Jumaat, 28 Julai 2023

PARTI INDIA TAK SOKONG PAKATAN


Sejarah buruk punca segelintir pemimpin, ahli MIC mahu boikot Pakatan


BEBERAPA pemimpin dan ahli akar umbi MIC merancang untuk menolak idea menyokong calon Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya negeri akan datang.

Enggan identiti dikenali, mereka memberitahu The Malaysian Insight mereka tidak sanggup menyokong calon yang bertanding di bawah PH, walaupun PH-Barisan Nasional adalah sekutu baharu di peringkat persekutuan.

MIC, adalah parti komponen BN, sebuah gabungan yang menyokong kerajaan perpaduan, yang diterajui oleh PH.

“Ahli akar umbi tidak gembira bekerjasama dengan ahli PH dan mengundi calon mereka.

“Ada sejarah buruk sukar diubah dan kekal selama-lamanya,” kata seorang ahli akar umbi, mencadangkan kumpulannya akan memboikot calon PH di kawasan mereka.

Seorang lagi pemimpin dari Selangor berkata terdapat parti dan segelintir ahli PH tidak menghormati parti berasaskan India itu walaupun mereka semua adalah sebahagian daripada kerajaan perpaduan.

“Kita boleh lihat selepas pembentukan kerajaan perpaduan, mereka dalam PH tidak menghormati MIC, malah MCA.

“Kami tidak dipanggil untuk perbincangan yang sewajarnya walaupun rundingan kerusi pilihan raya negeri.

“Jadi, apabila semua ini sudah berlaku, mengapa kita perlu menyokong mereka (PH) hanya untuk pilihan raya? Lebih baik tidak,” kata pemimpin itu.

Pembentukan kerajaan perpaduan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 telah mengubah landskap politik negara apabila musuh lama PH dan BN bersetuju untuk membaiki perbezaan mereka dan bekerjasama.

Untuk pilihan raya negeri yang akan datang, formula yang digunakan oleh PH-BN adalah untuk parti komponen mereka mempertahankan kerusi penyandang mereka, menyebabkan parti seperti MIC dan MCA terumbang ambing.

MIC dan MCA kemudiannya memutuskan untuk tidak bertanding dalam pilihan raya negeri. – 28 Julai, 2023.

MACAM MACAM

HAL TERJADI

AMIN

ADA BOIKOT UNDI

ADA KELUAR PARTI

AMIN

MIC & MCA

TAK PUAS HATI 

TERUS TAK TANDING

AMIN

MCA TAKAN UNDI

CALON DAP

AMIN

INI BERAT 

KERANA BERI 

LALUAN 

PADA TLIBAN

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: