Jumaat, 28 Julai 2023

PENGASAS AM BANK DI BUNUH


Najib minta bersihkan nama berkait RM2.6 bilion dalam akaun, kata Zeti

BEKAS gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Zeti Akhtar Aziz memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa Najib Razak telah memintanya membersihkan nama beliau berhubung RM2.6 bilion yang ada dalam akaun bank peribadinya.

Bagaimanapun, Zeti berkata beliau enggan mematuhi permintaan Najib kerana tidak mempunyai pengetahuan tentang akaun bank milik bekas perdana menteri itu.

“Saya dipanggil ke Pejabat Perdana Menteri. Beliau (Najib) meminta saya untuk mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan berhubung akaun banknya.

“Saya memaklumkan kepadanya bahawa saya tidak boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana saya tidak mempunyai pengetahuan tentang transaksi yang telah berlaku dalam akaunnya. Beliau menerima keputusan saya,” kata Zeti, saksi pendakwaan ke-46, pada perbicaraan Najib yang menghadapi pertuduhan menyeleweng RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Bekas gabenor itu berkata tidak lama selepas mesyuarat itu, beliau menerima panggilan daripada seorang menteri yang membuat permintaan yang sama untuk beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian dan beliau telah memberikan jawapan yang sama.

Zeti, 76, yang menjadi gabenor BNM selama 16 tahun sejak 2000 memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak tahu mengenai RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun bank peribadi Najib pada masa itu.

“Mengenai dakwaan yang dibuat oleh Najib semasa temu bualnya dengan Malaysiakini yang disiarkan pada 2 Julai 2018, di mana beliau mendakwa bahawa saya mengetahui tentang RM2.6 bilion dalam akaunnya di AmIslamic Bank Berhad dan bahawa saya tidak membangkitkan sebarang soalan mengenainya, saya ingin menyatakan dengan jelas bahawa saya tidak mengetahui transaksi yang dilakukan dalam akaunnya pada masa itu,” katanya.

Zeti menjelaskan bahawa semua pemegang akaun dalam sistem kewangan dilindungi oleh peruntukan kerahsiaan perbankan dalam perundangan, justeru, tiada sesiapa boleh mengakses mana-mana akaun melainkan institusi kewangan berkenaan mengesan aktiviti yang mencurigakan dalam akaun dan melaporkannya kepada bank pusat.

Beliau berkata dakwaan yang dibuat oleh Najib adalah palsu kerana pada masa itu, beliau tidak tahu bahawa jumlah RM2.6 bilion telah dimasukkan ke dalam akaun bekas menteri kewangan itu dan dana itu milik 1MDB.

Zeti yang berkhidmat dengan bank pusat itu selama 35 tahun berkata kebimbangan utama pada masa itu ialah AmBank tidak melaporkan kepada BNM mengenai lebih 500 transaksi berkaitan akaun itu yang mencurigakan atau tidak teratur seperti yang dikehendaki di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA).

“Susulan siasatan, AmBank mengakui mengenai tiada pendedahan ini, laporan palsu dan kegagalannya dalam pematuhan peraturan berhemat.

“AmBank membayar penalti tertinggi dalam sejarah kami berjumlah RM59 juta dan juga dikehendaki memperuntukkan sekurang-kurangnya RM100 juta untuk tindakan pemulihan bagi mengukuhkan sistem dalamannya bagi pematuhan pencegahan pengubahan wang haram/mencegah pembiayaan keganasan,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib, Zeti memberitahu mahkamah bahawa tiada seorang pun dalam keluarganya pernah mengambil wang 1MDB.

Ahmad Akram: Daripada semua transaksi ini, adakah kamu atau ahli keluarga kamu menerima sebarang faedah daripada 1MDB?

Zeti: Tiada seorang pun daripada ahli keluarga saya menerima atau mengambil wang 1MDB, walaupun satu sen.

Najib, 70, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan dihadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung 14 Ogos. – Bernama, 27 Julai 2023.


BILA ZETI BUKA

PERANAN AMBANK

AMIN

JANGAN LUPA

PENGASAS AMBANK

HUSSIN NAJADI

DITEMBAK MATI

PADA 29/7/2013

AMIN

MATI SEPERTI

ALTANTUYA

PADA 18/10/2006

AMIN

WOW BANYAK

CERITA MATI

DALAM 

DRAMA NAJIB

AMIN

KHALAS

PARTI INDIA TAK SOKONG PAKATAN


Sejarah buruk punca segelintir pemimpin, ahli MIC mahu boikot Pakatan


BEBERAPA pemimpin dan ahli akar umbi MIC merancang untuk menolak idea menyokong calon Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya negeri akan datang.

Enggan identiti dikenali, mereka memberitahu The Malaysian Insight mereka tidak sanggup menyokong calon yang bertanding di bawah PH, walaupun PH-Barisan Nasional adalah sekutu baharu di peringkat persekutuan.

MIC, adalah parti komponen BN, sebuah gabungan yang menyokong kerajaan perpaduan, yang diterajui oleh PH.

“Ahli akar umbi tidak gembira bekerjasama dengan ahli PH dan mengundi calon mereka.

“Ada sejarah buruk sukar diubah dan kekal selama-lamanya,” kata seorang ahli akar umbi, mencadangkan kumpulannya akan memboikot calon PH di kawasan mereka.

Seorang lagi pemimpin dari Selangor berkata terdapat parti dan segelintir ahli PH tidak menghormati parti berasaskan India itu walaupun mereka semua adalah sebahagian daripada kerajaan perpaduan.

“Kita boleh lihat selepas pembentukan kerajaan perpaduan, mereka dalam PH tidak menghormati MIC, malah MCA.

“Kami tidak dipanggil untuk perbincangan yang sewajarnya walaupun rundingan kerusi pilihan raya negeri.

“Jadi, apabila semua ini sudah berlaku, mengapa kita perlu menyokong mereka (PH) hanya untuk pilihan raya? Lebih baik tidak,” kata pemimpin itu.

Pembentukan kerajaan perpaduan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 telah mengubah landskap politik negara apabila musuh lama PH dan BN bersetuju untuk membaiki perbezaan mereka dan bekerjasama.

Untuk pilihan raya negeri yang akan datang, formula yang digunakan oleh PH-BN adalah untuk parti komponen mereka mempertahankan kerusi penyandang mereka, menyebabkan parti seperti MIC dan MCA terumbang ambing.

MIC dan MCA kemudiannya memutuskan untuk tidak bertanding dalam pilihan raya negeri. – 28 Julai, 2023.

MACAM MACAM

HAL TERJADI

AMIN

ADA BOIKOT UNDI

ADA KELUAR PARTI

AMIN

MIC & MCA

TAK PUAS HATI 

TERUS TAK TANDING

AMIN

MCA TAKAN UNDI

CALON DAP

AMIN

INI BERAT 

KERANA BERI 

LALUAN 

PADA TLIBAN

AMIN

KHALAS

LAWAN MAHARAJA ATAU LAWAN TOK KONG



LAWAN MAHARAJA

ATAU LAWAN

TOK KONG

KAH KAH KAH

AMIN

MAHARAJA POLITIK


MAHARAJA 

POLITIK

AMIN




Unknown commented on 
"SATU LAGI KES MAHARAJA POTONG KEPALA"

Kah kah kah anak tan seri lah tu depa dok taji, kah kah kah tak dapat kerusi marah, kalau bagi kerusi sujud cium tangan Maharajah, begitu hebat kuasa politikus sekarang siap sembah keji.biasa lah orang politik nanti pi lah join mana mana kah kah kah

BEREBUT NAK JADI YB


BEREBUT

NAK JADI YB

AMIN

Unknown commented on
 "POLITIK KECEWA"

TT, dulu seorang ULAMAK diPerak pernah berkata "Orang orang dulu jika hendak dicalunkan jadi wakil rakyat semua menolak kerana takut tidak dapat meenjalankan amanah yang dipertanggung jawabkan TAPI orang orang sekarang berebut rebut nak jadi calun, mereka berebut seperti MONYET berebutkan pisang kerana jika terpilih jadi calun ada habuan yang meraka akan dapat"

DUNIA MENGGELEGAK



DUNIA KITA

MENGGELEGAK

JUMAAT 28 JULAI 2023
KEMPEN  PRN BERTERUSAN
PMX  UMUM SEDEKAH
PADA  RAKYAT

ORANG PENCEN
PEGAWAI KERAJAAN
MEREKA YANG GAJI SEBULAN
DI BAWAH 8 RIBU RINGGIT
AKAN DAPAT 100RM
SAYANGNYA HANYA 
UNTUK SATU KALI

SANUSI SANUSI
MASIH MENGHEBOHKAN DIRI
BILA SANUSI DI SERANG
DIA BANGUN MELAWAN
DARI TIDAK DI KETAHUI RAMAI
KINI SANUSI  
JADI POLITIKUS POP
KAH KAH KAH

NEW YORK 
SETIAUSAHA AGONG PBB
ANTONIO GUTERRES
UMUMKAN KINI DUNIA KITA INI
BUKAN LAGI  DI TAHAP 
PEMANASAN GLOBAL
TAPI MASUK KE TAHAP
 MENGGELEGAK GLOBAL

HUTAN TERBAKAR
DI GREECE
DI ALJERIA
DI SPAIN
DI CANADA
DI AMERIKA


TAHUN 2023 INI
ADALAH TAHUN TERPANAS
DALAM SEJARAH DUNIA KITA

AMERIKA
TRUMP AKAN MENERIMA
TIGA LAGI DAKWAAN BARU
INI UNTUK MEMASTIKAN
TRUMP AKAN GAGAL
UNTUK JADI CALON  PRESIDEN 2024

SWEDEN
KES BAKAR QURAN MENJADI JADI
ADA LAGI NAK BUAT
KERJA JAHAT INI

CHINA MERAH
MULA MERANCANG
NAK BUKA PENGKALAN
TENTERA LAUT DI ASIA & AFRIKA

HOKKIEN
PAGI INI KERING SEGAR
LANGIT TIDAK BIRU
AWAN PUTIH DAN KELABU
KL & KL SENTRAL BERJEREBU
MATA HARI BELUM MUNCUL

DI PINTU MASUK
JANTAN BERKOKOK KUAT
DALAM HOKKIEN
MESIN PEMOTONG RUMPUT
AGAK KUAT
PADAM SEMUA SUARA UNGGAS

KUMPULAN PIPIT
MASIH BERTERBANGAN
MENCARI BIJIRIN
SEBELUM SEMUA RUMPUT
DI POTONG

DI PINTU MASUK ARAH PULANG
GUA TERDENGAR
BUNYI KELICAP
GUA KENAL BURUNG INI
KECIL TAPI SUARA MENARIK

GUA YAKIN
HARI INI AKAN PANAS
TAPI TIDAK MENGGELEGAK
AMIN

KEMAH BUKAN SEBARANG KEMAH
KEMAH  BESI MILIK LANUN
CERAMAH BUKAN SEBARANG  CERAMAH
CERAMAH SANUSI PENUH  MAKI HAMUN

LAKUKAN HARI INI
LAKUKAN SEKARANG

SELAMAT MENYAMBUT
PANAS