Khamis, 27 Julai 2023

TUAN HAKIM JUJUR


Hakim kes 1MDB dedah Jasmine Loo pernah jadi rakan kongsi

HAKIM perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1DMB) Collin Lawrence Sequerah hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur beliau pernah bekerja dengan bekas penasihat undang-undang 1MDB Jasmine Loo Ai Swan, yang kini dalam tahanan polis.

Hakim itu berkata demikian apabila Muhammad Shafee yang mengetuai barisan peguam bela Najib Razak bertanya sama ada pihak pendakwaan mahu memanggil Loo sebagai saksi pendakwaan atau menawarkan beliau sebagai saksi pembelaan.

Pada ketika itu, Sequerah mencelah dan berkata “memandangkan isu ini telah dibangkitkan, saya mahu memberitahu kepada pihak-pihak berkenaan bahawa individu yang sama (Loo) dan saya merupakan rakan kongsi, dalam sebuah firma guaman, mungkin dalam 10 ke 15 tahun dahulu. Saya fikir saya dedahkan perkara itu kerana namanya telah timbul dalam perbicaraan,” katanya.  

Terdahulu, Shafee bertanya kepada Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib sama ada beliau akan memanggil Loo untuk memberi keterangan kerana wanita itu akan menjadi saksi penting, selain ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.

Ahmad Akram menjawab pada masa ini pihak pendakwaan tidak mengetahui sama ada Loo menyerahkan dirinya atau ditahan polis tetapi beliau boleh mengesahkan pihak berkuasa sudah mengambil keterangan wanita itu.

“Jabatan Peguam Negara tidak menerima sebarang keputusan siasatan dan saya tidak boleh membuat keputusan sekarang sama ada beliau akan dipanggil (sebagai saksi pendakwaan) atau tidak.

Ini pendirian kami buat masa ini. Sebaik sahaja kami menerima keputusan siasatan, saya akan mendapat arahan daripada ketua saya sama ada untuk memanggil beliau atau tidak,” kata Ahmad Akram.

Pada 12 Julai, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan Loo ditahan polis pada 7 Julai bagi membantu siasatan dalam siasatan mengenai penyelewengan dana 1MDB.

Beliau berkata Loo menerusi peguamnya menyatakan kesediaan untuk bekerjasama membantu siasatan polis dalam kes berkaitan 1MDB, mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, bekas gabenor Bank Negara Malaysia Zeti Akhtar Aziz tiba di mahkamah pada pukul 1.54 tengah hari kerana beliau dijadualkan untuk memberi keterangan selaku saksi ke-46 pendakwaan dalam perbicaraan kes Najib itu.

Najib, 70, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah yang sama.

Perbicaraan bersambung. – Bernama, 26 Julai 2023.


INI CONTOH

HAKIM JUJUR

AMIN

BUKA SEMUA

JANGAN NANTI

AKAN JADI SENJATA

OLEH NAJIB

AMIN

MACAM HAKIM

NAZLAN KES SRC

AMIN

TIM SAKAU AKAN

GUNA HUJAH

UNTUK TUNJUK

NAJIB DI ZALIMI

AMIN

KHALAS

SATU LAGI KES MAHARAJA POTONG KEPALA



Ramasamy pula bantah selepas tidak dicalonkan, dakwa wujud 'tangan ghaib' dalam DAP


Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy mempersoalkan tindakan DAP menggugurkan beliau dan beberapa exco lain daripada bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan, mengulangi dakwaan rakan pemimpin parti itu yang menyelar seorang "maharaja" yang tidak dinamakan yang menurutnya boleh membawa negeri itu ke arah pemerintahan diktator.

Ramasamy, seorang ahli DAP yang lantang dan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) selama tiga penggal, juga bersetuju dengan pandangan penyandang Bagan Dalam, Satees Muniandy bahawa mereka yang tidak tersenarai sebagai calon untuk pemilihan 12 Ogos adalah mereka yang menyokong Ketua Menteri Chow Kon Yeow untuk kekal memegang jawatan tertinggi negeri itu.

Katanya, walaupun boleh menerima keputusan untuk digugurkan berdasarkan hujah DAP mahu membawa masuk pemimpin muda, namun ia bukanlah yang sebenarnya berlaku apabila parti itu juga menggugurkan ramai pemimpin lain.

"Tetapi mengapa exco lain yang menunjukkan prestasi terbaik seperti Yeoh Soon Hin dan Soon Lip Chee, serta Adun Bagan Dalam M Satees? Anda kata ia adalah mengenai peremajaan. Ini adalah pemimpin muda yang bagus," katanya dipetik New Straits Times. 

"Adakah kerana mereka menyokong Chow, mereka dicantas? Bagaimana lagi anda perlu jelaskan mengenai pemilihan calon? Jelas sekali pemilihan itu berdasarkan kecenderungan politik dalam DAP Pulau Pinang. 

"Maksud saya, pemilihan dibuat kerana penjajaran politik.”

Beliau berkata mereka yang berada dalam kem “tangan ghaib” semuanya dinamakan sebagai calon.

Semalam, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menamakan tujuh muka baru untuk pilihan raya negeri. 

Selain Satees dan Ramasamy, Ketua Wanita DAP Chong Eng juga antara penyandang yang digugurkan. 

Sementara itu, Pengerusi DAP Lim Guan Eng juga disenaraikan untuk mempertahankan kerusi Air Putih.

Komen Ramasamy dibuat beberapa jam selepas Satees semasa sidang akhbar hari ini menyelar seorang "maharaja" yang identitinya jelas kepada semua orang.

"Kami mengamalkan demokrasi di Pulau Pinang, kami tidak memerlukan maharaja di Pulau Pinang. Saya tidak berada di kem maharaja, saya telah dicantas. Saya nak beritahu maharaja itu: kamu bukan maharaja selama-lamanya," kata Satees.

Satees menyerang seorang individu dipercayai pemimpin paling kanan dalam partinya, tentang ancaman daripada "gelombang hijau", frasa yang digunakan oleh pemimpin DAP kepada pencapaian Perikatan Nasional (PN) dalam pilihan raya umum lalu. 

Beliau menyifatkan amaran mengenai “gelombang hijau” hanyalah taktik untuk menakut-nakutkan rakyat negeri itu, sambil menambah bahawa alternatif mereka ialah "Xi Jinping", merujuk kepada presiden China yang juga pemimpin Parti Komunis.

"Anda tidak mahu 'gelombang hijau'; tapi anda mahu Xi Jinping? Dalam erti kata lain Xi Jinping paling berkuasa. Anda mahu menggunakan 'gelombang hijau' untuk membawa masuk maharaja? Biarkan rakyat menjadi hakim." 

Awal bulan ini, Lim menimbulkan kontroversi berhubung amarannya bahawa "gelombang hijau", frasa yang digunakan oleh pemimpin parti untuk merujuk kepada kejayaan PN dalam pilihan raya tahun lepas, akan menjejaskan kebebasan beribadat dan hak-hak orang bukan Islam. 

Kenyataan itu mencetuskan beberapa laporan polis terhadap Lim. 

Menurut polis siasatan terhadap ucapan Lim hampir selesai tetapi setakat ini belum ada pertuduhan terhadap bekas menteri kewangan itu.

Bekas ketua menteri itu melepaskan jawatannya pada 2018 selepas beliau dipindahkan ke Kabinet Persekutuan sebagai menteri kewangan. 

DAP bertanding dan memenangi kesemua 19 kerusi DUN sewaktu Pilihan Raya Umum ke-14

MAHARAJA PENANG

BANYAK PANCUNG

KEPALA YB

KAH KAH KAH

YANG PUTUS KEPALA

TIMBALAN KETUA

MENTERI

KAH KAH KAH

SAPA DIA

MAHARAJA INI ?

KAH KAH KAH

AMIN

MARI BELAJAR JADI ORANG BAIK YANG BIJAK


MARI BELAJAR

JADI ORANG BAIK

YANG BIJAK

KHALAS

PARTI JUAL AGAMA



PARTI

JUAL AGAMA

KHALAS


Unknown commented on
 "PARTI JUAL MELAYU"

ketuanan melayu jual melayu, ketuanan agama ISLAM jual ISLAM bro..bak kata wakil2 PAS, takkan nak jual selain ISLAM..mujur tuhan turunkan islam, kalo tak org2 melayu nak jual apa?jual tanah kpd org luar?jual ree kpd china?

CERAIKAN BINI IKUT SUNNAH



CERAIKAN BINI

IKUT SUNNAH

KAH KAH KAH

AMIN

Unknown commented on
 "HADI LAWAN ANWAR"

bro..hadi bukan saja lawan anwar malah baiah ahli PAS juga memajakkan isteri utk dicerai talak 3.ini baiah hadi yg ikut sunnah nabi PAS..

POLITIK KECEWA


POLITIK KECEWA



KHAMIS 27 JULAI 2023
NAMA  CALON DAH DI UMUM
HARI HARI KITA BACA
KES CALON
YANG DI PILIH DAN 
YANG TIDAK TERILIH

NAMA NAIK BAWA GUMBIRA
NAMA GUGUR BAWA KECEWA
KAH KAH KAH

PAS ADA MASALAH
PKR ADA MASALAH
DAP ADA MASAALAH
GEROMBOLAN ADA MASALAH
KECEWA DAN GADUH

PERIKATAAN ADA MASAALAH
PAKATAN ADA MASAALAH
BARISAN ADA MASAALAH
KAH KAH KAH

WOIT
TAK PERLU KECEWA
NAK TOLONG RAKYAT
NAK BUAT KEBAJIKAN PADA UMMAT
TAK PERLU JADI YB
NAK BANTU NAK TOLONG
BUKAN PERLU LESEN YB
BUAT SAJA AMAL BAIK
KHALAS

AMERIKA
FEDERAL RESERVE AMERIKA
NAIKKAN FAEDAH BANK
KINI JADI 5%
DOLAR AKAN JADI MAHAL
RINGGIT AKAN TERUS JATUH

NIGER
RAMPASAN KUASA
ASKAR KEPUNG ISTANA PRESIDEN
AMBIL ALIH KUASA
KAH KAH KAH

AMERIKA
KONGRES AMERIKA
HARI INI MULA  MENDENGAR
LAPORAN RAHSIA
TENTANG UFO
DARI PEMBOCOR RAHSIA
DARI ORANG DALAM

AMERIKA ADA SIMPAN
KAPAL UFO
AMERIKA ADA MAYAT UFO
SEMUA DI RAHSIAKAN
KALI INI PECAH

HOKKIEN
PAGI INI KERING
MATA HARI BELUM KELUAR
PEKERJA MESIN RUMPUT
DAH SAMPAI TAPI
MESIN BELUM DI PASANG

TIONG AMAT GEMBIRA
BILA RUMPUT DI POTONG
BELALANG DAN  SERANGGA
LARI LARAU
INI REZEKI TIONG

KESIAN PADA PIPIT
PADANG SAWAH RUMPUT DI POTONG
MANA NAK CARI MAKAN

GUA YAKIN
HARI INI AKAN PANAS
 SAMPAI KE PETANG
WALAU PUN LANGIT
NAMPAK KELAM
AMIN

BRO
SENYUM
KITA SENYUM
MENYAMBUT KHAMIS

BRO
LALAT BUTA TERBANG TINGGI
DIAMUK BADAI KEPALA PENING
BERAT MAT NAJIB PANDANG BINI
GEMUK BAGAI GAJAH BUNTING

BRO
LAKUKAN HARI INI
LAKUKAN SEKARANG

SELAMT MENYAMBUT 
KHAMIS