Sabtu, 29 Julai 2023

BERITA BURUK UNTUK KITA SEMUA


Harga makanan dijangka naik lagi 10%-15% bulan depan, kata pengimport


PENGIMPORT memberi amaran rakyat Malaysia akan sekali lagi berdepan kenaikan harga barang makanan berikutan ringgit yang terus melemah berbanding dolar AS, mata wang yang digunakan untuk membayar barangan import.

Kenaikan dalam tariff elektrik industri di semenanjung memburukkan lagi keadaan kerana kos pengeluaran bahan makanan keluaran tempatan – daripada bahan import – bakal bertambah mahal, kata mereka.

Pengerusi Persatuan Kedai Runcit Perak Beh Keat Soon berkata kenaikan itu mungkin berlaku seawal bulan depan.

Pengerusi Persatuan Peniaga Barangan Runcit Klang Tan Teck Hock sementara itu berkata kenaikan itu hanya kesinambungan daripada trend kenaikan yang bermula sejak tiga bulan lalu.

Kenaikan itu paling terasa bagi bahan import, tepung, sos dan makanan dalam tin, kata pengimport.

Beh memberitahu The Malaysian Insight kadar kenaikan itu antara 10% hingga 15%.

Katanya, nilai ringgit yang merosot dan kenaikan tariff elektrik untuk bangunan industri adalah dua faktor punca kenaikan itu.

“Pengimport menggunakan dolar AS dalam berurus niaga dan ringgit makin turun menyukarkan keadaan. Jika ringgit kukuh, perkara seperti ini tidak akan berlaku,” katanya.

Beh berkata peniaga mungkin akan menjual stok lama pada harga lama bagi melengahkan kenaikan harga barangan makanan berkenaan.

Bagi mengurangkan kebergantungan kepada bahan makanan import, beliau berkata kerajaan perlu mula menggalakkan pengilang dan pengeluar tempatan untuk menyokong produk pertanian tempatan.

Sementara itu, Tan berkata harga tepung beras pulut dari Thailand, serta bawang putih dari China mungkin akan naik lagi.

“Apa yang pasti ialah harga sos soya dan gula batu pasti naik bulan depan,” katanya.

Bahan makanan ini kebanyakannya diimport dari China dan Hong Kong, kata Tan. – 29 Julai, 2023.




BILA DOLAR

NAIK NILAI

RINGGIT JATUH

NILAI

AMIN

BARANG MAKANAN

JADI MAHAL

AMIN

PASAL APA

RINGGIT JATUH 

NILAI ?

JENG JENG JENG

PASAI POLITIK

TAK STABIL

KHALAS

NAMA DI GUGUR !!!



Jawatankuasa pemilihan kebangsaan DAP tentukan pilihan calon PRN, kata Chow

PENGERUSI DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata jawatankuasa pemilihan calon kebangsaan parti itu menggugurkan beberapa penyandang dan menambah nama baharu dalam senarai mereka yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang pada 12 Ogos ini.

Hari penamaan calon dijadualkan akan berlangsung esok.

Keputusan itu menimbulkan perbalahan dalaman dalam DAP negeri dan menyebabkan beberapa calon yang digugurkan mempersoalkan sama ada terdapat “tangan ghaib” yang ingin menguasai parti dan negeri.

“Ada nama yang tidak dicadangkan tetapi dipilih dan dengan itu membawa kepada rasa tidak puas hati,” Chow dipetik sebagai berkata dalam Malay Mail Online semasa sidang media di George Town hari ini.


Chow yang merupakan ketua menteri dan pengerusi Pakatan Harapan Pulau Pinang turut menjelaskan proses pemilihan parti itu.

“Jawatankuasa negeri mempunyai jawatankuasa pemilihan calon sendiri di mana kita menjalankan temu duga calon yang dicadangkan oleh cawangan,” katanya.

Beliau berkata jawatankuasa pemilihan peringkat negeri yang dianggotai lima anggota memuktamadkan senarai calon sebelum menyerahkannya kepada pihak berkuasa peringkat kebangsaan untuk kelulusan.

“Selepas ia diserahkan, saya dijemput untuk membentangkan senarai itu dan memberi sebarang penjelasan jika perlu,” katanya.

Beliau berkata jawatankuasa pemilihan calon kebangsaan mempertimbangkan senarai itu dan membuat keputusan muktamad mengenai siapa yang akan diletakkan. Ini diumumkan oleh setiausaha agung parti Anthony Loke pada Selasa.

Chow menambah beliau bukan sebahagian daripada jawatankuasa peringkat kebangsaan.

“Jawatankuasa pemilihan kebangsaan lima anggota terdiri daripada pengerusi kebangsaan (Lim Guan Eng), timbalan pengerusi kebangsaan (Gobind Singh), naib pengerusi Nga Kor Ming dan K. Kulasegaran serta setiausaha agung Anthony Loke,” tambahnya.

Dalam satu pengumuman baru-baru ini, lima bekas exco negeri digugurkan daripada senarai manakala tujuh calon baharu diletakkan.

Mereka yang digugurkan ialah Timbalan Ketua Menteri II P. Ramasamy, Ketua Wanita DAP Chong Eng, Phee Boon Poh, Yeoh Soon Hin dan Soon Lip Chee.

Bekas Adun Bagan Dalam M. Satees dan Adun Pulau Tikus Chris Lee Chun Kit turut digugurkan, tetapi Lee mengumumkan  menarik diri daripada menjadi calon PRN bulan depan akibat masalah kesihatan. – 28 Julai 2023.

