Ahad, 11 Jun 2023

PATI SEBAGAI TENAGA KERJA


Zaid syor kerajaan permudah urusan PATI pulang ke negara asal

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) harus menilai semula proses kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) yang hendak pulang ke negara asal mereka selepas ditipu oleh ejen tenaga kerja.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri,  Zaid Ibrahim berkata, selalunya PATI terpaksa tinggal lebih lama di negara ini kerana proses untuk mereka pulang mengambil masa.

Selain itu, katanya, PATI juga dikenakan denda yang tinggi oleh pihak berkaitan menyebabkan ada sesetengah mereka terpaksa menangguhkan untuk pulang kerana perlu mencari wang menyelesaikan denda.

“Ini punca kenapa ramai PATI tinggal lebih masa di Malaysia. Mereka datang ke sini selepas dijanjikan pekerjaan, gaji dan tempat tinggal yang menarik. Tetapi apabila sampai, kerja dan gaji tidak setimpal.

“Apabila merasakan tertipu, mereka mahu pulang semula ke negara asal tetapi perlu pula melalui banyak prosedur termasuk kena bayar denda kepada agen, kepada Imigresen dan sebagainya.

“Mereka datang tidak ada duit, kemudian dikenakan denda yang tinggi pula. Di mana mereka nak dapatkan duit? Mereka terpaksa mencari kerja lain dan hidup dalam persembunyian,” katanya menerusi hantaran Facebooknya hari ini.

Sehubungan itu, Zaid minta Menteri Dalam Negeri,  Saifuddin Nasution Ismail melihat perkara itu sebagai isu yang wajar diambil berat dan diselesaikan.

Sepatutnya, kata beliau, kerajaan mempermudahkan proses PATI itu pulang bukan mengenakan pelbagai syarat yang mereka tidak dapat memenuhinya.

“Saya mengikuti perkara ini dan saya kesian kepada mereka yang teraniaya ini. Kalau kena tangkap, mereka kena bayar denda RM2,000 hingga RM3,000 iaitu satu jumlah yang besar bagi mereka.

“Pada saya, kalau mereka nak balik, biarlah mereka balik. Sepatutnya permudahkan mereka nak balik. Jangan bebankan mereka dengan denda yang besar.

“Mana mereka nak dapat duit nak bayar denda? Dahlah datang ke sini kena tipu dengan ejen, kerja pun tak ada,” katanya.

Menurutnya, walaupun PATI bukan rakyat Malaysia tetapi kerajaan kena tolong permudahkan urusan mereka sesuai dengan slogan Malaysia Madani iaitu kerajaan belas kasihan. –

INI CADANGAN

BAIK

AMIN

MEREKA DATNG

NAK CARI KERJA

AMIN

MEREKA KENA

TIPU TAPI

DAH SAMPAI

KE MALAYSIA

AMIN

KENAPA KITA

TAK AMBIL MEREKA

SEBAGAI PEKERJA

AMIN

PUTIHKAN

STATUS MEREKA

AMIN 

SIMPAN  PUSAT

TAHANAN KITA

KELUAR MODAL

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: