Ahad, 11 Jun 2023

PATI SEBAGAI TENAGA KERJA


Zaid syor kerajaan permudah urusan PATI pulang ke negara asal

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) harus menilai semula proses kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) yang hendak pulang ke negara asal mereka selepas ditipu oleh ejen tenaga kerja.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri,  Zaid Ibrahim berkata, selalunya PATI terpaksa tinggal lebih lama di negara ini kerana proses untuk mereka pulang mengambil masa.

Selain itu, katanya, PATI juga dikenakan denda yang tinggi oleh pihak berkaitan menyebabkan ada sesetengah mereka terpaksa menangguhkan untuk pulang kerana perlu mencari wang menyelesaikan denda.

“Ini punca kenapa ramai PATI tinggal lebih masa di Malaysia. Mereka datang ke sini selepas dijanjikan pekerjaan, gaji dan tempat tinggal yang menarik. Tetapi apabila sampai, kerja dan gaji tidak setimpal.

“Apabila merasakan tertipu, mereka mahu pulang semula ke negara asal tetapi perlu pula melalui banyak prosedur termasuk kena bayar denda kepada agen, kepada Imigresen dan sebagainya.

“Mereka datang tidak ada duit, kemudian dikenakan denda yang tinggi pula. Di mana mereka nak dapatkan duit? Mereka terpaksa mencari kerja lain dan hidup dalam persembunyian,” katanya menerusi hantaran Facebooknya hari ini.

Sehubungan itu, Zaid minta Menteri Dalam Negeri,  Saifuddin Nasution Ismail melihat perkara itu sebagai isu yang wajar diambil berat dan diselesaikan.

Sepatutnya, kata beliau, kerajaan mempermudahkan proses PATI itu pulang bukan mengenakan pelbagai syarat yang mereka tidak dapat memenuhinya.

“Saya mengikuti perkara ini dan saya kesian kepada mereka yang teraniaya ini. Kalau kena tangkap, mereka kena bayar denda RM2,000 hingga RM3,000 iaitu satu jumlah yang besar bagi mereka.

“Pada saya, kalau mereka nak balik, biarlah mereka balik. Sepatutnya permudahkan mereka nak balik. Jangan bebankan mereka dengan denda yang besar.

“Mana mereka nak dapat duit nak bayar denda? Dahlah datang ke sini kena tipu dengan ejen, kerja pun tak ada,” katanya.

Menurutnya, walaupun PATI bukan rakyat Malaysia tetapi kerajaan kena tolong permudahkan urusan mereka sesuai dengan slogan Malaysia Madani iaitu kerajaan belas kasihan. –

INI CADANGAN

BAIK

AMIN

MEREKA DATNG

NAK CARI KERJA

AMIN

MEREKA KENA

TIPU TAPI

DAH SAMPAI

KE MALAYSIA

AMIN

KENAPA KITA

TAK AMBIL MEREKA

SEBAGAI PEKERJA

AMIN

PUTIHKAN

STATUS MEREKA

AMIN 

SIMPAN  PUSAT

TAHANAN KITA

KELUAR MODAL

AMIN

KHALAS

MENGAPA PEMUDA GEROMBOLAN JADI LEMBIK ?



Tak paksa, tapi lebih baik DAP mohon maaf, kata Pemuda Umno

PERMOHONAN maaf tidak dipaksa namun sikap orang Melayu lebih baik terhadap DAP jika parti itu berbuat demikian, kata Ketua Pemuda Umno Akmal Salleh.

Tambahan pula, DAP pada waktu ini memerlukan sokongan orang Melayu dan kerjasama Umno bagi menghadapi pilihan raya negeri tidak lama lagi, katanya.

“Ini cara paling cepat meredakan suhu di bawah. Mungkin kesukaran ada tapi kita akan hadapi cara kita. Kita dalam hubungan, tak boleh paksa orang minta maaf.

“Kita nyatakan ini keresahan akar umbi. Saya bukan bercakap untuk diri saya. Di bawah rasa bagaimana nak bekerjasama sedangkan orang itu pernah kutuk kita.

“Kalau tak nak, nak buat macam mana, tapi ia akan timbulkan rasa tidak senang akar umbi dan rakyat di bawah,” kata Akmal dalam ucapan pada Perhimpunan Agung Umno 2023 hari ini.

Adun Merlimau itu berkata, isu itu bagaimanapun tidak menjejaskan hubungan antara Umno dan parti rakan dalam kerajaan perpaduan yang kini menjalin hubungan baik.

“Hubungan kami antara pemuda Umno, dan pemuda PH, pemuda kerajaan perpaduan sangat baik. Kami baru lepas konvensyen kerajaan perpaduan.

“Tetapi bila berada dalam PAU ini medan bawa suara akar umbi. Kami menyampai suara akar umbi tidak bermakna hubungan kami dengan pemuda PH dan kerajaan perpaduan tidak baik,” katanya.

Jelasnya, saranan agar DAP memohon maaf seperti dilontarkan dalam ucapannya pada Khamis hanya untuk menyampaikan keresahan akar umbi Pemuda Umno.

“Pemuda kena berani jelaskan isu sebenar supaya ahli boleh berikan kepercayaan kepada pemimpin, jadi mereka tahu bila mereka cakap suara itu sampai ke peringkat atasan.

“Tidak ada isu saya tak boleh bekerjasama. Kena tegas kita bawa suara akar umbi di bawah. Ini dapatan mesyuarat cawangan ke peringkat, bahagian seterusnya ke pusat.

“Ini perlu kami bawa. Kami tak boleh sembunyikan,” kata Akmal.

Pendirian Pemuda Umno itu disokong Timbalan Presiden Mohamad Hasan yang berpendapat DAP wajar mengemukakan permohonan maaf kepada parti itu.

Presiden Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun mengambil pendirian berbeza yang menganjurkan agar isu di antara Umno dan DAP tidak harus dibangkitkan lagi.

Katanya, kerjasama kedua-dua parti sudahpun dipersetujui ketika pembentukan kerajaan perpaduan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 pada November tahun lalu. – 10 Jun, 2023.


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

PEMUDA 

GEROMBOLAN

TAKUT KE?

KAH KAH KAH

DULU LIDAH 

KONTOT KELUAR

KERIS

KAH KAH KAH

PASAI APA 

JADI LERMBIK

DAH PANCUT KE?

AMIN

KHALAS

NAJIB TETAP PENCURI


NAJIB TETAP

PENCURI

WALAU PUN DIA

ISLAM MELAYU

DAN DAH CIUM

BATU ITAM

KHALAS

BANYAKKAN IKAN DISUNGAI


MEMPERBANYAK

IKAN DI SUNGAI

KHALAS


Unknown commented on
 "LEPASKAN ANAK IKAN"

Kesian orang Malaysia, orang kena bagi tahu orang kerja agensi cara buat kerja, kalau tak bagi tahu, mereka makan gaji buta setiap bulan, kerja senang, kah kah kah kalau susah sangat buat undang undang macam negara kafir USA, siapa tangkap ikan kurang dari 12 inches kena saman 12,000 boleh tak? Siapa tangkap anak ikan pakai jala saman 24,000 boleh tak? Nak tengok siapa berani? 


Kalau semua kerajaan nak atur sampai anak ikan pun susah jadi kerajaan woit kah kah kah ini peringkat penguatkuasa fikir lah cara betul nak bantu, nak tolong industri, bersih kawasan dulu, sampah sarap jangan buang dekat tasik, kah kah kah susah sangat nak fikir pasal kerja sendiri woit

PASANG NIAT PIKUL KAVADI



PASANG NIAT

PIKUL KAVADI

AMIN

panglimo potaseh commented on
 "PAKAR PUTAR 
GUNA AYAT ARAB"

Cantik .. agenda Tok Abam sojak 1998 hanya satu ia itu Benteres Rasuah .. 2022 Abam lantik sosok yang punyo kes Rasuah cocah ratus kes jadi TPM .. canteek.

Nasib baik tak ambik anak eay yg ngaji ilitrik jadi penasihat "karen" ooop maksud gwa punahsihat keuwangan. Minyak bilo nak turon gak eahh.

BILA DUN BUBAR ?


BILA DUN BUBAR ?


AHAD 11/6/2023
BILA DUN AKAN BUBAR
BILA PRN AKAN DIADAKAN
SEMUA MENUNGGU

WOW
PN KLIM NAK AMBIL SELANGOR
PH KLIM NAK KOYAKKAN KEDAH
GEROMBOLAN  HANYA
BERANI KLIM
NAK SELAMATKAN DIRI

DI KELANTAN
HANYA PERLU SATU AGENDA:
TEH TARIK

DI SELANGOR
SATU AGENDA:
BAHAYA TEH TARIK
KHALAS

AMERIKA
TRUMP  SEDAR DAKWAAN
BERTUJUAN NAK HALANG
DIA DARI BERTANDING 2023
TRUMP MEBUKTIKAN
BAHAWA BIDEN JUGA
ADA BAWA PULANG
 SURAT KERAJAAN
MASA DIA JADI TIMBILAN OBAMA
FBI DAH SIASAT
KENAPA TAKDA  DAKWAAN ?

UNITED KINGDOM
DUA AHLI PARLIMEN
 LETAK JAWATAN 
SERTA MERTA
MEREKA PENYOKONG 
BORIS JOHNSON
PRK AKAN DIADAKAN

UKRAINE
ZELENSKIY AKUI
SECARA RESMI PROJEK
 SERANGAN DAN RAMPAS
KEMBALI WILAYAH MERDEKA
BERMULA

RUSIA
BALA TENTERA RUSIA
DAH SEDIA NAK MENGULAM
ASKAR UKRAINE

HOKKIEN
CERAH KERING SEGAR
MATA HARI DAH KELUAR
LANGIT BIRU 
GUA NAMPAK 
TIGA JALUR ASAP ROKET
DI AWAN BIRU

DI GAUNG GUA DENGAR
SUARA TEMPUA
DARI BUKIT GUA DENGAR
JANTAN BERKOKOK

PAGI AHAD
HOKKIEN KOSONG
PEKERJA KUBUR PUN REHAT

GUA YAKIN
HARI INI AKAN PANAS
KALAU PANAS SANGAT
BANYAK AIR NAIK KE LANGIT
HUJAN AKAN TURUN

BRO
SENYUM DAN RAYAKAN
HUJUNG MINGGU
SE ENJOI MUNGKIN

BRO
BERHENTIK SABENTAR
AMBIL KIRA
BUKAN NAK LENA
TAPI UNTUK BANGUN
SEMANGAT

BRO
KESEMPATAN  EMAS
YANG LU CARI
ADA PADA DIRI LU

BRO
KITA SEMUA INI
MACAM BULAN
ADA TERANG BECAHAYA
ADA BAHAGIAN GELAP

BRO
DUA MUSUH 
KEBAHAGIAN KITA
IALAH RASA SAKIT
DAN RASA BOSAN

BRO
LU JUAHI SOSOK
YANG BAGI LU SUSAH
UNTUK DAPAT ORANG
YANG LU NAK CINTA

BRO
JANGAN PEDULI
PADANGAN ORANG LAIN
HINGGA IDE LU SENDIRI
TENGGELAM

BRO
LU BOLEH CINTAI
ORANG LAIN
TAPI CINTAI DIRI LU
SEBELUM MENCINTA ORANG LAIN
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN  HARI INI

SELAMAT MENYAMBUT
AHAD