, 2021.

DAPATKAH

MUHYIDIN

DISELAMTAKAN?

JENG JENG JENG 





Tiada ulasan: