Isnin, 27 Jun 2022

PRU 15 TAHUN DEPAN



Kerajaan tak sah, patut sudah lama buat PRU15, kata bekas pengerusi SPR

PILIHAN Raya Umum ke-15 (PRU15) perlu dilaksanakan segera bagi menggantikan kerajaan yang tidak mempunyai mandat untuk memerintah kata bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Ab Rashid Ab Rahman.

Katanya kerajaan hari ini yang diketuai Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dibentuk melalui muslihat politik dalam keadaan tidak stabil serta tidak demokratik walaupun sah di sisi Perlembagaan Persekutuan.

“Betul mereka kata ini kerajaan ‘pintu istana’ bukan kerajaan rakyat…betul di sisi Perlembangaan tapi ini bukan kerajaan yang dipilih.

“Kerajaan sekarang tidak sah dari segi demokrasi. Sepatutnya lama dah kita kena adakan pilihan raya umum,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Kerajaan hari ini merupakan kerajaan ketiga yang dibentuk sejak pilihan raya umum lalu di mana mandat itu akan berakhir 15 Julai 2023. 

Kerajaan berdepan gesaan dari dalam Umno sendiri agar pemilihan diadakan segera namun Ismail Sabri yang juga Naib Presiden Umno meminta mereka bersabar untuk memberi ruang kepada ekonomi negara pulih terlebih dahulu.

Sebelum ini Pakatan Harapan membentuk kerajaan ketika PRU14 selepas menewaskan Barisan Nasional pada Mei 2018 namun ia hanya bertahan 22 bulan susulan Langkah Sheraton pada Februari 2020 yang menyaksikan  Muhyiddin Yassin memimpin kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Namun PN hanya bertahan 17 bulan apabila pada Ogos 2021 Muhyiddin dipaksa meletakkan jawatan selepas sekumpulan Ahli Parlimen Umno menarik balik sokongan seterusnya majoriti ahli Dewan Rakyat bersetuju mengangkat Ismail Sabri sebagai perdana menteri.

Menurut Rashid selepas PH tumbang tiada kerajaan yang stabil sebaliknya kini politik negara terus bergolak dek wakil rakyat yang berebut jawatan dan suasana ini tidak elok untuk negara jika dibiar berterusan.

“Perlu ada kerajaan yang sah. Kerajaan sekarang ini tidak stabil hasil gabungan banyak parti dan kepala.

“Perdana menteri kena selalu main politik antara parti…dengan masalah semasa negara lagi, ekonomi kita teruk, pelabur lari,” katanya.

PRU15 mungkin selepas Mac 2023

Rashid berpendapat PRU15 sesuai diadakan suku pertama tahun depan setelah melihat keadaan semasa dengan mengambil kira beberapa faktor termasuk kesesuaian logistik memandangkan kebiasaannya proses pengundian dijalankan di sekolah dan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta Sijil Tinggi dijadualkan pada Mac depan.

Beliau yang juga bekas pengerusi Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) berkata banyak masalah politik selepas PRU14 boleh diatasi jika kerajaan melaksanakan cadangan jawatankuasa itu.

Ini termasuk penetapan tarikh pembubaran Parlimen yang hingga kini menjadi isu dan kekal menjadi teka-teki dalam kalangan rakyat sedangkan ia merupakan cadangan ke-17 daripada 49 cadangan ERC kepada kerajaan dalam usaha menambah baik proses demokrasi dan pilihan raya di Malaysia.

ERC menghantar laporan kepada perdana menteri pada Ogos 2020 menyebut agar tarikh pembubaran Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (Dun) diumumkan enam bulan sebelum tarikh sebenar.

Sementara itu Rashid turut mempersoalkan tentang keseriusan ahli politik untuk mewujudkan Akta Pendanaan Politik kerana katanya sekarang ini tidak kelihatan sesiapa pun yang benar-benar mahukan undang-undang itu dilaksanakan.

“Perkara pertama kena fikir jika kita nak laksanakan undang-undang ini ialah siapa nak audit? Saya tidak fikir ini akan dilaksanakan. Saya tidak fikir semua parti politik akan suka sebab mereka nak bebas.

“Tanya DAP, mereka tak nak. Umno tak nak dah. Kerajaan pun tak nak, samalah pembangkang pun. Nanti mereka akan cari alasan untuk tolak (Akta Pendanaan Politik),” katanya.

Beri SPR kuasa

Rashid berkata ERC turut mencadangkan penyelesaian kepada isu dana politik termasuk bidang kuasa untuk mengaudit.

“Jadi lihatlah cadangan kami, macam mana nak kawal,” katanya.

Dalam laporan ERC itu juga mencadangkan agar SPR diberikan kuasa untuk menguatkuasa bagi membolehkan isu berkait proses pilihan raya diselesaikan secepat mungkin di mana semua isu-isu itu kini ditangani agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau turut menyebut soal cadangan agar SPR diberi kuasa mengendalikan pendaftaran parti politik yang kini dikendalikan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS).

“Tugas utama SPR tentukan undang-undang di Parlimen dan pelaksanannya. SPR jadi pemerhati yang tanggungjawabnya terhadap parti politik.

“Kami mahu SPR diberi kuasa untuk pantau parti politik ini. Sekarang (SPR) tak ada kuasa, RoS yang pantau. (RoS) Tak ada kena mengena dengan pilihan raya.

“Ini pendapat saya, jika kita mahukan demokrasi yang kukuh di negara kita. Ini mesti dibuat,” katanya. – 27 Jun, 2022.

SUARA 

POLIS PENCEN 

BERI CADANGAN

KAH KAH KAH

BERI RAMALAN

PRU 15 TAHUN DEPAN

BERNAFAS  SABRI 114

AMIN

JANGAN LUPA

AHLI GEROMBOLAN

ADA SEJARAH JADI 

PENGERUSI SPR

AMIN

SPR KERJA MENIPU

JANGAN LUPA

KES DAKWAT

HITAM TAK LEKAT

AMIN

KES SPR MENIPU

UNDI POS

AMIN

KHALAS

BUKAN HAMBA TAPI GUNDEK


 BUKAN HAMBA

TAPI GUNDEK

AMIN

Unknown commented on 

"BILA ANWAR SERANG NAJIB"

Anwar silap. Bukan mentaliti hamba. Kalau hamba hidup sengsara kerana terpaksa. Ini mentaliti gundek. Walaupun gi gundekkan tapi bangga. Bukan gundek saja bangga, tapi satu keluarga, sanak saudara orang kampung semua turut bangga anak di gundekkan. Melayu..Melayu..apa nak jadi lahai..

ORANG ASAL BANGUN MELAWAN

 




CONTOHI

ORANG ASAL

BANGUN MELAWAN

AMIN

KHALAS

ANWAR BUKAN RAJA



ANWAR BUKAN

RAJA

AMIN

KHALAS




ToraTora commented on "CARA BUAT DUIT"
18 hours ago
aku tak mau komeng apa pasal ubat pasal DOS, aku nak komeng tajuk kat pic menantu abah Tu, Anwar bukan raja, raja bukan Anwar kalau tak betul, songlap , Kong kalikongdan semua mesti kena langgar, kena gempur tak Kira siapa pun

JANGAN BANYAKKAN MUSUH



JANGAN 

BANYAKKAN

MUSUH

AMIN

BANYAKKAN 

KAWAN

AMIN

KHALAS




Unknown commented on

 "TAK TURUN JALAN RAYA - 
TAK MENANG PILIHAN RAYA"

Abang hisham seram ke nk londeh kn hal freeloder?

HARI KE 10

 




TUNGGU HUKUMAN

SENIN  27/6/2022

KITA TUNGGU LAGI 10 HARI
ROSMAH JATUH HUKUM

WOW !
10 HARI LAGI
AMIN

ANGKA MAT KOBID
NAIK 2000+++
TURUN NAIK
NAIK TURUN
WAJIB TERUS IKUT
C.U.S
CARA UNTUK SELAMAT

HEBOH TENTANG BAJU SABRI 114
KAH KAH KAH
SABRI114 PAKAI BAJU MAHAL
6,000 RINGGIT SATU BAJU
MANA CEKAU DUIT
KALAU SATU BAJU 6000

APAKAH DAH SAMPAI MASA
SPRM BUKA KES ?
KAH KAH KAH

INFLASI
MAKAN NASI BASI
KAH KAH KAH

UKRAINE
HAMPIR KE SEMUA
WILAYAH DONBAS
TELAH DI TAWAN OLEH
TENTERA PEMBEBASAN DONBAS
DENGAN BANTUAN RUSIA
JELAS LEPAS INI
UKRIANE AKAN PECAH DUA

TAPI AMERIKA & NATO
MASIH MENGGALAKKAN
UKRAINE BERPERANG
ASKAR UKRAINE 
MATI 300-400 SEHARI
SAMPAI BILA?

SOALAN
APAKAH NATO AKAN MASUK
BILA UKRAINE KALAH

TAPI MEDIA 
PRO AMERIKA SEMUA
LAPOR  RUSIA KALAH
RUSIA GAGAL
RUSIA AKAN SERAH DIRI
KAH KAH KAH

BERITA DAH TERSEBAR
GERMAN & PERANCHIS
JANJI ANTA SENJATA
KAH KAH KAH
TAPI TAK SAMPAI SAMPAI
KAH KAH KAH

SOLDADU UKRAINE
SEKARANG KENA PAKAI
PISAU BELATI
DAN 
PARANG PUNTING
UNTUK LAWAN ROKET RUSIA
KAH KAH KAH

HOKKIEN
PAGI INI SEJUK DAN KERING
TAKDA LAGI LOPAK AIR

DI TEPI HUTAN BELUKAR
JANTAN BERKOKOK
MURAI BERKICAU
YANG LAIN GUA TAK DENGAR

AWAN KELABU
MACAM NAK HUJAN
KL DI SELAPUTI OLEH KABUS
KAWASAN ARAH SHAH ALAM
AGAK TERANG TAPI KL & KL SENTRAL
AGAK MALAP
MATA HARI TAK KELIHANATN
GUA HARAP PANAS
TAPI JIKA AWAN HITAM
 BERKUMPUL RAMAI
AKAN HUJAN MACAM KELMARIN
AMIN

BRO
SENYUM
SENYUMLAH
UNTUK MENYAMBUT PAGI INI

BRO
SOSOK CERDIK
KADANG KADANG
TERPAKSA MENGHABISKAN WAKTU
UNTUK MABUK
KERANA KEBODOHAN

BRO
MAMAT TU BERBOHONG
BUKAN KERANA DIA PEMBOHONG
TAPI KERANA DIA TAKADA
KEBENARAN YANG DAPAT
DIUCAPKAN

BRO
KETIKA ORANG LAIN
BERBICARA SILA DENGAR
RAMAI YANG TAK MAHU
MENDENGAR

BRO
SEMAKIN KITA DEWASA
SEMAKIN KITA BERUMUR
MAKIN SUSAH
KITA NAK PERCAYA PADA WIRA
TETAPI MACAM SATU
YANG DIPERLUKAN

BRO
LU TIDAK AKAN DIHAKIMI
OLEH KEMARAHAN LU
LU AKAN DIHAKIMI
KERANA KEMARAHAN LU

BRO
APA YANG ADA PADA KITA
SEKARANG
ADALAH HASIL 
DARI APA YANG SUDAH
 KITA PIKIRKAN

BRO
DAPATKAN KESELAMATAN 
SENDIRI
JANGAN BERGANTUNG
PADA ORANG LAIN

BRO
KEBAHAGIAN DATANG
KETIKA  KATA-KATA DAN 
PEKERJAAN KITA
MEMBERI MANAFAAT
PADA DIRI KITA DAN ORANG LAIN

BRO
TIDAK ADA YANG BOLEH
MENYELAMATKAN KITA
KECUALI DIRI KITA SENDIRI
DIRI KITA SENDIRI
HARUS MAMPU MELANGKAH
KE JALAN YANG KITA TUJUI

BRO
TIDAK ADA JALAN
MENUJU KEBAHAGIAN
KEBAHAGIAN ITU ADALAH
JALANNYA

BRO
ADA TIGA PEKARA
YANG TIIDAK DAPAT LAMA
DISEMBUNYIKAN
BULAN
MATAHARI
DAN
KEBENARAN
AMIN

LAKUKAN SEKARNAG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT MENUNGGU
KHAMIS 7 JULAI