JIKA NAMA

DI GUGUR

JANGAN RISAU

AMIN

NAK BANTU RAKYAT

TAK WAJIB JADI YB

AMIN

BUAT BAIK

BUAT KEBAJIKAN

BUKAN JENAYAH

AMIN

KHALAS

TANGAN MAHARAJA !


TANGAN

MAHARAJA

KAH KAH KAH

AMIN

SAPA ARAH BUNUH ALTANTUYA ?


SAPA ARAH

BUNUH 

ALTANTUYA ?

KHALAS

Unknown commented on
 "PENGASAS
 AM BANK DI BUNUH"

macam ni punya byk kes bunuh pun lu nak suruh najib dibebaskan..oit melayu, walau bertahun pun najib dipenjarakan,sehingga najib bebas nanti hutang 1mdb masih belum langsai..kepala bana gerakan nak bebaskan najib.lebih2 pak lebai agama PAS yg sangat berpuas hati dgn kes 1mdb..kepala bana punya melayu.bab ni para profesor2 sejarah melayu taknak buat kajian.

bukankah ada kesamaan antara pak lebai islam, borjuis melayu yg mengadaikan tanah melayu kpd british? sekrang para profesor melayu terhegeh2 nak kembalikan semula kegemilangan bangsawan tanah melayu yg penuh dgn noda dan dosa pembunuhan tiada berhati perut.barangkali hang tuah juga sudah di HAJI kan..

ASAL USUL MAHARAJA


ASAL USUL

MAHARAJA

AMIN

Unknown commented on 
"MAHARAJA BARU MUNCUL"

alo bro..maharaja tu berasal usul dari india. penang takda maharaja.tapi di muar ada maharani..agak2 lu, mana maharaja muar? jawabnya maharaja itu adalah atok madey kerna kuda trojan muda nya ada di muar..kalo tak kerana british, barangkali tukartiub bersekolah dimna?

NAMA DI CALON




NAMA DICALON

SABTU 29 JULAI 2023
HARI PENAMAAN CALON
SIBUK SIBUK SIBUK
HEBOH HEBOH HEBOH

PESTA TUNJUK
SAPA RAMAI PENYOKONG
PAKATAN ATAU PERIKATAN
SEMUA TURUN BAWA BENDERA
BAWA PENYOKONG

APAKAH ADA NAMA
YANG AKAN GUGUR
KERANA BANGKARAP ?
KERANA KES JENAYAH ?

DULU ADA CALON MENANG
TAK BERTANDING
KALI INI MUSTAHIL
AKAN ADA CALON MENANG
TIDAK BERTANDING
MALAH BUKAN SATU LAWAN SATU
MUNGKIN 4 ATAU LIMA PENJURU

HARI INI
SECARA RESMI
KEMPEN BERMULA
SELAMA DUA MINGGU

KITA DEMAN PRN
POLITIKUS AKAN TUDUH MENUDUH
FITNAH DAN FAKTA 
DI TABUR
BUKA TRLINGA
CERITA SERONOK  AKAN DI DENGAR
DI SANA SINI
AMIN

AMERIKA
TRUMP BERUCAP
PADA HIMPUNAN PENYOKONG
TRUMP KATA
TAK SALAH DIA BERTANDING
WALAU PUN ADA KES

TRUMP MASIH LAGI
NO 1  PILIHAN PARTI REPUBLIKAN
PENYOKONG TRUMP 
MELEMPAH LEMPAH

INDIA
MELARANG EKSPOT BERAS
INI AKAN MENJADIKAN
HARGA BERAS DUNIA MAHAL

LARANGAN INI TIMBUL
BILA GANDUM
TAK DAPAT KELUAR
DARI UKRAINE
MAKA UNTUK MENJAGA
BAHAN MAKANAN  DALM NEGARA
INDIA LARANG BERAS
DI JUAL KE LUAR NEGARA

GREECE
SEBANYAK 667 KAWASAN TERBAKAR
SIASATAN MENDAPATI
SEMUA DI MULAKAN
OLEH MANUSIA
KAKI BAKAR

PILIPINA
26 MATI KAPAL TENGGELAM
DI PUKUL  TAIPON DOKSURI
KAPAL INI TERLALU PADAT

HOKKIEN
PAGI INI KERING SEGAR
KL & KL SENTRAL BERJEREBU
MATA HARI BELUM KELUAR

PAGI INI 
TIDAK ADA PEMOTONG RUMPUT
MAKA DARI JAUH
GUA DENGAR  SUARA GAGAK
SERAK MENANGIS

PIPIT DALAM
SAWAH RUMPUT
TIONG DI SANA SINI

DI PINTU MASUK
GUA DENGAR LAGI
SUARA KELICAP
DAH DUA HARI SUARA
DARI TEMPAT YANG SAMA
PASTI KELICAP INI
DAH BUAT BANGLO DI SITU

HARI INI
AKAN PANAS
GUA AKAN KE CHOW KIT
RUTIN MINGGUAN GUA
NAK TENGOK
HARGA  BARANG
MACAM MANA
AMIN

BRO
SENYUM
KITA SAMBUT SABTU
DENGAN SENYUM GEMBIRA

BRO
TANAH DATAR BIARKAN DATAR
BIJI DISEMAI KAIN CADAR
KAKI PUTAR TERUS MEMUTAR
ORANG RAMAI MAKIN SEDAR

BELI KAMERA DARI HONG KONG
SIKAT RAMBUT LUPA DIBELI 
KAKI BOHONG TERUS BERBOHONG
RAKYAT  SEDAR  TERAJANG PERGI
 AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERSABTU